App Apple Vision Pro & Privasi

App Apple Vision Pro menggunakan maklumat tentang Akaun Apple anda untuk memaparkan kandungan daripada app seperti App Store, menunjukkan maklumat tentang Apple Vision Pro anda dan menghantar pemberitahuan kepada anda. Maklumat preskripsi anda diselaraskan menggunakan penyulitan hujung ke hujung.
 

App Apple Vision Pro direka bentuk untuk melindungi maklumat anda sementara membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.


Privacy Icon

  • App Apple Vision Pro menggunakan pengecam yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda untuk memaparkan pratonton kandungan yang tersedia dalam app seperti App Store dan maklumat tentang Apple Vision Pro anda serta untuk menghantar pemberitahuan kepada anda.
  • Apabila anda menggunakan app Apple Vision Pro, anda boleh berinteraksi dengan kandungan dalam app lain, seperti Galeri Ruang, Apple TV dan App Store. Data anda akan dikumpulkan tertakluk pada notis privasi khusus perkhidmatan mereka.
  • Maklumat preskripsi anda diselaraskan menggunakan penyulitan hujung ke hujung.

App Apple Vision Pro direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi. Apabila kami mengumpulkan data, kami percaya penting untuk anda mengetahui perkara yang kami kumpulkan dan sebab kami memerlukannya.

Menggunakan App Apple Vision Pro

App Apple Vision Pro membolehkan anda mengakses kandungan baharu dan maklumat tentang peranti Apple Vision Pro anda di satu tempat. Apabila anda menggunakan app Apple Vision Pro, Apple menggunakan pengecam yang dipautkan ke Akaun Apple anda untuk memaparkan kandungan dalam app, seperti pratonton kandungan yang tersedia dalam app Apple seperti Galeri Ruang, App Store dan Apple TV. Selain itu, jika anda berinteraksi dengan kandungan yang dipaparkan dalam app Apple Vision Pro yang tersedia dalam app Apple lain, anda akan dapat melihat kandungan dari dalam app tersebut dan data anda akan dikumpulkan tertakluk pada notis privasi khusus app mereka.

App Apple Vision Pro juga menggunakan pengecam yang dipautkan ke Akaun Apple anda untuk menunjukkan maklumat tentang Apple Vision Pro anda kepada anda, seperti nombor siri peranti atau sama ada ia menerima kemas kini terkini.

App Apple Vision Pro menunjukkan maklumat preskripsi anda untuk Sisipan Optik ZEISS anda dalam app. Maklumat preskripsi anda diselaraskan menggunakan penyulitan hujung ke hujung, jadi Apple tidak boleh mengaksesnya.

Apple mungkin memproses dan menyimpan maklumat yang dihantar kepada Apple dengan penyedia khidmat pihak ketiga yang dipercayai.

Berkomunikasi dengan Anda

Kami menggunakan pengecam peranti untuk menghantar pemberitahuan kepada anda. Untuk mengemas kini keutamaan pemberitahuan anda pada peranti iOS anda, pergi ke Seting > Pemberitahuan > app Apple Vision Pro.

Pengekalan

Apple mengekalkan data peribadi hanya setakat yang perlu untuk memenuhi tujuan data tersebut dikumpulkan, termasuk seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi Apple atau dalam notis privasi khusus perkhidmatan kami, atau seperti yang diperlukan oleh undang-undang. Apabila menilai tempoh pengekalan, kami mengkaji dengan teliti terlebih dahulu sama ada perlu mengekalkan data peribadi yang dikumpulkan dan, jika pengekalan diperlukan, berusaha untuk mengekalkan data peribadi bagi tempoh paling singkat yang mungkin yang dibenarkan di bawah undang-undang. Jika anda mempunyai soalan tentang penggunaan app Apple Vision Pro anda atau mahu menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami, anda boleh menghubungi kami di www.apple.com/my/privacy/contact.

Asas Undang-undang yang Berkenaan untuk Pemprosesan Data Peribadi

Kami memproses data peribadi anda dalam app Apple Vision Pro umumnya untuk pelaksanaan kontrak anda dengan Apple, seperti yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan dan mematuhi kewajipan undang-undang kami. Jika persetujuan ialah asas undang-undang yang bersesuaian, kami mendapatkannya selaras dengan undang-undang tempatan yang berkenaan.

Jika dibenarkan undang-undang tempatan yang berkenaan, kami memproses data peribadi mengikut keperluan untuk tujuan kepentingan sah kami atau pihak ketiga, untuk menghantar komunikasi tentang app Apple Vision Pro kepada anda dan produk, perkhidmatan serta tawaran Apple lain yang mungkin menarik minat anda.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy.

Tarikh Terbitan: 31 Mac 2025