GymKit & Privasi

GymKit direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.


Anda boleh menyambungkan peralatan gim yang serasi ke iPhone atau Apple Watch untuk menyelaraskan data latihan (seperti jarak dan kadar jantung) dan menggunakan AirPods Pro 3 untuk menjejak kadar jantung anda semasa anda berlatih. Apabila anda menyelesaikan latihan anda, data anda disimpan ke app Kesihatan dan dikeluarkan daripada peralatan gim secara automatik. Anda boleh melihat ringkasan latihan anda dalam app Kecergasan. Jika anda log masuk menggunakan peralatan gim, pengeluar mungkin mengumpulkan dan menyimpan data tentang latihan anda dan maklumat lain yang diselaraskan daripada iPhone, AirPods atau Apple Watch ke peralatan tersebut.

2026-09-14