Legal

SYARAT-SYARAT

A. SYARAT-SYARAT PENJUALAN ITUNES STORE, MAC APP STORE, APP STORE DAN IBOOKS STORE
B. SYARAT-SYARAT ITUNES STORE
C. SYARAT-SYARAT MAC APP STORE, APP STORE DAN IBOOKS STORE

PERJANJIAN UNDANG-UNDANG YANG DINYATAKAN DI BAWAH INI ADALAH DI ANTARA ANDA DAN ITUNES SARL(“ITUNES”) DAN MENGAWAL PENGGUNAAN ITUNES STORE, MAC APP STORE, APP STORE DAN IBOOKS STORE (“STORES”) OLEH ANDA. UNTUK BERSETUJU DENGAN SYARAT-SYARAT INI, TEKAN “SETUJU”. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN SYARAT-SYARAT INI, JANGAN TEKAN “SETUJU” DAN JANGAN GUNAKAN ITUNES STORE, MAC APP STORE, APP STORE ATAU IBOOKS STORE. PERJANJIAN INI DIKENAKAN TANPA MENJEJASKAN LESEN PERISIAN YANG TELAH ANDA MASUKI, SEPERTI PERJANJIAN UNTUK PENGGUNAAN APLIKASI ITUNES.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PRODUK DAN PERKHIDMATAN KAMI, SILA LAYARI http://www.apple.com/support/.

A. SYARAT-SYARAT PENJUALAN ITUNES STORE, MAC APP STORE, APP STORE DAN IBOOKS STORE

DASAR BAYARAN, CUKAI, DAN BAYARAN BALIK

Yang Kedai menerima kad kredit yang dikeluarkan oleh bank-bank di Brunei Darussalam atau Kod Kandungan sebagai bentuk bayaran. iTunes mungkin mendapatkan prakelulusan bagi sesuatu amaun sehingga amaun pesanan. Pengebilan berlaku semasa atau tidak lama selepas transaksi anda. Jika anda menggunakan pembelian 1-Click, pesanan anda mungkin diluluskan dan dibilkan secara tokokan dalam satu sesi pembelian, maka penyata anda mungkin menunjukkannya sebagai berbilang pesanan. Apabila membuat pembelian, kredit kandungan akan digunakan dahulu, kemudian kad kredit anda akan dicaj untuk membayar bakinya jika ada.

Anda bersetuju bahawa anda akan membayar bagi semua produk yang anda beli melalui Kedai, dan bahawa iTunes boleh mengecaj kad kredit anda bagi mana-mana produk yang dibeli dan bagi apa-apa amaun tambahan (termasuklah cukai dan caj lewat, jika berkenaan) yang mungkin anda akru atau yang berhubung dengan Akaun anda. ANDA BERTANGGUNGJAWAB MENJELASKAN SEMUA BAYARAN DENGAN MENEPATI MASA DAN MENYEDIAKAN ITUNES DENGAN KAD KREDIT YANG SAH UNTUK MENJELASKAN SEMUA BAYARAN. Semua bayaran akan dibilkan ke kad kredit yang anda tentukan semasa proses pendaftaran. Jika anda ingin menentukan kad kredit yang lain atau jika terdapat perubahan pada status akaun kad kredit anda, anda mesti mengubah maklumat anda dalam talian di dalam ruangan Maklumat Tentang Akaun iTunes. Kemudahan anda menggunakan Kedai mungkin tergendala sementara iTunes mengesahkan maklumat baru tentang pembayaran anda.

Jumlah harga anda akan merangkumi harga produk ditambah cukai jualan, jika dikenakan. Cukai jualan ini didasarkan pada alamat bil dan kadar cukai jualan yang berkuat kuasa pada masa anda memuat turun produk yang berkenaan. Kami akan mengenakan cukai hanya dalam bidang kuasa yang mengenakan cukai terhadap barangan digital. Pelanggan tidak layak mendapat pengecualian cukai. Bayaran tambahan, seperti bayaran urus niaga merentasi sempadan dan bayaran kad kredit, boleh dikenakan.

Semua penjualan dan sewaan produk adalah muktamad.

Harga bagi produk yang ditawarkan melalui Kedai boleh berubah pada bila-bila masa, dan Kedai tidak menyediakan perlindungan harga atau bayaran balik jika terdapat potongan harga atau tawaran promosi.

Jika produk tidak lagi disediakan selepas sesuatu transaksi tetapi sebelum dimuat turun, satu-satunya remedi bagi anda ialah bayaran balik. Jika masalah teknikal menghalang atau melambatkan penghantaran produk anda tanpa sebab, remedi anda yang eksklusif dan tunggal ialah sama ada penggantian atau bayaran balik harga yang dibayar, seperti yang ditentukan oleh iTunes.

1-Click(r)

1-Click ialah tanda perkhidmatan berdaftar milik Amazon.com, Inc. yang digunakan di bawah lesen. 1-Click ialah ciri berguna yang membenarkan anda membuat pembelian daripada Kedai dengan hanya satu klik pada tetikus atau pada alat input yang lain. Apabila memasuki Kedai pada komputer anda, pembelian 1-Click boleh diaktifkan melalui dialog yang muncul apabila anda mengklik butang Beli. (Anda boleh mengeset semula pilihan ini pada bila-bila masa dengan mengklik Set Semula Amaran pada maklumat tentang Akaun anda). Apabila memasuki Kedai pada produk berjenama Apple anda yang menggunakan iOS seperti iPad, iPod touch, atau iPhone ("Alat iOS"), 1-Click diaktifkan bagi setiap transaksi dengan menekan butang yang menunjukkan harga produk, yang akan mendedahkan butang Beli. Apabila 1-Click diaktifkan, mengklik atau menekan butang Beli akan serta-merta memulakan muat turun dan melengkapkan transaksi anda tanpa melalui langkah selanjutnya.

KOD KANDUNGAN

Kod Kandungan tidak boleh ditebus untuk mendapatkan wang tunai dan tidak boleh dikembalikan untuk mendapatkan bayaran balik (melainkan diwajibkan oleh undang-undang); ditukar; dijual semula; digunakan untuk membeli hadiah; digunakan untuk membeli di Kedai Dalam Talian Apple; atau digunakan di Kedai Runcit Apple. Baki yang tidak digunakan tidak boleh dipindahkan.

Kod Kandungan yang dimaksudkan untuk edaran di Brunei Darussalam boleh ditebus melalui Kedai di Brunei Darussalam sahaja.

iTunes tidak bertanggungjawab terhadap Kod Kandungan yang hilang atau dicuri.

iTunes berhak menutup akaun dan meminta bentuk bayaran alternatif jika Kod Kandungan didapatkan atau digunakan di Kedai secara tipu.

ITUNES DAN SEMUA PEMEGANG LESENNYA, PIHAK GABUNGANNYA, DAN PEMBERI LESENNYA TIDAK MEMBUAT APA-APA WARANTI, SAMA ADA SECARA TERSURAT ATAUPUN TERSIRAT, MENGENAI KOD KANDUNGAN, ATAU ITUNES STORE, MAC APP STORE, APP STORE, OR IBOOKS STORE, TERMASUK TANPA BATARAN, APA-APA WARANTI SECARA TERSURAT ATAUPUN TERSIRAT TENTANG KEBOLEHDAGANGANNYA ATAU KESESUAIANNYA BAGI TUJUAN YANG TERTENTU. JIKA SESUATU KOD KANDUNGAN TIDAK BERFUNGSI, SATU-SATUNYA REMEDI ANDA DAN SATU-SATUNYA LIABILITI KAMI IALAH PENGGANTIAN KOD KANDUNGAN ITU. BATASAN INI MUNGKIN TIDAK BERKENAAN DENGAN ANDA. BIDANG KUASA YANG TERTENTU TIDAK MEMBENARKAN PEMBATASAN WARANTI YANG TERSIRAT MAHUPUN PENGECUALIAN ATAU PEMBATASAN GANTI RUGI YANG TERTENTU. JIKA UNDANG-UNDANG INI DIKENAKAN TERHADAP ANDA, BEBERAPA ATAU SEMUA PENAFIAN, PENGECUALIAN, ATAU BATASAN DI ATAS INI MUNGKIN TIDAK BERKENAAN DENGAN ANDA, DAN ANDA JUGA MUNGKIN MEMPUNYAI HAK TAMBAHAN.

HADIAH

Hadiah yang dibeli daripada Kedai boleh dibeli hanya untuk seseorang yang berada di Brunei Darussalam dan ditebus hanya oleh seseorang yang berada di Brunei Darussalam. Penerima hadiah mestilah mempunyai perkakasan dan seting kawalan ibu bapa yang serasi untuk menggunakan sesetengah jenis hadiah.

PRAPESANAN

Dengan membuat prapesan produk, anda memberi kuasa kepada Kedai untuk mengenakan bayaran kepada akaun anda dan memuat turun produk tersebut secara automatik apabila produk tersebut tersedia. Anda boleh membatalkan prapesanan anda sebelum waktu produk yang berkenaan itu tersedia.

PERKONGSIAN KELUARGA

Perkongsian Keluarga membolehkan anda berkongsi produk iTunes, App Store, Mac App Store, dan iBooks Store yang layak dengan ahli "Keluarga" seramai enam orang (termasuk diri anda). Jika anda menubuhkan atau menyertai sebuah Keluarga, anda boleh melihat produk yang layak milik ahli Keluarga yang lain dan memuat turun produk tersebut ke peranti atau komputer anda yang serasi. Anda juga boleh memilih untuk menyembunyikan pembelian supaya ahli Keluarga yang lain tidak akan dapat melihat atau memuat turunnya daripada anda. Anda boleh berkongsi maklumat seperti gambar dan video melalui aplikasi Foto, acara melalui Kalendar Keluarga, peringatan melalui aplikasi Peringatan, maklumat lokasi melalui Cari Kawan Saya, dan lokasi peranti melalui Cari iPhone Saya. Perkongsian Keluarga adalah untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial sahaja. Akaun iTunes dan iCloud diperlukan; iOS 8 dan/atau OS X Yosemite diperlukan untuk memulakan dan menyertai Keluarga. Beberapa urus niaga dan fungsi tertentu mungkin tidak serasi dengan versi perisian yang lebih rendah dan mungkin memerlukan peningkatan perisian. Jika anda menyertai sebuah Keluarga, fungsi Perkongsian Keluarga didayakan pada peranti dan komputer anda yang serasi secara automatik.

"Pengelola" sesebuah Keluarga boleh mengajak ahli lain untuk menyertai Keluarga. Pengelola mesti berusia 18 tahun atau lebih dan mesti mempunyai kaedah bayaran layak yang didaftarkan dengan iTunes. Jika anda seorang Pengelola, anda mengatakan bahawa anda adalah ibu atau bapa atau penjaga sah mana-mana ahli Keluarga yang berusia di bawah 13 tahun. Kaedah bayaran Pengelola digunakan untuk membayar apa-apa pembelian yang dimulakan oleh ahli Keluarga yang melebihi apa-apa kredit kedai dalam akaun ahli keluarga yang memulakan pembelian. Ahli Keluarga bertindak sebagai ejen kepada Pengelola apabila kaedah bayaran Pengelola digunakan. Produk dikaitkan dengan akaun ahli Keluarga yang memulakan urus niaga. DENGAN MENGAJAK AHLI KELUARGA MENYERTAI SESEBUAH KELUARGA, PENGELOLA BERSETUJU BAHAWA SEMUA BAYARAN KE ATAS PEMBELIAN YANG DIMULAKAN OLEH AHLI KELUARGA DILULUSKAN OLEH DAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PENGELOLA, WALAUPUN PENGELOLA TIDAK MENYEDARI AKAN MANA-MANA URUS NIAGA YANG TERTENTU, JIKA SEORANG AHLI KELUARGA MELAMPAUI KUASANYA SEPERTIMANA YANG DIBERIKAN OLEH PENGELOLA, ATAU JIKA BEBERAPA ORANG AHLI KELUARGA MEMULAKAN PEMBELIAN UNTUK PRODUK YANG SAMA. PENGELOLA BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS PEMATUHAN DENGAN MANA-MANA PERJANJIAN DENGAN PENYEDIA KAEDAH BAYARANNYA, DAN MENANGGUNG SEMUA RISIKO SEKIRANYA PERKONGKIAN CAPAIAN KEPADA KAEDAH BAYARAN TERSEBUT MENGEHADKAN APA-APA PERLINDUNGAN YANG DITAWARKAN OLEH PENYEDIA KAEDAH BAYARAN. Pengelola boleh menukar kaedah bayaran dalam fail pada bila-bila masa. Satu rekod pembelian akan dihantar kepada ahli Keluarga yang memulakannya dan Pengelola, walaupun pembelian disembunyikan oleh ahli Keluarga; sila guna Laporkan Masalah pada resit anda jika anda atau ahli Keluarga anda tidak dapat mengenal pasti bayaran yang dikenakan pada resit atau penyata kaedah bayaran anda.

Pengelola boleh menggunakan fungsi Tanya untuk Beli yang memerlukan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun mendapatkan kebenaran daripada Pengelola, dan/atau orang dewasa lain yang dilantik oleh Pengelola, untuk memuat turun produk percuma atau berbayar sebelum pembelian atau muat turun bermula. Produk yang dimuat turun daripada ahli Keluarga dan produk yang diperolehi melalui kod penebusan tidak tertakluk kepada Tanya untuk Beli. Jika anda seorang Pengelola, anda mengatakan bahawa anda dan/atau mana-mana orang dewasa yang dilantik merupakan ibu atau bapa atau penjaga sah mana-mana ahli Keluarga yang Tanya untuk Beli diaktifkan untuknya. Tanya untuk Beli dioptimumkan untuk iOS 8 dan OS X Yosemite; pembelian produk atau permintaan muat turun daripada perisian yang lebih rendah boleh mengemukakan pengguna dengan proses keizinan alternatif atau mencegah pembelian sama sekali, dan mungkin memerlukan peningkatan perisian. iTunes tidak bertanggunjawab ke atas apa-apa kemudaratan yang diakibatkan oleh kelewatan kelulusan atau penafian Tanya untuk Beli.

Pengelola boleh menyingkirkan mana-mana ahli Keluarga daripada Keluarga tersebut, yang akan menamatkan keupayaan ahli Keluarga itu untuk memulakan pembelian yang diizinkan dengan kaedah bayaran Pengelola, dan keupayaan Ahli Keluarga itu untuk melihat dan berkongsi produk dan maklumat ahli Keluarga yang lain. Apabila seseorang ahli Keluarga keluar atau disingkirkan daripada sesebuah Keluarga, ahli Keluarga yang masih ada tidak lagi dapat melihat atau memuat turun produk atau maklumat ahli yang keluar, atau mencapai produk yang dimuat turun daripada ahli Keluarga yang keluar sebelum ini, termasuk pembelian yang dibuat dengan kaedah bayaran Pengelola semasa ahli yang keluar menjadi sebahagian daripada Keluarga tersebut. Begitu juga, jika anda meninggalkan sesebuah Keluarga, anda tidak lagi dapat melihat atau memuat turun produk atau maklumat milik ahli Keluarga yang lain, dan produk yang anda muat turun daripada ahli Keluarga yang lain semasa menjadi ahli Keluarga tersebut mungkin tidak lagi boleh dicapai. Jika anda membuat Belian Dalam Aplikasi daripada aplikasi yang asalnya dibeli oleh ahli Keluarga yang keluar atau dimuat turun daripada ahli Keluarga dan anda bukan lagi ahli Keluarga tersebut, anda perlu membeli aplikasi tersebut sendiri dan memulihkan Belian Dalam Aplikasi bagi mendapatkan semula capaian kepadanya; sila semak dasar pembangun dan bahagian Perjanjian ini yang bertajuk "Belian Dalam Aplikasi" sebelum membeli Belian Dalam Aplikasi. Oleh sebab akaun peribadi untuk pengguna yang berusia bawah 13 tahun hanya boleh dibuat sebagai sebahagian daripada Perkongsian Keluarga, menghapuskan akaun sedemikan bagi menyingkirkannya daripada Keluarga akan menamatkan ID Apple ahli Keluarga itu dan kemampuannya untuk mencapai mana-mana perkhidmatan Apple yang memerlukan ID Apple atau mana-mana kandungan yang dikaitkan dengan ID Apple itu.

Anda boleh menjadi ahli sebuah Keluarga sahaja pada suatu masa, dan boleh menyertai mana-mana Keluarga tidak lebih daripada dua kali setahun. Anda boleh menukar akaun kedai yang anda kaitkan dengan sesebuah Keluarga tidak melebihi sekali setiap 90 hari. Semua ahli Keluarga mesti menggunakan negara atau kawasan iTunes Store yang sama. Muzik, filem, rancangan TV dan buku boleh dimuat turun daripada Perkhidmatan iTunes pada sebanyak 10 peranti untuk satu akaun, hanya lima daripadanya boleh jadi komputer; aplikasi layak boleh dimuat turun kepada mana-mana peranti yang dimiliki atau dikawal oleh ahli Keluarga. Tidak semua produk, termasuk Belian Dalam Aplikasi, kandungan yang tidak tersedia untuk muat turun semula, langganan, dan aplikasi yang dibeli sebelum ini, layak untuk Perkongsian Keluarga. Apple berhak untuk membubarkan sesebuah Keluarga menurut bahagian "Penamatan" Perjanjian ini.

KONTRAK ELEKTRONIK

Kemudahan anda menggunakan Kedai merangkumi keupayaan memeterai perjanjian dan/atau menjalankan transaksi secara elektronik. ANDA MENGAKU BAHAWA PENYERAHAN ANDA SECARA ELEKTRONIK MEMBENTUK PERJANJIAN DAN NIAT ANDA UNTUK DIIKAT OLEH DAN UNTUK MEMBAYAR BAGI PERJANJIAN DAN TRANSAKSI SEDEMIKIAN. PERSETUJUAN DAN NIAT ANDA UNTUK DIIKAT MELALUI PENYERAHAN ELEKTRONIK DIKENAKAN TERHADAP SEMUA REKOD YANG BERHUBUNG DENGAN SEMUA TRANSAKSI YANG ANDA JALANKAN PADA TAPAK INI, TERMASUK NOTIS PEMBATALAN, DASAR, KONTRAK, DAN PERMOHONAN. Untuk mendapatkan dan menyimpan rekod elektronik anda, anda mungkin perlu mempunyai perkakasan dan perisian yang tertentu, dan ini menjadi tanggungjawab anda sepenuhnya.

iTunes tidak bertanggungjawab terhadap kesilapan tipografi.

B. SYARAT-SYARAT ITUNES STORE

PERJANJIAN UNDANG-UNDANG ANTARA ANDA DENGAN ITUNES S.A.R.L. (“ITUNES”) INI MENTADBIR CARA ANDA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ITUNES STORE (“PERKHIDMATAN ITUNES”).

PERKHIDMATAN ITUNES STORE

iTunes adalah pembekal kepada Perkhidmatan iTunes, yang membenarkan anda mencapai, membeli atau menyewa lesen untuk kandungan digital (“Produk iTunes”) untuk kegunaan pengguna akhir sahaja mengikut syarat-syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian ini. iTunes bukan pembekal aplikasi iTunes atau iPad, iPod atau iPhone.

SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN PERKHIDMATAN ITUNES

Hanya individu yang berusia 13 tahun atau lebih boleh membuat akaun. Akaun untuk individu di bawah 13 tahun boleh dibuat oleh ibu atau bapa atau penjaga sah menggunakan Perkongsian Keluarga. Kanak-kanak di bawah 18 tahun perlu menyemak Perjanjian ini bersama-sama ibu, bapa atau penjaga sah mereka untuk memastikan bahawa kanak-kanak tersebut, ibu atau bapa atau penjaga sah mereka memahaminya.

Anda boleh menggunakan Perkhidmatan iTunes hanya di Brunei Darussalam. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan atau cuba untuk menggunakan Perkhidmatan iTunes di luar lokasi ini. iTunes boleh menggunakan teknologi untuk mengesahkan pematuhan anda.

Penggunaan Perkhidmatan iTunes memerlukan alat yang sesuai, capaian ke Internet, dan perisian yang tertentu (bayaran mungkin akan dikenakan); mungkin memerlukan kemas kini berkala; dan mungkin dipengaruhi prestasi faktor-faktor ini. Capaian Internet berkelajuan tinggi sangat disarankan. Versi perisian terkini disarankan untuk memasuki/mengakses Perkhidmatan iTunes dan mungkin diperlukan bagi transaksi atau ciri yang tertentu dan untuk memuat turun Produk iTunes yang sebelum ini dibeli atau diperolehi daripada Perkhidmatan iTunes. Anda bersetuju bahawa keperluan ini, yang mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, adalah tanggungjawab anda. Perkhidmatan iTunes bukan sebahagian daripada mana-mana produk atau tawaran lain, dan belian atau pemerolehan mana-mana produk lain tidak boleh ditafsirkan sebagai bererti atau menjamin kemasukan/akses anda ke Perkhidmatan iTunes.

AKAUN ANDA

Sebagai pengguna Perkhidmatan iTunes yang berdaftar, anda boleh membuka akaun ("Akaun"). Jangan dedahkan maklumat tentang Akaun anda kepada orang lain. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga kerahsiaan dan keselamatan Akaun anda, dan terhadap semua aktiviti yang berlaku pada atau melalui Akaun anda, dan anda bersetuju bahawa anda akan serta-merta memberitahu iTunes mengenai apa-apa pelanggaran keselamatan Akaun anda. iTunes tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang diakibatkan oleh penggunaan Akaun anda tanpa kebenaran.

Untuk membeli dan memuat turun Produk iTunes dari Perkhidmatan iTunes, anda mestilah memasukkan ID Apple dan kata laluan anda atau menggunakan Touch ID untuk mengesahkan Akaun anda untuk urus niaga. Setelah anda mengesahkan Akaun anda menggunakan Apple ID dan kata laluan anda, anda tidak perlu mengesahkannya lagi selama lima belas minit pada komputer atau Peranti iOS anda; anda boleh memilih untuk membenarkan komputer atau Apple TV anda mengingati kata laluan anda supaya kekal sah. Dalam tempoh ini, anda boleh membeli dan memuat turun Produk iTunes tanpa memasukkan semula kata laluan anda. Anda boleh mematikan keupayaan membuat urus niaga Produk iTunes atau menukar seting supaya menghendaki kata laluan untuk setiap transaksi dengan mengubah seting pada komputer, pada Alat iOS atau Apple TV anda. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, lihatlah http://support.apple.com/kb/HT1904 dan http://support.apple.com/kb/HT4213.

Anda bersetuju bahawa anda akan memberikan maklumat yang tepat dan lengkap apabila anda mendaftar dengan Perkhidmatan iTunes dan apabila anda menggunakan Perkhidmatan iTunes ("Data Pendaftaran Perkhidmatan iTunes"), dan anda bersetuju bahawa anda akan mengemaskinikan Data Pendaftaran Perkhidmatan iTunes anda untuk memastikannya sentiasa tepat dan lengkap. Anda bersetuju bahawa iTunes boleh menyimpan dan menggunakan Data Pendaftaran Perkhidmatan iTunes yang anda berikan untuk kegunaan mengemaskinikan Akaun anda dan untuk menghantar bil ke Akaun anda.

PENGHANTARAN SECARA AUTOMATIK DAN MUAT TURUN BELIAN SEBELUM INI

Apabila anda mula-mula memperoleh Produk iTunes muzik, filem dibeli (iaitu bukan disewa) dan video muzik (secara kolektif disebut “Kandungan Layak iTunes”), anda boleh memilih untuk menerima secara automatik (“muat turun automatik”) salinan Kandungan Layak iTunes sedemikian pada Alat iOS tambahan serasi (kecuali untuk Produk iTunes filem dibeli) dan pada komputer yang telah diluluskan oleh iTunes yang mempunyai perisian yang sesuai dengan mengaitkan Alat iOS dan komputer sedemikian, tertakluk kepada peraturan pengaitan di bawah ini (setiap satunya disebut sebagai “Alat Berkait”). Bagi setiap Alat Berkait, anda boleh menyatakan jenis Kandungan Layak iTunes, jika ada, yang boleh dimuat turun ke dalamnya secara automatik. Pada Alat Berkait yang mampu menerima pemberitahuan tertolak (“Tolakan Didayakan”), termasuklah Alat iOS, kandungan tersebut akan dimuat turun secara automatik ke dalam Alat Berkait apabila alat itu mempunyai sambungan ke Internet. Bagi Alat Berkait yang tidak mempunyai ciri Tolakan Didayakan pula, Kandungan Layak iTunes akan muncul secara automatik di dalam barisan muat turun dan anda boleh memulakan muat turun tersebut secara manual dalam iTunes.

Sebagai kemudahan bagi anda, selepas mendapatkan Kandungan Layak iTunes, anda boleh memuat turun Kandungan Layak iTunes yang tertentu yang telah diperolehi sebelum itu ke dalam mana-mana Alat Berkait. Sesetengah jenis Kandungan Layak yang anda perolehi sebelum ini mungkin tidak boleh dimuat turun pada bila-bila masa, dan Apple tidak menanggung liabiliti kepada anda jika ini berlaku. Oleh sebab anda mungkin tidak dapat lagi memuat turun Kandungan Layak iTunes yang tertentu yang telah diperolehi sebelum itu, setelah anda memuat turun sesuatu Kandungan Layak iTunes, anda bertanggungjawab memastikan bahawa anda tidak kehilangan, memusnahkan, atau merosakkan Kandungan Layak tersebut, dan eloklah anda menyandarkannya.

Perkaitan Alat Berkait tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:

(i) Anda boleh memuat turun Kandungan Layak iTunes atau memuat turun Kandungan Layak iTunes yang telah diperolehi sebelum itu daripada sesuatu Akaun pada ke dalam sehingga 10 Alat Berkait, dengan syarat tidak lebih daripada 5 alat tersebut ialah komputer yang telah diluluskan oleh iTunes.

(ii) Alat Berkait boleh dikaitkan dengan satu Akaun sahaja pada bila-bila masa.

(iii) Anda boleh menukar Alat Berkait kepada Akaun lain hanya sekali dalam setiap 90 hari.

(iv) Anda boleh memuat turun kandungan percuma yang telah diperolehi sebelum itu ke dalam seberapa banyak bilangan alat pun sementara kandungan tersebut percuma di Perkhidmatan iTunes, tetapi ke dalam tidak lebih daripada 5 komputer yang telah diluluskan oleh iTunes.

TV Apple bukanlah “Alat Berkait”. Walaubagaimanapun, pembelian (iaitu bukan disewa) filem Produk iTunes boleh dimainkan semula menggunakan TV Apple yang serasi, dengan syarat bahawa anda hanya boleh memainkan balik filem-filem tersebut dengan sebilangan TV Apple yang terhad pada masa yang sama.

Beberapa bahagian Kandungan Layak iTunes mungkin besar, dan bayaran data yang tinggi mungkin akan dikenakan apabila Kandungan Layak iTunes sedemikian dihantar melalui sambungan data.

ITUNES MATCH

iTunes Match membenarkan anda mengakses lagu yang dipadankan atau dimuat naik dari jauh, dan video muzik yang anda telah dibeli dengan Akaun anda, bersama-sama dengan metadata, senarai main, dan lain-lain maklumat tentang Perpustakaan iTunes anda (“Kandungan iTunes Match”).

Anda boleh melanggan iTunes Match dengan bayaran yuran tahunan. Untuk melanggan, anda mesti mempunyai kad kredit yang sah dalam fail iTunes. Langganan tersebut tidak boleh dikembalikan (kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang), dan akan diperbaharui secara automatic setiap tahun untuk tempoh satu tahun sehingga anda membatalkan. Akaun anda akan dikenakan bayaran tidak lebih daripada 24 jam sebelum tamat tempoh langganan semasa. Anda boleh membatalkan pembaharuan automatik dengan mengubah seting akaun iTunes Store pada komputer anda. Anda tidak lagi akan dapat mengakses Kandungan iTunes Match dari iTunes Match selepas tempoh langganan anda berakhir.

iTunes Match berkerjasama dengan perpustakaan yang mengandungi sehingga 25,000 lagu yang (i) kini tidak boleh didapati dalam Perkhidmatan iTunes, atau (ii) tidak dibeli dari Perkhidmatan iTunes dengan Akaun anda. Lagu-lagu yang tidak menepati kriteria tertentu atau yang tidak dibenarkan bagi komputer anda tidak layak untuk iTunes Match.

iTunes Match secara automatik akan mengimbas fail lagu dan mengumpul maklumat lain yang boleh digunakan untuk mengenal pasti media di perpustakaan iTunes anda, seperti nama-nama lagu, artis lagu atau tempoh masa lagu. iTunes Match akan menggunakan maklumat yang tersebut untuk dipadankan dengan lagu-lagu yang kini boleh didapati di iTunes Store, dan lagu-lagu yang dipadankan itu akan menjadikan tersedia untuk anda dalam format yang boleh didapati di iTunes Store pada masa itu. Jika lagu itu tidak berjaya dipadankan, salinan lagu anda akan dimuat naik ke iTunes dalam format yang sama atau format yang ditentukan oleh iTunes. iTunes berhak untuk menghadkan mana-mana jenis kandungan yang dimuat naik (sebagai contoh, fail terlampau besar). Lagu yang dipadankan atau dimuat naik dan metadata berkaitan akan disediakan untuk akses dari Alat Berkait yang telah diaktifkan untuk iTunes Match. Persatuan Alat Berkait untuk iTunes Match adalah bertakluk kepada syarat-syarat yang sama seperti Penghantaran Secara Automatik dan Muat Turun Belian Sebelum Ini, dan lagu-lagu yang dimuat naik atau dipadankan dan maklumat berkaitan disifatkan sebagai “Kandungan Layak iTunes”. Anda boleh juga mengakses Kandungan iTunes Match dari Apple TVs serasi, dengan syarat bahawa anda hanya boleh berbuat demikian kepada bilangan Apple TV yang terhad pada masa yang sama.

Apabila anda menggunakan iTunes Match, Genius akan mula mengaitkan maklumat mengenai media di perpustakaan iTunes anda dengan Akaun anda; berkaitan dengan Akaun anda akan berterusan untuk sesuatu tempoh masa selepas langganan anda tamat. iTunes sebaliknya akan menggunakan maklumat yang tersebut seperti yang dinyatakan dalam Seksyen Privasi Perjanjian ini. Anda tidak akan mampu untuk melumpuhkan Genius semasa iTunes Match digunakan, jadi jika anda lebih suka bahawa kami tidak mengumpul dan menggunakan maklumat dari perpustakaan iTunes anda dengan cara ini, anda tidak seharusnya menggunakan iTunes Match.

Dengan ini, anda bersetuju untuk menggunakan iTunes Match hanya untuk kandungan yang diperolehi secara sah. Pengunaan apa-apa untuk kandungan yang tidak diperolehi secara sah melanggar hak orang lain dan anda boleh dikenakan hukuman sivil dan jenayah, yang munkgin boleh merangkumi ganti rugi monetari, atas pelanggaran hak cipta.

iTunes Match disediakan atas dasar “SEBAGAIMANA ADANYA” dan mungkin mengandungi kesilapan atau ketidaktepatan yang boleh menyebabkan kegagalan, rasuah atau kehilangan data dan/atau maklumat, termasuk muzik, senarai main, dan sejarah permainan, dari komputer anda atau alat anda dan daripada perkakasan (termasuk, tanpa had, pelayan dan komputer lain) yang berkaitan dengannya. Anda perlu membuat sandaran bagi data dan maklumat pada komputer anda atau alat dan mana-mana perkakasan sebelum menggunakan iTunes Match. Anda dengan jelas mengakui dan bersetuju bahawa semua penggunaan iTunes match adalah atas risiko anda sendiri. Kepada setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, iTunes tidak menanggung liabiliti yang berkenaan dengan pengunaan iTunes Match oleh anda, termasuk ketidakupayaan anda untuk mengakses kandungan yang dipadankan atau dimuat naik.

PRIVASI

Perkhidmatan iTunes tertakluk kepada Dasar Privasi Apple Inc. (“Apple”) yang disiarkan di http://www.apple.com/legal/internet-services/itunes/appstore/bn/terms.html#PRIVACY.

Apabila anda memilih untuk menggunakan ciri Genius, iTunes akan, dari semasa ke semasa, mengutip maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti media di perpustakaan iTunes pada mana-mana peranti didayakan Genius secara automatik, seperti sejarah permainan dan senarai main anda. Ini termasuk media yang dibeli atau diperolehi melalui iTunes dan media yang diperolehi daripada melalui cara lain. Maklumat ini akan disimpan tanpa mengaitkannya dengan nama dan tidak akan dikaitkan dengan nama atau Akaun anda. Apabila anda menggunakan ciri Genius, iTunes akan menggunakan maklumat ini dan kandungan perpustakaan iTunes, dan juga maklumat lain, untuk memberikan saranan yang disesuaikan khususnya untuk anda.

Apple hanya boleh menggunakan maklumat ini dan menggabungkannya dengan maklumat tergabung daripada perpustakaan iTunes pengguna lain yang juga memilih untuk menggunakan ciri ini, data sejarah pembelian iTunes Store anda, data sejarah pembelian tergabung daripada lain pengguna iTunes Store, dan maklumat lain yang diperolehi daripada pihak ketiga, untuk:

• Menghasilkan senarai main yang disesuaikan khususnya untuk anda daripada perpustakaan iTunes anda.

• Memberi anda saranan berhubung dengan media, serta produk dan perkhidmatan lain yang mungkin ingin anda beli atau perolehi.

• Memberikan saranan mengenai produk dan perkhidmatan lain kepada pengguna lain.

Maklumat anda akan diperlakukan mengikut Dasar Privasi Apple Inc. pada setiap masa.

Jika anda lebih suka sekiranya kami tidak mengutip dan menggunakan maklumat daripada perpustakaan iTunes anda dengan cara begini, jangan dayakan ciri Genius. Anda boleh mengubah pilihan ini pada bila-bila masa dengan mematikan ciri Genius daripada kandungan Store dalam iTunes pada komputer anda atau mematikan Genius dalam Tetapan pada peranti anda. Selepas anda mematikan ciri Genius, iTunes tidak akan menghantar maklumat tentang perpustakaan iTunes anda kepada iTunes. Jika anda telah memilih untuk berkongsi perpustakaan anda daripada beberapa peranti, anda perlu mematikan ciri Genius daripada setiap peranti.

Dengan memilihi penggunaan Genius, anda bersetuju dengan penggunaan maklumat anda seperti yang dinyatakan di atas dan seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi Apple.

KETERSEDIAAN KANDUNGAN

iTunes berhak untuk menukar pilihan kandungan (termasuk kelakayan untuk ciri-ciri tertentu) tanpa notis.

PENGGUNAAN KANDUNGAN

Anda bersetuju bahawa Produk iTunes disediakan kepada anda dengan cara lesen sahaja. Anda faham bahawa Perkhidmatan iTunes dan Produk iTunes yang tertentu mengandungi teknologi menggunakan rangka kerja keselamatan yang melindungi maklumat digital dan mengehadkan penggunaan Produk iTunes anda kepada peraturan penggunaan tertentu ("Rangka Kerja Keselamatan") yang ditetapkan oleh iTunes dan pelesennya, dan bahawa tidak kiralah sama ada Produk iTunes dibatasi teknologi keselamatan ataupun tidak, anda akan menggunakan Produk iTunes mengikut peraturan penggunaan yang ditetapkan oleh iTunes dan pemberi lesen iTunes ("Peraturan Penggunaan"), dan apa-apa penggunaan Produk iTunes dengan cara yang lain merupakan pelanggaran hak cipta. Teknologi keselamatan , jika ada, ialah sebahagian Produk iTunes yang tidak boleh dipisahkan. iTunes berhak mengubahsuaikan Peraturan Penggunaan tersebut pada bila-bila masa. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mencabuli, memintasi, membina akas, membuka susunan, menceraikan, atau mengusik mana-mana teknologi keselamatan yang berkait dengan Peraturan Penggunaan sedemikian dengan cara yang lain atas apa-apa sebab pun, atau cuba atau membantu orang lain berbuat demikian. Peraturan Penggunaan boleh dikawal dan dipantau oleh iTunes bagi tujuan pematuhan, dan iTunes berhak menguatkuasakan Peraturan Penggunaan tersebut tanpa memberitahu anda. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan memasuki Perkhidmatan iTunes dengan cara selain melalui perisian yang disediakan oleh iTunes untuk memasuki Perkhidmatan iTunes. Anda tidak boleh memasuki atau cuba memasuki Akaun jika anda tidak mempunyai kebenaran berbuat demikian. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mengubahsuaikan perisian tersebut dengan apa-apa cara atau bentuk, atau menggunakan versi Perisian yang terubah suai, bagi apa-apa tujuan termasuklah untuk memasuki Perkhidmatan iTunes tanpa kebenaran. Pencabulan keselamatan sistem atau rangkaian boleh mengakibatkan liabiliti sivil atau jenayah. Sekiranya anda enggan menerima Peraturan Penggunaan baharu ini, anda tidak lagi boleh memperoleh Produk iTunes daripada Perkhidmatan iTunes.PERATURAN PENGGUNAAN

(i) Anda dibenarkan menggunakan Produk iTunes hanya untuk kegunaan peribadi yang tidak komersial.

(ii) Anda dibenarkan menggunakan Produk iTunes pada lima alat yang diluluskan oleh iTunes pada satu masa kecuali Sewaan Kandungan (lihat di bawah).

(iii) Anda boleh menyimpan Produk iTunes daripada setakat lima Akaun yang berlainan pada satu masa pada alat serasi, dengan syarat setiap iPhone boleh menyegerakkan Produk iTunes tone dengan hanya satu alat yang diluluskan oleh iTunes pada satu-satu masa, dan apabila iPhone tersebut disegerakkan dengan alat yang diluluskan oleh iTunes yang lain, Produk iTunes tone yang di simpan dalam iPhone itu akan dipadamkan.

(iv) Anda dibenarkan untuk membakar senarai main audio sehingga tujuh kali.(v) Anda tidak berhak untuk membarak Produk iTunes video atau Produk iTunes tone.

(vi) Produk iTunes Plus tidak mengandungi teknologi keselematan yang mengehadkan produk it oleh anda, dan Peraturan Penggunaan (ii) – (v) tidak dikenakan kepada Produk iTunes Plus. Anda boleh menyalin, menyimpan, dan membakar Produk iTunes Plus sebagai semunasabahnya perlu untuk kegunaan peribadi yang tidak komersial.

(vii) Anda boleh menyegerakkan filem secara manual daripada sekurang-kurangnya satu alat yang diluluskan oleh iTunes kepada alat-alat yang mempunyai mod penyegerakan manual, dengan syarat filem tersebut dikaitkan dengan Akaun pada alat utama yang telah diluluskan oleh iTunes itu, iaitu alat yang mula-mula sekali disegerakkan dengan alat tersebut atau alat yang anda tetapkan selepas itu sebagai alat utama yang menggunakan iTunes.

(viii) Sambungan HDCP diperlukan untuk melihat kandungan yang dihantar melalui HDMI.

(ix) Sewaan Kandungan

(a) Sewaan Kandungan boleh dilihat hanya pada satu alat pata satu-satu masa. Anda mesti disambungkan kepada Perkhidmatan iTunes apabila anda berpindah sewaan, dan anda hanya boleh melakukan demikian antara komputer anda dan alat serasi yang lain. Kandungan yang disewa menggunakan Apple TV anda, iPad, iPhone 4 (atau generasi kemudian), atau iPod touch (generasi ke-4 atau kemudian) tidak boleh dipindahkan.Jika anda berpinda sesuatu sewaan kepada alat serasi dan kemudian gunakan Perkhidmatan iTunes untuk memulihkan alat itu, atau pilih Seting > Reset > Memadam, semua kandungan dan seting dalam alat itu, sewaan tersebut akan dipadam secara kekal.

(b) Sebaik sahaja anda membeli sewaan, anda mesti memuat turun sepenuhnya sewaan anda dalam tempoh tiga puluh (30) hari. Anda mempunyai tiga puluh (30) hari selepas muat turun sesuatu sewaan untuk mula menontonnya. Apabila anda mula menonton sewaan itu, anda mempunyai empat puluh lapan (48) jam untuk menyelesaikan menontonnya. Berhenti, berhenti sebentar, atau memulakan semula sesuatu sewaan tidak akan melanjutkan masa yang tersedia untuk menontonnya.

Beberapa Produk iTunes, termasuk tetapi tidak terhad kepada Sewaan Kandungan, boleh dimuat turun hanya sekali dan selepas dimuat turun, produk tersebut tidak boleh digantikan jika hilang atas apa-apa sebab. Anda bertanggungjawab untuk tidak terhilang, anda bertanggungjawab memastikan bahawa anda tidak kehilangan, memusnahkan, atau merosakkan Produk iTunes sekali dimuat turun, dan eloklah anda menyandarkannya.

Penghantaran Produk iTunes tidak memberi anda sebarang hak penggunaan promosi terhadap Produk iTunes. Semana-mana keupayaan pembakaran atau pengeksport hanya sebagai kemudahan bagi anda dan tidak merupakan suatu pemberian, penepian, atau had lain daripada sebarang hak dari pemilik hak cipta dalam apa-apa kandungan yang terkandung dalam mana-mana Produk iTunes.

Anda maklum bahawa, oleh sebab sesetengah aspek Perkhidmatan iTunes, Produk iTunes, dan pentadbiran Peraturan Penggunaan memerlukan penglibatan iTunes, jika iTunes mengubah mana-mana bahagian Perkhidmatan iTunes atau menamatkan Perkhidmatan iTunes, yang mungkin dilakukan oleh iTunes atas pilihannya, anda mungkin tidak dapat menggunakan Produk iTunes sehingga takat yang sama dengan takat sebelum perubahan atau penamatan sedemikian, dan iTunes tidak menanggung liabiliti kepada anda jika ini berlaku.

KESELAMATAN KANDUNGAN

Anda setuju untuk tidak mencabul, memintasi, menjurutera balikan, menyahkompil, menyahhimpun, atau sebaliknya mengubah mana-mana unsur Rangka Kerja Keselamatan - atau mencuba atau membantu individu lain berbuat demikian. Walau apa pun peruntukan yang lain, anda dibenarkan untuk menyalin Produk iTunes audio ke CD, dalam had Peraturn Penggunaan. Peraturan Penggunaan boleh dikawal dan dipantau oleh iTunes untuk tujuan pematuhan, dan iTunes berhak untuk menguatkuasakan Peraturan Penggunaan tanpa notis kepada anda.

KESELAMATAN PERKHIDMATAN

Anda setuju untuk tidak mencapai Perkhidmatan iTunes dengan apa-apa cara selain daripada melalui penggunaan perisian yang disediakan oleh Apple Inc. atau syarikat kumpulan sekutunya ("Apple") untuk mencapai Perkhidmatan iTunes. Anda setuju untuk tidak mengubah suai perisian yang disediakan oleh Apple untuk mencapai Perkhidmatan iTunes dalam apa-apa cara atau bentuk, atau untuk menggunakan versi perisian yang diubah suai, untuk apa-apa tujuan termasuk mendapatkan capaian tidak diizinkan kepada Perkhidmatan iTunes. Anda tidak boleh mencapai atau cuba mencapai Akaun yang anda tidak diizinkan untuk capai. Pencabulan keselamatan sistem atau rangkaian boleh mengakibatkan liabiliti sivil atau jenayah.

ITUNES PASS

Jumlah harga untuk iTunes Pass akan dikenakan atas pembelian. Anda mesti menyambung ke Perkhidmatan iTunes dan memuat turun mana-mana kandungan Pass yang baki dalam tempoh 90 hari selepas kandungan Pass akhir boleh didapati (atau apa-apa masa tempoh lain yang ditentukan di halaman pembelian), selepas mana kandungan mungkin tidak lagi boleh dimuat turun sebagai sebahagian daripada pembelian itu.

PRODUK ITUNES DEFINISI TINGGI (DT)

Produk iTunes DT boleh dilihat hanya pada alat berkemampuan DT. Walau bagaimanapun, Produk iTunes DT yang dibeli (tidak disewa) merangkumi versi definisi standard untuk digunakan pada alat-alat yang tidak DT.

SERAHAN KEPADA PERKHIDMATAN ITUNES

Perkhidmatan iTunes mungkin menawarkan ciri-ciri interaktif yang membenarkan anda menyerahkan bahan (termasuk pautan ke kandungan pihak ketiga) di ruangan-ruangan Perkhidmatan iTunes yang boleh dimasuki dan dilihat oleh orang awam. Anda bersetuju bahawa perbuatan anda menggunakan ciri sedemikian, termasuklah bahan yang anda serahkan, akan menjadi tanggungjawab anda sepenuhnya, tidak akan melanggar atau mencabuli hak mana-mana pihak lain mahupun melanggar mana-mana undang-undang, membantu atau menggalakkan pelanggaran atau kelakuan yang haram, atau bersifat lucah, sangat tidak menyenangkan, atau menyinggung perasaan. Anda juga mengakui bahawa anda telah mendapatkan semua hak dan lesen yang perlu. Anda bersetuju bahawa anda akan memberikan maklumat yang tepat dan lengkap apabila anda menyerahkan bahan kepada Perkhidmatan iTunes. Dengan ini anda memberi iTunes lesen yang sah seluruh dunia, bebas royalti dan tidak eksklusif untuk menggunakan bahan sedemikian sebagai sebahagian daripada Kedai App dan Book, dan berhubungan dengan Produk App dan Book, tanpa sebarang imbuhan atau obligasi kepada anda. iTunes berhak enggan menyiarkan atau menerbitkan mana-mana bahan, dan berhak mengeluarkan atau menyunting mana-mana bahan, pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya sendiri tanpa memberikan notis dan tanpa menanggung liabiliti.

iTunes berhak tetapi tidak berobligasi memantau bahan yang anda serahkan atau yang boleh didapati dengan cara lain di Perkhidmatan iTunes, menyiasat pelanggaran Perjanjian ini yang dilaporkan berlaku ataupun yang secara nyatanya berlaku, dan mengambil sebarang tindakan yang dianggap sesuai oleh iTunes mengikut budi bicaranya sendiri, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada penamatan menurut syarat ini atau menurut Dasar Hak Cipta Apple Inc. (http://www.apple.com/legal/copyright.html).

BAHAN PIHAK KETIGA

Kandungan, Produk App dan Book dan perkhidmatan yang tertentu yang boleh didapati melalui Perkhidmatan iTunes mungkin mengandungi bahan daripada pihak ketiga. iTunes mungkin akan menyediakan pautan ke tapak web pihak ketiga sebagai kemudahan untuk anda. Anda mengakui bahawa iTunes tidak bertanggungjawab memeriksa atau menilai kandungan itu atau ketepatannya, dan iTunes tidak menjamin dan tidak akan menanggung apa-apa liabiliti atau tanggungjawab terhadap mana-mana bahan atau tapak web pihak ketiga, atau terhadap mana-mana produk atau perkhidmatan lain yang disediakan oleh pihak ketiga. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan mana-mana bahan pihak ketiga dengan cara yang akan melanggar atau mencabuli hak mana-mana pihak lain dan bahawa iTunes tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun terhadap penggunaan anda sedemikian cara.

BAHAN YANG SANGAT TIDAK MENYENANGKAN

Anda faham bahawa dengan menggunakan Perkhidmatan iTunes, anda mungkin berdepan dengan bahan yang mungkin anda anggap sebagai menyakitkan hati, tidak senonoh, atau tidak menyenangkan hati, dan kandungan sedemikian mungkin atau mungkin tidak dikenal pasti sebagai mengandungi bahan eksplisit. Namun begitu, anda bersetuju bahawa anda akan menggunakan Kedai App dan Book atas risiko anda sendiri dan iTunes tidak menanggung liabiliti kepada anda bagi bahan yang dianggap sebagai menyakitkan hati, tidak senonoh, atau tidak menyenangkan hati. Jenis dan keterangan Produk App dan Book disediakan sebagai kemudahan, dan anda mengakui bahawa iTunes tidak menjamin ketepatannya.

MAKLUMAT PENTING TENTANG KESELAMATAN

Untuk mengelakkan tegangan otot, sendi atau mata semasa anda menggunakan produk-produk yang ditawarkan melalui Perkhidmatan iTunes, selalulah berhenti untuk berehat, dan berehatlah lebih lama jika anda berasa sakit, letih, atau tidak selesa. Sebilangan kecil orang mungkin mengalami sawan atau pitam apabila terdedah kepada lampu atau corak yang berkelip-kelip, termasuklah apabila mereka bermain permainan video atau menonton video. Simptomnya boleh merangkumi pening kepala, rasa loya, pergerakan luar kawalan, hilang sedar, perubahan penglihatan, rasa gelenyar, rasa kebas, atau ketidakselesaan yang lain. Jumpalah doktor sebelum anda menggunakan produk-produk yang ditawarkan melalui Perkhidmatan iTunes jika anda pernah mengalami simptom begini atau yang serupa dengannya, dan berhentilah mengguna produk-produk itu serta-merta dan pergi berjumpa doktor jika simptom ini berlaku semasa anda mengguna produk-produk tersebut. Ibu bapa haruslah memantau anak mereka yang mengguna produk-produk yang ditawarkan melalui Perkhidmatan iTunes untuk mencari tanda-tanda berlakunya simptom.

HARTA INTELEKTUAL

Anda mengakui bahawa Perkhidmatan iTunes, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada Produk iTunes, bahan grafik, antara muka pengguna, klip audio, klip video, kandungan editorial, serta skrip dan perisian yang digunakan untuk menjalankan Perkhidmatan iTunes, mengandungi maklumat dan bahan proprietari yang dimiliki oleh iTunes dan/atau oleh Penerbitnya, dan dilindungi oleh undang-undang harta intelektual dan undang-undang lain yang berkenaan, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada hak cipta. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan maklumat atau bahan proprietari sedemikian dengan apa-apa cara sekalipun melainkan bagi kegunaan Perkhidmatan iTunes mengikut Perjanjian ini. Tiada satu pun bahagian Perkhidmatan iTunes ini yang boleh diulang keluar kepada apa-apa bentuk atau dengan apa-apa cara sekalipun, melainkan yang dibenarkan secara nyata dalam syarat-syarat ini. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mengubah suai, menyewakan, memajakkan, meminjamkan, menjual, mengedarkan, ataupun menghasilkan kerja terbitan berdasarkan Perkhidmatan iTunes dengan apa-apa cara sekalipun, dan anda tidak akan mengeksploitasi Perkhidmatan iTunes dengan apa-apa cara yang tidak dibenarkan, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada, menceroboh atau membebankan kapasiti rangkaian.

Tanpa dipengaruhi peruntukan lain Perjanjian ini, iTunes dan Penerbitnya berhak mengubah, menggantung, mengeluarkan, atau melumpuhkan penggunaan mana-mana Produk iTunes, kandungan atau bahan lain yang menjadi sebahagian daripada Perkhidmatan iTunes pada bila-bila masa tanpa memberikan notis. Walau dalam apa-apa keadaan sekalipun, iTunes tidak menanggung liabiliti kerana membuat perubahan ini. iTunes juga boleh membatasi penggunaan atau kemudahan mendapatkan sesuatu ciri atau bahagian Perkhidmatan iTunes yang tertentu, dalam apa-apa keadaan sekalipun dan tanpa memberikan notis atau menanggung liabiliti.

Semua hak cipta terhadap dan kepada Perkhidmatan iTunes (termasuklah susunan kandungan, siaran, pautan ke sumber-sumber Internet yang lain, dan keterangan tentang sumber-sumber tersebut) dan perisian yang berkaitan dengannya dimiliki oleh iTunes dan/atau pemberi lesennya, yang memelihara semua hak mereka dari segi undang-undang dan ekuiti. PENGGUNAAN PERISIAN ATAU MANA-MANA BAHAGIAN PERKHIDMATAN ITUNES, SELAIN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN ITUNES SEPERTI YANG DIBENARKAN DALAM PERJANJIAN INI, DILARANG SAMA SEKALI DAN MELANGGAR HAK HARTA INTELEKTUAL ORANG LAIN DAN ANDA BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN SIVIL DAN JENAYAH, YANG MUNGKIN BOLEH MERANGKUMI GANTI RUGI MONETARI, ATAS PELANGGARAN HAK CIPTA.

Apple, logo Apple, iTunes, serta tanda dagang, tanda perkhidmatan, bahan grafik dan logo Apple yang lain yang digunakan berhubungan dengan Perkhidmatan iTunes ialah tanda dagang atau tanda dagang berdaftar Apple Inc. di Amerika Syarikat dan/atau di negara-negara lain. Tanda dagang, tanda perkhidmatan, bahan grafik, dan logo yang lain yang digunakan berhubungan dengan Perkhidmatan iTunes mungkin merupakan tanda dagang mereka masing-masing. Anda tidak diberi hak mahupun lesen berhubung dengan mana-mana tanda dagang yang disebutkan tadi dan dengan penggunaan tanda dagang sedemikian.

Sebagai pemegang Akaun Perkhidmatain iTunes dalam kedudukan yang baik, anda boleh disediakan dengan akses yang terhad untuk memuat turun seni penutup album tertentu bagi muzik yang disimpan di Perpustakaan iTunes dalam aplikasi iTunes anda. Akses tersebut disediakan sebagai kemudahan bagi anda sahaja, dan iTunes tidak menjamin, dan tidak akan mempunyai apa-apa liability atau bertanggungjawab untuk seni penutup album itu atau penggunaan anda itu. Anda boleh mengakses seni penutup album hanya untuk muzik yang anda adalah pemilik yang sah bagi salinan sah. Seni penutup album disediakan hanya untuk kegunaan peribadi yang tidak komersial. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan seni penutup album dengan cara yang akan melanggar atau mencabuli Perjanjian ini atau hak mana-mana pihak lain dan bahawa iTunes tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun terhadap penggunaan anda sedemikian cara.

PENAMATAN

Jika anda gagal, atau iTunes mengesyaki bahawa anda gagal, mematuhi mana-mana peruntukan Perjanjian ini, iTunes, mengikut budi bicaranya sendiri dan tanpa memberikan notis, mungkin akan: (i) menamatkan Perjanjian ini dan/atau Akaun anda, dan anda akan tetap menanggung segala amaun yang terhutang di bawah Akaun anda sehingga tarikh penamatan; dan/atau (ii) menyebabkan lesen kepada lesen ditamatkan; dan/atau (iii) menyekat kemasukan ke Perkhidmatan iTunes (atau mana-mana bahagiannya).

iTunes berhak mengubah suai, menggantung, atau menamatkan Perkhidmatan iTunes (atau mana-mana bahagiannya atau kandungannya) pada bila-bila masa dengan atau tanpa memberitahu anda, dan iTunes tidak akan menanggung liabiliti kepada anda ataupun kepada mana-mana pihak ketiga jika iTunes melaksanakan hak sedemikian.

PENOLAK TUNTUTAN WARANTI; PEMBATASAN LIABILITI

ITUNES TIDAK MENJAMIN, MENYATAKAN, ATAU MEWAJARKAN BAHAWA ANDA AKAN DAPAT MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ITUNES TANPA TERGENDALA ATAU TANPA MENGHADAPI RALAT, DAN ANDA MENGAKUI BAHAWA DARI SEMASA KE SEMASA, ITUNES BOLEH MENGELUARKAN PERKHIDMATAN ITUNES BAGI TEMPOH MASA YANG TIDAK TENTU, ATAU MEMBATALKAN PERKHIDMATAN ITUNES PADA BILA-BILA MASA, TANPA MEMBERITAHU ANDA.

ANDA SECARA NYATANYA BERSETUJU BAHAWA PENGGUNAAN ATAU KETIDAKMAMPUAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ITUNES ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. PERKHIDMATAN ITUNES DAN SEMUA PRODUK DAN PERKHIDMATAN YANG DIHANTAR KEPADA ANDA MELALUI PERKHIDMATAN ITUNES DISEDIAKAN (MELAINKAN DINYATAKAN SECARA JELAS OLEH ITUNES) UNTUK KEGUNAAN ANDA SECARA "SEPERTI SEADANYA" DAN "SEPERTI YANG TERSEDIA", TANPA APA-APA JENIS WARANTI, SAMA ADA TERSURAT ATAUPUN TERSIRAT, TERMASUK SEMUA WARANTI TERSIRAT TENTANG KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN YANG TERTENTU, HAK MILIK, DAN KETIDAKLANGGARAN. OLEH SEBAB SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN WARANTI TERSIRAT, PENGECUALIAN WARANTI TERSIRAT DI ATAS INI MUNGKIN TIDAK BERKENAAN DENGAN ANDA.

WALAU DALAM APA-APA KEADAAN SEKALIPUN, ITUNES SERTA SEMUA PENGARAHNYA, PEGAWAINYA, PEKERJANYA, PIHAK GABUNGANNYA, EJENNYA, KONTRAKTORNYA, PRINSIPALNYA, ATAU PEMBERI LESENNYA TIDAK AKAN MENANGGUNG LIABILITI TERHADAP APA-APA GANTI RUGI LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, PUNITIF, KHAS, ATAU BERBANGKIT YANG TIMBUL KERANA ANDA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ITUNES ATAU BAGI MANA-MANA TUNTUTAN LAIN YANG DENGAN APA CARA SEKALIPUN BERKAIT DENGAN PERBUATAN ANDA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ITUNES, YANG MERANGKUMI TETAPI TIDAK TERBATAS KEPADA SEBARANG RALAT ATAU KETINGGALAN MANA-MANA KANDUNGAN, ATAU SEBARANG JENIS KERUGIAN ATAU GANTI RUGI YANG TERTANGGUNG AKIBAT PENGGUNAAN MANA-MANA KANDUNGAN (ATAU PRODUK) YANG DISIARKAN, DIHANTAR, ATAU DISEDIAKAN MELALUI PERKHIDMATAN ITUNES, WALAUPUN SEKIRANYA TELAH DIBERITAHU TENTANG KEMUNGKINANNYA. OLEH SEBAB BEBERAPA NEGARA ATAU BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PEMBATASAN LIABILITI BAGI GANTI RUGI BERBANGKIT ATAU SAMPINGAN, DI NEGARA ATAU BIDANG KUASA SEDEMIKIAN, LIABILITI ITUNES TERHAD SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG.

ITUNES AKAN MENGGUNAKAN USAHA YANG SEWAJARNYA UNTUK MELINDUNGI MAKLUMAT YANG ANDA SERAHKAN BERHUBUNG DENGAN PERKHIDMATAN ITUNES, TETAPI ANDA MENGAKUI BAHAWA ANDA MENYERAHKAN MAKLUMAT SEDEMIKIAN ATAS RISIKO ANDA SENDIRI, DAN ITUNES DENGAN INI MENOLAK APA-APA DAN SEMUA LIABILITI KEPADA ANDA JIKA BERLAKU APA-APA KERUGIAN ATAU LIABILITI YANG BERKAITAN DENGAN MAKLUMAT SEDEMIKIAN DALAM APA-APA CARA SEKALIPUN.

ITUNES TIDAK MENYATAKAN MAHUPUN MENJAMIN BAHAWA PERKHIDMATAN ITUNES AKAN BEBAS DARIPADA KEHILANGAN, PENCEMARAN, SERANGAN, VIRUS, GANGGUAN, PENGGODAMAN, ATAU PENCEROBOHAN KESELAMATAN YANG LAIN, DAN ITUNES MENOLAK APA-APA LIABILITI YANG BERKAITAN DENGANNYA. BEBERAPA PRODUK ITUNES BOLEH DIMUAT TURUN HANYA SEKALI DAN SELEPAS DIMUAT TURUN, PRODUK TERSEBUT TIDAK BOLEH DIGANTIKAN JIKA HILANG ATAS APA-APA SEBAB. ANDA BERTANGGUNGJAWAB MENYANDARKAN SISTEM ANDA SENDIRI, TERMASUKLAH APA-APA PRODUK YANG DIBELI, DIPEROLEHI ATAU DISEWA DARIPADA PERKHIDMATAN ITUNES.

PENGETEPIAN DAN TANGGUNG RUGI

DENGAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ITUNES, ANDA BERSETUJU, SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, BAHAWA ANDA AKAN MELEPASKAN TANGGUNGAN DAN MEMASTIKAN TIADA MUDARAT YANG MENIMPA APPLE SERTA SEMUA PENGARAHNYA, PEGAWAINYA, PEKERJANYA, PIHAK GABUNGANNYA, EJENNYA, KONTRAKTORNYA, PRINSIPALNYA, DAN PEMBERI LESENNYA BERHUBUNG DENGAN APA-APA TUNTUTAN YANG TIMBUL KERANA ANDA MELANGGAR PERJANJIAN INI, KERANA ANDA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ITUNES, ATAU KERANA ITUNES MENGAMBIL APA-APA TINDAKAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SIASATANNYA MENGENAI PELANGGARAN PERJANJIAN INI YANG DISYAKI ATAU HASIL DARIPADA PENEMUANNYA ATAU KEPUTUSANNYA BAHAWA PELANGGARAN PERJANJIAN INI TELAH BERLAKU. INI BERMAKNA BAHAWA ANDA TIDAK BOLEH MENDAKWA ATAU MENDAPAT BALIK APA-APA GANTI RUGI DARIPADA ITUNES SERTA SEMUA PENGARAHNYA, PEGAWAINYA, PEKERJANYA, PIHAK GABUNGANNYA, EJENNYA, KONTRAKTORNYA, PRINSIPALNYA, DAN PEMBERI LESENNYA AKIBAT KEPUTUSANNYA UNTUK MENGELUARKAN ATAU ENGGAN MEMPROSES APA-APA MAKLUMAT ATAU KANDUNGAN, UNTUK MEMBERI AMARAN KEPADA ANDA, UNTUK MENGGANTUNG ATAU MENYEKAT KEMASUKAN ANDA KE PERKHIDMATAN ITUNES, ATAU UNTUK MENGAMBIL APA-APA TINDAKAN LAIN SEMASA MENJALANKAN SIASATAN PELANGGARAN YANG DISYAKI ATAU AKIBAT DARIPADA KESIMPULAN ITUNES BAHAWA PELANGGARAN PERJANJIAN INI TELAH BERLAKU. PERUNTUKAN PENGETEPIAN DAN TANGGUNG RUGI INI MERANGKUMI SEMUA PELANGGARAN YANG DITERANGKAN DALAM PERJANJIAN INI ATAU YANG DIMAKSUDKAN OLEH PERJANJIAN INI.

PERUBAHAN

iTunes berhak mengubahsuaikan Perjanjian ini dan mengenakan syarat baru atau syarat tambahan pada bila-bila masa terhadap anda untuk menggunakan Perkhidmatan iTunes. Pengubahsuaian dan syarat-syarat tambahan sedemikian akan berkuat kuasa serta-merta dan akan disertakan ke dalam Perjanjian ini. Jika anda terus menggunakan Perkhidmatan iTunes, anda akan dianggap sebagai menyetujuinya.

PELBAGAI

Perjanjian ini membentuk seluruh perjanjian antara anda dengan iTunes dan mengawal cara anda menggunakan Perkhidmatan iTunes, menggantikan mana-mana perjanjian sebelum ini antara anda dengan iTunes. Anda juga mungkin tertakluk kepada syarat-syarat tambahan yang mungkin dikenakan apabila anda menggunakan perkhidmatan gabungan, kandungan pihak ketiga, atau perisian pihak ketiga. Jika mana-mana bahagian Perjanjian ini menjadi tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, bahagian tersebut akan ditafsirkan dengan cara yang selaras dengan undang-undang yang dipakai untuk mencerminkan niat asal setiap pihak dengan sehampir-hampirnya, dan bahagian selebihnya akan tetap berkuat kuasa dan dilaksanakan sepenuhnya. Kegagalan iTunes menguatkuasakan mana-mana hak atau peruntukan dalam Perjanjian ini tidak akan diertikan sebagai pengetepian peruntukan sedemikian atau mana-mana peruntukan lain. iTunes tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan memenuhi obligasi atas sebab-sebab yang di luar kawalannya.

Perkhidmatan iTunes dikendalikan oleh iTunes dari pejabatnya di Luxembourg. Anda bersetuju bahawa anda akan mematuhi semua undang-undang, statut, ordinan dan peraturan tempatan, negeri, persekutuan dan negara yang dikenakan terhadap anda untuk menggunakan Perkhidmatan iTunes. Semua transaksi dengan Perkhidmatan iTunes ditadbir oleh undang-undang California, tanpa memberi kesan terhadap peruntukan konflik undang-undangnya. Anda juga mungkin tertakluk kepada undang-undang lain apabila menggunakan Perkhidmatan iTunes. Apa-apa pertikaian yang timbul daripada atau berhubungan dengan Perjanjian ini dan urusan anda dengan Perkhidmatan iTunes ("Pertikaian") akan diselesaikan secara muktamad oleh timbang tara yang mengikat, selaras dengan kaedah dan di bawah naungan Dewan Perdagangan Antarabangsa dalam bahasa Inggeris, bersaksikan tiga penimbang tara. Setiap pihak akan memilih satu penimbang tara dan kedua-dua penimbang tara yang dipilih itu akan memilih penimbang tara ketiga. Warganegara Brunei Darussalam atau Luxembourg tidak boleh dipilih sebagai penimbang tara. Prosiding akan diadakan di Brunei Darussalam atau di lokasi yang dipersetujui oleh semua penimbang tara. Para penimbang tara mempunyai kuasa untuk memberikan ganti rugi pampasan sahaja dan tidak boleh memberikan ganti rugi punitif atau teladan. Setiap pihak, wakil masing-masing, para peserta lain dan para penimbang tara akan merahsiakan kewujudan, isi dan keputusan timbang tara tersebut. Tanpa dipengaruhi perkara yang disebut tadi, mana-mana pihak boleh, mengikut budi bicaranya sendiri, memohon relief injuktif dalam mana-mana mahkamah dengan bidang kuasa yang kompeten (yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada relief injuktif awal). Pihak yang mengatasi dalam apa-apa prosiding undang-undang yang dibawa oleh satu pihak terhadap pihak yang lagi satu dalam Pertikaian layak mendapat balik belanja guamannya, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada kos apa-apa prosiding mahkamah atau timbang tara dan bayaran peguam yang berpatutan. iTunes akan mendahulukan kepada anda apa-apa bayaran timbang tara yang melebihi amaun yang sepatutnya anda bayar bagi prosiding mahkamah, dengan syarat anda membayar balik amaun sedemikian jika iTunes akhirnya mengatasi dalam timbang tara tersebut. Risiko kerugian dan hak milik bagi semua transaksi yang dihantar secara elektronik akan terpindah daripada iTunes di Luxembourg selepas dihantar secara elektronik kepada penerima. Tiada seorang pun pekerja atau ejen iTunes yang mempunyai kuasa untuk mengubah Perjanjian ini.

iTunes mungkin akan menghantar makluman kepada anda berhubung dengan Perkhidmatan iTunes melalui mesej e-mel ke alamat e-mel di dalam Akaun anda atau melalui surat yang dihantar secara pos ke alamat surat-menyurat di dalam Akaun anda, atau melalui siaran di Perkhidmatan iTunes. Segala makluman akan berkuat kuasa serta-merta.

iTunes berhak mengambil langkah yang dipercayai perlu atau berpatutan oleh iTunes untuk menguatkuasakan dan/atau mengesahkan kepatuhan mana-mana bahagian Perjanjian ini. Anda mengakui bahawa iTunes berhak, tanpa menanggung liabiliti kepada anda, mendedahkan mana-mana App dan Book Data Pendaftaran dan/atau maklumat Akaun kepada pihak penguat kuasa undang-undang, pegawai kerajaan, dan/atau pihak ketiga, yang dipercayai perlu atau berpatutan oleh iTunes untuk menguatkuasakan dan/atau mengesahkan kepatuhan mana-mana bahagian Perjanjian ini (yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada hak iTunes untuk bekerjasama dengan apa-apa proses undang-undang berkenaan dengan urusan anda dengan Perkhidmatan iTunes dan/atau dengan penggunaan Produk iTunes anda, dan/atau tuntutan pihak ketiga bahawa anda menggunakan Perkhidmatan iTunes dan/atau Produk iTunes dengan cara yang tidak sah dan/atau yang melanggar hak pihak ketiga sedemikian).

Tentang iTunes: Nombor berdaftar kami ialah RCS Luxembourg B 101 120 dan pejabat berdaftar kami beralamat di 31 – 33, rue Sainte Zithe, L-2763 Luxembourg.

C. SYARAT-SYARAT MAC APP STORE, APP STORE DAN IBOOKS STORE

PERJANJIAN UNDANG-UNDANG ANTARA ANDA DENGAN ITUNES S.A.R.L. ("ITUNES") INI MENTADBIR CARA ANDA MENGGUNAKAN MAC APP STORE, APP STORE DAN IBOOKS STORE ("KEDAI") DAN PEMBELIAN LESEN DARIPADA MEREKA, YANG DIJUAL KEPADA ANDA OLEH ITUNES.

MAC APP STORE, APP STORE DAN IBOOKS STORE

iTunes ialah pembekal kepada Kedai yang membenarkan anda membeli lesen iTunes atau produk perisian daripada App Store dan Mac App Store (bersama-sama, "Produk App Store") dan kandungan buku digital ("Produk iBooks Store") untuk kegunaan pengguna akhir sahaja mengikut syarat-syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian ini. Bagi Produk App Store, pengguna akhir boleh jadi individu yang bertindak secara peribadi, atau perusahaan-perusahaan komersial atau institusi pendidikan. Produk App Store dan Produk iBooks Store akan dirujuk bersama-sama sebagai "Produk".SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN KEDAI

Hanya individu berusia 13 tahun atau ke atas boleh membuat akaun. Akaun untuk individu di bawah 13 tahun boleh dibuat oleh ibu atau bapa atau penjaga sah menggunakan Perkongsian Keluarga. Kanak-kanak di bawah 18 tahun perlu menyemak Perjanjian ini bersama-sama ibu, bapa atau penjaga mereka untuk memastikan bahawa kanak-kanak tersebut dan ibu atau bapa atau penjaga sah mereka memahaminya.

Anda boleh menggunakan Kedai hanya di Brunei Darussalam. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan atau cuba untuk menggunakan Kedai di luar lokasi ini. iTunes boleh menggunakan teknologi untuk mengesahkan kepatuhan anda.

Penggunaan Kedai memerlukan alat yang serasi, capaian ke Internet, dan perisian yang tertentu (bayaran mungkin akan dikenakan); mungkin memerlukan kemas kini berkala; dan mungkin dipengaruhi prestasi faktor-faktor ini. Capaian Internet berkelajuan tinggi sangat disarankan. Versi terkini perisian (termasuk, tetapi tidak terhad kepada iTunes dan/atau perisian Mac App Store) disarankan untuk memasuki Kedai dan mungkin diperlukan bagi transaksi atau ciri yang tertentu dan untuk memuat turun Produk yang sebelum ini dibeli atau diperoleh daripada Kedai. Anda bersetuju bahawa keperluan ini, yang mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, ialah tanggungjawab anda. Kedai bukan sebahagian daripada mana-mana produk atau tawaran lain, dan belian atau pemerolehan mana-mana produk lain tidak boleh ditafsirkan sebagai mewakili atau menjamin kemasukan anda ke Kedai.

AKAUN ANDA

Sebagai pengguna Kedai yang berdaftar, anda boleh membuka akaun ("Akaun"). Jangan dedahkan maklumat tentang Akaun anda kepada orang lain. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga kerahsiaan dan keselamatan Akaun anda, dan terhadap semua aktiviti yang berlaku pada atau melalui Akaun anda, dan anda bersetuju bahawa anda akan serta-merta memberitahu iTunes mengenai apa-apa pelanggaran keselamatan Akaun anda. iTunes tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang diakibatkan oleh penggunaan Akaun anda tanpa kebenaran.

Untuk membeli dan memuat turun Produk App Storedari Kedai, anda mestilah memasukkan ID Apple dan kata laluan anda atau menggunakan Touch ID untuk mengesahkan Akaun anda untuk urus niaga. Setelah anda mengesahkan Akaun anda menggunakan Apple ID dan kata laluan anda, anda tidak perlu mengesahkannya lagi selama lima belas minit; anda boleh memilih untuk membenarkan komputer mengingati kata laluan anda untuk kekal sah. Dalam tempoh ini, anda boleh membeli dan memuat turun Produk App Store tanpa memasukkan semula kata laluan anda. Anda boleh mematikan keupayaan membuat urus niaga Produk App Store atau menukar seting supaya menghendaki kata laluan untuk setiap transaksi Produk App Store dengan mengubah seting pada komputer atau pada Alat iOS anda. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, lihatlah http://support.apple.com/kb/HT1904 dan

http://support.apple.com/kb/HT4213.

Anda bersetuju bahawa anda akan memberikan maklumat yang tepat dan lengkap apabila anda mendaftar dengan Kedai dan apabila anda menggunakan Kedai ("Data Pendaftaran"), dan anda bersetuju bahawa anda akan mengemaskinikan Data Pendaftaran anda untuk memastikannya sentiasa tepat dan lengkap. Anda bersetuju bahawa iTunes boleh menyimpan dan menggunakan Data Pendaftaran yang anda berikan untuk kegunaan mengemaskinikan Akaun anda dan untuk menghantar bil ke Akaun anda.

PENGHANTARAN SECARA AUTOMATIK DAN MUAT TURUN BELIAN SEBELUM INI

Apabila anda mula-mula memperoleh Produk (tidak termasuk produk yang diperoleh daripada Mac App Store) melalui Kedai (secara kolektif disebut “Kandungan Layak”), anda boleh memilih untuk menerima secara automatiknya (“muat turun automatik”) salinan Kandungan Layak sedemikian pada pada komputer dan Alat iOS yang telah diluluskan oleh iTunes yang mempunyai perisian yang sesuai dengan mengaitkan komputer dan Alat iOS sedemikian, tertakluk kepada peraturan pengaitan di bawah ini (setiap satunya disebut sebagai “Alat Berkait”). Bagi setiap Alat Berkait, anda boleh menyatakan jenis Kandungan Layak, jika ada, yang boleh dimuat turun ke dalamnya secara automatik. Pada Alat Berkait yang mampu menerima pemberitahuan tertolak (“Tolakan Didayakan”), termasuklah Alat iOS, Produk tersebut akan dimuat turun secara automatik ke dalam Alat Berkait apabila alat itu mempunyai sambungan ke Internet. Bagi Alat Berkait yang tidak mempunyai ciri Tolakan Didayakan pula, termasuklah yang menggunakan sistem pengendalian Windows, Kandungan Layak akan muncul secara automatik di dalam barisan muat turun dan anda boleh memulakan muat turun tersebut secara manual dalam iTunes.

Sebagai kemudahan bagi anda, selepas mendapatkan Kandungan Layak, anda boleh memuat turun Kandungan Layak yang tertentu yang telah diperolehi sebelum itu ke dalam mana-mana Alat Berkait. Sesetengah jenis Kandungan Layak yang anda perolehi sebelum ini mungkin tidak boleh dimuat turun pada bila-bila masa, dan iTunes tidak menanggung liabiliti kepada anda jika ini berlaku. Oleh sebab anda mungkin tidak dapat lagi memuat turun Kandungan Layak yang tertentu yang telah perolehi sebelum itu, setelah anda memuat turun sesuatu Kandungan Layak, anda bertanggungjawab memastikan bahawa anda tidak kehilangan, memusnahkan, atau merosakkan Kandungan Layak tersebut, dan eloklah anda menyandarkannya.

Perkaitan Alat Berkait tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:

(i) Anda boleh memuat turun Kandungan Layak secara automatik atau memuat turun Kandungan Layak yang telah diperolehi sebelum itu daripada sesuatu Akaun pada ke dalam sehingga 10 Alat Berkait, dengan syarat tidak lebih daripada 5 alat tersebut ialah komputer yang telah diluluskan oleh iTunes.

(ii) Alat Berkait boleh dikaitkan dengan satu Akaun sahaja pada bila-bila masa.

(iii) Anda boleh menukar Alat Berkait kepada Akaun lain hanya sekali dalam setiap 90 hari.

(iv) Anda boleh memuat turun kandungan percuma yang telah diperolehi sebelum itu ke dalam seberapa banyak bilangan alat pun sementara kandungan tersebut percuma di Kedai, tetapi ke dalam tidak lebih daripada 5 komputer yang telah diluluskan oleh iTunes.

Syarat-syarat (i) hingga (iv) di atas ini tidak dikenakan terhadap Produk App Store.

Beberapa bahagian Kandungan Layak mungkin besar, dan bayaran data yang tinggi mungkin akan dikenakan apabila Kandungan Layak sedemikian dihantar melalui sambungan data.

PENGHANTARAN KEMAS KINI SECARA AUTOMATIK

Dari semasa ke semasa, peranti atau komputer anda akan menyemak App Store dan Mac App Store untuk kemas kini aplikasi pada peranti atau komputer anda dan, jika tersedia, kemas kini itu boleh dimuat turun dan dipasangkan secara automatik. Anda bersetuju bahawa Apple, melalui App Store dan Mac App Store, boleh memuat turun dan memasang kemas kini pada peranti atau komputer anda secara automatik. Anda boleh mematikan kemas kini automatik sepenuhnya pada bila-bila masa sahaja dengan menukar seting kemas kini automatik pada peranti atau komputer anda.

BERKAS APLIKASI

Beberapa Produk App Store mungkin mengandungi berbilang item ("Berkas Aplikasi"). Harga yang dipaparkan dengan Berkas Aplikasi merupakan harga yang akan dikenakan apabila anda membeli Berkas Aplikasi. Harga Berkas Aplikasi mungkin dikurangkan bagi mempertimbangkan Produk App Store yang anda sudah beli atau peroleh, tetapi boleh termasuk bayaran minimum untuk melengkapkan Berkas Aplikasi.PRIVASI

Melainkan jika dinyatakan sebaliknya dalam Perjanjian ini, Kedai tertakluk kepada Dasar Privasi Apple yang disiarkan di https://www.apple.com/legal/internet-services/itunes/appstore/bn/terms.html#PRIVACY.

PENGGUNAAN PRODUK DAN KEDAI

iTunes menjual kepada anda lesen untuk menggunakan Produk. Setelah dibeli daripada iTunes, lesen tersebut membentuk perjanjian yang mengikat antara anda dengan penerbit Produk itu ("Penerbit") secara langsung dan akan mengawal cara anda menggunakan Produk tersebut. Anda faham bahawa Kedai dan Produk yang tertentu mengandungi teknologi menggunakan rangka kerja keselamatan yang melindungi maklumat digital dan mengehadkan cara anda menggunakan Produk kepada peraturan penggunaan tertentu ("Rangka Kerja Keselamatan") yang ditetapkan oleh iTunes dan Penerbit, dan bahawa tidak kira sama ada Produk iTunes dibatasi teknologi keselamatan atau pun tidak, anda akan menggunakan Produk mengikut peraturan penggunaan yang ditetapkan oleh iTunes dan Penerbit ("Peraturan Penggunaan"), dan apa-apa penggunaan Produk dengan cara yang lain merupakan pelanggaran hak cipta. Apa-apa teknologi keselamatan merupakan sebahagian daripada Produk yang tidak boleh dipisahkan. iTunes berhak mengubah suai Peraturan Penggunaan tersebut untuk pembelian masa hadapan daripada Kedai pada bila-bila masa.

KESELAMATAN KANDUNGAN

Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mencabuli, memintasi, membina akas, membuka susunan, menceraikan, atau mengusik mana-mana unsur Rangka Kerja Keselematan atau cuba atau membantu orang lain berbuat demikian. Peraturan Penggunaan boleh dikawal dan dipantau oleh iTunes bagi tujuan pematuhan, dan iTunes berhak menguatkuasakan Peraturan Penggunaan tersebut tanpa memberitahu anda.

KESELAMATAN KEDAI

Anda bersetuju bahawa anda tidak akan memasuki Kedai dengan cara selain melalui penggunaan perisian yang disediakan oleh Apple Inc. atau syarikat kumpulan bersekutunya ("Apple"), untuk memasuki Kedai. Anda tidak boleh memasuki atau cuba memasuki Akaun jika anda tidak mempunyai kebenaran berbuat demikian. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mengubah suai perisian yang disediakan oleh Apple untuk mencapai Kedai dengan apa-apa cara atau bentuk, atau menggunakan versi Perisian yang terubah suai, bagi apa-apa tujuan termasuklah untuk memasuki Kedai tanpa kebenaran. Pencabulan keselamatan sistem atau rangkaian boleh mengakibatkan liabiliti sivil atau jenayah.

Penghantaran Produk tidak memberi anda sebarang hak penggunaan promosi terhadap Produk.

Anda maklum bahawa, oleh sebab sesetengah aspek Kedai, Produk, dan pentadbiran Peraturan Penggunaan memerlukan penglibatan iTunes yang berterusan walaupun iTunes bukan suatu pihak dalam lesen antara anda dengan Penerbit Produk, jika iTunes mengubah mana-mana bahagian Kedai atau menamatkan Kedai, yang mungkin dilakukan oleh iTunes atas pilihannya, anda mungkin tidak dapat menggunakan Produk sehingga takat yang sama dengan takat sebelum perubahan atau penamatan sedemikian, dan iTunes tidak menanggung liabiliti kepada anda jika ini berlaku.

SERAHAN KEPADA KEDAI

Kedai mungkin menawarkan ciri-ciri interaktif yang membenarkan anda menyerahkan bahan (termasuk pautan ke kandungan pihak ketiga) di ruangan-ruangan Kedai yang boleh dimasuki dan dilihat oleh pengguna Kedai yang lain dan oleh orang awam. Anda bersetuju bahawa perbuatan anda menggunakan ciri sedemikian, termasuklah bahan yang anda serahkan, akan menjadi tanggungjawab anda sepenuhnya, tidak akan melanggar atau mencabuli hak mana-mana pihak lain mahupun melanggar mana-mana undang-undang, membantu atau menggalakkan pelanggaran atau kelakuan yang haram, atau bersifat lucah, sangat tidak menyenangkan, atau menyinggung perasaan. Anda juga mengakui bahawa anda telah mendapatkan semua hak dan lesen yang perlu. Anda bersetuju bahawa anda akan memberikan maklumat yang tepat dan lengkap apabila anda menyerahkan bahan kepada Kedai. Dengan ini anda memberi iTunes lesen yang sah seluruh dunia, bebas royalti dan tidak eksklusif untuk menggunakan bahan sedemikian sebagai sebahagian daripada Kedai, dan berhubungan dengan Produk, tanpa sebarang imbuhan atau obligasi kepada anda. iTunes berhak enggan menyiarkan atau menerbitkan mana-mana bahan, dan berhak mengeluarkan atau menyunting mana-mana bahan, pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya sendiri tanpa memberikan notis dan tanpa menanggung liabiliti. Anda tidak boleh menyerahkan ulasan atau penilaian bagi Produk yang dimuat turun dengan menggunakan Kod Kandungan promosi.

iTunes berhak tetapi tidak berobligasi memantau bahan yang anda serahkan atau yang boleh didapati dengan cara lain di Kedai, menyiasat pelanggaran Perjanjian ini yang dilaporkan berlaku ataupun yang secara nyatanya berlaku, dan mengambil sebarang tindakan yang dianggap sesuai oleh iTunes mengikut budi bicaranya sendiri, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada penamatan menurut syarat ini atau menurut Dasar Hak Cipta Apple (http://www.apple.com/legal/copyright.html).

BAHAN PIHAK KETIGA

Kandungan, Produk dan perkhidmatan yang tertentu yang boleh didapati melalui Kedai mungkin mengandungi bahan daripada pihak ketiga. iTunes mungkin akan menyediakan pautan ke tapak web pihak ketiga sebagai kemudahan untuk anda. Anda mengakui bahawa iTunes tidak bertanggungjawab memeriksa atau menilai kandungan itu atau ketepatannya, dan iTunes tidak menjamin dan tidak akan menanggung apa-apa liabiliti atau tanggungjawab terhadap mana-mana bahan atau tapak web pihak ketiga, atau terhadap mana-mana produk atau perkhidmatan lain yang disediakan oleh pihak ketiga. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan mana-mana bahan pihak ketiga dengan cara yang akan melanggar atau mencabuli hak mana-mana pihak lain dan bahawa iTunes tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun terhadap penggunaan anda sedemikian cara.

BAHAN YANG SANGAT TIDAK MENYENANGKAN

Anda faham bahawa dengan menggunakan Kedai, anda mungkin berdepan dengan bahan yang mungkin anda anggap sebagai menyakitkan hati, tidak senonoh, atau tidak menyenangkan hati, dan kandungan sedemikian mungkin atau mungkin tidak dikenal pasti sebagai mengandungi bahan eksplisit. Namun begitu, anda bersetuju bahawa anda akan menggunakan Kedai atas risiko anda sendiri dan iTunes tidak menanggung liabiliti kepada anda bagi bahan yang dianggap sebagai menyakitkan hati, tidak senonoh, atau tidak menyenangkan hati. Jenis dan keterangan Produk disediakan sebagai kemudahan, dan anda mengakui bahawa iTunes tidak menjamin ketepatannya.

HARTA INTELEKTUAL

Anda mengakui bahawa Kedai, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada Produk, bahan grafik, antara muka pengguna, klip audio, kandungan editorial, serta skrip dan perisian yang digunakan untuk menjalankan Kedai, mengandungi maklumat dan bahan proprietari yang dimiliki oleh iTunes dan/atau oleh Penerbit, dan dilindungi oleh undang-undang harta intelektual dan undang-undang lain yang berkenaan, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada hak cipta. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan maklumat atau bahan proprietari sedemikian dengan apa-apa cara sekalipun melainkan bagi kegunaan Kedai mengikut Perjanjian ini. Tiada satu pun bahagian Kedai ini yang boleh diulang keluar kepada apa-apa bentuk atau dengan apa-apa cara sekalipun, melainkan yang dibenarkan secara nyata dalam syarat-syarat ini. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mengubah suai, menyewakan, memajakkan, meminjamkan, menjual, mengedarkan, ataupun menghasilkan kerja terbitan berdasarkan Kedai dengan apa-apa cara sekalipun, dan anda tidak akan mengeksploitasi Kedai dengan apa-apa cara yang tidak dibenarkan, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada, menceroboh atau membebankan kapasiti rangkaian.

Tanpa dipengaruhi peruntukan lain Perjanjian ini, iTunes dan Penerbit berhak mengubah, menggantung, mengeluarkan, atau melumpuhkan penggunaan mana-mana Produk, kandungan atau bahan lain yang menjadi sebahagian daripada Kedai pada bila-bila masa tanpa memberikan notis. Walau dalam apa-apa keadaan sekalipun, iTunes tidak menanggung liabiliti kerana membuat perubahan ini. iTunes juga boleh membatasi penggunaan atau kemudahan mendapatkan sesuatu ciri atau bahagian Kedai yang tertentu, dalam apa-apa keadaan sekalipun dan tanpa memberikan notis atau menanggung liabiliti.

Semua hak cipta terhadap dan kepada Kedai (termasuklah susunan kandungan, siaran, pautan ke sumber-sumber Internet yang lain, dan keterangan tentang sumber-sumber tersebut) dan perisian yang berkaitan dengannya dimiliki oleh iTunes dan/atau pemberi lesennya, yang memelihara semua hak mereka dari segi undang-undang dan ekuiti. PENGGUNAAN PERISIAN ATAU MANA-MANA BAHAGIAN KEDAI, SELAIN PENGGUNAAN KEDAI SEPERTI YANG DIBENARKAN DALAM PERJANJIAN INI, DILARANG SAMA SEKALI DAN MELANGGAR HAK HARTA INTELEKTUAL ORANG LAIN DAN ANDA BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN SIVIL DAN JENAYAH, YANG MUNGKIN BOLEH MERANGKUMI GANTI RUGI MONETARI, ATAS PELANGGARAN HAK CIPTA.

Apple, logo Apple, iTunes, App Store, serta tanda dagang, tanda perkhidmatan, bahan grafik dan logo Apple yang lain yang digunakan berhubungan dengan Kedai ialah tanda dagang atau tanda dagang berdaftar Apple Inc. di Amerika Syarikat dan/atau di negara-negara lain. Tanda dagang, tanda perkhidmatan, bahan grafik, dan logo yang lain yang digunakan berhubungan dengan Kedai mungkin merupakan tanda dagang mereka masing-masing. Anda tidak diberi hak mahupun lesen berhubung dengan mana-mana tanda dagang yang disebutkan tadi dan dengan penggunaan tanda dagang sedemikian.

PENAMATAN

Jika anda gagal, atau iTunes mengesyaki bahawa anda gagal, mematuhi mana-mana peruntukan Perjanjian ini, iTunes, mengikut budi bicaranya sendiri dan tanpa memberikan notis, mungkin akan: (i) menamatkan Perjanjian ini dan/atau Akaun anda, dan anda akan tetap menanggung segala amaun yang terhutang di bawah Akaun anda sehingga tarikh penamatan; dan/atau (ii) menyebabkan lesen perisian ditamatkan; dan/atau (iii) menyekat kemasukan ke Kedai (atau mana-mana bahagiannya).

iTunes berhak mengubah suai, menggantung, atau menamatkan Kedai (atau mana-mana bahagiannya atau kandungannya) pada bila-bila masa dengan atau tanpa memberitahu anda, dan iTunes tidak akan menanggung liabiliti kepada anda ataupun kepada mana-mana pihak ketiga jika iTunes melaksanakan hak sedemikian.

PENOLAK TUNTUTAN WARANTI; PEMBATASAN LIABILITI

ITUNES TIDAK MENJAMIN, MENYATAKAN, ATAU MEWAJARKAN BAHAWA ANDA AKAN DAPAT MENGGUNAKAN KEDAI TANPA TERGENDALA ATAU TANPA MENGHADAPI RALAT, DAN ANDA MENGAKUI BAHAWA DARI SEMASA KE SEMASA, ITUNES BOLEH MENGELUARKAN KEDAI BAGI TEMPOH MASA YANG TIDAK TENTU, ATAU MEMBATALKAN KEDAI PADA BILA-BILA MASA, TANPA MEMBERITAHU ANDA.

ANDA SECARA NYATANYA BERSETUJU BAHAWA PENGGUNAAN ATAU KETIDAKMAMPUAN MENGGUNAKAN KEDAI ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. KEDAI DAN SEMUA PRODUK DAN PERKHIDMATAN YANG DIHANTAR KEPADA ANDA MELALUI KEDAI DISEDIAKAN (MELAINKAN DINYATAKAN SECARA JELAS OLEH ITUNES) UNTUK KEGUNAAN ANDA SECARA "SEPERTI SEADANYA" DAN "SEPERTI YANG TERSEDIA", TANPA APA-APA JENIS WARANTI, SAMA ADA TERSURAT ATAUPUN TERSIRAT, TERMASUK SEMUA WARANTI TERSIRAT TENTANG KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN YANG TERTENTU, HAK MILIK, DAN KETIDAKLANGGARAN. OLEH SEBAB SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN WARANTI TERSIRAT, PENGECUALIAN WARANTI TERSIRAT DI ATAS INI MUNGKIN TIDAK BERKENAAN DENGAN ANDA.

WALAU DALAM APA-APA KEADAAN SEKALIPUN, ITUNES SERTA SEMUA PENGARAHNYA, PEGAWAINYA, PEKERJANYA, PIHAK GABUNGANNYA, EJENNYA, KONTRAKTORNYA, PRINSIPALNYA, ATAU PEMBERI LESENNYA TIDAK AKAN MENANGGUNG LIABILITI TERHADAP APA-APA GANTI RUGI LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, PUNITIF, KHAS, ATAU BERBANGKIT YANG TIMBUL KERANA ANDA MENGGUNAKAN MANA-MANA KEDAI ATAU BAGI MANA-MANA TUNTUTAN LAIN YANG DENGAN APA CARA SEKALIPUN BERKAIT DENGAN PERBUATAN ANDA MENGGUNAKAN KEDAI, YANG MERANGKUMI TETAPI TIDAK TERBATAS KEPADA SEBARANG RALAT ATAU KETINGGALAN MANA-MANA KANDUNGAN, ATAU SEBARANG JENIS KERUGIAN ATAU GANTI RUGI YANG TERTANGGUNG AKIBAT PENGGUNAAN MANA-MANA KANDUNGAN (ATAU PRODUK) YANG DISIARKAN, DIHANTAR, ATAU DISEDIAKAN MELALUI KEDAI, WALAUPUN SEKIRANYA TELAH DIBERITAHU TENTANG KEMUNGKINANNYA. OLEH SEBAB BEBERAPA NEGARA ATAU BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PEMBATASAN LIABILITI BAGI GANTI RUGI BERBANGKIT ATAU SAMPINGAN, DI NEGARA ATAU BIDANG KUASA SEDEMIKIAN, LIABILITI ITUNES TERHAD SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG.

ITUNES AKAN MENGGUNAKAN USAHA YANG SEWAJARNYA UNTUK MELINDUNGI MAKLUMAT YANG ANDA SERAHKAN BERHUBUNG DENGAN KEDAI, TETAPI ANDA MENGAKUI BAHAWA ANDA MENYERAHKAN MAKLUMAT SEDEMIKIAN ATAS RISIKO ANDA SENDIRI, DAN ITUNES DENGAN INI MENOLAK APA-APA DAN SEMUA LIABILITI KEPADA ANDA JIKA BERLAKU APA-APA KERUGIAN ATAU LIABILITI YANG BERKAITAN DENGAN MAKLUMAT SEDEMIKIAN DALAM APA-APA CARA SEKALIPUN.

ITUNES TIDAK MENYATAKAN MAHUPUN MENJAMIN BAHAWA KEDAI AKAN BEBAS DARIPADA KEHILANGAN, PENCEMARAN, SERANGAN, VIRUS, GANGGUAN, PENGGODAMAN, ATAU PENCEROBOHAN KESELAMATAN YANG LAIN, DAN ITUNES MENOLAK APA-APA LIABILITI YANG BERKAITAN DENGANNYA. BEBERAPA PRODUK BOLEH DIMUAT TURUN HANYA SEKALI DAN SELEPAS DIMUAT TURUN, PRODUK TERSEBUT TIDAK BOLEH DIGANTIKAN JIKA HILANG ATAS APA-APA SEBAB. ANDA BERTANGGUNGJAWAB MENYANDARKAN SISTEM ANDA SENDIRI, TERMASUKLAH APA-APA PRODUK YANG DIBELI ATAU DIPEROLEHI DARI KEDAI.

PENGETEPIAN DAN TANGGUNG RUGI

DENGAN MENGGUNAKAN KEDAI, ANDA BERSETUJU, SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, BAHAWA ANDA AKAN MELEPASKAN TANGGUNGAN DAN MEMASTIKAN TIADA MUDARAT YANG MENIMPA ITUNES SERTA SEMUA PENGARAHNYA, PEGAWAINYA, PEKERJANYA, PIHAK GABUNGANNYA, EJENNYA, KONTRAKTORNYA, PRINSIPALNYA, DAN PEMBERI LESENNYA BERHUBUNG DENGAN APA-APA TUNTUTAN YANG TIMBUL KERANA ANDA MELANGGAR PERJANJIAN INI, KERANA ANDA MENGGUNAKAN KEDAI, ATAU KERANA ITUNES MENGAMBIL APA-APA TINDAKAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SIASATANNYA MENGENAI PELANGGARAN PERJANJIAN INI YANG DISYAKI ATAU HASIL DARIPADA PENEMUANNYA ATAU KEPUTUSANNYA BAHAWA PELANGGARAN PERJANJIAN INI TELAH BERLAKU. INI BERMAKNA BAHAWA ANDA TIDAK BOLEH MENDAKWA ATAU MENDAPAT BALIK APA-APA GANTI RUGI DARIPADA ITUNES SERTA SEMUA PENGARAHNYA, PEGAWAINYA, PEKERJANYA, PIHAK GABUNGANNYA, EJENNYA, KONTRAKTORNYA, PRINSIPALNYA, DAN PEMBERI LESENNYA AKIBAT KEPUTUSANNYA UNTUK MENGELUARKAN ATAU ENGGAN MEMPROSES APA-APA MAKLUMAT ATAU KANDUNGAN, UNTUK MEMBERI AMARAN KEPADA ANDA, UNTUK MENGGANTUNG ATAU MENYEKAT KEMASUKAN ANDA KE KEDAI, ATAU UNTUK MENGAMBIL APA-APA TINDAKAN LAIN SEMASA MENJALANKAN SIASATAN PELANGGARAN YANG DISYAKI ATAU AKIBAT DARIPADA KESIMPULAN ITUNES BAHAWA PELANGGARAN PERJANJIAN INI TELAH BERLAKU. PERUNTUKAN PENGETEPIAN DAN TANGGUNG RUGI INI MERANGKUMI SEMUA PELANGGARAN YANG DITERANGKAN DALAM PERJANJIAN INI ATAU YANG DIMAKSUDKAN OLEH PERJANJIAN INI.

PERUBAHAN

iTunes berhak mengubahsuaikan Perjanjian ini dan mengenakan syarat baru atau syarat tambahan pada bila-bila masa terhadap anda untuk menggunakan Kedai. Pengubahsuaian dan syarat-syarat tambahan sedemikian akan berkuat kuasa serta-merta dan akan disertakan ke dalam Perjanjian ini. Jika anda terus menggunakan Kedai, anda akan dianggap sebagai menyetujuinya.

PELBAGAI

Perjanjian ini membentuk seluruh perjanjian antara anda dengan iTunes dan mengawal cara anda menggunakan Kedai, menggantikan mana-mana perjanjian sebelum ini antara anda dengan iTunes. Anda juga mungkin tertakluk kepada syarat-syarat tambahan yang mungkin dikenakan apabila anda menggunakan perkhidmatan gabungan Produk yang tertentu, kandungan pihak ketiga, atau perisian pihak ketiga. Jika mana-mana bahagian Perjanjian ini menjadi tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, bahagian tersebut akan ditafsirkan dengan cara yang selaras dengan undang-undang yang dipakai untuk mencerminkan niat asal setiap pihak dengan sehampir-hampirnya, dan bahagian selebihnya akan tetap berkuat kuasa dan dilaksanakan sepenuhnya. Kegagalan iTunes menguatkuasakan mana-mana hak atau peruntukan dalam Perjanjian ini tidak akan diertikan sebagai pengetepian peruntukan sedemikian atau mana-mana peruntukan lain. iTunes tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan memenuhi obligasi atas sebab-sebab yang di luar kawalannya.

Kedai dikendalikan oleh iTunes dari pejabatnya di Luxembourg. Anda bersetuju bahawa anda akan mematuhi semua undang-undang, statut, ordinan dan peraturan tempatan, negeri, persekutuan dan negara yang dikenakan terhadap anda untuk menggunakan Kedai. Semua transaksi dengan Kedai ditadbir oleh undang-undang California, tanpa memberi kesan terhadap peruntukan konflik undang-undangnya. Anda juga mungkin tertakluk kepada undang-undang lain apabila menggunakan Kedai. Apa-apa pertikaian yang timbul daripada atau berhubungan dengan Perjanjian ini dan urusan anda dengan Kedai ("Pertikaian") akan diselesaikan secara muktamad oleh timbang tara yang mengikat, selaras dengan kaedah dan di bawah naungan Dewan Perdagangan Antarabangsa dalam bahasa Inggeris, bersaksikan tiga penimbang tara. Setiap pihak akan memilih satu penimbang tara dan kedua-dua penimbang tara yang dipilih itu akan memilih penimbang tara ketiga. Warganegara Brunei Darussalam atau Luxembourg tidak boleh dipilih sebagai penimbang tara. Prosiding akan diadakan di Brunei Darussalam atau di lokasi yang dipersetujui oleh semua penimbang tara. Para penimbang tara mempunyai kuasa untuk memberikan ganti rugi pampasan sahaja dan tidak boleh memberikan ganti rugi punitif atau teladan. Setiap pihak, wakil masing-masing, para peserta lain dan para penimbang tara akan merahsiakan kewujudan, isi dan keputusan timbang tara tersebut. Tanpa dipengaruhi perkara yang disebut tadi, mana-mana pihak boleh, mengikut budi bicaranya sendiri, memohon relief injuktif dalam mana-mana mahkamah dengan bidang kuasa yang kompeten (yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada relief injuktif awal). Pihak yang mengatasi dalam apa-apa prosiding undang-undang yang dibawa oleh satu pihak terhadap pihak yang lagi satu dalam Pertikaian layak mendapat balik belanja guamannya, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada kos apa-apa prosiding mahkamah atau timbang tara dan bayaran peguam yang berpatutan. iTunes akan mendahulukan kepada anda apa-apa bayaran timbang tara yang melebihi amaun yang sepatutnya anda bayar bagi prosiding mahkamah, dengan syarat anda membayar balik amaun sedemikian jika iTunes akhirnya mengatasi dalam timbang tara tersebut. Risiko kerugian dan hak milik bagi semua transaksi yang dihantar secara elektronik akan terpindah daripada iTunes di Luxembourg selepas dihantar secara elektronik kepada penerima. Tiada seorang pun pekerja atau ejen iTunes yang mempunyai kuasa untuk mengubah Perjanjian ini.

iTunes mungkin akan menghantar makluman kepada anda berhubung dengan Kedai melalui mesej e-mel ke alamat e-mel di dalam Akaun anda atau melalui surat yang dihantar secara pos ke alamat surat-menyurat di dalam Akaun anda, atau melalui siaran di Kedai. Segala makluman akan berkuat kuasa serta-merta.

iTunes berhak mengambil langkah yang dipercayai perlu atau berpatutan oleh iTunes untuk menguatkuasakan dan/atau mengesahkan kepatuhan mana-mana bahagian Perjanjian ini. Anda mengakui bahawa iTunes berhak, tanpa menanggung liabiliti kepada anda, mendedahkan mana-mana Data Pendaftaran dan/atau maklumat Akaun kepada pihak penguat kuasa undang-undang, pegawai kerajaan, dan/atau pihak ketiga, yang dipercayai perlu atau berpatutan oleh iTunes untuk menguatkuasakan dan/atau mengesahkan kepatuhan mana-mana bahagian Perjanjian ini (yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada hak iTunes untuk bekerjasama dengan apa-apa proses undang-undang berkenaan dengan urusan anda dengan Kedai dan/atau dengan penggunaan Produk anda, dan/atau tuntutan pihak ketiga bahawa anda menggunakan Kedai dan/atau Produk dengan cara yang tidak sah dan/atau yang melanggar hak pihak ketiga sedemikian).

Tentang iTunes: Nombor berdafter kami ialah RCS Luxembourg B 101 120 dan pejabat berdafter kami beralamat di 31 – 33, rue Sainte Zithe, L-2763 Luxembourg.

SYARAT-SYARAT LANJUT MAC APP STORE DAN APP STORE

LESEN PRODUK APP STORE

iTunes menjual kepada anda lesen untuk menggunakan produk perisian yang disediakan melalui Mac App Store dan App Store (secara kolektif disebut "Produk App Store"). Ada dua (2) kategori Produk App Store, seperti yang berikut: (i) Produk App Store yang dibina oleh Apple, yang diberi lesennya kepada anda oleh iTunes ("Produk Apple"); dan (ii) Produk App Store yang telah dibina dan diberi lesennya kepada anda oleh pembangun pihak ketiga ("Produk Pihak Ketiga"). Kategori Produk App Store yang tertentu (Produk Apple atau Produk Pihak Ketiga) dinyatakan pada aplikasi Mac App Store atau pada aplikasi App Store itu.

Lesen anda bagi setiap Produk App Store tertakluk kepada Perjanjian Lesen Pengguna Akhir Aplikasi Berlesen yang dinyatakan di bawah ini, dan anda mengakui bahawa syarat-syaratnya terpakai melainkan Produk App Store tersebut diliputi oleh perjanjian lesen pengguna akhir yang sah yang dipersetujui antara anda dengan penerbit Produk App Store itu ("Penerbit"), dan jika demikian, perjanjian lesen pengguna akhir Penerbit tersebut akan dikenakan terhadap Produk App Store itu. Penerbit berhak dalam dan terhadap Produk App Store tersebut yang tidak diberikan secara nyata kepada anda.

Anda maklum bahawa lesen bagi setiap Produk Apple yang anda dapatkan melalui Mac App Store atau App Store, atau anda kaitkan dengan Akaun anda ialah perjanjian yang mengikat antara anda dengan iTunes. Anda maklum bahawa: setelah anda memperolehi Produk Pihak Ketiga daripada iTunes, anda memeterai perjanjian secara langsung dengan Penerbit yang mengawal cara anda menggunakan Produk Pihak Ketiga tersebut, dan iTunes bukan suatu pihak dalam lesen antara anda dengan Penerbit berhubung dengan Produk Pihak Ketiga tersebut. Penerbit setiap Produk Pihak Ketiga bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Produk Pihak Ketiga itu, kandungannya, apa-apa waranti setakat waranti sedemikian tidak dinafikan, dan apa-apa tuntutan anda atau mana-mana pihak yang lain berhubung dengan Produk Pihak Ketiga tersebut.

Anda maklum dan mengakui bahawa iTunes dan pihak-pihak gabungannya ialah penerima pihak ketiga bagi Perjanjian Lesen Pengguna Akhir Aplikasi Berlesen atau perjanjian lesen pengguna akhir Penerbit, mengikut keadaan, bagi setiap Produk Pihak Ketiga. Anda juga mengakui bahawa, selepas anda menyetujui syarat-syarat lesen bagi mana-mana Produk Pihak Ketiga sedemikian, iTunes berhak (dan akan dianggap telah bersetuju menerima hak tersebut) untuk menguatkuasakan lesen sedemikian terhadap anda sebagai penerima pihak ketiganya.

BELIAN DALAM APLIKASI

Sesetengah Produk App Store mungkin mengandungi kefungsian yang membolehkan anda membeli perkhidmatan tambahan, atau lesen bagi kefungsian atau kandungan tambahan untuk digunakan dalam Produk App Store tersebut ("Belian Dalam Aplikasi"). Belian Dalam Aplikasi yang dihabiskan semasa menggunakan Produk App Store itu (sebagai contoh, amunisi maya) tidak boleh dipindahkan antara alat-alat, boleh dimuat turun hanya sekali sahaja, dan selepas dimuat turun, tidak boleh digantikan. Setelah sesuatu Belian Dalam Aplikasi guna habis itu dibeli dan telah anda terima, iTunes tidak menanggung liabiliti kepada anda atas apa-apa kehilangan, kemusnahan atau kerosakan. Semua Belian Dalam Aplikasi dianggap sebagai Produk App Store, dan Belian Dalam Aplikasi yang dibuat dalam Produk Pihak Ketiga dianggap sebagai Produk Pihak Ketiga, dan diperlakukan sedemikian, bagi tujuan syarat-syarat ini.

Anda mesti membuat mengesahan untuk memperolehi Belian Dalam Aplikasi secara berasingan dengan mana-mana pengesahan untuk mendapatkan Produk App Store dengan memasukkan kata laluan anda apabila diminta, tetapi setelah anda mengesahkan untuk mendapatkan sesuatu Belian Dalam Aplikasi, anda boleh memperolehi Belian Dalam Aplikasi tambahan selama lima belas minit tanpa perlu memasukkan semula kata laluan. Anda boleh mematikan keupayaan untuk membeli Belian Dalam Aplikasi pada Alat iOS anda dengan pergi ke Tetapan, memilih "Am", kemudian memilih tab "Sekatan", sepertimana yang digariskan di http://support.apple.com/kb/HT4213.

LANGGANAN DALAM APLIKASI

Sesetengah Produk App Store mungkin mengandungi kefungsian yang membolehkan anda memperolehi kandungan atas dasar langganan ("Langganan Dalam Aplikasi"). Langganan Dalam Aplikasi tidak boleh dipulangkan bayarannya. Langganan Dalam Aplikasi akan diperbaharui secara automatik bagi tempoh boleh guna yang telah anda pilih, dan dimana berkenaan, Akaun anda akan dikenakan bayaran tidak lebih daripada 24 jam sebelum tamatnya tempoh Langganan Dalam Aplikasi ketika itu. Anda boleh membatalkan pembaharuan automatik Langganan Dalam Aplikasi Berbayar dengan memilih Uruskan Langganan Aplikasi dalam Akaun anda dan memilih langganan yang ingin anda ubah. Ciri pembaharuan automatik langganan itu akan dimatikan jika Penerbit menaikkan harga langganan. Anda boleh membatalkan Langganan Dalam Aplikasi yang percuma dengan memotong Produk App Store dari peranti anda. Sesetengah Langganan Dalam Aplikasi Berbayar mungkin menawarkan tempoh percubaan percuma sebelum Akaun anda dikenakan bayaran. Jika anda enggan membeli Langganan Dalam Aplikasi sila batalkan pembaharuan automatic dalam Akaun anda semasa dalam tempoh percubaan percuma itu. Sesetengah Langganan Dalam Aplikasi mungkin ditetapkan sebagai produk “Newsstand”, dan akan muncul didalam Newsstand di peranti anda setelah muat turun. Anda juga harus membaca maklumat tambahan mengenai tawaran Langganan Dalam Aplikasi Berbayar tersebut di tempat penjualan dalam Produk App Store tersebut. Kami mungkin akan meminta kebenaran anda untuk memberikan nama, alamat e-mel dan poskod yang tersenarai di dalam Akaun anda kepada Penerbit agar Penerbit boleh menghantar kepada anda mesej-mesej pemasaran mengenai produknya sendiri mengikut dasar privasinya yang disiarkan secara awam. Setelah Penerbit mendapat maklumat ini, maklumat ini akan diperlakukan mengikut dasar privasi Penerbit. Kami menggalakkan anda untuk memahami amalan privasi Penerbit sebelum bersetuju untuk memberi mereka maklumat peribadi anda. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, bacalah dasar privasi Penerbit atau terus hubungi Penerbit.

POPULAR BERDEKATAN SAYA

Apabila anda memilih untuk menggunakan Popular Berdekatan Saya melalui pendayaan Perkhidmatan Lokasi, Apple akan, dari semasa ke semasa, mengutip maklumat yang berkaitan dengan Produk App Store anda yang tertentu secara automatik, misalnya masa yang anda habiskan dengan setiap Produk App Store dan bilangan kali setiap Produk App Store dimulakan. Maklumat ini disimpan tanpa mengaitkannya dengan nama atau Akaun anda. Apple akan menggunakan maklumat ini, dan juga maklumat lain, misalnya sejarah muat turun Produk App Store anda, untuk memberikan saranan yang disesuaikan khususnya untuk anda.

Apple boleh menggunakan maklumat ini dan menggabungkannya dengan maklumat tergabung daripada pengguna lain yang memilih untuk menggunakan ciri ini, data sejarah pembelian iTunes Store anda, data muat turun App Store anda, data muat turun Produk App Store tergabung daripada pengguna lain, dan maklumat lain seperti perkadaran pelanggan Produk App Store, untuk:

• Memberi anda saranan berhubung dengan Produk App Store, media, serta produk dan perkhidmatan lain yang mungkin ingin anda beli, muat turun, atau guna.

• Memberikan saranan kepada pengguna lain.

Maklumat anda akan diperlakukan mengikut Dasar Privasi Apple pada setiap masa.

Jika anda lebih suka sekiranya kami tidak mengutip dan menggunakan maklumat daripada alat atau sistem anda dengan cara begini, jangan dayakan Perkhidmatan Lokasi atau gunakan Popular Berdekatan Saya. Anda boleh membuat pilihan ini pada bila-bila masa dengan mematikan Popular Berdekatan Saya dalam menu Perkhidmatan Sistem dalam tetapan Perkhidmatan Lokasi pada peranti anda.

PERATURAN PENGGUNAAN PRODUK MAC APP STORE

Melainkan dinyatakan sebaliknya dalam syarat ini,

(i) Jika anda adalah seorang individu yang bertindak secara peribadi, anda boleh memuat turun dan menggunakan aplikasi daripada Mac App Store ("Produk Mac App Store") untuk kegunaan peribadi yang tidak komersial pada mana-mana produk berjenama Apple yang menggunakan Mac OS X ("Komputer Mac") yang anda miliki atau kawal.

(ii) Jika anda ialah perusahaan komersial atau institusi pendidikan, anda boleh memuat turun Produk Mac App Store untuk kegunaan sama ada (a) oleh satu orang pada setiap Komputer Mac yang digunakan oleh orang tersebut yang anda miliki atau kawal atau (b) oleh beberapa orang pada satu Komputer Mac kongsi yang anda miliki atau kawal. Sebagai contoh, seseorang pekerja boleh menggunakan Produk Mac App Store pada Komputer Mac mejanya dan pada Komputer Mac ribanya, atau beberapa pelajar boleh menggunakan Produk Mac App Store seorang demi seorang pada satu Komputer Mac yang terletak di pusat sumber atau di perpustakaan. Sebagai penjelasan, setiap Komputer Mac yang digunakan seorang demi seorang oleh beberapa pengguna memerlukan lesen yang berasingan.

(iii) Penggunaan atau Produk Mac App Store mungkin memerlukan rakam masuk dengan ID Apple yang digunakan untuk memuat turun Produk Mac App Store itu daripada Mac App Store. Produk Mac App Store boleh dikemaskinikan melalui Mac App Store sahaja.

PERATURAN PENGGUNAAN PRODUK APP STORE

(i) Jika anda adalah seorang individu yang bertindak secara peribadi, anda boleh memuat turun dan menyegerakkan Produk App Store untuk kegunaan peribadi yang tidak komersial pada mana-mana Alat iOS yang anda miliki atau kawal.

(ii) Jika anda ialah perusahaan komersial atau institusi pendidikan, anda boleh memuat turun dan menyegerakkan Produk App Store untuk kegunaan sama ada (a) oleh satu orang pada satu Alat iOS atau lebih yang digunakan oleh orang tersebut yang anda miliki atau kawal atau (b) oleh beberapa orang pada satu Alat iOS kongsi yang anda miliki atau kawal. Sebagai contoh, seseorang pekerja boleh menggunakan Produk App Store pada iPhonenya dan juga pada iPadnya, atau beberapa pelajar boleh menggunakan Produk App Store seorang demi seorang pada satu iPad yang terletak di pusat sumber atau di perpustakaan. Sebagai penjelasan, setiap Alat iOS yang digunakan seorang demi seorang oleh beberapa pengguna memerlukan lesen yang berasingan.

(iii) Anda boleh menyimpan Produk App Store daripada setakat lima Akaun yang berlainan pada satu masa pada Alat iOS yang serasi.

(iv) Anda boleh menyegerakkan Produk App Store secara manual daripada sekurang-kurangnya satu alat yang diluluskan oleh iTunes kepada Alat iOS yang mempunyai mod penyegerakan manual, dengan syarat Produk App Store tersebut dikaitkan dengan Akaun pada alat utama yang telah diluluskan oleh iTunes itu, iaitu alat yang mula-mula sekali disegerakkan dengan Alat iOS tersebut atau alat yang anda tetapkan selepas itu sebagai alat utama yang menggunakan aplikasi iTunes.

MAKLUMAT PENTING TENTANG KESELAMATAN

Untuk mengelakkan tegangan otot, sendi atau mata semasa bermain permainan video, selalulah berhenti bermain untuk berehat, dan berehatlah lebih lama jika anda berasa sakit, letih, atau tidak selesa. Sebilangan kecil orang mungkin mengalami sawan atau pitam apabila terdedah kepada lampu atau corak yang berkelip-kelip, termasuklah apabila mereka bermain permainan video atau menonton video. Simptomnya boleh merangkumi pening kepala, rasa loya, pergerakan luar kawalan, hilang sedar, perubahan penglihatan, rasa gelenyar, rasa kebas, atau ketidakselesaan yang lain. Jumpalah doktor sebelum bermain permainan video jika anda pernah mengalami simptom begini atau yang serupa dengannya, dan berhentilah bermain serta-merta dan pergi berjumpa doktor jika simptom ini berlaku semasa anda bermain. Ibu bapa haruslah memantau anak mereka semasa mereka bermain permainan video untuk mencari tanda-tanda berlakunya simptom.

PENYENGGARAAN DAN SOKONGAN PRODUK MAC APP STORE DAN APP STORE

iTunes akan bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan penyenggaraan dan sokongan yang diperlukan berhubung dengan Produk Apple sahaja, seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Lesen Pengguna Akhir Aplikasi Berlesen atau perjanjian lesen pengguna akhir yang berasingan, mengikut keadaan, atau seperti yang diwajibkan oleh undang-undang yang dikenakan. Penerbit mana-mana Produk Pihak Ketiga akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan perkhidmatan penyenggaraan dan sokongan yang diperlukan berhubung dengan Produk itu, seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Lesen Pengguna Akhir Aplikasi Berlesen atau perjanjian lesen pengguna akhir Penerbit, mengikut keadaan, atau seperti yang diwajibkan oleh undang-undang yang dikenakan.

PERJANJIAN LESEN PENGGUNA AKHIR APLIKASI BERLESEN

Produk Mac App Store dan App Store (secara kolektif disebut "Produk App Store") yang disediakan melalui Mac App Store dan App Store (secara kolektif disebut , "Kedai App") dilesenkan, bukan dijual, kepada anda. Lesen anda bagi setiap Produk App Store yang anda peroleh melalui Kedai App atau kaitkan dengan Akaun anda tertakluk kepada persetujuan anda mematuhi Perjanjian Lesen Pengguna Akhir Aplikasi Berlesen (“EULA Piawai”) ini terlebih dahulu, dan anda mengakui bahawa syarat-syarat Perjanjian Lesen Pengguna Akhir Aplikasi Berlesen ini merangkumi setiap Produk App Store yang anda peroleh lesennya melalui Kedai App, melainkan Produk App Store tersebut diliputi oleh perjanjian lesen pengguna akhir yang sah antara anda dengan Penerbit Produk App Store itu, dan jika demikian, syarat-syarat perjanjian lesen pengguna akhir yang berasingan itu akan terpakai. Lesen anda bagi mana-mana Produk Apple menurut EULA Piawai ini atau menurut perjanjian lesen pengguna akhir yang berasingan diberikan oleh iTunes, dan lesen anda bagi mana-mana Produk Pihak Ketiga menurut EULA Piawai ini atau menurut perjanjian lesen pengguna akhir yang berasingan diberikan oleh Penerbit Produk Pihak Ketiga itu. Mana-mana Produk App Store yang tertakluk kepada lesen yang diberikan menurut EULA Piawai ini dirujuk dalam dokumen ini sebagai "Aplikasi Berlesen". Penerbit atau iTunes, yang mana berkenaan ("Pemberi Lesen"), mempunyai semua hak dalam dan terhadap Aplikasi Berlesen yang tidak diberikan kepada anda secara nyata menurut EULA Piawai ini.

a. Skop Lesen: Lesen yang diberikan kepada anda bagi Aplikasi Berlesen oleh Pemberi Lesen ini terbatas kepada lesen yang tidak boleh dipindah milik untuk menggunakan Aplikasi Berlesen pada mana-mana produk berjenama Apple yang menggunakan iOS (yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada iPad, iPhone, dan iPod touch) ("Alat iOS") atau Mac OS X ("Komputer Mac"), yang mana berkenaan (secara kolektif disebut "Alat Apple") yang anda miliki atau kawal dan yang dibenarkan oleh peraturan penggunaan yang dinyatakan dalam Syarat-syarat Mac App Store, App Store dan iBook Sstore ("Peraturan Penggunaan"). Lesen ini tidak membenarkan anda menggunakan Aplikasi Berlesen pada mana-mana Alat Apple yang tidak anda miliki atau kawal, dan melainkan telah diperuntukkan dalam Peraturan Penggunaan, anda tidak boleh mengedarkan atau menyediakan Aplikasi Berlesen pada rangkaian yang membolehkannya digunakan pada berbilang alat pada masa yang sama. Anda tidak boleh menyewakan, memajak, meminjam, menjual, memindahkan, mengedarkan semula, atau mengeluarkan sublesen bagi Aplikasi Berlesen, dan jika anda menjual Komputer Mac atau Alat iOS anda kepada pihak ketiga, anda mesti mengeluarkan Aplikasi Berlesen daripada Komputer Mac atau Alat iOS tersebut sebelum menjualnya. Anda tidak boleh menyalin (melainkan seperti yang dibenarkan secara nyata oleh lesen ini dan oleh Peraturan Penggunaan), membuka susunan, menyusun akas, menceraikan, cuba menerbitkan kod sumber, mengubah, atau menghasilkan kerja terbitan daripada Aplikasi Berlesen, apa-apa kemas kini, atau mana-mana bahagiannya (melainkan jika dan hanya setakat mana-mana sekatan yang disebut tadi dilarang oleh undang-undang yang dikenakan atau setakat yang dibenarkan oleh syarat pelesenan yang mengawal penggunaan apa-apa komponen bersumber terbuka yang disertakan dengan Aplikasi Berlesen tersebut). Percubaan untuk berbuat demikian akan melanggar hak Pemberi Lesen dan pemberi lesennya. Jika anda melanggar larangan ini, anda boleh didakwa dan dikenakan ganti rugi.

Syarat-syarat lesen ini akan mentadbir apa-apa naik taraf yang disediakan oleh Pemberi Lesen yang menggantikan dan/atau menambahkan Aplikasi Berlesen yang asal. Tetapi jika naik taraf sedemikian diiringi lesen yang berasingan, maka lesen tersebutlah yang akan mentadbir.

b. Keizinan Menggunakan Data: Anda bersetuju untuk membenarkan Pemberi Lesen mengutip dan menggunakan data teknikal dan maklumat yang berkaitan dengannya, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada maklumat teknikal mengenai alat, sistem dan perisian aplikasi, dan persisian anda, yang dikutip secara berkala untuk memudahkan peruntukan kemas kini perisian, sokongan produk, dan perkhidmatan lain kepada anda (jika ada) yang berkaitan dengan Aplikasi Berlesen. Pemberi Lesen boleh menggunakan maklumat ini, selagi maklumat itu berada dalam bentuk yang tidak boleh mengenal pasti diri anda secara khususnya, untuk menambahbaikkan produknya atau menyediakan perkhidmatan atau teknologi kepada anda.

c. Penamatan. Lesen berkuat kuasa sehingga anda menamatkannya atau sehingga ditamatkan oleh Pemberi Lesen. Hak anda di bawah lesen ini akan tamat dengan sendirinya tanpa notis daripada Pemberi Lesen jika anda gagal mematuhi mana-mana syarat lesen ini. Setelah tamatnya lesen, anda hendaklah berhenti menggunakan Aplikasi Berlesen dan menghapuskan semua salinannya, sama ada yang penuh ataupun yang separa.

d. Perkhidmatan Luar; Bahan Pihak Ketiga. Aplikasi Berlesen mungkin membolehkan penggunaan perkhidmatan dan tapak web, Pemberi Lesen dan/atau pihak ketiga (secara kolektif dan masing-masing disebut sebagai "Perkhidmatan Luar"). Penggunaan Perkhidmatan Luar memerlukan sambungan ke Internet dan penggunaan Perkhidmatan Luar yang tertentu memerlukan anda menyetujui syarat-syarat tambahan. Dengan menggunakan perisian ini berhubung dengan akaun iTunes Store, anda menyetujui Syarat-syarat iTunes Store dan Peraturan Penggunaan yang terkini, yang boleh anda dapatkan dan baca di http://www.apple.com/legal/internet-services/itunes/ww/.

Anda faham bahawa dengan menggunakan mana-mana Perkhidmatan Luar, anda mungkin akan terjumpa kandungan yang boleh dianggap menyakitkan hati, tidak senonoh, atau sangat tidak menyenangkan, yang mungkin atau mungkin tidak dikenal pasti sebagai mengandungi bahasa yang eksplisit, dan hasil gelintaran atau dengan memasukkan URL yang tertentu mungkin dengan sendirinya dan secara tidak sengaja akan menghasilkan pautan atau rujukan kepada bahan yang sangat tidak menyenangkan. Namun begitu, anda bersetuju bahawa anda akan menggunakan Perkhidmatan Luar atas risiko anda sendiri sepenuhnya dan Pemberi Lesen mahupun ejennya tidak akan menanggung liabiliti kepada anda bagi bahan yang dianggap sebagai menyakitkan hati, tidak senonoh, atau tidak menyenangkan hati.

Sesetengah Perkhidmatan Luar mungkin memaparkan, mengandungi, atau menyediakan kandungan, data, maklumat, aplikasi, atau bahan daripada pihak ketiga ("Bahan Pihak Ketiga") atau menyediakan pautan ke tapak web pihak ketiga yang tertentu. Dengan menggunakan Perkhidmatan Luar, anda maklum dan mengakui bahawa Pemberi Lesen mahupun ejennya tidak bertanggungjawab memeriksa atau menilai kandungan, ketepatan, kesempurnaan, kesesuaian masa, kesahihan, kepatuhan hak cipta, kesahan, kesopanan, kualiti atau apa-apa aspek lain pada Bahan Pihak Ketiga atau tapak web sedemikian. Pemberi Lesen, ejennya, pegawainya, pihak gabungannya dan subsidiarinya tidak menjamin atau menyokong dan tidak memikul dan tidak akan menanggung sebarang liabiliti atau tanggungjawab kepada anda atau kepada sesiapa sahaja bagi mana-mana Perkhidmatan Luar pihak ketiga, Bahan Pihak Ketiga atau tapak web pihak ketiga, atau bagi apa-apa bahan, produk atau perkhidmatan pihak ketiga yang lain. Bahan Pihak Ketiga dan pautan ke tapak web yang lain disediakan semata-mata untuk kemudahan anda.

Maklumat kewangan yang dipaparkan oleh mana-mana Perkhidmatan Luar dimaksudkan sebagai maklumat am sahaja dan tidak sepatutnya diharapkan sebagai nasihat pelaburan. Sebelum menjalankan apa-apa transaksi sekuriti berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui Perkhidmatan Luar, anda haruslah mendapatkan nasihat perunding kewangan atau pakar tentang sekuriti yang layak di sisi undang-undang untuk memberikan nasihat kewangan atau sekuriti di negara atau di kawasan anda. Maklumat perubatan yang dipaparkan oleh mana-mana Produk App Store atau Perkhidmatan Luar adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja dan tidak boleh dipercayai untuk diagnosis perubatan atau nasihat rawatan kecuali seperti yang diarahkan oleh doktor. Anda perlu berunding dengan pakar perubatan sebelum mempercayai maklumat perubatan yang tersedia dalam Produk App Store. Data tentang lokasi yang disediakan oleh mana-mana Perkhidmatan Luar dimaksudkan sebagai pandu arah asas sahaja dan tidak sepatutnya diharapkan dalam keadaan yang memerlukan maklumat lokasi yang tepat atau jika data yang salah, tidak tepat, tertangguh atau tidak lengkap tentang sesuatu lokasi boleh membawa kematian, kecederaan diri, kerosakan harta benda atau kemusnahan alam sekitar. Pemberi Lesen, ejennya mahupun mana-mana pembekal kandungannya tidak menjamin ketersediaan, ketepatan, kesempurnaan, kebolehpercayaan, atau kesesuaian masa maklumat tentang saham, data tentang lokasi atau apa-apa data lain yang dipaparkan oleh mana-mana Perkhidmatan Luar.

Anda mengakui bahawa Perkhidmatan Luar mengandungi kandungan, maklumat dan bahan proprietari yang dimiliki oleh Pemberi Lesen, dan/atau ejennya atau pemberi lesennya, dan dilindungi undang-undang harta intelektual dan undang-undang lain yang dikenakan, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada hak cipta, dan anda bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan kandungan, maklumat atau bahan proprietari sedemikian dengan apa-apa cara sekalipun melainkan penggunaan Perkhidmatan Luar yang dibenarkan, atau dengan apa-apa cara yang tidak selaras dengan syarat-syarat EULA Piawai ini atau yang melanggar apa-apa hak harta intelektual pihak ketiga atau iTunes. Mana-mana bahagian Perkhidmatan Luar ini tidak boleh diulang keluar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa-apa cara sekalipun. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mengubah suai, menyewakan, memajakkan, meminjamkan, menjual, mengedarkan, ataupun menghasilkan kerja terbitan berdasarkan Perkhidmatan Luar dengan apa-apa cara sekalipun, dan anda tidak akan mengeksploitasi Perkhidmatan Luar dengan apa-apa cara yang tidak dibenarkan, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada, menggunakan Perkhidmatan Luar untuk menghantar apa-apa virus, cecacing, kuda Troy komputer atau perisian yang hasad lain, atau dengan mencerobohi atau membebankan kapasiti rangkaian. Anda juga bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan Luar dengan apa-apa cara sekalipun untuk mengganggu, menyalah guna, menghendap, mengugut, mengeji mahupun melanggar atau mencabul hak mana-mana pihak lain, dan anda mengakui bahawa Pemberi Lesen mahupun ejennya tidak bertanggungjawab dengan apa-apa cara sekalipun terhadap apa-apa perbuatan anda sedemikian, mahupun terhadap apa-apa mesej atau siaran yang mengganggu, mengugut, mengeji, sangat tidak menyenangkan, melanggar atau haram yang mungkin anda terima kerana menggunakan mana-mana Perkhidmatan Luar.

Selain itu, Perkhidmatan Luar dan Bahan Pihak Ketiga yang mungkin digunakan, dipaparkan atau dipaut melalui Alat Apple tidak disediakan dalam semua bahasa mahupun di semua negara atau kawasan. Pemberi Lesen tidak menyatakan bahawa Perkhidmatan Luar dan Bahan sedemikian sesuai atau boleh digunakan di mana-mana lokasi yang tertentu. Setakat yang anda pilih untuk menggunakan atau mendapatkan Perkhidmatan Luar dan Bahan sedemikian, anda melakukannya atas inisiatif anda sendiri dan anda bertanggungjawab mematuhi apa-apa undang-undang yang dikenakan, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada undang-undang tempatan yang berkenaan. Pemberi Lesen berhak mengubah, menggantung, mengeluarkan, atau melumpuhkan kemudahan untuk mendapatkan mana-mana Perkhidmatan Luar pada bila-bila masa tanpa memberikan notis. Walau dalam apa-apa keadaan sekalipun, Pemberi Lesen tidak menanggung liabiliti bagi pengeluaran atau pelumpuhan kemudahan untuk mendapatkan Perkhidmatan Luar sedemikian. Pemberi Lesen juga boleh mengenakan had terhadap penggunaan atau kemudahan untuk mendapatkan Perkhidmatan Luar yang tertentu, dalam apa-apa keadaan sekalipun dan tanpa memberikan notis atau menanggung liabiliti.

e. TIADA WARANTI: ANDA SECARA NYATANYA MAKLUM DAN MENGAKUI BAHAWA ANDA MENGGUNAKAN APLIKASI BERLESEN ATAS RISIKO ANDA SENDIRI DAN BAHAWA ANDA MENANGGUNG KESELURUHAN RISIKO MENGENAI KUALITI, PRESTASI, KETEPATAN, DAN USAHA YANG MEMUASKAN. SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN, APLIKASI BERLESEN DAN APA-APA PERKHIDMATAN YANG DILAKSANAKAN ATAU DISEDIAKAN OLEH APLIKASI BERLESEN TERSEBUT DISEDIAKAN "SEPERTI SEADANYA" DAN "SEPERTI YANG TERSEDIA", DENGAN SEMUA KECACATAN DAN TANPA APA-APA JENIS WARANTI, DAN PEMBERI LESEN DENGAN INI MENAFIKAN SEMUA WARANTI DAN SYARAT BERHUBUNG DENGAN APLIKASI BERLESEN DAN APA-APA PERKHIDMATAN, SAMA ADA YANG TERSURAT, TERSIRAT, ATAUPUN BERKANUN, YANG MERANGKUMI TETAPI TIDAK TERBATAS KEPADA, WARANTI DAN/ATAU SYARAT-SYARAT KEBOLEHDAGANGAN, KUALITI YANG MEMUASKAN, KESESUAIAN BAGI SESUATU TUJUAN YANG TERTENTU, KETEPATAN, KENIKMATAN AMAN SENTOSA, DAN KETIDAKLANGGARAN HAK PIHAK KETIGA YANG TERSIRAT. PEMBERI LESEN TIDAK MENJAMIN BAHAWA NIKMAT ANDA MENGGUNAKAN APLIKASI BERLESEN TIDAK AKAN TERGANGGU, BAHAWA FUNGSI YANG TERKANDUNG DALAM APLIKASI BERLESEN ATAU PERKHIDMATAN YANG DILAKSANAKAN ATAU DISEDIAKAN OLEH APLIKASI BERLESEN AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA, BAHAWA KENDALIAN APLIKASI BERLESEN ATAU PERKHIDMATANNYA TIDAK AKAN TERGANGGU ATAU BEBAS DARIPADA RALAT, ATAU BAHAWA KECACATAN PADA APLIKASI BERLESEN ATAU PERKHIDMATANNYA AKAN DIBETULKAN. APA-APA MAKLUMAT ATAU NASIHAT YANG DIBERIKAN OLEH PEMBERI LESEN ATAU WAKILNYA YANG DIBERI KUASA SECARA LISAN ATAU BERTULIS TIDAK AKAN MEMBENTUK WARANTI. JIKA APLIKASI BERLESEN ATAU PERKHIDMATANNYA TERBUKTI CACAT, ANDA MENANGGUNG KESELURUHAN KOS SERVIS, PEMBAIKAN ATAU PEMBETULAN YANG PERLU. SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN WARANTI ATAU PEMBATASAN YANG TERSIRAT TERHADAP HAK BERKANUN PENGGUNA YANG BERKENAAN, MAKA PENGECUALIAN DAN PEMBATASAN DI ATAS INI MUNGKIN TIDAK BERKENAAN DENGAN ANDA.

f. Pembatasan Liabiliti. SETAKAT YANG TIDAK DILARANG OLEH UNDANG-UNDANG, WALAU DALAM APA-APA KEADAAN SEKALIPUN, PEMBERI LESEN TIDAK MENANGGUNG LIABILITI AKIBAT KECEDERAAN DIRI ATAU APA-APA GANTI RUGI SAMPINGAN, KHAS, TIDAK LANGSUNG ATAU BERBANGKIT, YANG MERANGKUMI TANPA BATASAN, GANTI RUGI BAGI KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEHILANGAN DATA, GANGGUAN PERNIAGAAN, ATAU APA-APA GANTI RUGI ATAU KERUGIAN KOMERSIAL YANG LAIN, YANG TIMBUL AKIBAT ATAU BERHUBUNG DENGAN PENGGUNAAN ATAU KETIDAKMAMPUAN ANDA MENGGUNAKAN APLIKASI BERLESEN, WALAU BAGAIMANAPUN PERKARA ITU BERLAKU, TANPA MENGIRA TEORI LIABILITI (SECARA KONTRAK, TORT, ATAU DENGAN CARA LAIN) DAN WALAUPUN PEMBERI LESEN TELAH DIBERITAHU TENTANG KEMUNGKINAN BERLAKUNYA GANTI RUGI SEDEMIKIAN. SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PEMBATASAN LIABILITI BAGI KECEDERAAN DIRI ATAU BAGI GANTI RUGI SAMPINGAN ATAU BERBANGKIT, MAKA PEMBATASAN INI MUNGKIN TIDAK BERKENAAN DENGAN ANDA. Walau dalam apa-apa keadaan sekalipun, jumlah liabiliti Pemberi Lesen kepada anda bagi segala ganti rugi (selain yang mungkin diwajibkan oleh undang-undang yang dikenakan dalam kes-kes yang melibatkan kecederaan diri) tidak boleh melebihi amaun lima puluh dolar ($50.00). Batasan yang disebutkan tadi dikenakan walaupun remedi yang disebutkan tadi gagal memenuhi tujuannya yang asas.

g. Anda tidak boleh menggunakan atau mengeksport atau mengeksport semula Aplikasi Berlesen melainkan dengan cara yang dibenarkan oleh undang-undang Amerika Syarikat dan oleh undang-undang bidang kuasa tempat Aplikasi Berlesen tersebut diperoleh. Secara khususnya, tetapi tanpa batasan, Aplikasi Berlesen tidak boleh dieksport atau dieksport semula (a) ke mana-mana negara yang disekat olah Amerika Syarikat atau (b) kepada sesiapa yang muncul namanya pada Senarai Rakyat Yang Ditetapkan Secara Khas oleh Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat atau pada Senarai Orang atau Senarai Entiti Yang Tidak Mendapat Kebenaran oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat. Dengan menggunakan Aplikasi Berlesen, anda menyatakan dan menjamin bahawa anda tidak berada di negara sedemikian dan nama anda tidak ada pada senarai sedemikian. Anda juga bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan produk ini bagi apa-apa tujuan yang dilarang oleh undang-undang Amerika Syarikat, yang merangkumi tanpa batasan, pembangunan, reka bentuk, pembuatan, atau pengeluaran nuklear, misil, atau senjata kimia atau biologi.

h. Aplikasi Berlesen dan dokumentasi yang berkaitan dengannya ialah "Barang Dagangan", seperti yang ditakrifkan istilahnya di dalam 48 C.F.R. §2.101, yang terdiri daripada "Perisian Komputer Komersial" dan "Dokumentasi Perisian Komputer Komersial", seperti yang digunakan istilahnya di dalam 48 C.F.R. §12.212 atau 48 C.F.R. §227.7202, yang mana berkenaan. Selaras dengan 48 C.F.R. §12.212 atau 48 C.F.R. §227.7202-1 melalui 227.7202-4, yang mana berkenaan, Perisian Komputer Komersial dan Dokumentasi Perisian Komputer Komersial dilesenkan kepada pengguna akhir Kerajaan Amerika Syarikat (a) hanya sebagai Barang Dagangan dan (b) hanya dengan hak yang telah diberikan kepada semua pengguna akhir selaras dengan syarat-syarat lesen ini. Hak cipta yang tidak diterbitkan terpelihara di bawah undang-undang hak cipta Amerika Syarikat.

i. Undang-undang Negeri California, tidak termasuk peraturan konflik undang-undangnya, mentadbir lesen ini dan mengawal cara anda menggunakan Aplikasi Berlesen ini. Anda juga mungkin tertakluk kepada undang-undang tempatan, negeri, negara, atau antarabangsa yang lain apabila anda menggunakan Aplikasi Berlesen ini.

SYARAT-SYARAT LANJUTAN BAGI IBOOKS STORE

PEMBELIAN PRODUK IBOOKS STORE

Anda maklum bahawa iTunes menjual kepada anda lesen untuk menggunakan kandungan yang disediakan melalui iBooks Store ("Produk iBooks Store"). Setelah dibeli daripada iTunes, lesen itu membentuk perjanjian yang mengikat secara langsung antara anda dengan pembekal pihak ketiga Produk iBooks Store itu ("Penerbit") yang mentadbir cara anda menggunakan Produk iBooks Store itu; iTunes bukan pihak dalam lesen antara anda dengan Penerbit bagi Produk iBooks Store tersebut; dan Penerbit setiap Produk iBooks Store berhak untuk menguatkuasakan syarat-syarat penggunaan berhubung dengan Produk iBooks Store tersebut. Penerbit setiap Produk iBooks Store bertanggungjawab sepenuhnya bagi Produk iBooks Store itu, kandungannya, apa-apa waranti setakat waranti sedemikian tidak dinafikan, dan apa-apa tuntutan yang anda miliki atau yang dimiliki oleh mana-mana pihak lain berhubung dengan Produk iBooks Store tersebut atau cara anda menggunakan Produk iBooks Store tersebut.

PERATURAN PENGGUNAAN PRODUK IBOOKS STORE

(i) Anda dibenarkan menggunakan Produk iBooks Store hanya untuk kegunaan peribadi yang tidak komersial.

(ii) Anda boleh menyimpan Produk iBooks Store daripada sehingga lima Akaun yang berlainan pada masa yang sama pada alat berasaskan iOS yang tertentu, seperti iPad, iPod touch, atau iPhone.

(iii) Anda boleh menyimpan Produk iBooks Store Products pada lima alat yang diluluskan oleh iTunes pada bila-bila masa.

(iv) Penghantaran Produk iBooks Store tidak memindahkan kepada anda apa-apa hak penggunaan promosi terhadap Produk iBooks Store tersebut atau apa-apa hak membakar Produk iBooks Store tersebut ke dalam cakera.

(v) Anda boleh menyegerakkan Produk iBooks Store secara manual daripada sekurang-kurangnya satu alat yang diluluskan oleh iTunes kepada alat-alat yang mempunyai mod penyegerakan manual, dengan syarat Produk iBooks Store tersebut dikaitkan dengan Akaun pada alat utama yang telah diluluskan oleh iTunes itu, iaitu alat yang mula-mula sekali disegerakkan dengan alat tersebut atau alat yang anda tetapkan selepas itu sebagai alat utama yang menggunakan iTunes.

Kemas Kini Terakhir: 17 September 2014