Tingkatkan Ciri Suara Bantu & Privasi

Tingkatkan Ciri Suara Bantu membolehkan Apple menyimpan dan menyemak input audio serta transkrip daripada interaksi dengan ciri suara bantu seperti Pintasan Suara dan Kawalan Suara, untuk membangunkan dan meningkatkan ciri kebolehcapaian merentas produk Apple.


Jika anda mengikut serta untuk Tingkatkan Ciri Suara Bantu, Apple akan mengumpulkan audio dan transkrip interaksi anda dengan ciri suara bantu seperti Pintasan Suara dan Kawalan Suara. Apple akan mengumpulkan maklumat tambahan, seperti sama ada anda menggunakan iPhone atau AirPods untuk input audio, ciri yang anda gunakan dan spesifikasi peranti serta sistem pengendalian.

Data yang dikumpulkan dikaitkan dengan pengecam dijana peranti bergilir rawak dan tidak dikaitkan dengan Akaun Apple anda. Subset interaksi anda mungkin disemak oleh penggred untuk menganalisis dan meningkatkan ketepatan serta prestasi ciri suara bantu. Hanya pekerja Apple, tertakluk pada kewajipan kerahsiaan yang ketat, boleh mengakses interaksi audio.

Apple akan menggunakan maklumat yang dikumpulkan untuk membangunkan dan meningkatkan Pintasan Suara, Kawalan Suara dan ciri kebolehcapaian serupa, serta untuk meningkatkan kebolehcapaian merentas ciri Apple lain, seperti Siri. Interaksi anda mungkin dikekalkan dan digunakan hingga dua tahun. Subset data interaksi yang telah digred mungkin disimpan melebihi dua tahun untuk peningkatan berterusan produk serta ciri ini.

Anda boleh menukar seting anda untuk Tingkatkan Ciri Suara Bantu pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian pada peranti iOS, iPadOS atau visionOS anda, pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Analitis & Peningkatan dan ketik untuk menyahaktifkan Tingkatkan Ciri Suara Bantu. Pada Mac, pergi ke Seting Sistem > Privasi & Keselamatan > Analitis & Peningkatan dan klik untuk menyahaktifkan Tingkatkan Ciri Suara Bantu.

Tarikh Terbitan: 6 November 2024