-
Tingkatkan Apple Pay & Privasi
-
Tingkatkan Apple Pay membolehkan Apple menyimpan butiran transaksi daripada Apple Pay dan kad yang telah anda sambungkan ke akaun kewangan anda untuk membantu Apple membangunkan serta meningkatkan Apple Pay dan ciri berkaitan.
-
Jika anda menyertai Tingkatkan Apple Pay, butiran transaksi dan akaun yang disenaraikan di bawah daripada kad yang anda telah sambungkan ke akaun kewangan anda dan kad berjenama Apple dalam Wallet mungkin digunakan oleh Apple untuk membantu membangunkan dan meningkatkan Apple Pay serta ciri berkaitan. Contohnya, Apple mungkin menyemak nama dan kategori pedagang untuk membantu menilai sama ada pedagang dikategorikan dengan betul dalam cara yang berguna kepada pelanggan Apple.
Butiran transaksi dan akaun dihantar terus daripada peranti anda kepada Apple. Tiada pengecam akaun Apple dihantar bersama dengan maklumat. Apple juga telah meletakkan penghalang tambahan untuk membantu memastikan butiran transaksi dan akaun tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti anda. Contohnya, Apple tidak mengekalkan masa yang tepat transaksi berlaku, jadi masa yang tepat tidak boleh digunakan untuk menjejak kembali ke transaksi dunia nyata yang boleh dikenal pasti. Juga, alat digunakan untuk memastikan sebarang pengecam lain (contohnya, e‑mel, telefon) yang ditambahkan oleh pedagang atau institusi kewangan dikeluarkan daripada butiran transaksi.
Butiran berikut akan dikongsi dengan dan disimpan oleh Apple:
- Pengecam rawak
- Pengecam dikodkan (contohnya, nombor transaksi dikodkan)
- Jenis transaksi (contohnya, debit atau kredit, pemindahan)
- Amaun dan mata wang transaksi
- Tarikh transaksi
- Perihalan transaksi
- Status transaksi dan/atau akaun
- Maklumat tentang pedagang (contohnya, nama, kategori)
- Jenis dan status akaun
- Baki akaun
- Syarat akaun (contohnya, kadar faedah)
- Institusi kewangan
Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy.
2025-12-12