-
Skrin Pilihan Pelayar & Privasi
-
Apabila anda memilih app pelayar yang tidak berada pada peranti anda pada masa ini, app akan dimuat turun daripada App Store dan dikaitkan dengan Akaun Apple anda.
Skrin Pilihan Pelayar membolehkan anda mengesetkan app pelayar lalai pilihan anda.
-
- Apple mengumpulkan maklumat tentang interaksi anda dengan proses pilihan pelayar untuk meningkatkan pengalaman dan bagi tujuan pematuhan apabila anda mengikut serta untuk berkongsi analitis dengan Apple. Maklumat ini tidak dikaitkan dengan anda.
- Apabila anda memilih app pelayar yang tidak anda miliki pada peranti anda pada masa ini, app akan dimuat turun daripada App Store untuk mengesetnya sebagai pelayar lalai anda.
- Apple mengaitkan muat turun app pelayar dengan Akaun Apple anda.
Anda mempunyai pilihan untuk memilih app pelayar lalai untuk digunakan apabila anda membuka pautan tapak web.
Jika anda telah mengikut serta untuk berkongsi analitis dengan Apple dan pembangun app, Apple mengumpulkan maklumat tentang interaksi pilihan pelayar anda, termasuk perkara yang anda ketik dan lihat serta kedudukan pelayar di halaman pilihan. Apple mengekalkan privasi anda semasa mengumpulkan data ini dan tidak mengaitkannya dengan anda. Data mungkin digunakan untuk meningkatkan pengalaman pilihan pelayar dan untuk tujuan pelaporan serta pematuhan Apple. Anda boleh menukar keutamaan perkongsian analitis anda pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian pada peranti iOS atau iPadOS anda, pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Analitis & Peningkatan dan ketik untuk menyahaktifkan Kongsi Analitis [peranti].
Apabila anda memilih app pelayar yang tidak anda miliki pada peranti anda pada masa ini, app akan dimuat turun secara automatik daripada App Store dan disetkan sebagai pelayar lalai anda. Sebagai sebahagian daripada muat turun ini, pengecam seperti ID perkakasan dan alamat IP peranti anda dilog oleh Apple secara berkaitan dengan Akaun Apple anda. Apabila anda menggunakan App Store, maklumat tentang muat turun anda, termasuk muat turun app pelayar lalai anda, mungkin digunakan seperti yang diterangkan dalam App Store & Privasi di www.apple.com/legal/privacy/data/ms/app-store.
Anda boleh menukar pelayar lalai anda pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian, pergi ke Seting > App, ketik app yang anda mahu setkan sebagai pelayar lalai anda, kemudian ketik App Pelayar Lalai. Pilih app untuk mengesetnya sebagai lalai anda. Tanda semak akan kelihatan di sebelah app untuk mengesahkan bahawa ia app lalai.
Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy.
Tarikh Terbitan: 16 Disember 2024