-
Apple Fitness+ & Privasi
-
Apabila anda meneroka kandungan Apple Fitness+, Apple mungkin menggunakan aktiviti pelayaran anda dalam app Kecergasan untuk meningkatkan perkhidmatan. Data pelayaran dan latihan anda dikaitkan dengan pengecam rawak. Akaun, status langganan dan latihan anda mungkin digunakan untuk menghantar pemberitahuan kepada anda.
Apple Fitness+ direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

-
- Apabila anda meneroka kandungan Fitness+, Apple mengumpulkan maklumat tentang aktiviti pelayaran anda, termasuk pratonton latihan yang anda tonton dan tentang sebarang kempen pemasaran yang membawa anda ke app. Maklumat ini dikaitkan dengan pengecam rawak bergilir yang tidak dikaitkan dengan Akaun Apple anda dan digunakan untuk meningkatkan perkhidmatan.
- Jika anda melanggan, kami menggunakan maklumat tentang status langganan anda, yang terikat kepada Akaun Apple anda, untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda, menghantar komunikasi pemasaran kepada anda dan memastikan iklan pada App Store, Apple News dan Saham, apabila tersedia, adalah berkaitan dengan anda. Data tentang penggunaan perkhidmatan Fitness+ oleh anda disimpan daripada pengecam rawak yang khusus untuk Fitness+ dan tidak dikaitkan dengan Akaun Apple anda.
- Jika anda mendayakan Perkongsian Aktiviti dalam app Kecergasan, data Latihan Fitness+ dan Aktiviti anda akan dikongsi dengan rakan serta akan dihantar kepada Apple dan dikekalkan untuk tempoh masa yang singkat supaya Apple boleh berkongsi data ini secara selamat bersama sesiapa yang anda pilih. Data ini mungkin termasuk: kalori atau kilojoule aktif, minit senaman, jam berdiri atau pusing, langkah, zon waktu serta maklumat latihan seperti tajuk, jenis dan tempoh.
Apple Fitness+ ialah perkhidmatan kecergasan dan kesejahteraan dengan latihan serta meditasi yang dibimbing oleh jurulatih pakar.
Aktiviti Apple Fitness+
Apple mengumpulkan maklumat tentang kandungan Fitness+ yang anda berinteraksi merentas Kecergasan, Latihan dan Sedar Minda di mana-mana sahaja ditemui pada iOS, iPadOS, watchOS dan tvOS. Apple juga mengumpulkan maklumat tentang aktiviti anda dalam tab Fitness+, seperti halaman yang anda lihat, ciri yang anda berinteraksi, jenis peranti yang anda gunakan, interaksi anda dengan pemberitahuan dan tindakan yang menyebabkan anda masuk dan keluar daripada tab seperti mengikuti pautan luaran yang membawa anda ke Fitness+ atau keluar daripada tab melalui pautan ke Apple Music. Jika anda masuk ke tab Apple Fitness+ melalui pautan daripada kempen pemasaran, seperti e-mel atau iklan digital, Apple merekodkan maklumat tentang kempen pemasaran untuk menyediakan atribusi kepada sumber pemasaran dan untuk meningkatkan kempen pemasaran kami. Jika anda melanggan, Apple mengumpulkan maklumat tentang langganan anda serta sesetengah maklumat demografi termasuk jantina (yang mungkin ditentukan daripada maklumat seperti nama dan sapaan anda dalam Akaun Apple anda) dan julat umur anda.
Apple Fitness+ menyimpan maklumat ini secara dikaitkan dengan pengecam rawak bergilir yang tidak dikaitkan dengan Akaun Apple anda dan menggunakannya untuk meningkatkan Apple Fitness+.
Latihan dan Meditasi Apple Fitness+
Anda boleh mencuba pilihan latihan dan meditasi sebelum melanggan Apple Fitness+. Apabila anda melakukan latihan dan meditasi pralangganan ini, Apple mengumpulkan maklumat tentang tajuk serta jurulatih latihan dan meditasi, bilangan yang anda lakukan serta sama ada anda mendaftar untuk langganan Apple Fitness+. Kami mengumpulkan maklumat ini untuk memahami kandungan yang diminati pengguna dan untuk mengoptimumkan serta meningkatkan Apple Fitness+.
Apple menyimpan maklumat ini dalam bentuk agregat yang tidak dikaitkan dengan Akaun Apple anda.
Setelah anda melanggan Apple Fitness+, apabila anda melakukan latihan atau meditasi Fitness+, Apple mengumpulkan maklumat tentang sesi tersebut dan cara anda berinteraksi dengannya, termasuk tempoh sesi, tindakan navigasi anda seperti main dan jeda, jumlah sesi yang anda selesaikan, sama ada sesi ialah sesi audio atau video, seting bahasa, sama ada anda telah memuat turun atau menstrim sesi serta sama ada anda menggunakan ciri seperti AirPlay atau Gambar dalam Gambar. Jika anda menggunakan SharePlay untuk melakukan latihan bersama pengguna lain, Apple akan mengumpulkan maklumat bahawa anda melakukan latihan semasa sesi SharePlay dan bilangan peranti yang menyertai sesi tersebut, tetapi tidak akan mengumpulkan sebarang maklumat untuk mengenal pasti peserta sesi SharePlay.
Jika anda memilih untuk mendayakan Tingkatkan Fitness+, Apple akan mengumpulkan tajuk dan jurulatih latihan atau meditasi yang anda mainkan.
Semua data ini disimpan daripada pengecam rawak bergilir yang khusus untuk Apple Fitness+ dan tidak dikaitkan dengan Akaun Apple anda. Apple menggunakan maklumat ini untuk menyediakan dan meningkatkan perkhidmatan.
Penyelarasan iCloud
Untuk kemudahan anda, Apple Fitness+ menggunakan iCloud untuk memastikan aspek tertentu pengalaman anda dikemas kini pada semua peranti anda. Contohnya, Fitness+ akan menggunakan iCloud untuk menyelaraskan kemajuan anda dalam latihan atau meditasi merentas peranti anda. Anda boleh menyahdayakan keupayaan ini pada bila-bila masa pada peranti iOS atau iPadOS dengan pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Disimpan ke iCloud > Lihat Semua, kemudian mengetik untuk menyahaktifkan Fitness+.
Bar Bakar
Bar Bakar membenarkan anda mengukur prestasi latihan anda berbanding pengguna lain yang telah melengkapkan latihan yang sama. Jika anda memilih untuk mendayakan Bar Bakar, Kesetaraan Metabolik Tugas untuk latihan — nilai MET anda — akan disimpan oleh Apple secara tanpa nama untuk menambahnya ke Bar Bakar bagi latihan tersebut dan tidak akan dikaitkan dengan Akaun Apple anda atau dengan data Apple Fitness+ anda yang lain. Anda boleh menyahdayakan Bar Bakar pada bila-bila masa semasa melengkapkan latihan dalam seting latihan.
Perkongsian Aktiviti
Jika anda mendayakan Perkongsian Aktiviti dalam app Kecergasan, data Latihan Fitness+ dan Aktiviti anda akan dikongsi dengan rakan dan akan dihantar kepada Apple supaya Apple boleh berkongsi data ini secara selamat bersama sesiapa yang anda pilih. Data ini mungkin termasuk: kalori atau kilojoule aktif, minit senaman, jam berdiri atau pusing, langkah, zon waktu dan maklumat latihan seperti tajuk, jenis dan tempoh. Apple akan menyimpan data Latihan dan Aktiviti anda untuk tempoh masa singkat dan hanya akan menggunakan data ini untuk mendayakan ciri Perkongsian Aktiviti. Jika anda menggunakan iOS 18 atau lebih baharu dan/atau watchOS 11 atau lebih baharu dan berkongsi data Latihan serta Aktiviti dengan rakan yang menggunakan iOS 18 atau lebih baharu dan/atau watchOS 11 atau lebih baharu, data anda akan disulitkan hujung ke hujung sehinggakan Apple tidak akan dapat membaca data Latihan dan Aktiviti yang anda pilih untuk berkongsi dengan rakan anda.
Apple Music
Senarai main Apple Fitness+ tersedia dalam Apple Music. Jika anda mengetik untuk mendengar senarai main dalam Apple Music, anda akan diubah hala ke app tersebut dan sebarang tindakan yang anda ambil akan tertakluk pada Apple Music & Privasi di www.apple.com/legal/privacy/data/ms/apple-music. Contohnya, Apple mengetahui tajuk senarai main anda, yang mungkin mendedahkan latihan yang anda lengkapkan dan jika anda berkongsi senarai main dengan rakan dalam Apple Music, rakan anda akan mengetahui maklumat tersebut juga.
Perkongsian dengan Pihak Ketiga
Kami berkewajipan untuk memberi sedikit data bukan peribadi tentang lagu yang dimainkan dalam Apple Fitness+ kepada rakan kongsi strategik yang dikaitkan dengan perkhidmatan ini, seperti syarikat muzik, supaya mereka boleh mengukur prestasi karya kreatif mereka, memenuhi keperluan royalti dan perakaunan dan juga meningkatkan produk serta perkhidmatan mereka.
Berkomunikasi dengan Anda
Semua pengesyoran latihan diperibadikan Fitness+ dikuasakan menggunakan kecerdasan pada peranti supaya Apple tidak perlu menyimpan sejarah latihan anda. Contohnya, maklumat pada peranti, seperti jurulatih dan genre pilihan anda serta sama ada anda pengguna kerusi roda, mungkin digunakan untuk membuat pengesyoran pelan latihan berkaitan kepada anda.
Apple mungkin menggunakan maklumat tentang akaun anda, seperti produk Apple yang anda miliki dan langganan anda kepada perkhidmatan Apple, untuk menghantar komunikasi kepada anda tentang Apple Fitness+ dan produk, perkhidmatan, serta tawaran lain Apple yang mungkin menarik minat anda, termasuk Apple One. Nombor siri peranti anda mungkin digunakan untuk menyemak kelayakan bagi tawaran perkhidmatan. Jika anda berada dalam Keluarga, Apple mungkin menghantar komunikasi kepada anda tentang produk, perkhidmatan dan tawaran yang tersedia kepada anda menerusi Perkongsian Keluarga. Jika anda membeli langganan Apple One, kami mungkin menghantar e‑mel dan pemberitahuan kepada anda tentang ciri setiap perkhidmatan yang telah anda langgan. Apple Fitness+ mungkin menghantar pemberitahuan kepada anda tentang ciri, kandungan dan tawaran baharu yang tersedia dalam Apple Fitness+. Untuk mengemas kini keutamaan pemberitahuan anda pada peranti iOS atau iPadOS, pergi ke Seting > Pemberitahuan > Kecergasan.
Pengiklanan
Jika seting Iklan Diperibadikan diaktifkan, platform pengiklanan Apple mungkin menggunakan maklumat tentang status langganan Fitness+ anda, seperti sama ada anda melanggan melalui Apple One, untuk memastikan iklan pada App Store, Apple News dan Saham adalah berkaitan.
Jika anda tidak mahu menerima iklan yang disasarkan pada minat anda daripada platform pengiklanan Apple, anda boleh menyahaktifkan Iklan Diperibadikan. Menyahaktifkan Iklan Diperibadikan akan menghalang Apple daripada menggunakan maklumat anda untuk penyasaran iklan. Ini mungkin tidak mengurangkan bilangan iklan yang anda terima, tetapi iklan mungkin kurang berkaitan dengan anda. Anda boleh menyahdayakan Iklan Diperibadikan pada peranti iOS atau iPadOS anda dengan pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Pengiklanan Apple dan mengetik untuk menyahaktifkan Iklan Diperibadikan. Pada Mac, pergi ke Seting Sistem > Privasi & Keselamatan > Pengiklanan Apple dan nyahpilih Iklan Diperibadikan.
Ketahui lebih lanjut tentang Pengiklanan Apple & Privasi di www.apple.com/legal/privacy/data/ms/apple-advertising. Ketahui tentang cara menarik diri daripada iklan diperibadikan pada App Store, Apple News dan Saham di support.apple.com/105131.
Mencegah Penipuan dan Aktiviti Berniat Jahat Lain
Kami turut mengumpulkan data peribadi untuk mencegah penipuan dan aktiviti berniat jahat lain. Kami mengira skor kepercayaan peranti pada peranti anda apabila anda cuba melakukan pembelian, menggunakan maklumat tentang cara anda menggunakan peranti anda, termasuk anggaran bilangan panggilan telefon atau e‑mel yang anda hantar dan terima. Penghantaran direka bentuk supaya Apple tidak boleh mengetahui nilai mendasar pada peranti anda. Skor disimpan untuk masa yang ditetapkan pada pelayan kami. Apabila langganan Fitness+ anda disetkan kepada perbaharui auto, Apple juga mungkin menggunakan maklumat tentang sejarah hubungan perniagaan anda dengan Apple untuk memproses permintaan dan menentukan sama ada untuk menyediakan akses berterusan kepada langganan anda sebelum pengesahan oleh rakan kongsi bayaran.
Asas Undang-undang yang Berkenaan untuk Pemprosesan Data Peribadi
Kami memproses data peribadi anda dalam Apple Fitness+ umumnya untuk pelaksanaan kontrak anda dengan Apple, seperti yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan dan mematuhi kewajipan undang-undang kami. Jika keizinan ialah asas undang-undang yang bersesuaian, kami mendapatkannya berpandukan undang-undang tempatan yang berkenaan.
Jika dibenarkan undang-undang tempatan yang berkenaan, kami memproses kategori data peribadi berikut mengikut keperluan untuk tujuan kepentingan sah kami atau pihak ketiga untuk:
- Meningkatkan Apple Fitness+ untuk anda dan orang lain
- Menyemak kelayakan untuk tawaran dan menghantar komunikasi kepada anda tentang Apple Fitness+ dan produk, perkhidmatan, serta tawaran Apple lain yang berkaitan yang mungkin menarik minat anda
- Mencegah penipuan dan aktiviti berniat jahat lain
Data yang digunakan termasuk:
- Langganan perkhidmatan Apple anda, produk Apple yang anda miliki dan sama ada anda berada dalam Kumpulan Perkongsian Keluarga
- Butiran tentang peranti anda dan akaun anda
- Skor kepercayaan peranti
Pengekalan
Apple mengekalkan data peribadi yang dikaitkan dengan transaksi anda hanya selama kami mempunyai keperluan perniagaan, kewajipan kontrak atau keperluan undang-undang. Sesetengah maklumat, seperti sejarah pembelian langganan tetapi bukan butiran kad anda yang disimpan, mungkin dikekalkan sebagai rekod perniagaan walaupun selepas anda menutup akaun anda atau menyahlanggan daripada Apple Fitness+.
Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy.
2026-10-30