Legal

iPhone 4 RF Exposure Information

iPhone telah diuji dan mencapai had yang berkenaan untuk pendedahan frekuensi radio (RF).

Kadar Penyerapan Khusus (SAR) merujuk pada kadar badan menyerap tenaga RF. Had SAR ialah 1.6 watt setiap kilogram di negara-negara yang mengesetkan had ini dipuratakan terhadap 1 gram tisu dan 2.0 watt setiap kilogram di negara-negara yang mengesetkan had ini dipuratakan terhadap 10 gram tisu. Semasa ujian, radio iPhone disetkan kepada paras transmisi tertingginya dan diletakkan di kedudukan yang mensimulasikan penggunaan terhadap kepala, tanpa pemisahan dan berdekatan badan, dengan pemisahan 10mm.

Bergantung pada dimensi peranti, had SAR tambahan mungkin dikenakan.

Untuk mengurangkan pendedahan kepada tenaga RF, gunakan pilihan bebas tangan, seperti telefon speaker terbina dalam, fon kepala yang dibekalkan atau aksesori serupa yang lain. Bawa iPhone sekurang-kurangnya 10mm menjauhi badan anda untuk memastikan paras pendedahan kekal pada atau kurang daripada paras ujian. Bekas dengan bahagian logam mungkin mengubah prestasi RF peranti, termasuk pematuhannya dengan garis panduan pendedahan RF, dalam keadaan yang belum diuji atau disijilkan.

Walaupun peranti ini telah diuji untuk menentukan SAR dalam setiap jalur operasi, bukan semua jalur tersedia di semua kawasan. Jalur bergantung pada rangkaian wayarles dan perayauan pembekal khidmat anda.

Had SAR Badan Kepala Had SAR Badan Kepala
1.6 W/kg (Lebih 1g) 1.11 1.17 2.0 W/kg (Lebih 10g) 0.74 0.93