Surat Berita Apple News & Privasi

Kecerdasan buatan pada peranti akan menganalisis bacaan anda untuk menghimpunkan anda bersama beribu-ribu pengguna lain dengan minat yang serupa. Maklumat beragregat tentang minat tersebut akan dihantar kepada Apple untuk memperibadikan surat berita e-mel anda. Apple boleh menggunakan kod zip pengebilan anda untuk menyertakan berita tempatan dalam surat berita anda. Apple tidak mengetahui cerita yang telah anda baca.
 

Surat berita Apple News direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan juga memberi anda pilihan untuk menerima surat berita yang diperibadikan.


Privacy Icon

  • Anda boleh ikut serta untuk menerima surat berita Apple News dengan cerita terbaik yang dipilih oleh editor kami dengan menyediakan alamat e-mel anda.
  • Di sesetengah negara, anda juga boleh memilih untuk menerima versi surat berita Apple News yang diperibadikan dengan cerita yang sepadan dengan minat anda.
  • Sejarah bacaan News anda untuk surat berita diperibadikan disimpan pada peranti anda. Disebabkan maklumat beragregat yang dihantar kepada Apple tidak menggambarkan cerita yang anda telah baca, Apple tidak mengetahui sejarah bacaan anda.

Surat berita Apple News tersedia di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan United Kingdom. Di sesetengah negara, surat berita diperibadikan juga tersedia.

Surat Berita Apple News

Anda boleh memberi Apple alamat e-mel anda supaya kami boleh meng-e-mel surat berita kepada anda dengan cerita terbaik yang dipilih oleh editor Apple News. Apple mungkin menggunakan maklumat tentang Akaun Apple anda, seperti kod zip pengebilan anda, untuk menyertakan berita tempatan dalam surat berita anda. Anda boleh mengikut serta atau menarik diri daripada menerima e-mel daripada Apple News dan mengurus keutamaan surat berita anda dalam app News. Pada peranti iOS atau iPadOS, skrol ke bahagian bawah senarai Following anda dan di bawah Manage, pilih Notifications & Email. Pada Mac, pilih File > Manage Notifications & Email. Anda juga boleh mengikut serta atau menarik diri daripada mana-mana sahaja anda mengurus seting Akaun Apple anda. Anda boleh mengurus seting Akaun Apple anda dalam Seting pada peranti iOS atau iPadOS, dalam Seting Sistem pada Mac dan di account.apple.com.

Surat Berita Diperibadikan Apple News

Di sesetengah negara, anda boleh memilih untuk menerima versi surat berita Apple News yang diperibadikan. Surat berita diperibadikan termasuk cerita terbaik yang dipilih oleh editor Apple News, serta cerita dipilih oleh editor yang sepadan dengan minat anda.

Jika anda memilih untuk menerima surat berita diperibadikan, kecerdasan buatan pada peranti akan menganalisis bacaan anda untuk menghimpunkan anda bersama beribu-ribu pengguna lain dengan minat yang serupa dan maklumat tentang minat tersebut akan dihantar kepada Apple untuk memperibadikan surat berita anda.

Sejarah bacaan Apple News anda disimpan pada peranti anda. Disebabkan maklumat beragregat yang dihantar kepada Apple tidak menggambarkan cerita yang anda telah baca, Apple tidak mengetahui sejarah bacaan anda. Jika anda melanggan Apple News+, anda juga akan menerima keluaran baharu majalah yang anda ikuti dalam surat berita e-mel anda. Senarai saluran Apple News+ yang anda ikuti akan dihantar kepada Apple dan dipautkan kepada Akaun Apple anda.

Jika anda tidak mahu menerima surat berita diperibadikan, anda boleh menarik diri dalam app News. Pada peranti iOS atau iPadOS, skrol ke bahagian bawah senarai Following anda dan di bawah Manage, pilih Notifications & Email. Pada Mac, pilih File > Manage Notifications & Email. Anda juga boleh menarik diri daripada mana-mana sahaja anda mengurus seting Akaun Apple anda. Anda boleh mengurus seting Akaun Apple anda dalam Seting pada peranti iOS atau iPadOS, dalam Seting Sistem pada Mac dan di account.apple.com.

Jika anda mahu menerima surat berita diperibadikan di negara tempat ia tersedia, anda perlu mengikut serta daripada app News. Jika tidak, jika anda mengikut serta daripada Seting, Seting Sistem atau account.apple.com, anda akan menerima surat berita yang tidak diperibadikan.

Asas Undang-undang yang Berkenaan untuk Pemprosesan Data Peribadi

Kami memproses data peribadi anda untuk Surat Berita Apple News berdasarkan persetujuan anda dan mengikut keperluan untuk tujuan kepentingan sah kami. Jika dibenarkan undang-undang tempatan yang berkenaan, kami memproses kategori data peribadi berikut mengikut keperluan untuk tujuan kepentingan sah kami:

  • Maklumat akaun anda, seperti alamat e-mel anda, langganan perkhidmatan Apple dan poskod pengebilan anda
  • Saluran yang anda ikuti

Kepentingan sah ini termasuk menghantar Surat Berita Apple News diperibadikan kepada anda.

Pengekalan

Kami mengekalkan data peribadi berhubungan Apple News hanya selama kami mempunyai keperluan perniagaan, kewajipan kontrak atau keperluan undang-undang. Sesetengah maklumat, seperti sejarah pembelian langganan tetapi bukan butiran kad anda yang disimpan, mungkin dikekalkan sebagai rekod perniagaan walaupun selepas anda menutup akaun anda atau menyahlanggan daripada Apple News+. Apabila menilai tempoh pengekalan, kami mengkaji dengan teliti terlebih dahulu sama ada perlu mengekalkan data peribadi yang dikumpulkan dan jika pengekalan diperlukan, berusaha untuk mengekalkan data peribadi bagi tempoh paling singkat yang mungkin, yang dibenarkan di bawah undang-undang.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

2025-12-12