-
Tingkatkan Siri dan Perencanaan & Privasi
-
Tingkatkan Siri dan Perencanaan membenarkan Apple menyimpan dan menyemak perkara yang anda sebutkan kepada Siri, Perencanaan dan Terjemah, termasuk audio dan teks, untuk membantu Apple membangunkan dan meningkatkan Siri, Perencanaan serta ciri pemprosesan bahasa lain yang terhad seperti Terjemah atau Kawalan Suara.
Tingkatkan Siri dan Perencanaan membenarkan Apple menyimpan dan menyemak perkara yang anda sebutkan kepada Siri, Perencanaan dan Terjemah, termasuk audio dan teks, untuk membantu Apple membangunkan dan meningkatkan Siri, Perencanaan serta ciri pemprosesan bahasa lain yang terhad seperti Terjemah atau Kawalan Suara.
-
Siri dan Perencanaan
Jika anda mengikut serta dalam Tingkatkan Siri dan Perencanaan, Apple mungkin menyimpan semua interaksi anda dengan Siri dan Perencanaan, termasuk data audio dan transkrip tentang perkara yang anda sebutkan dan taip kepada Siri, respons yang diberikan oleh Siri, serta pautan yang anda buka daripada carian pengetahuan dunia. Data audio, transkrip dan data permintaan berkaitan, seperti kategori permintaan yang anda lakukan, spesifikasi peranti, statistik prestasi serta lokasi anggaran peranti anda pada waktu permintaan dibuat, mungkin digunakan untuk membangunkan dan meningkatkan Siri, Perencanaan, Carian dan fungsi pemprosesan bahasa lain yang terhad dalam produk dan perkhidmatan Apple. Contohnya, transkrip mungkin digunakan untuk memperhalus Siri, Carian, Kawalan Suara, Terjemah dan model pengecaman pertuturan automatik. Subset data ini mungkin disemak oleh penggred, dengan semakan audio dilakukan hanya oleh pekerja Apple.
Data audio Siri, transkrip dan sebarang data permintaan berkaitan anda dikaitkan dengan pengecam rawak yang dijana peranti yang digilirkan berbilang kali setiap jam dan tidak terikat kepada Akaun Apple atau alamat e‑mel anda.
Data yang dikumpulkan Apple apabila anda memilih untuk mengikut serta dalam Tingkatkan Siri dan Perencanaan mungkin dikekalkan dan digunakan hingga dua tahun, serta subset kecil interaksi yang telah disemak mungkin disimpan melebihi dua tahun untuk peningkatan berterusan Siri, Perencanaan, Carian dan ciri pemprosesan bahasa lain yang terhad.
Sejarah permintaan anda tidak digunakan untuk membina profil pemasaran dan tidak pernah dijual kepada sesiapa.
Jika satu daripada interaksi Siri atau Perencanaan anda dipilih untuk disemak, permintaan, juga respons yang diberikan oleh Siri, akan dianalisis untuk menentukan ketepatan dan meningkatkan Siri, Perencanaan, Carian dan fungsi pemprosesan bahasa lain yang terhad dalam produk dan perkhidmatan Apple. Bergantung pada konteks permintaan anda, pengulas mungkin mengakses data kontekstual tambahan yang berkaitan terus dengan permintaan, seperti nama kenalan anda atau app yang dipasang pada peranti anda, untuk mengelaskan keberkesanan respons Siri. Hanya pekerja Apple, yang tertakluk pada kewajipan kerahsiaan yang ketat, boleh mengakses interaksi audio dengan Siri dan Perencanaan. Anda boleh menukar seting anda untuk Tingkatkan Siri dan Perencanaan pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian, pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Analitis & Peningkatan.
Sambungan ChatGPT
Apabila anda memilih untuk mendayakan sambungan ChatGPT dalam Siri dan mengikut serta dalam Tingkatkan Siri dan Perencanaan, Apple mungkin menyimpan semua permintaan anda, termasuk rakaman audio dan transkrip permintaan anda. Data ini sebahagian daripada sejarah permintaan Siri dan Perencanaan anda, serta digunakan dan dikekalkan oleh Apple seperti yang diterangkan di atas.
Apple mengumpulkan maklumat terhad tentang respons ChatGPT kembali kepada anda, seperti saiz anggaran respons untuk mengendalikan perkhidmatan dan mencegah penipuan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.apple.com/my/legal/privacy/data/ms/chatgpt-extension.
Anda boleh memadamkan transkrip permintaan Siri dan Perencanaan anda yang disimpan pada peranti anda dengan pergi ke Seting > Siri dan mengetik Nyahaktifkan Siri.
Anda boleh menyahdayakan Siri dan Perencanaan dengan pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci dan mengetik untuk menyahaktifkan Dayakan Perencanaan. Kemudian pergi ke Seting > Siri dan ketik Nyahaktifkan Siri, serta ketik untuk menyahaktifkan “Tekan Butang Sisi untuk Siri” dan “Taip kepada Siri”. Transkrip permintaan Siri dan Perencanaan anda yang disimpan pada peranti anda dan digunakan untuk memperibadikan pengalaman anda akan dipadamkan jika anda menyahdayakan Siri dan Perencanaan.
Terjemah
Jika anda mengikut serta dalam Tingkatkan Siri dan Perencanaan, audio, input teks dan transkrip permintaan Terjemah anda, yang dikaitkan dengan pengecam rawak bergilir yang dijana oleh peranti, mungkin disimpan dan disemak untuk membangunkan serta meningkatkan Siri, Perencanaan, Terjemah dan fungsi pemprosesan bahasa lain yang terhad dalam produk serta perkhidmatan Apple.
Permintaan Terjemah anda mungkin dikekalkan sehingga dua tahun untuk membantu Apple membangunkan dan meningkatkan Siri, Perencanaan serta fungsi pemprosesan bahasa lain yang terhad. Contohnya, transkrip mungkin digunakan untuk memperhalus Siri, Carian, Kawalan Suara, Terjemah dan model pengecaman pertuturan automatik. Jika salah satu interaksi Terjemah anda dipilih untuk semakan, permintaan terjemahan, serta respons terjemahan yang diberikan, akan dianalisis untuk menentukan ketepatan. Hanya pekerja Apple, tertakluk pada kewajipan kerahsiaan yang ketat, boleh mengakses audio Terjemah anda. Subset kecil interaksi Terjemah anda yang telah disemak mungkin disimpan melebihi dua tahun untuk peningkatan berterusan Siri, Perencanaan, Terjemah dan fungsi pemprosesan bahasa lain yang terhad dalam produk dan perkhidmatan Apple.
Umum
Keutamaan mengikut serta yang anda pilih semasa anda menyediakan iPhone atau iPad akan digunakan pada sebarang peranti disambungkan Apple atau aksesori HomeKit yang disokong baharu yang disediakan dengan iPhone atau iPad tersebut yang telah mengaktifkan Siri. Anda boleh menukarnya kemudian dalam seting untuk setiap peranti.
Dengan mendayakan Tingkatkan Siri dan Perencanaan, anda bersetuju dan mengizinkan penghantaran, pengumpulan, penyenggaraan, pemprosesan dan penggunaan maklumat ini oleh Apple dan subsidiari serta ejennya, untuk menyediakan dan meningkatkan Siri, Perencanaan, Carian, Terjemah dan fungsi pemprosesan bahasa lain yang terhad dalam produk dan perkhidmatan Apple seperti yang diterangkan di atas. Apple mungkin memproses dan menyimpan maklumat ini dengan penyedia khidmat pihak ketiga yang dipercayai. Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple daripada penggunaan Siri, Perencanaan atau Terjemah oleh anda akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy.
2026-10-26