-
Penapisan Mesej Teks & Privasi
-
Penapis Mesej Teks memberikan cara untuk anda mengesan dan menapis mesej RCS, SMS serta MMS yang tidak dikenali.
-
Anda boleh memasang dan menggunakan penapis Mesej Teks pihak ketiga. Jika anda berbuat demikian, penyedia penapis pihak ketiga boleh mengakses semua teks dan kandungan disertakan dalam mesej RCS, SMS dan MMS masuk yang anda terima daripada pengirim yang tidak dikenali. Mesej ini mungkin termasuk kod pengesahan daripada bank atau institusi lain, serta maklumat peribadi atau sensitif lain yang mungkin terdapat dalam mesej RCS, SMS dan MMS. Apabila anda menggunakan penapis spam Mesej Teks penyedia pihak ketiga, anda tertakluk pada syarat, dasar privasi dan amalan penyedia penapis. Kami menggalakkan anda mengetahui tentang syarat, dasar privasi dan amalan pihak ketiga tersebut. Untuk mengeluarkan penapis spam Mesej Teks pihak ketiga, pergi ke Seting > App > Mesej > Tidak Dikenali & Spam dan keluarkan penapis daripada senarai.
Selepas anda membalas mesej teks tiga kali atau telah menambahkan pengirim ke Kenalan anda, mesej teks daripada pengirim tersebut tidak akan ditapis sebagai pengirim tidak dikenali.
Untuk Pengguna Mesej di Brazil dan India
Penapis Mesej Teks didayakan secara lalai untuk membantu pengguna menyusun mesej mereka. Menggunakan pembelajaran mesin pada peranti, mesej daripada pengirim tidak dikenali boleh diisih kepada dua subkategori: Transaksi atau Promosi. Penapis Mesej Teks tidak menghantar sebarang kandungan atau data daripada Mesej kepada Apple. Anda boleh menyahdayakan Penapis Mesej Teks pada bila-bila masa dengan pergi ke Seting > App > Mesej > Tidak Dikenali & Spam serta memilih Tiada daripada senarai.
Tarikh Terbitan: 15 September 2025