-
Perkongsian Keluarga & Privasi
-
Apple menggunakan Akaun Apple, butiran bayaran anda dan maklumat tentang kumpulan keluarga anda untuk membolehkan anda dan ahli keluarga anda berkongsi langganan, pembelian dan lokasi; mencipta akaun anak; dan menyediakan kawalan ibu bapa. Apple mungkin menggunakan butiran tentang kumpulan keluarga anda untuk menghantar anda komunikasi yang berkaitan.
Perkongsian Keluarga direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.
-
- Umur dan negara atau rantau anda yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda akan digunakan untuk mengesahkan sama ada anda seorang dewasa, kanak-kanak atau remaja.
- Apabila anda memulakan atau menyertai kumpulan keluarga, Akaun Apple anda dan maklumat tentang ahli keluarga anda mungkin digunakan untuk membolehkan anda dan ahli keluarga anda berkongsi langganan, pembelian dan lokasi.
- Jika anda ibu bapa atau penjaga, Akaun Apple anda dan ahli keluarga anda mungkin digunakan untuk membolehkan anda menyediakan kawalan ibu bapa bagi kanak-kanak dan remaja dalam ahli keluarga anda.
- Butiran tentang kumpulan keluarga anda mungkin digunakan untuk menghantar komunikasi yang berkaitan kepada anda dan ahli keluarga anda tentang produk, perkhidmatan, tawaran serta faedah lain yang tersedia menerusi Perkongsian Keluarga.
Melindungi privasi dan keselamatan maklumat anda ialah keutamaan semua orang di Apple. Kami berusaha keras untuk hanya mengumpulkan data yang kami perlukan untuk menjadikan pengalaman anda lebih baik. Apabila kami mengumpulkan data, kami percaya penting untuk anda mengetahui perkara yang kami kumpulkan dan sebab kami memerlukannya, supaya anda boleh membuat pilihan termaklum. Perkongsian Keluarga, seperti setiap produk dan perkhidmatan Apple, direka bentuk berpandukan prinsip ini.
Menyediakan Perkongsian Keluarga
Apabila pengguna memulakan persediaan keluarga, Apple menggunakan umur dan negara atau rantau yang berkaitan dengan Akaun Apple mereka untuk mengesahkan bahawa mereka dewasa dan oleh itu layak mencipta kumpulan keluarga. Ambang umur khusus yang dirujuk di bawah mungkin berbeza untuk pengguna yang bergantung pada negara atau rantau yang dikaitkan dengan Akaun Apple mereka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ambang umur, lawati support.apple.com/102617.
Setelah status dewasa disahkan, pengguna yang memulakan menjadi pengelola keluarga dan boleh menjemput sehingga lima pengguna lain dengan Akaun Apple unik untuk menyertai kumpulan keluarga menggunakan AirDrop, Mesej atau Mail, atau dengan mengetik Jemput Sendiri dalam seting keluarga. Apple akan memaparkan nama pengelola, Akaun Apple, langganan yang akan dapat diakses jemputan dan/atau maklumat hubungan pengelola dalam jemputan bergantung pada cara ia dihantar. Apple tidak akan memaparkan sebarang maklumat lain tentang pengelola atau kumpulan keluarga, seperti nama ahli keluarga sedia ada. Apabila pengelola mengetik Jemput Sendiri, Apple akan menggunakan Akaun Apple dan kata laluan jemputan, yang dimasukkan pada peranti pengelola, untuk mengesahkan jemputan dan mengesahkan penerimaan mereka jika jemputan berusia 13 tahun atau lebih tua. Apple tidak akan menyimpan maklumat ini pada peranti pengelola. Jika jemputan berusia bawah 13 tahun, Apple akan memulakan aliran pemindahan anak yang diterangkan di bahagian Meninggalkan Kumpulan Perkongsian Keluarga dan Pemindahan Kanak-kanak di bawah.
Untuk membantu penganjur dan jemputan mengurus jemputan serta menghantar peringatan, Apple akan memaparkan nama, foto profil dan status jemputan mereka, sebagai tersedia, dalam seting peranti. Apple mengekalkan rekod jemputan sehingga jemputan membalas atau jemputan tamat tempoh selepas 15 hari. Jika jemputan menerima, Apple mengaitkan Akaun Apple jemputan dengan kumpulan keluarga. Apple tidak mengekalkan rekod jemputan yang telah tamat tempoh. Untuk jemputan yang dihantar menerusi Mesej yang telah ditolak, Apple menyimpan rekod selama 30 hari untuk memaparkan status ditolak dalam Mesej kepada pengelola dan jemputan.
Menyertai Keluarga dan Peranan Keluarga
Apabila pengguna menyertai kumpulan keluarga, Apple menyediakan ciri, maklumat dan kawalan khusus, yang boleh digunakan untuk mengurus perkongsian langganan, pembelian, maklumat bayaran serta lokasi. Contohnya, Apple akan memaparkan nama, Akaun Apple dan peranan setiap ahli, serta umur mana-mana kanak-kanak dan remaja dalam keluarga kepada semua ahli kumpulan keluarga dalam seting keluarga. Untuk kanak-kanak dan remaja pada peranti iOS atau iPadOS, Apple akan menggunakan umur mereka bagi memberikan maklumat sesuai dengan umur tentang hak privasi mereka dan kawalan ibu bapa. Apple juga akan memproses butiran tentang ahli keluarga, seperti peranan, langganan dan penggunaan ciri serta perkhidmatan mereka, untuk menyediakan senarai pengesyoran tersuai. Contohnya, pengesyoran ahli keluarga mungkin mencadangkan menyemak kawalan ibu bapa, berkongsi iCloud+ dengan ahli keluarga atau menjadikan ahli keluarga lain salah seorang Kenalan Kecemasan mereka.
Apabila pengelola menambahkan pengguna dewasa pada kumpulan keluarga, mereka boleh menetapkan mereka sebagai ibu bapa/penjaga. Ibu bapa/penjaga, serta pengelola yang juga boleh bertindak sebagai ibu bapa/penjaga, boleh mencipta Akaun Apple untuk kanak-kanak dan remaja seperti yang diterangkan di bawah. Mereka juga boleh menyediakan kawalan ibu bapa seperti Minta Kebenaran untuk Beli dan Masa Skrin untuk kanak-kanak dan remaja dalam kumpulan keluarga. Selain menyediakan kumpulan keluarga dan menjemput pengguna untuk menyertai, pengelola boleh mengeluarkan ahli keluarga serta membubarkan kumpulan seperti yang diterangkan di bawah. Jika pengguna yang merupakan sebahagian daripada kumpulan keluarga mendaftar masuk ke peranti Apple seperti Apple TV, peranti mungkin mencadangkan menambah ahli keluarga lain dengan memaparkan nama Akaun Apple dan foto profil mereka.
Mencipta Akaun Apple untuk Kanak-kanak atau Remaja
Pengelola dan ibu bapa/penjaga boleh menambahkan kanak-kanak dan remaja ke kumpulan keluarga mereka dengan mencipta Akaun Apple mereka. Untuk mencipta Akaun Apple bagi kanak-kanak atau remaja, pengelola atau ibu bapa/penjaga mesti memberikan nama, tarikh lahir, alamat e‑mel dan nombor telefon kanak-kanak atau remaja, yang digunakan Apple untuk memberikan Akaun Apple kepada kanak-kanak atau remaja. Jika akaun dicipta semasa persediaan peranti, pengelola atau ibu bapa/penjaga juga mesti memberikan negara atau rantau kanak-kanak atau remaja. Apple menggunakan tarikh lahir kanak-kanak atau remaja untuk menentukan perkhidmatan yang layak dan mencadangkan kawalan ibu bapa seperti Minta Kebenaran untuk Beli dan Masa Skrin. Untuk kanak-kanak, Apple mengesahkan status dewasa pengelola atau ibu bapa/penjaga menggunakan butiran bayaran mereka, kad pengenalan dalam Wallet, atau Akaun Apple atau yang setara sebelum mendapatkan persetujuan mereka bagi memproses data kanak-kanak. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mencipta akaun kanak-kanak, lawati support.apple.com/102617.
Perkongsian PembelianApabila pengelola mendayakan perkongsian pembelian, pembelian layak yang dibuat oleh ahli keluarga dalam App Store, iTunes Store, Apple Books atau app Apple TV akan dicaj kepada kaedah bayaran pengelola dalam rekod. Ahli keluarga akan dapat melihat perihalan kaedah bayaran yang digunakan, seperti Apple Pay, tetapi tidak akan dapat melihat butiran bayaran, seperti nombor akaun bayaran penuh. Ahli keluarga akan mendapat akses secara automatik kepada pembelian pengelola dan boleh mengikut serta untuk berkongsi pembelian mereka dengan ahli keluarga lain. Pengelola akan dapat melihat perihalan, harga dan tarikh transaksi dalam talian serta in-app App Store semua ahli keluarga, serta butiran permintaan dan keputusan bayaran balik serta pertikaian. Jika ahli keluarga melaporkan masalah dengan pembelian App Store dalam talian atau in‑app, Apple akan menggunakan maklumat tentang ahli keluarga yang membeli, pengelola dan pembelian untuk memberikan respons yang bersesuaian.
Ahli keluarga boleh menyembunyikan pembelian iTunes, Apple Books dan App Store individu, atau menyahdayakan Kongsi Pembelian Saya dalam seting keluarga mereka; pengelola Keluarga akan terus menerima resit bagi pembelian yang dibuat dalam App Store, Apple Books dan Apple Music walaupun ahli keluarga telah menyembunyikan pembelian mereka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkongsian pembelian, lawati support.apple.com/102599. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menyembunyikan pembelian daripada App Store, lawati support.apple.com/108091.
Langganan
Jika Kongsi dengan Keluarga didayakan, langganan untuk perkhidmatan seperti pelan keluarga Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade atau Apple News+ akan dikongsi dengan ahli keluarga. Ahli keluarga akan terus mendaftar masuk ke setiap perkhidmatan menggunakan Akaun Apple mereka sendiri. Ini akan memastikan kandungan, pustaka media dan pengesyoran individu mereka peribadi serta berasingan, sambil memanfaatkan pelan keluarga dikongsi. Secara serupa, berkongsi iCloud+ dengan keluarga memberikan setiap ahli keluarga akses kepada storan dan ciri dalam pelan dikongsi, sambil mengasingkan akaun dan fail individu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang berkongsi langganan bersama ahli keluarga, lawati support.apple.com/108107.
Perkongsian Lokasi
Apabila pengguna menyertai kumpulan keluarga, nama peranti mereka akan kelihatan kepada ahli keluarga lain dalam Cari. Akaun Apple mereka hanya akan kelihatan kepada ahli keluarga lain dalam Cari dan data lokasi mereka hanya akan diproses oleh Cari jika mereka mendayakan Perkongsian Lokasi, sama ada menerusi seting keluarga atau menerusi app Cari. Ahli keluarga juga boleh memilih untuk berkongsi lokasi mereka sendiri secara automatik bersama semua ahli keluarga lain, termasuk sebarang ahli baharu yang ditambahkan kemudian, dalam seting keluarga selagi mereka kekal dalam kumpulan. Pengelola atau ibu bapa/penjaga boleh memilih untuk berkongsi lokasi kanak-kanak atau lokasi mereka secara automatik dengan semua ahli keluarga lain dalam keadaan tertentu, termasuk apabila mereka mencipta akaun bagi kanak-kanak atau remaja. Ahli keluarga boleh menyahdayakan ciri Kongsi Lokasi Secara Automatik dalam Seting > [nama anda] > Perkongsian Keluarga > Perkongsian Lokasi. Mereka juga boleh memilih untuk berkongsi lokasi mereka dengan ahli individu keluarga melalui seting keluarga dan app Cari. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang berkongsi lokasi bersama ahli keluarga, lawati support.apple.com/105107.
Kawalan Ibu Bapa
Apple menggunakan Akaun Apple dan peranan ahli keluarga untuk membolehkan pengelola dan ibu bapa/penjaga menyediakan kawalan ibu bapa bagi kanak-kanak dan remaja dalam kumpulan keluarga mereka. Contohnya, pengelola dan ibu bapa/penjaga boleh mengaktifkan Minta Kebenaran untuk Beli supaya kanak-kanak dan remaja mesti menerima kelulusan mereka sebelum membuat sebarang muat turun atau pembelian daripada App Store, iTunes Store atau Apple Books, termasuk pembelian in‑app serta muat turun percuma. Pengelola dan ibu bapa/penjaga juga boleh menyediakan Masa Skrin, yang membolehkan mereka mengurus seting untuk ciri seperti Masa Henti, penggunaan app dan tapak web, kenalan serta penilaian kandungan bagi kanak-kanak dan remaja mereka. Hanya pengelola dan ibu bapa/penjaga dapat melihat maklumat tentang transaksi kanak-kanak dan remaja dalam App Store, iTunes Store dan Apple Books, melihat serta mengurus aktiviti dalam talian mereka menerusi Masa Skrin dan mendayakan kawalan ibu bapa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Minta Kebenaran untuk Beli, lawati support.apple.com/105055. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penggunaan kawalan ibu bapa, lawati support.apple.com/105121.
Meninggalkan Kumpulan Perkongsian Keluarga dan Pemindahan Kanak-kanak
Ahli keluarga dewasa boleh meninggalkan kumpulan keluarga atau dikeluarkan oleh pengelola pada bila-bila masa. Remaja boleh keluar daripada kumpulan keluarga atau dikeluarkan oleh pengelola melainkan mereka diurus oleh pengelola atau ibu bapa/penjaga melalui Masa Skrin. Pengelola keluarga juga mungkin membubarkan kumpulan keluarga dengan menyahaktifkan Perkongsian Keluarga. Apabila ahli keluarga keluar atau dikeluarkan, mereka kehilangan akses dengan serta-merta kepada langganan dikongsi dan kandungan yang dibeli oleh ahli lain, serta kandungan mereka juga tidak lagi akan tersedia kepada ahli lain.
Kanak-kanak mesti menjadi sebahagian daripada kumpulan keluarga. Untuk mengeluarkan kanak-kanak daripada kumpulan keluarga, pengelola dalam kumpulan keluarga berbeza boleh menjemput kanak-kanak untuk menyertai kumpulan keluarga mereka dengan memilih Jemput Sendiri dalam seting keluarga. Jemputan pemindahan mesti diluluskan oleh pengelola keluarga semasa kanak-kanak. Setelah pemindahan selesai, Apple tidak mengekalkan rekod fakta bahawa kanak-kanak yang dipindahkan sebelum ini menjadi sebahagian daripada kumpulan keluarga lain. Secara alternatif, pengelola keluarga boleh memadamkan Akaun Apple kanak-kanak. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang memindahkan kanak-kanak ke kumpulan keluarga lain dan memadamkan akaun kanak-kanak, lawati support.apple.com/102634.
Berkomunikasi dengan Anda
Apple mungkin menggunakan butiran tentang ahli keluarga pengguna, termasuk bilangan ahli keluarga dan sama ada sesiapa mempunyai jemputan belum selesai untuk menyertai kumpulan, untuk menghantar komunikasi yang berkaitan kepada pengguna dan ahli keluarga mereka tentang produk, perkhidmatan, tawaran serta faedah lain yang tersedia menerusi Perkongsian Keluarga.
Ahli keluarga mungkin menerima komunikasi ini melalui e‑mel, jika mereka bersetuju menerima pemasaran e‑mel. Mereka boleh menukar keutamaan e‑mel mereka dan menarik diri daripada menerima e‑mel ini dengan pergi ke account.apple.com/my atau pada peranti iOS atau iPadOS dengan pergi ke Seting > [nama anda] > Maklumat Peribadi > Keutamaan Komunikasi. Ahli keluarga juga mungkin menerima komunikasi ini melalui pemberitahuan push daripada produk atau perkhidmatan Apple yang berkaitan. Untuk mengemas kini keutamaan pemberitahuan atau menarik diri daripada pemberitahuan pada peranti iOS atau iPadOS anda, pergi ke Seting > Pemberitahuan.
Apple juga mungkin menggunakan butiran tentang pengguna dan kumpulan keluarga mereka, termasuk nama, umur, peranan, pembelian dan langganan mereka, untuk menghantar komunikasi melalui e‑mel atau pemberitahuan push tentang perubahan dalam keahlian dan peranan keluarga, keupayaan untuk mengakses pembelian dan langganan dikongsi, serta kawalan ibu bapa. Contohnya, apabila pengguna menyertai kumpulan keluarga, semua ahli keluarga sedia ada akan dimaklumkan tentang keupayaan mereka untuk mengakses pembelian dan langganan dikongsi ahli baharu. Jika pengelola menetapkan ahli keluarga dewasa sebagai ibu bapa/penjaga, kanak-kanak dan remaja dalam kumpulan keluarga akan dimaklumkan bahawa pengguna dewasa boleh mengurus kawalan ibu bapa mereka.
Asas Undang-undang yang Berkenaan untuk Pemprosesan Data Peribadi
Kami memproses data peribadi daripada Perkongsian Keluarga seperti diterangkan di atas umumnya untuk pelaksanaan kontrak ahli keluarga dengan Apple, seperti yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan dan mematuhi kewajipan undang-undang kami. Jika persetujuan ialah asas undang-undang yang bersesuaian, kami mendapatkannya selaras dengan undang-undang tempatan yang berkenaan.
Jika dibenarkan undang-undang tempatan yang berkenaan, kami memproses kategori data peribadi berikut mengikut keperluan untuk tujuan kepentingan sah kami atau pihak ketiga, termasuk maklumat tentang:
- Maklumat Akaun Apple pengguna, termasuk nama mereka, maklumat yang digunakan untuk mendaftar masuk, serta butiran kenalan, bayaran dan keselamatan, seperti nombor telefon dipercayai atau soalan keselamatan, yang digunakan merentas perkhidmatan Apple
- Produk Apple yang dimiliki ahli keluarga, langganan perkhidmatan Apple oleh ahli keluarga dan pembelian serta muat turun mereka
- Kumpulan keluarga pengguna, termasuk bilangan ahli dalam keluarga mereka
- Peranti pengguna, termasuk nama, nombor siri dan pengecam perkakasan peranti mereka yang lain
- Butiran bayaran, termasuk nombor akaun dan tarikh tamat tempoh, alamat pengebilan dan penghantaran, serta maklumat penebusan kad hadiah
Kepentingan sah ini termasuk:
- Menyediakan ahli keluarga dengan perkhidmatan dan sokongan yang lebih baik
- Menghantar komunikasi yang berkaitan tentang Perkongsian Keluarga dan produk, perkhidmatan, serta tawaran Apple lain yang berkaitan yang mungkin menarik minat
- Mencegah penipuan dan aktiviti berniat jahat lain
Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy.
Tarikh Terbitan: 15 September 2025