Siri, Perencanaan & Privasi

Data Siri tidak dikaitkan dengan Akaun Apple anda. Apabila anda membuat permintaan dengan Siri, Apple menyimpan data penggunaan, seperti sama ada mesej telah dihantar. Untuk permintaan Carian seperti memainkan album atau mencari pengetahuan dunia, pertanyaan juga akan disimpan oleh Apple dan digunakan untuk meningkatkan Carian, Siri dan ciri berkaitan. Anda boleh menyahaktifkan Bantu Apple Tingkatkan Carian dalam Seting. Siri juga mungkin menghantar maklumat seperti audio, persediaan Siri, kenalan dan lokasi anda kepada Apple untuk memproses permintaan anda.
 

Siri direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.


Siri, Perencanaan & Privasi menggariskan kelakuan lalai untuk Siri dan Perencanaan. Jika anda mengikut serta dalam Tingkatkan Siri dan Perencanaan atau Tingkatkan Siri & Apple Intelligence, Apple akan mengumpulkan, menyimpan dan menyemak data tambahan, termasuk audio dan teks tentang perkara yang anda sebutkan kepada Siri, Perencanaan dan Terjemah, serta sejarah perbualan anda dengan Siri jika anda menggunakan app Siri. Data anda akan dikaitkan dengan pengecam rawak dijana peranti yang digilirkan berbilang kali setiap jam dan tidak terikat dengan Akaun Apple atau alamat e‑mel anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.apple.com/legal/privacy/data/ms/improve-siri-dictation.

Siri dan Perencanaan

Jika anda memilih untuk mendayakan Siri AI, apabila anda bercakap atau menaip kepada Siri, permintaan anda mungkin diproses pada peranti anda atau dihantar ke Komputasi Awan Peribadi. Komputasi Awan Peribadi ialah sistem kecerdasan berdasarkan pelayan yang mengendalikan permintaan Siri anda sambil melindungi privasi anda. Data yang sedang diproses dalam Komputasi Awan Peribadi tidak disimpan atau dijadikan boleh diakses oleh Apple. Permintaan anda dianalisis dalam Komputasi Awan Peribadi untuk menentukan cara terbaik bagi memberikan respons, termasuk sama ada respons boleh dipenuhi menggunakan pemprosesan pada peranti, dengan pergi ke web untuk mendapatkan maklumat terkini atau menggunakan maklumat daripada app pada peranti anda. Komputasi Awan Peribadi memberikan maklumat ini dengan selamat kepada peranti anda dan tidak menyimpan data anda. Jika anda tidak memilih untuk mendayakan Siri AI atau jika Siri AI tidak tersedia, apabila anda bercakap atau menaip kepada Siri, permintaan anda tidak dihantar ke Komputasi Awan Peribadi dan diproses pada peranti apabila boleh serta boleh memberikan maklumat yang berkaitan dan terkini daripada Carian.

Permintaan yang anda buat menggunakan Siri mungkin dihantar kepada Apple untuk memberikan respons yang berikut dan terkini. Sebagai contoh, permintaan Carian seperti permintaan untuk memainkan album, mencari di web atau jika anda menulis dengan Siri untuk melaksanakan tindakan yang memerlukan pengetahuan dunia mungkin dihantar kepada Apple. Untuk permintaan Carian, termasuk permintaan Carian yang dibuat menggunakan Siri, permintaan turut akan disimpan oleh Apple dan digunakan untuk meningkatkan Carian, Siri dan ciri berkaitan. Jika anda tidak mahu pertanyaan Carian anda disimpan oleh Apple dan digunakan untuk meningkatkan Carian, anda boleh menyahdayakan Tingkatkan Carian dengan pergi ke Seting > Carian dan mengetik untuk menyahaktifkan Bantu Apple Tingkatkan Carian.

Jika anda mengikut serta dalam Tingkatkan Siri dan Perencanaan atau Tingkatkan Siri & Apple Intelligence, carian yang anda lakukan melalui Siri masih akan disimpan dan digunakan untuk meningkatkan Siri. Anda boleh menyahdayakan Tingkatkan Siri dan Perencanaan atau Tingkatkan Siri & Apple Intelligence dengan pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Analitis & Peningkatan dan mengetik untuk menyahaktifkan Tingkatkan Siri & Perencanaan atau Tingkatkan Siri & Apple Intelligence. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang data yang dikumpulkan oleh Apple apabila Siri memenuhi permintaan anda menggunakan Carian, lawati www.apple.com/legal/privacy/data/ms/siri-suggestions-search.

Sejarah interaksi Siri dan Perencanaan anda disimpan pada peranti anda dan mungkin digunakan untuk memperibadikan pengalaman Siri anda.

Apabila anda menggunakan Siri atau Perencanaan, peranti anda akan menandakan dalam Seting Siri atau Seting Papan Kekunci sama ada perkara yang anda sebut diproses pada peranti anda dan tidak dihantar kepada Apple. Jika tidak, perkara yang anda sebut dihantar kepada dan diproses oleh Apple. Data audio anda tidak disimpan oleh Apple melainkan anda mengikut serta dalam Tingkatkan Siri dan Perencanaan atau Tingkatkan Siri & Apple Intelligence.

Apabila anda menggunakan Siri, Perencanaan atau Terjemah, Apple juga akan menyimpan data yang berkaitan dengan permintaan anda, seperti kategori permintaan yang anda lakukan dan sama ada ia berjaya dilengkapkan, spesifikasi peranti, konfigurasi peranti, statistik prestasi dan jika anda telah mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk Siri, lokasi anggaran peranti anda pada masa permintaan Siri anda dibuat.

Data ini sebahagian daripada sejarah permintaan Siri dan Perencanaan anda serta dikaitkan dengan pengecam rawak dijana peranti yang digilirkan berbilang kali setiap jam serta tidak terikat dengan Akaun Apple atau alamat e‑mel anda. Apple mungkin mengekalkan dan menggunakan data ini hingga dua tahun untuk membangunkan serta meningkatkan Siri, Perencanaan, Carian dan fungsi pemprosesan bahasa lain yang terhad dalam produk serta perkhidmatan Apple. Contohnya, data anda mungkin digunakan untuk memperhalus Siri, Carian, Kawalan Suara, Terjemah dan model pengecaman pertuturan automatik.

Apabila anda menggunakan Siri dan Perencanaan, peranti anda mungkin menghantar data kontekstual lain kepada Apple, termasuk daripada app pihak ketiga yang anda benarkan untuk disepadukan dengan Gunakan dengan Siri, seperti:

  • Nama kenalan, nama panggilan dan perhubungan (contohnya “ayah saya”) jika anda menyediakannya dalam kenalan anda
  • Bentuk sapaan, jika disetkan dalam seting bahasa dan rantau
  • Muzik dan podcast yang anda nikmati
  • Nama peranti anda dan ahli Perkongsian Keluarga anda
  • Nama aksesori, rumah, suasana, ahli rumah dikongsi dalam app Rumah dan profil pengguna Apple TV
  • Label untuk item, seperti nama orang dalam Foto, nama Penggera dan nama senarai Peringatan
  • Nama app yang dipasang pada peranti anda dan pintasan yang anda tambahkan melalui Siri

Data ini dikaitkan dengan pengecam rawak dijana peranti yang tidak terikat dengan Akaun Apple atau alamat e‑mel anda. Ia digunakan oleh Apple hanya untuk menentukan sama ada Siri memahami permintaan anda dan untuk membantu peranti iOS anda serta sebarang peranti Apple bersambung, seperti Apple Watch, HomePod atau aksesori HomeKit disokong anda, memahami anda dengan lebih baik dan mengecam perkara yang anda sebut.

Data kontekstual ini, serta transkrip data permintaan berkaitan anda, tidak digunakan untuk membina profil pemasaran dan tidak pernah dijual kepada sesiapa.

Apabila anda mendayakan Siri, Apple juga mengumpulkan maklumat tentang spesifikasi peranti anda, seting Siri dan metrik prestasi Siri untuk memahami cara Siri digunakan. Maklumat ini dikaitkan dengan pengecam yang tidak dihubungkan dengan Akaun Apple anda atau maklumat lain yang mungkin mengenal pasti anda.

Siri dalam Kamera

Apabila anda membuka Siri dalam Kamera, Kecerdasan Visual boleh mencari maklumat tentang imej atau persekitaran anda menggunakan Komputasi Awan Peribadi atau Pengambilan Maklumat Peribadi supaya Apple tidak mempelajari maklumat dalam imej atau persekitaran anda.

Selain itu, Kecerdasan Visual mungkin menghantar lokasi anda ke Peta Apple untuk mencari maklumat tentang perniagaan, tanda tempat dan tempat tarikan lain yang dikesannya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang data yang dikumpulkan semasa anda menggunakan Peta Apple, lawati www.apple.com/my/legal/privacy/data/ms/apple-maps.

Anda juga boleh menggunakan Carian Google untuk merujuk hasil carian bagi imej, yang menghantar imej daripada kamera anda kepada Google apabila anda mengetik butang carian. Apabila anda menggunakan Carian Google, dasar privasi data Google akan digunakan.

Apabila anda mengetik butang pengatup, Kecerdasan Visual boleh menggunakan Siri untuk mencari maklumat tentang imej.

Jika anda mendayakan sambungan ChatGPT, anda boleh menghantar imej kepada ChatGPT untuk mengetahui lebih lanjut tentang imej. Alamat IP anda dilindungi daripada Google dan ChatGPT, serta tidak dikongsi dengannya.

App Pihak Ketiga

Apabila Siri berinteraksi dengan app atau perkhidmatan pihak ketiga bagi pihak anda, anda tertakluk pada terma dan syarat serta dasar privasi app atau perkhidmatan tersebut. Selain itu, jika anda memilih untuk membenarkan app menggunakan Pengecaman Pertuturan untuk transkripsi, data audio untuk ditranskripsikan mungkin dihantar kepada Apple.

Sambungan ChatGPT

Apabila anda memilih untuk mendayakan sambungan ChatGPT dalam Siri, Apple menyimpan data berkaitan dengan permintaan anda, seperti kategori permintaan anda dan sama ada ia berjaya dilengkapkan. Data ini sebahagian daripada sejarah permintaan berkaitan anda dan digunakan serta dikekalkan oleh Apple seperti yang diterangkan di atas.

Apple mengumpulkan maklumat terhad tentang respons ChatGPT kembali kepada anda, seperti saiz anggaran respons, untuk mengendalikan perkhidmatan dan mencegah penipuan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.apple.com/my/legal/privacy/data/ms/chatgpt-extension.

Peranti Apple Bersambung

Menggunakan Siri pada peranti Apple bersambung, seperti Apple Watch atau HomePod, mungkin memerlukan pemprosesan pelayan tambahan audio dan transkrip anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Seting Siri untuk peranti Apple disambungkan anda.

Cadangan Siri dalam Spotlight, Siri dan App

Untuk memperibadikan pengalaman anda, Cadangan menggunakan pemprosesan setempat pada peranti untuk mempelajari cara anda menggunakan peranti dan app anda. Menggunakan maklumat yang disimpan pada peranti anda, seperti sejarah pelayaran Safari, e‑mel, mesej, imej, pemberitahuan dan kenalan anda, serta maklumat yang didermakan atau disumbangkan oleh app lain yang dipasang, Siri boleh mencadangkan pintasan dan memberikan cadangan dalam carian, helaian kongsi, kalendar, Rujuk, Rujukan Visual, Safari, app dan banyak lagi. Contohnya, Siri boleh menggunakan kecerdasan pada peranti untuk mencadangkan orang untuk berkongsi foto dalam helaian kongsi berdasarkan orang dalam foto. Cadangan mungkin digunakan untuk memperibadikan perkhidmatan Apple tetapi tidak disimpan pada pelayan Apple atau dikongsi dengan app pihak ketiga yang lain. Apabila anda menjalankan pintasan dicadangkan Siri, anda tertakluk pada terma dan syarat serta dasar privasi app.

Perkhidmatan Lokasi

Jika anda telah mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk Siri, lokasi peranti anda pada masa anda membuat permintaan akan dihantar kepada Apple untuk membantu Siri dan Perencanaan meningkatkan ketepatan responsnya kepada permintaan anda. Untuk memberikan respons dan cadangan yang berkaitan, Apple mungkin menggunakan alamat IP sambungan internet anda untuk menganggarkan lokasi anda dengan memadankannya ke rantau geografi.

Penyelarasan iCloud

Seting Siri dan pemeribadian Cadangan Siri anda akan diselaraskan merentas peranti Apple anda menggunakan penyulitan hujung ke hujung jika anda menggunakan iCloud. Selain itu, audio pada masa anda menyediakan Siri untuk mengecam suara anda, diselaraskan menggunakan penyulitan hujung ke hujung bagi meningkatkan pengecaman Siri diperibadikan pada peranti anda. Sebagai contoh, inilah cara audio daripada telefon anda boleh mendayakan Cam Suara Saya pada HomePod anda. Model pengecaman pertuturan yang diperibadikan dan interaksi anda dengan Siri dan Perencanaan yang dilakukan pada peranti mungkin memanfaatkan maklumat pada peranti anda untuk meningkatkan ketepatan dan prestasi model. Pengecaman pertuturan diperibadikan dilakukan pada peranti anda dan bukan pada pelayan Apple. Status pemasa, penggera, media dikongsi anda yang berdekatan dan, jika anda mengikut serta dalam Permintaan Peribadi pada HomePod, status panggilan telefon, daripada peranti anda dan kehampiran peranti sedemikian mungkin dikongsi secara setempat dengan peranti Apple berdekatan anda supaya peranti lain dapat mengawalnya daripada peranti berdekatan anda dengan Siri didayakan.

Jika anda mendayakan Siri AI dan menggunakan iCloud, sejarah interaksi anda dengan Siri yang disimpan dalam app Siri turut akan diselaraskan merentas peranti Apple anda menggunakan penyulitan hujung ke hujung, yang tidak boleh dibaca oleh Apple, untuk membolehkan anda mengakses perbualan lama anda dengan Siri merentas peranti Apple anda.

Anda Mempunyai Pilihan dan Kawalan

Anda boleh menyahdayakan Siri atau Perencanaan pada bila-bila masa. Untuk menyahaktifkan Siri, pergi ke Seting > Siri > Nyahaktifkan Siri, kemudian ketik Nyahaktifkan Siri. Untuk menyahaktifkan Perencanaan, pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci, kemudian ketik untuk menyahaktifkan Dayakan Perencanaan. Jika anda menyahaktifkan Siri dan juga Perencanaan, transkrip permintaan Siri dan Perencanaan anda yang disimpan pada peranti anda dan digunakan untuk memperibadikan pengalaman anda akan dipadamkan.

Anda boleh memadamkan transkrip permintaan Siri dan Perencanaan anda yang disimpan pada peranti anda dengan pergi ke Seting > Siri dan mengetik Nyahaktifkan Siri.

Untuk app yang dibina bagi versi Siri yang lebih lama, anda boleh mengawal integrasinya dengan Gunakan dengan Siri pada bila-bila masa dengan pergi ke Seting > Siri > Cadangan > [nama app] > Gunakan dengan Siri.

Anda juga boleh mengehadkan terus keupayaan untuk menggunakan Siri dan Perencanaan. Untuk Siri, pergi ke Seting > Masa Skrin > Kandungan & Privasi > Ciri Lain > Siri. Untuk Perencanaan, pergi ke Seting > Masa Skrin > Kandungan & Privasi > Ciri Lain > Perencanaan.

Jika anda tidak mahu Cadangan Siri dalam app, atau apabila berkongsi, mencari atau mendengar, anda boleh menyahdayakan Cadangan Siri dengan pergi ke Seting > Siri > Cadangan, atau dengan pergi ke Seting > Siri > Cadangan > [nama app] dan mengetik untuk menukar pilihan anda bagi app.

Anda boleh melihat dan mengawal senarai penuh ciri yang diperibadikan Siri serta app yang Siri cadangkan pintasan dengan pergi ke Seting > Siri. Untuk menghentikan Siri daripada menggunakan maklumat yang didermakan atau disumbangkan oleh app lain yang dipasang untuk memperibadikan pengalaman anda, daripada mengambil tindakan dalam app atau daripada menggunakan data daripada app untuk membuat cadangan merentas app lain, pergi ke Seting > App Dikecualikan, kemudian tambah app pada senarai App Dikecualikan.

Untuk menghentikan klip app daripada memberikan maklumat bagi memperibadikan Siri, pergi ke Seting > Siri > Klip App dan ketik untuk menyahaktifkan Belajar daripada Klip App.

Jika anda telah mendayakan Perkhidmatan Lokasi, anda boleh menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk Siri dengan pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi > Siri dan mengetik Jangan.

Jika anda telah mendayakan Perkhidmatan Lokasi, anda boleh menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk Cadangan Siri dengan pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi > Perkhidmatan Sistem dan mengetik untuk menyahaktifkan Cadangan & Carian.

Jika anda tidak mahu pemeribadian Siri diselaraskan merentas peranti, anda boleh menyahdayakan Siri dengan pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Disimpan ke iCloud > Lihat Semua dan mengetik untuk menyahaktifkan Siri.

Anda boleh mengawal app yang menggunakan Pengecaman Pertuturan untuk transkripsi dengan pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Pengecaman Pertuturan.

Dengan menggunakan Siri, Perencanaan atau Cadangan Siri, anda bersetuju dan mengizinkan penghantaran, pengumpulan, penyenggaraan, pemprosesan dan penggunaan maklumat ini oleh Apple dan subsidiari serta ejennya, untuk menyediakan dan meningkatkan Siri, Perencanaan, Carian dan fungsi pemprosesan bahasa lain yang terhad dalam produk dan perkhidmatan Apple seperti yang diterangkan di atas. Apple mungkin memproses dan menyimpan maklumat ini dengan penyedia khidmat pihak ketiga yang dipercayai. Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy.

2026-10-30