Legal

iPad 2 RF Exposure Information

iPad telah diuji dan mencapai had yang berkenaan untuk pendedahan frekuensi radio (RF).

Kadar Penyerapan Khusus (SAR) merujuk pada kadar badan menyerap tenaga RF. Had SAR ialah 1.6 watt setiap kilogram di negara-negara yang mengesetkan had ini dipuratakan terhadap 1 gram tisu dan 2.0 watt setiap kilogram di negara-negara yang mengesetkan had ini dipuratakan terhadap 10 gram tisu. Semasa ujian, radio iPad disetkan kepada paras transmisi tertingginya dan diletakkan di kedudukan yang mensimulasikan penggunaan terhadap badan.

Bekas dengan bahagian logam mungkin mengubah prestasi RF peranti, termasuk pematuhannya dengan garis panduan pendedahan RF, dalam keadaan yang belum diuji atau disijilkan.

Walaupun peranti ini telah diuji untuk menentukan SAR dalam setiap jalur operasi, bukan semua jalur tersedia di semua kawasan. Jalur bergantung pada rangkaian wayarles dan perayauan pembekal khidmat anda.

Had SAR Badan Kepala Had SAR Badan Kepala
1.6 W/kg (Lebih 1g) 1.19 T/B 2.0 W/kg (Lebih 10g) 0.98 T/B