Legal

Maklumat Pendedahan RF iPhone 5C

iPhone telah diuji dan mencapai had yang berkenaan untuk pendedahan frekuensi radio (RF).

Kadar Penyerapan Khusus (SAR) merujuk pada kadar badan menyerap tenaga RF. Had SAR ialah 1.6 watt setiap kilogram di negara-negara yang mengesetkan had ini dipuratakan terhadap 1 gram tisu dan 2.0 watt setiap kilogram di negara-negara yang mengesetkan had ini dipuratakan terhadap 10 gram tisu. Semasa ujian, radio iPhone disetkan kepada paras transmisi tertingginya dan diletakkan di kedudukan yang mensimulasikan penggunaan terhadap kepala, tanpa pemisahan dan apabila dipakai atau dibawa terhadap torso badan, dengan pemisahan 5mm.

Untuk mengurangkan pendedahan kepada tenaga RF, gunakan pilihan bebas tangan, seperti telefon speaker terbina dalam, fon kepala yang dibekalkan atau aksesori serupa yang lain. Bekas dengan bahagian logam mungkin mengubah prestasi RF peranti, termasuk pematuhannya dengan garis panduan pendedahan RF, dalam keadaan yang belum diuji atau disijilkan.

Walaupun peranti ini telah diuji untuk menentukan SAR dalam setiap jalur operasi, bukan semua jalur tersedia di semua kawasan. Jalur bergantung pada rangkaian wayarles dan perayauan penyedia khidmat anda.

Nilai SAR tertinggi adalah seperti berikut:

Model A1532, A1456


1.6 W/kg (pada 1 g) Had SAR:
Kepala: 1.19
Badan: 1.19

2.0 W/kg (pada 10 g) Had SAR
Kepala: 0.99
Badan: 0.95