-
Pengkategorian Mel & Privasi
-
Apple memproses sesetengah metadata e-mel bagi membantu menyusun e-mel anda mengikut kategori. Isi kandungan e-mel anda tidak termasuk dalam Metadata ini.
Pengkategorian Mel direka untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang dikongsi.
-
- Pengkategorian Mel mengatur e-mel anda mengikut kategori, seperti Utama, Transaksi, Kemas Kini, dan Promosi.
- Apabila anda menggunakan iCloud.com untuk mengakses Mel iCloud, Apple memproses metadata tertentu, seperti pengirim dan maklumat pengepala e-mel, bagi mengkategorikan e-mel.
- Anda boleh menutup Pengkategorian Mel di iCloud.com pada bila-bila masa dengan pergi ke Mel > Tetapan > Pengkategorian Mel.
Pengkategorian menyusun mesej anda dan membantu anda mengetahui situasi terkini di semua akaun anda. Apabila anda mengakses e-mel anda di apl Mel pada iOS, proses mengkategori akan berlaku sepenuhnya dalam peranti. Jika anda mengakses Mel iCloud di iCloud.com, Apple akan memproses metadata e-mel tertentu, seperti pengirim, dan maklumat pengepala e-mel, bagi membantu mengkategorikan e-mel iCloud.
Anda boleh mengubah pengkategorian e-mel pada bila-bila masa. Anda boleh set semula semua pengkategorian manual yang telah anda lakukan, dan anda boleh memilih untuk menutup Pengkategorian Mel sepenuhnya di iCloud.com, di Tetapan.
Asas Undang-Undang yang Terpakai untuk Pemprosesan Data Peribadi
Kami memproses data peribadi anda di iCloud.com secara amnya untuk melaksanakan kontrak anda dengan Apple, seperti yang diperlukan untuk memberikan perkhidmatan, dan untuk memenuhi kewajipan undang-undang kami. Jika persetujuan adalah asas undang-undang yang sesuai, kami akan memperolehnya mengikut undang-undang yang terpakai.
Penyimpanan
Apple hanya akan menyimpan data peribadi selama tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan pengumpulan data tersebut, termasuk seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi Apple, atau seperti yang diwajibkan mengikut undang-undang. Semasa menilai tempoh penyimpanan, kami akan menyemak dengan teliti keperluan untuk menyimpan data peribadi yang dikumpulkan terlebih dahulu, dan jika penyimpanan perlu dilakukan, kami akan berusaha untuk menyimpan data peribadi tersebut untuk jangka waktu sesingkat mungkin yang dibenarkan undang-undang.
Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy.
Tarikh Terbitan: 6 November 2024