Terjemahan & Privasi

App Terjemah dan Terjemahan seluruh sistem direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.


Audio dan teks (termasuk teks yang dicam dalam imej) yang anda pilih untuk diterjemah mungkin dihantar kepada Apple untuk memproses permintaan anda, tetapi tidak disimpan oleh Apple, melainkan anda mengikut serta dalam Tingkatkan Siri & Perencanaan atau Tingkatkan Siri & Apple Intelligence. Permintaan anda dikaitkan dengan pengecam rawak yang bergilir, bukan Akaun Apple atau alamat e‑mel anda.

Anda boleh memuat turun bahasa ke peranti anda. Apabila kedua-dua bahasa yang sedang anda terjemahkan telah dimuat turun, pemprosesan berlaku pada peranti anda. Terjemahan Langsung dengan AirPods, yang tersedia dalam bahasa dan di rantau yang disokong, memerlukan anda memuat turun bahasa supaya semua pemprosesan berlaku pada peranti.

Terjemah tidak sepatutnya digunakan dalam keadaan yang boleh membahayakan atau mencederakan anda, dalam situasi berisiko tinggi, untuk navigasi, atau untuk diagnosis atau rawatan sebarang keadaan perubatan.

Anda boleh membantu meningkatkan Terjemah dan fungsi pemprosesan bahasa lain dalam produk serta perkhidmatan Apple, seperti Siri, dengan membenarkan Apple menyimpan dan menyemak input teks anda serta transkrip interaksi audio anda dengan mengikut serta dalam Tingkatkan Siri & Perencanaan atau Tingkatkan Siri & Apple Intelligence. Untuk berbuat demikian, pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Analitis & Peningkatan dan ketik untuk mengaktifkan Tingkatkan Siri & Perencanaan atau Tingkatkan Siri & Apple Intelligence.

2026-10-30