-
Perjanjian Pinjaman iPhone
-
-
Apple Malaysia Sdn. Bhd., (“Apple”) dengan sukacitanya menawarkan iPhone pinjaman kepada anda sementara servis dijalankan ke atas iPhone semasa anda ("iPhone Pelanggan"). Dengan mengambil milik terhadap peralatan yang dikenal pasti dalam bahagian 1 (“iPhone Pinjaman”) dan menandatangani perjanjian ini, anda bersetuju dengan semua terma dan syarat yang disenaraikan di bawah:
1. iPhone Pinjaman. Anda mengakui penerimaan iPhone Pinjaman yang disenaraikan di bawah yang mengikut budi bicara Apple, mungkin telefon yang baharu atau telah diperbaharu dan bersetuju untuk mengembalikannya kepada Apple (i) tidak lebih dari empat belas (14) hari dari tarikh Apple memaklumi anda bahawa iPhone Pelanggan anda yang telah dibaiki telah sedia untuk diambil atau (ii) atas permintaan bertulis Apple untuk berbuat demikian (setiap satu, "Tarikh Pengembalian"):
- Nombor Siri iPhone Pinjaman disenaraikan pada Kebenaran Kerja Genius Bar untuk penservisan yang dibuat pada iPhone semasa anda.
- Mulai tarikh anda menerima iPhone Pinjaman hingga Tarikh Pengembalian, hak milik iPhone Pinjaman pada setiap masa akan kekal diletakkan hak pada Apple.
2. Penerimaan iPhone Pelanggan apabila iPhone Pinjaman Dikembalikan. iPhone Pinjaman ditawarkan kepada anda manakala iPhone Pelanggan anda yang tersenarai pada Kebenaran Kerja Genius Bar diservis oleh Apple. Apple akan mengembalikan iPhone Pelanggan kepada anda selepas penservisan selesai, Peranti Pinjaman dikembalikan dan semua pembayaran tertunggak telah dilangsaikan.
3. Tarikh Pengembalian Dilanjutkan. Jika anda mengalami keadaan yang menghalang anda daripada mengambil iPhone Pelanggan anda yang telah dibaiki pada atau sebelum Tarikh Pengembalian, anda boleh menyerahkan permohonan lanjutan lima (5) hari kepada Apple menjangkaui tempoh pengembalian standard empat belas (14) hari. Anda boleh menyerahkan permohonan untuk tempoh lanjutan itu dengan menghubungi Apple di lokasi yang menyediakan iPhone Pinjaman tersebut. Selepas lanjutan lima (5) hari itu diluluskan, tarikh yang dilanjutkan akan menjadi Tarikh Pengembalian anda untuk tujuan terma ini, dan anda akan dikehendaki untuk mengembalikan iPhone Pinjaman selewat-lewatnya pada Tarikh Pengembalian yang dilanjutkan tersebut. Semua terma yang dinyatakan dalam perjanjian ini akan terpakai pada Tarikh Pengembalian yang dilanjutkan tersebut.
4. Penggantian. Dalam keadaan tertentu, Apple dengan mengikut budi bicaranya boleh memutuskan bahawa penggantian iPhone Pelanggan diperlukan (cth., jika pembaikan tidak boleh dilakukan). Setelah Apple memutuskan untuk menggantikan iPhone Pelanggan: (i) anda akan mengembalikan iPhone Pinjaman kepada Apple dan mengambil iPhone Gantian, yang semua terma jualan asal yang dikenakan pada iPhone Pelanggan, termasuk baki mana-mana terma waranti yang masih berkuat kuasa akan terpakai; (ii) anda akan memperoleh hak pemilikan sepenuhnya terhadap iPhone Gantian, dan (iii) Apple akan memperoleh hak pemilikan sepenuhnya kepada iPhone Pelanggan dan boleh menggunakan atau melupuskan iPhone Pelanggan sebagaimana yang dikehendaki oleh Apple.
5. Perlindungan. Anda mesti mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan teliti untuk melindungi iPhone Pinjaman daripada kerosakan, kehilangan atau penyalahgunaan semasa telefon itu dalam jagaan, simpanan dan kawalan anda. Jika iPhone Pinjaman hilang, dicuri atau rosak, anda mesti memaklumi Apple dengan segera. Hanya Apple yang boleh menservis iPhone Pinjaman. Anda mungkin dipertanggungjawabkan untuk kos pembaikan atau penggantian jika iPhone Pinjaman hilang, rosak atau dicuri semasa dalam tempoh pinjaman.
6. Penggunaan yang Dibenarkan. Hanya anda seorang yang boleh menggunakan iPhone Pinjaman semasa iPhone anda diservis oleh Apple ("Tempoh Servis"). Anda mestilah tidak menggunakan iPhone Pinjaman untuk apa-apa tujuan yang menyalahi undang-undang. Hanya perisian dengan lesen sah yang boleh dimuatkan pada iPhone Pinjaman.
"7. Padamkan Fail Anda Apabila iPhone Pinjaman Dikembalikan
Anda mengakui bahawa sebelum mengembalikan iPhone Pinjaman, anda bertanggungjawab untuk memadamkan semua fail, termasuk fail dan data peribadi dan/atau sulit yang telah anda cipta. Oleh itu, jika anda mahu mengekalkan apa-apa fail yang telah anda cipta, anda hendaklah membuat sandaran bagi fail itu agar fail tersebut boleh dipindahkan kemudian kepada iPhone Pelanggan anda yang telah dibaiki. Anda bertanggungjawab untuk mengalih keluar dan menyimpan apa-apa fail sedemikian sebelum mengembalikan iPhone Pinjaman. Apple tidak bertanggungjawab atas apa-apa fail atau data yang tertinggal pada, atau dipadamkan daripada iPhone Pinjaman, berikutan pemulangan telefon itu."
8. Perisian yang Dipasang. Anda mengakui bahawa semua perisian yang disediakan dalam iPhone Pinjaman dilesenkan secara khusus untuk iPhone Pinjaman ini dan anda tidak akan mengalihnya keluar. Anda juga bersetuju untuk tidak menyalin atau mengeluarkan semula, menterbalik atur, menyahhimpun atau menyahsusun mana-mana perisian, peralatan atau komponen yang disediakan pada iPhone Pinjaman.
9. Liabiliti Apple. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Apple tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa ganti rugi kerosakan turutan, sampingan, tidak langsung atau langsung yang timbul daripada terma ini atau penggunaan iPhone Pinjaman, termasuk tanpa had apa-apa kerugian atau yang menjejaskan harta peribadi, perisian atau data anda.
10. Undang-undang yang Mentadbir. Perjanjian ini akan ditabir dan ditakrif menurut undang-undang Malaysia.
Pihak yang menandatangani di bawah telah membaca dan memahami Perjanjian ini dan dengan ini mengakui penerimaan satu salinannya.
Tandatangan Pelanggan:
____________________________
Tarikh:
____________________________