-
Laporkan Isu Peta & Privasi
-
Laporan yang berkaitan dengan Rumah, Kerja dan Sekolah anda, serta laporan tertentu yang berkaitan dengan Lihat Sekeliling dan foto dalam Peta, dikaitkan dengan Akaun Apple atau alamat e‑mel anda, yang akan ditunjukkan pada skrin sebelum anda menghantar laporan anda. Data anda akan digunakan untuk menyelesaikan isu yang dilaporkan dan meningkatkan Peta.
Peta Apple direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.
-
- Laporkan Isu Peta mengumpulkan maklumat untuk membantu menyelesaikan isu yang dilaporkan. Maklumat yang dikumpulkan untuk laporan tertentu yang berkaitan dengan Rumah, Kerja dan Sekolah anda, pengaburan imejan Lihat Sekeliling, serta foto dalam Peta disimpan secara berkaitan dengan Akaun Apple anda. Sebelum anda menghantar laporan ini, Akaun Apple anda akan ditunjukkan pada skrin semasa aliran penyerahan. Semua laporan lain dikaitkan dengan pengecam yang digilirkan secara kerap dan tidak dipautkan ke Akaun Apple anda.
- Jika anda menghantar laporan menggunakan Peta Apple di web, Apple mungkin mengumpulkan alamat e‑mel anda dengan laporan anda untuk mengekalkan integriti perkhidmatan.
- Anda boleh menghantar maklumat tambahan bersama laporan anda untuk membantu menyelesaikan isu dengan lebih berkesan.
- Apple mungkin menyimpan maklumat yang dikaitkan dengan Akaun Apple atau alamat e‑mel anda selama sehingga dua tahun untuk memahami aliran pelaporan dengan lebih baik dan sehingga lima tahun bagi laporan tertentu.
Apabila anda melaporkan isu, Peta direka bentuk untuk mengumpulkan data peribadi minimum yang diperlukan untuk menilai laporan anda dan meningkatkan Peta.
Apple mungkin mengumpulkan maklumat berikut:
- Model peranti, versi sistem pengendalian, rantau dan bahasa, masa dan zon waktu, seting Peta dan sama ada anda disambungkan ke Apple Watch atau CarPlay, untuk memahami keupayaan dan keadaan Peta dengan lebih baik pada masa laporan anda dibuat
- Imej paparan peta anda sebelum memfailkan isu, paras zum dan istilah carian terakhir yang anda gunakan, untuk memahami konteks dengan lebih baik pada masa isu dilaporkan. Maklumat yang mungkin mengenal pasti anda, seperti ikon yang menandakan lokasi rumah anda, tidak disertakan dalam imej ini
- Lokasi anda
- Maklumat yang anda berikan dalam laporan, seperti alamat, URL, waktu pembukaan baharu yang dicadangkan bersama-sama dengan komen dan sebarang foto yang dimuat naik
Dalam sesetengah kes, Apple juga mungkin mengumpulkan:
- Akaun Apple anda, termasuk alamat e‑mel anda, apabila anda melaporkan isu yang berkaitan dengan lokasi Rumah, Kerja atau Sekolah anda, permintaan untuk mengaburkan imejan Lihat Sekeliling, atau melaporkan isu berkaitan hak cipta pada foto dalam Peta. Jika anda menghantar permintaan untuk mengaburkan imejan Lihat Sekeliling menggunakan Peta Apple di web, Apple akan mengumpulkan alamat e‑mel anda untuk mengekalkan integriti perkhidmatan. Sebelum anda menghantar laporan ini, Akaun Apple atau alamat e‑mel anda akan ditunjukkan pada skrin semasa aliran penyerahan. Selain itu, untuk laporan yang termasuk Akaun Apple atau alamat e‑mel anda, Apple mungkin berkomunikasi dengan anda melalui e‑mel untuk menjelaskan isu atau memaklumkan anda tentang pembetulan. Semua laporan lain dikaitkan dengan pengecam yang digilirkan secara kerap dan tidak dipautkan ke Akaun Apple anda
- Alamat rumah, kerja atau sekolah anda, untuk pembetulan lokasi Rumah, Kerja atau Sekolah
- Arah dan sudut paparan anda dalam Lihat Sekeliling untuk isu imejan
- Laluan anda, termasuk titik mula dan tamat perjalanan anda, untuk isu navigasi
- Hasil daripada carian terbaharu anda, termasuk istilah carian yang digunakan untuk menyediakan hasil tersebut, untuk isu berkaitan carian
- Maklumat lain yang anda pilih untuk diserahkan dalam laporan anda, termasuk sebarang komen atau foto
Apabila isu anda berkaitan dengan pihak ketiga, Apple mungkin menyediakan pihak ketiga tersebut dengan maklumat daripada isu yang anda laporkan untuk membantu membetulkan isu yang anda kenal pasti. Apple berkongsi maklumat dengan pihak ketiga sedemikian hanya apabila perlu untuk membetulkan isu dan terlebih dahulu akan cuba memadamkan sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti anda.
Asas Undang-undang yang Berkenaan untuk Pemprosesan Data Peribadi
Kami memproses data peribadi anda untuk Laporkan Isu Peta umumnya mengikut keperluan untuk menyediakan perkhidmatan dan mematuhi kewajipan undang-undang kami. Jika persetujuan ialah asas undang-undang yang bersesuaian, kami mendapatkannya selaras dengan undang-undang tempatan yang berkenaan. Jika dibenarkan undang-undang tempatan yang berkenaan, kami memproses laporan yang berkaitan dengan isu hak cipta untuk tujuan kepentingan sah kami supaya kami boleh mempertahankan, mewujudkan dan melaksanakan tuntutan undang-undang.
Pengekalan
Data yang dikumpulkan oleh Apple mungkin diproses dan disimpan oleh penyedia khidmat yang dipercayai. Maklumat yang anda laporkan mungkin disimpan dalam keadaan yang dikaitkan dengan anda sehingga dua tahun dan untuk laporan berkaitan hak cipta tertentu sehingga lima tahun atau seperti yang diperlukan oleh undang-undang, untuk mengekalkan integriti perkhidmatan, memahami aliran pelaporan dan mematuhi undang-undang yang berkenaan.
Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy.
Tarikh Terbitan: 31 Mac 2025