-
Elektrik Rumah & Privasi
-
Elektrik Rumah direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.
-
Sebagai perkongsian dengan penyedia utiliti anda, app Rumah memudahkan anda mengakses, memahami dan membuat keputusan termaklum tentang penggunaan elektrik rumah anda. Dengan menyambungkan akaun utiliti anda kepada app Rumah, anda boleh melihat penggunaan elektrik rumah anda dari semasa ke semasa, termasuk penggunaan semasa tempoh kos lebih rendah dan lebih tinggi. Jika rumah anda menggunakan suria atas bumbung, app Rumah turut memberikan maklumat tentang tenaga lebihan yang telah dihantar kembali ke grid.
Apabila anda menyediakan Elektrik Rumah, anda boleh mendaftar masuk dengan kelayakan akaun utiliti anda atau memberikan maklumat, seperti nama dan maklumat hubungan anda, untuk bersambung ke akaun utiliti anda. Jika akaun anda dikenal pasti oleh penyedia utiliti anda dan pengesahan berjaya, penyedia utiliti anda akan menghantar data ke peranti anda tentang akaun anda, seperti ID akaun anda, alamat lokasi perkhidmatan, tarikh mula penggunaan tenaga, maklumat meter tenaga dan maklumat tentang program utiliti yang anda gunakan. Maklumat persediaan akaun ini tidak diakses oleh Apple.
Untuk memaparkan data penggunaan elektrik dalam app Rumah, penyedia utiliti anda menghantar maklumat kepada Apple tentang penggunaan dan pengebilan elektrik anda, seperti tarikh mula dan tamat penggunaan anda, jumlah penggunaan anda, pengecam yang dijana secara rawak untuk meter anda dan jumlah amaun yang anda belanjakan bagi elektrik dalam tempoh pengebilan terakhir anda. Maklumat ini disimpan buat sementara pada pelayan Apple, dengan cara yang tidak membenarkan Apple mengenal pasti anda atau menghubungkan data anda dengan Akaun Apple anda. Peranti anda memuat turun penggunaan elektrik dan maklumat pengebilan anda secara berkala untuk dipaparkan dalam app Rumah. Penggunaan elektrik dan maklumat pengebilan anda disimpan secara selamat pada peranti anda dan, jika didayakan, disulitkan dalam iCloud.
Anda boleh berhenti menggunakan Elektrik Rumah pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian, ketik butang Lagi dalam app Rumah, kemudian pergi ke Seting Rumah > Tenaga, ketik penyedia aktif anda, kemudian ketik Putuskan Sambungan Akaun. Dengan mengeluarkan akaun anda, rekod yang dikaitkan dengan akaun tersebut akan dipadamkan daripada peranti anda dan daripada pelayan Apple.
Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy.
2025-12-12