Legal

SYARAT-SYARAT

SYARAT-SYARAT

PUSAT PERMAINAN

PERJANJIAN UNDANG-UNDANG (“PERJANJIAN”) YANG DINYATAKAN DI BAWAH INI MENGAWAL CARA ANDA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN GAME CENTER. ADALAH PENTING BAHAWA ANDA MEMBACA DAN MEMAHAMI SYARAT-SYARAT YANG BERIKUT. DENGAN MENGKLICK “SETUJU”, ANDA BERSETUJU BAHAWA SYARAT-SYARAT PERJANJIAN INI AKAN BERKUATKUASA JIKA ANDA MEMILIH UNTUK MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI. JIKA ANDA BAWAH UMUR MAJORITI, ANDA PERLULAH MEMBACA PERJANJIAN INI BERSAMA IBU, BAPA ATAU PENJAGA ANDA UNTUK MEMASTIKAN ANDA DAN IBU, BAPA ATAU PENJAGA ANDA ITU MEMAHAMINYA.

Apple Inc. ialah penyedia perkhidmatan Game Center (“Perkhidmatan”), yang membenarkan anda melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan permainan, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada penyertaan papan pengutip markah tertinggi, permainan berbilang pemain dan penjejakan pencapaian. Perkhidmatan mungkin tidak tersedia di semua tempat. Penggunaan Perkhidmatan memerlukan alat yang sesuai, capaian ke Internet, dan perisian yang tertentu (bayaran mungkin akan dikenakan); mungkin memerlukan kemas kini berkala; dan mungkin dipengaruhi prestasi faktor-faktor ini.

Untuk menggunakan Perkhidmatan ini, anda tidak boleh menjadi seorang yang disekat dari menerima Perkhidmatan ini dibawah undang-undang Amerika Syarikat atau bidang kuasa lain, termasuk negara yang anda menetap atau dari mana anda menggunakan Perkhidmatan ini. Dengan menerima Perjanjian ini, anda mensahkan bahawa anda memahami dan bersetuju dengan syarat-syarat diatas.

AKAUN ANDA

Sebagai pengguna Perkhidmatan yang berdaftar, anda boleh membuka akaun ("Akaun") selaras dengan Peraturan Penggunaan di bawah ini. Jangan dedahkan maklumat tentang Akaun anda kepada orang lain. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga kerahsiaan dan keselamatan Akaun anda, dan terhadap semua aktiviti yang berlaku pada atau melalui Akaun anda, dan anda bersetuju bahawa anda akan serta-merta memberitahu Apple mengenai apa-apa pelanggaran keselamatan Akaun anda. Apple tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang diakibatkan oleh penggunaan Akaun anda tanpa kebenaran.

Anda bersetuju untuk memberi maklumat yang tepat dan lengkap bila anda mendaftar dengan, sambil menggunakan, Perkhidmatan ini, dan anda bersetuju untuk mengamaskinikan maklumat pendaftaran anda untuk memastikan ia tepat dan lengkap. Anda bersetuju bahawa Apple boleh menyimpan dan menggunakan maklumat pendaftaran anda untuk mengekalkan Akaun anda. Anda tidak boleh mewujudkan sebarang Akaun untuk sesiapa pun selain daripada diri anda tanpa kebenaran daripada orang itu.

PERATURAN PENGGUNAAN

Anda bersetuju bahawa anda akan menggunakan Perkhidmatan selaras dengan peraturan penggunaan ini. Apple berhak mengubah peraturan penggunaan ini pada bila-bila masa.

Anda diberi kuasa untuk menggunakan Perkhidmatan hanya untuk kegunaan peribadi dan bukan untuk tujuan komersial.

Anda bersetuju bahawa anda tidak akan, atau tidak cuba atau tidak membantu orang lain, mencabuli, memintas, membina akas, membuka susunan, menceraikan, atau mengusik Perkhidmatan dengan cara lain.

Anda bersetuju bahawa anda TIDAK akan menggunakan Perkhidmatan untuk:

a. memuat naik, memuat turun, menyiarkan, mengirim e-mel, menghantar, menyimpan atau dengan cara lainnya menyediakan apa-apa kandungan yang menyalahi undang-undang, mengganggu, mengugut, berbahaya, menyalahi tort, memfitnah, memfitnah secara bertulis, kesat, ganas, lucah, kasar, mengganggu privasi orang lain, terkutuk, menyakitkan hati sesuatu kaum atau bangsa, atau dengan cara lainnya sangat tidak menyenangkan;

b. menghendap, mengganggu, mengugut atau memudaratkan orang lain;

c. jika anda berusia dewasa, meminta maklumat peribadi atau maklumat lain daripada orang bawah umur (sesiapa yang berumur bawah 18 tahun atau bawah sekian umur yang ditakrifkan oleh undang-undang tempatan sebagai orang bawah umur) yang tidak anda kenal sendiri, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada mana-mana maklumat yang berikut: nama penuh atau nama keluarga, alamat rumah, poskod, nombor telefon, gambar, dan alamat e-mel, atau nama sekolah, nama gereja, nama pasukan sukan atau nama kawan-kawan orang bawah umur tersebut;

d. menyamar sebagai sesiapa atau sebagai mana-mana entiti yang bukan diri anda — anda tidak boleh menyamar atau menyalahgambarkan diri anda sebagai orang lain (termasuk selebriti), entiti, peserta Perkhidmatan yang lain, pekerja Apple, atau pemimpin masyarakat atau kerajaan, atau dengan cara lainnya menyalahgambarkan hubungan anda dengan seorang atau dengan sesebuah entiti, (Apple berhak menolak atau menyekat mana-mana nama gelaran yang dianggap sebagai suatu samaran atau salah gambaran identiti anda, atau sebagai salah guna nama atau identiti orang lain);

e. melanggar hak cipta atau hak terhadap harta intelektual yang lain, atau mendedahkan apa-apa rahsia perdagangan atau maklumat sulit yang melanggar perjanjian kerahsiaan, pekerjaan, atau ketidakdedahan;

f. menyiarkan, mengirim, menghantar atau dengan cara lainnya menyediakan apa-apa mesej e-mel, iklan, bahan promosi, mel remeh, spam, atau surat berantai yang tidak diminta atau yang tidak dibenarkan, yang merangkumi tanpa batasan, iklan komersial pukal atau pengumuman bermaklumat;

g. memalsukan apa-apa tajuk paket TCP-IP atau mana-mana bahagian maklumat tajuk dalam e-mel atau siaran kumpulan berita, atau dengan cara lainnya memasukkan maklumat ke dalam tajuk yang bermaksud untuk memperdayakan penerima tentang asal-usul apa-apa kandungan yang dihantar melalui Perkhidmatan (“perdayaan");

h. memuat naik, menyiarkan, mengirim melalui e-mel, menghantar, menyimpan atau dengan cara lainnya menyediakan apa-apa bahan yang mengandungi virus atau apa-apa kod, fail atau atur cara komputer yang lain yang dimaksudkan untuk memudaratkan, mengganggu atau mengehadkan kendalian Perkhidmatan yang biasa (atau mana-mana bahagiannya), atau apa-apa perisian atau perkakasan komputer yang lain;

i. mengganggu atau menggendalakan Perkhidmatan (termasuk menggunakan Perkhidmatan melalui apa-apa cara berautomasi, seperti skrip atau perangkak web), atau apa-apa pelayan atau rangkaian yang tersambung dengan Perkhidmatan, atau apa-apa dasar, keperluan atau peraturan rangkaian-rangkaian yang tersambung dengan Perkhidmatan (termasuk apa-apa kemasukan, penggunaan atau pemantauan datanya atau lalu lintasnya yang tidak dibenarkan);

j. merancang atau melakukan apa-apa kegiatan haram; dan/atau mengutip dan menyimpan maklumat peribadi mana-mana pengguna Perkhidmatan yang lain untuk digunakan berhubung dengan mana-mana kegiatan yang terlarang tadi;

k. menipu atau dengan cara lainnya mengubah Perkhidmatan atau pengalaman permainan untuk mendapatkan kelebihan bagi seseorang pemain berbanding pemain yang lain.

PRIVASI

Perkhidmatan tertakluk kepada Daras Privasi Apple yang boleh disiarkan di http://www.apple.com/privacy. Seperti yang ditetapkan oleh Dasar Privasi tersebut, apabila anda menggunakan Perkhidmatan, seperti menjemput pengguna lain untuk menyertai Perkhidmatan, menyertai papan pengutip markah tertinggi, membolehkan jemputan atau fungsi berbilang pemain, atau memaparkan mesej tentang status, maklumat peribadi yang anda kongsi itu dapat dilihat oleh pengguna lain dan boleh dibaca, dikutip atau digunakan oleh mereka. Anda bertanggungjawab terhadap maklumat peribadi yang sengaja anda kemukakan dalam keadaan begini. Apabila anda bermain permainan yang menyokong fungsi berbilang, pengguna lain yang mengakses Perkhidmatan dari dalam pemainan yang sama pada rangkaian Wi-Fi yang sama, rangkaian kawasan tempatan atau dalam lingkungan “Bluetooth” akan dapat melihat bahawa anda adalah berdekatan, dan lihat nama samara dan foto anda, atau profil lengkap anda jika anda mempunyai hubungan kawan dengan pengguna itu. Jika anda tidak mahu menjadi kelihatan kepada lain-lain pengguna yang berdekatan, anda mesti menyesuaikan tetapan pada peranti anda dengan melancarkan aplikasi Game Center, menoreh Akaun, menoreh Pandangan Akaun, dan gelongsor suis “Jemputan Permainan” kepada “off”; atau pada Mac anda, dengan melancarkan aplikasi Game Center, menoreh Akaun, dan menyahsemak “Benarkan rakan menjemput anda untuk bermain permainan”. Jika anda menyebut nama anda atau maklumat peribadi anda yang lain dalam mesej tentang status, maklumat tersebut dapat dilihat oleh orang awam. Jika anda memilih untuk profil awam anda ditetapkan kepada “on”, pengguna lain Perkhidmatan boleh melihat profil penuh anda, termasuk nama penuh anda, activiti anda (seperti permainan-permainan yang anda telah memainkan dan bila anda telah bermain), markah anda, dan pencapaian-pencapaian anda, dan anda boleh disyorkan sebagai rakan kepada pengguna lain. Jika anda memilih untuk mempunyai profil awam anda ditetapkan kepada “off”, profil penuh anda hanya boleh dilihat oleh pengguna yang telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan anda, dan anda tidak akan disyorkan kepada orang lain; hanya nama gelaran dan gambar anda boleh dilihat oleh pengguna lain yang bukan rakan anda. Nama penuh yang dikaitkan dengan ID Apple anda juga akan dikongsi dengan pengguna lain yang telah anda hantar atau terima permohonan persahabatan, seperti dalam senarai Rakan, papan pengutip markah tertinggi Rakan, dan senarai permohonan persahabatan yang sedang menunggu jawapan; dan kami boleh mensyorkan permainan-permainan yang anda telah memainkan kepada rakan-rakan anda. Jika anda tidak mahu mendedahkan nama penuh atau profil anda kepada rakan-rakan anda, keluarkan rakan tersebut dengan menekan butang “Putuskan Persahabatan” di bahagian bawah skrin rakan tersebut di Pusat Permainan.

Jika anda hendak menghenti perkongsian maklumat dengan pengguna lain dan Perkhidmatan ini, sila lihat http://www.apple.com/support/.

Beberapa aspek Perkhidmatan tidak disediakan kepada kanak-kanak bawah umur 13 tahun, seperti ciri-ciri yang membenarkan pengguna mendedahkan maklumat yang boleh mengenal pasti dirinya. Dayakan kawalan ibu bapa untuk mengehadkan kemudahan mendapatkan kandungan yang tertentu dengan sewajarnya.

SERAHAN KEPADA PERKHIDMATAN

Perkhidmatan mungkin menawarkan ciri-ciri interaktif yang membenarkan anda menyerahkan bahan (termasuk pautan ke kandungan pihak ketiga) di ruangan-ruangan Perkhidmatan yang boleh dimasuki dan dilihat oleh orang awam. Anda bersetuju bahawa perbuatan anda menggunakan ciri sedemikian, termasuklah bahan yang anda serahkan, akan menjadi tanggungjawab anda sepenuhnya, tidak akan melanggar atau mencabuli hak mana-mana pihak lain mahupun melanggar mana-mana undang-undang, membantu atau menggalakkan pelanggaran atau kelakuan yang haram, atau bersifat lucah, sangat tidak menyenangkan, atau menyinggung perasaan. Anda juga mengakui bahawa anda telah mendapatkan semua hak dan lesen yang perlu untuk membuat penyerahan tersebut. Anda bersetuju bahawa anda akan memberikan maklumat yang tepat dan lengkap apabila anda menyerahkan bahan kepada Perkhidmatan. Anda dengan ini memberi Apple lesen yang sah seluruh dunia, bebas royalti dan tidak eksklusif untuk menggunakan bahan sedemikian sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan atau dalam menyediakan atau memasarkan Perkhidmatan, tanpa apa-apa imbuhan atau obligasi kepada anda. Apple berhak enggan menyiarkan atau menerbitkan mana-mana bahan, dan berhak mengeluarkan atau menyunting mana-mana bahan, pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya sendiri tanpa memberikan notis dan tanpa menanggung liabiliti.

Apple berhak tetapi tidak berobligasi memantau bahan yang anda serahkan atau yang boleh didapati dengan cara lain melalui Perkhidmatan, menyiasat pelanggaran Perjanjian ini yang dilaporkan berlaku ataupun yang secara nyatanya berlaku, dan mengambil sebarang tindakan yang dianggap sesuai oleh Apple mengikut budi bicaranya sendiri, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada penamatan menurut syarat ini atau menurut Dasar Hak Cipta kami (http://www.apple.com/legal/copyright.html).

BAHAN PIHAK KETIGA

Kandungan dan perkhidmatan yang tertentu, yang disediakan melalui Perkhidmatan, mungkin mengandungi bahan daripada pihak ketiga. Apple mungkin akan menyediakan pautan ke tapak web pihak ketiga sebagai kemudahan untuk anda. Anda mengakui bahawa Apple tidak bertanggungjawab memeriksa atau menilai kandungan itu atau ketepatannya, dan Apple tidak menjamin dan tidak akan menanggung apa-apa liabiliti atau tanggungjawab terhadap mana-mana bahan atau tapak web pihak ketiga, atau terhadap mana-mana produk atau perkhidmatan lain yang disediakan oleh pihak ketiga. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan mana-mana bahan pihak ketiga dengan cara yang akan melanggar atau mencabuli hak mana-mana pihak lain dan bahawa Apple tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun terhadap penggunaan anda sedemikian cara.

BAHAN YANG SANGAT TIDAK MENYENANGKAN

Anda faham bahawa dengan menggunakan Perkhidmatan, anda mungkin berdepan dengan bahan yang mungkin anda anggap sebagai menyakitkan hati, tidak senonoh, atau tidak menyenangkan hati, dan kandungan sedemikian mungkin atau mungkin tidak dikenal pasti sebagai mengandungi bahan eksplisit. Namun begitu, anda bersetuju bahawa anda akan menggunakan Perkhidmatan atas risiko anda sendiri dan Apple tidak menanggung liabiliti kepada anda bagi bahan yang dianggap sebagai menyakitkan hati, tidak senonoh, atau tidak menyenangkan hati. Penilaian dan penerangan adalah dibekalkan untuk kemudahan, dan anda bersetuju bahawa Apple tidak menjamin ketepatannya.

HARTA INTELEKTUAL

Anda mengakui bahawa Perkhidmatan, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada bahan grafik, antara muka pengguna, klip audio, klip video, kandungan editorial, serta skrip dan perisian yang digunakan untuk menjalankan Perkhidmatan, mengandungi maklumat dan bahan proprietari yang dimiliki oleh Apple dan/atau oleh pemberi lesennya, dan dilindungi oleh undang-undang harta intelektual dan undang-undang lain yang berkenaan, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada hak cipta. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan maklumat atau bahan proprietari sedemikian dengan apa-apa cara sekalipun melainkan bagi kegunaan Perkhidmatan mengikut Perjanjian ini. Tiada satu pun bahagian Perkhidmatan ini yang boleh diulang keluar kepada apa-apa bentuk atau dengan apa-apa cara sekalipun, melainkan yang dibenarkan secara nyata dalam syarat-syarat ini. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mengubah suai, menyewakan, memajakkan, meminjamkan, menjual, mengedarkan, ataupun menghasilkan kerja terbitan berdasarkan Perkhidmatan dengan apa-apa cara sekalipun, dan anda tidak akan mengeksploitasi Perkhidmatan dengan apa-apa cara yang tidak dibenarkan, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada, menceroboh atau membebankan kapasiti rangkaian.

Tanpa dipengaruhi peruntukan lain Perjanjian ini, Apple dan pemberi lesennya berhak mengubah, menggantung, mengeluarkan, atau melumpuhkan penggunaan mana-mana produk, kandungan atau bahan lain yang menjadi sebahagian daripada Perkhidmatan pada bila-bila masa tanpa memberikan notis. Walau dalam apa-apa keadaan sekalipun, Apple tidak menanggung liabiliti kerana membuat perubahan ini. Apple juga boleh membatasi penggunaan atau kemudahan mendapatkan sesuatu ciri atau bahagian Perkhidmatan yang tertentu, dalam apa-apa keadaan sekalipun dan tanpa memberikan notis atau menanggung liabiliti.

Semua hak cipta terhadap dan kepada Perkhidmatan (termasuklah susunan kandungan, siaran, pautan ke sumber-sumber Internet yang lain, dan keterangan tentang sumber-sumber tersebut) dan perisian yang berkaitan dengannya dimiliki oleh Apple dan/atau pemberi lesennya, yang memelihara semua hak mereka dari segi undang-undang dan ekuiti. PENGGUNAAN PERISIAN ATAU MANA-MANA BAHAGIAN PERKHIDMATAN, SELAIN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN SEPERTI YANG DIBENARKAN DALAM PERJANJIAN INI, DILARANG SAMA SEKALI DAN MELANGGAR HAK HARTA INTELEKTUAL ORANG LAIN DAN ANDA BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN SIVIL DAN JENAYAH, YANG MUNGKIN BOLEH MERANGKUMI GANTI RUGI MONETARI, ATAS PELANGGARAN HAK CIPTA.

Apple, logo Apple, serta tanda dagang, tanda perkhidmatan, bahan grafik dan logo Apple yang lain yang digunakan berhubungan dengan Perkhidmatan ialah tanda dagang atau tanda dagang berdaftar Apple Inc. di Amerika Syarikat dan/atau di negara-negara lain. Tanda dagang, tanda perkhidmatan, bahan grafik, dan logo yang lain yang digunakan berhubungan dengan Perkhidmatan mungkin merupakan tanda dagang mereka masing-masing. Anda tidak diberi hak mahupun lesen berhubung dengan mana-mana tanda dagang yang disebutkan tadi dan dengan penggunaan tanda dagang sedemikian.

PENAMATAN

Jika anda gagal, atau Apple mengesyaki bahawa anda gagal, mematuhi mana-mana peruntukan Perjanjian ini, Apple, mengikut budi bicaranya sendiri dan tanpa memberikan notis, mungkin akan: (i) menamatkan Perjanjian ini dan/atau Akaun anda; dan/atau (ii) menamatkan lesen anda menggunakan Perkhidmatan; dan/atau (iii) menghalang kemudahan anda mendapatkan Perkhidmatan (atau mana-mana bahagiannya).

Apple berhak mengubah suai, menggantung, atau menamatkan Perkhidmatan (atau mana-mana bahagiannya atau kandungannya) pada bila-bila masa dengan atau tanpa memberitahu anda, dan Apple tidak akan menanggung liabiliti kepada anda ataupun kepada mana-mana pihak ketiga jika Apple melaksanakan hak sedemikian.

PENOLAK TUNTUTAN WARANTI; PEMBATASAN LIABILITI

APPLE TIDAK MENJAMIN, MENYATAKAN, ATAU MEWAJARKAN BAHAWA ANDA AKAN DAPAT MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN TANPA TERGENDALA ATAU TANPA MENGHADAPI RALAT, DAN ANDA MENGAKUI BAHAWA DARI SEMASA KE SEMASA, APPLE BOLEH MENGELUARKAN PERKHIDMATAN BAGI TEMPOH MASA YANG TIDAK TENTU, ATAU MEMBATALKAN PERKHIDMATAN PADA BILA-BILA MASA, TANPA MEMBERITAHU ANDA.

ANDA SECARA NYATANYA BERSETUJU BAHAWA PENGGUNAAN ATAU KETIDAKMAMPUAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. PERKHIDMATAN DAN SEMUA PRODUK DAN PERKHIDMATAN YANG DIHANTAR KEPADA ANDA MELALUI PERKHIDMATAN DISEDIAKAN (MELAINKAN DINYATAKAN SECARA JELAS OLEH APPLE) UNTUK KEGUNAAN ANDA SECARA "SEPERTI SEADANYA" DAN "SEPERTI YANG TERSEDIA", TANPA APA-APA JENIS WARANTI, SAMA ADA TERSURAT ATAUPUN TERSIRAT, TERMASUK SEMUA WARANTI TERSIRAT TENTANG KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN YANG TERTENTU, HAK MILIK, DAN KETIDAKLANGGARAN. OLEH SEBAB SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN WARANTI TERSIRAT, PENGECUALIAN WARANTI TERSIRAT DI ATAS INI MUNGKIN TIDAK BERKENAAN DENGAN ANDA.

WALAU DALAM APA-APA KEADAAN SEKALIPUN, APPLE SERTA SEMUA PENGARAHNYA, PEGAWAINYA, PEKERJANYA, PIHAK GABUNGANNYA, EJENNYA, KONTRAKTORNYA, PRINSIPALNYA, ATAU PEMBERI LESENNYA TIDAK AKAN MENANGGUNG LIABILITI TERHADAP APA-APA GANTI RUGI LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, PUNITIF, KHAS, ATAU BERBANGKIT YANG TIMBUL KERANA ANDA MENGGUNAKAN ATAU KERANA ANDA TIDAK DAPAT MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ATAU BAGI MANA-MANA TUNTUTAN LAIN YANG DENGAN APA CARA SEKALIPUN BERKAIT DENGAN PERBUATAN ANDA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN, YANG MERANGKUMI TETAPI TIDAK TERBATAS KEPADA SEBARANG RALAT ATAU KETINGGALAN MANA-MANA KANDUNGAN, ATAU SEBARANG JENIS KERUGIAN ATAU GANTI RUGI YANG TERTANGGUNG AKIBAT PENGGUNAAN MANA-MANA KANDUNGAN (ATAU PRODUK) YANG DISIARKAN, DIHANTAR, ATAU DISEDIAKAN MELALUI PERKHIDMATAN, WALAUPUN SEKIRANYA TELAH DIBERITAHU TENTANG KEMUNGKINANNYA. OLEH SEBAB BEBERAPA NEGARA ATAU BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PEMBATASAN LIABILITI BAGI GANTI RUGI BERBANGKIT ATAU SAMPINGAN, DI NEGARA ATAU BIDANG KUASA SEDEMIKIAN, LIABILITI APPLE TERHAD SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG.

APPLE AKAN MENGGUNAKAN USAHA YANG SEWAJARNYA UNTUK MELINDUNGI BAHAN ATAU MAKLUMAT YANG ANDA SERAHKAN BERHUBUNG DENGAN PERKHIDMATAN, TETAPI ANDA MENGAKUI BAHAWA ANDA MENYERAHKAN MAKLUMAT SEDEMIKIAN ATAS RISIKO ANDA SENDIRI, DAN APPLE DENGAN INI MENOLAK APA-APA DAN SEMUA LIABILITI KEPADA ANDA JIKA BERLAKU APA-APA KERUGIAN ATAU LIABILITI YANG BERKAITAN DENGAN MAKLUMAT SEDEMIKIAN DALAM APA-APA CARA SEKALIPUN.

APPLE TIDAK MENYATAKAN MAHUPUN MENJAMIN BAHAWA PERKHIDMATAN AKAN BEBAS DARIPADA KEHILANGAN, PENCEMARAN, SERANGAN, VIRUS, GANGGUAN, PENGGODAMAN, ATAU PENCEROBOHAN KESELAMATAN YANG LAIN, DAN APPLE MENOLAK APA-APA LIABILITI YANG BERKAITAN DENGANNYA.

PENGETEPIAN DAN TANGGUNG RUGI

DENGAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN, ANDA BERSETUJU BAHAWA ANDA AKAN MELEPASKAN TANGGUNGAN DAN MEMASTIKAN TIADA MUDARAT YANG MENIMPA APPLE SERTA SEMUA PENGARAHNYA, PEGAWAINYA, PEKERJANYA, PIHAK GABUNGANNYA, EJENNYA, KONTRAKTORNYA, DAN PEMBERI LESENNYA BERHUBUNG DENGAN APA-APA TUNTUTAN YANG TIMBUL KERANA ANDA MELANGGAR PERJANJIAN INI, KERANA ANDA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN, ATAU KERANA APPLE MENGAMBIL APA-APA TINDAKAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SIASATANNYA MENGENAI PELANGGARAN PERJANJIAN INI YANG DISYAKI ATAU HASIL DARIPADA PENEMUANNYA ATAU KEPUTUSANNYA BAHAWA PELANGGARAN PERJANJIAN INI TELAH BERLAKU. INI BERMAKNA BAHAWA ANDA TIDAK BOLEH MENDAKWA ATAU MENDAPAT BALIK APA-APA GANTI RUGI DARIPADA APPLE SERTA SEMUA PENGARAHNYA, PEGAWAINYA, PEKERJANYA, PIHAK GABUNGANNYA, EJENNYA, KONTRAKTORNYA, DAN PEMBERI LESENNYA AKIBAT KEPUTUSANNYA UNTUK MENGELUARKAN ATAU ENGGAN MEMPROSES APA-APA MAKLUMAT ATAU KANDUNGAN, UNTUK MEMBERI AMARAN KEPADA ANDA, UNTUK MENGGANTUNG ATAU MENYEKAT KEMUDAHAN ANDA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN, ATAU UNTUK MENGAMBIL APA-APA TINDAKAN LAIN SEMASA MENJALANKAN SIASATAN PELANGGARAN YANG DISYAKI ATAU AKIBAT DARIPADA KESIMPULAN APPLE BAHAWA PELANGGARAN PERJANJIAN INI TELAH BERLAKU. PERUNTUKAN PENGETEPIAN DAN TANGGUNG RUGI INI MERANGKUMI SEMUA PELANGGARAN YANG DITERANGKAN DALAM PERJANJIAN INI, YANG TERHASIL DARIPADA PERJANJIAN INI ATAU YANG DIMAKSUDKAN OLEH PERJANJIAN INI.

PERUBAHAN

Apple berhak mengubahsuaikan Perjanjian ini dan mengenakan syarat baru atau syarat tambahan pada bila-bila masa terhadap anda untuk menggunakan Perkhidmatan. Pengubahsuaian dan syarat-syarat tambahan sedemikian akan berkuat kuasa serta-merta dan akan disertakan ke dalam Perjanjian ini. Jika anda terus menggunakan Perkhidmatan, anda akan dianggap sebagai menyetujuinya.

PELBAGAI

Perjanjian ini membentuk seluruh perjanjian antara anda dengan Apple dan mengawal cara anda menggunakan Perkhidmatan, menggantikan mana-mana perjanjian sebelum ini antara anda dengan Apple. Anda juga mungkin tertakluk kepada syarat-syarat tambahan yang mungkin dikenakan apabila anda menggunakan perkhidmatan gabungan, kandungan pihak ketiga, atau perisian pihak ketiga. Jika mana-mana bahagian Perjanjian ini menjadi tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, bahagian tersebut akan ditafsirkan dengan cara yang selaras dengan undang-undang yang dipakai untuk mencerminkan niat asal setiap pihak dengan sehampir-hampirnya, dan bahagian selebihnya akan tetap berkuat kuasa dan dilaksanakan sepenuhnya. Kegagalan Apple menguatkuasakan mana-mana hak atau peruntukan dalam Perjanjian ini tidak akan diertikan sebagai pengetepian peruntukan sedemikian atau mana-mana peruntukan lain. Apple tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan memenuhi obligasi atas sebab-sebab yang di luar kawalannya.

Perkhidmatan dikendalikan oleh Apple dari pejabat-pejabatnya di Amerika Syarikat. Anda bersetuju bahawa anda akan mematuhi semua undang-undang, statut, ordinan dan peraturan tempatan, negeri, persekutuan dan negara yang dikenakan terhadap anda untuk menggunakan Perkhidmatan. Semua transaksi dengan Perkhidmatan ditadbir oleh undang-undang California, tanpa memberi kesan terhadap peruntukan konflik undang-undangnya. Anda juga mungkin tertakluk kepada undang-undang lain apabila menggunakan Perkhidmatan. Anda dengan nyatanya mengakui bahawa bidang kuasa eksklusif bagi apa-apa tuntutan atau pertikaian dengan Apple atau yang berkait dalam apa-apa cara sekalipun dengan perbuatan anda menggunakan Perkhidmatan terletak pada mahkamah Negeri California. Risiko kerugian dan hak milik bagi semua transaksi yang dihantar secara elektronik akan terpindah kepada pembeli di California selepas dihantar secara elektronik kepada penerima. Tiada seorang pun pekerja atau ejen Apple yang mempunyai kuasa untuk mengubah Perjanjian ini.

Apple mungkin akan menghantar makluman kepada anda berhubung dengan Perkhidmatan melalui mesej e-mel ke alamat e-mel di dalam Akaun anda atau melalui surat yang dihantar secara pos ke alamat surat-menyurat di dalam Akaun anda, atau melalui siaran pada Perkhidmatan. Segala makluman akan berkuat kuasa serta-merta.

Apple berhak mengambil langkah yang dipercayai perlu atau berpatutan oleh Apple untuk menguatkuasakan dan/atau mengesahkan kepatuhan mana-mana bahagian Perjanjian ini. Anda mengakui bahawa Apple berhak, tanpa menanggung liabiliti kepada anda, mendedahkan mana-mana Data Pendaftaran dan/atau maklumat Akaun kepada pihak penguat kuasa undang-undang, pegawai kerajaan, dan/atau pihak ketiga, yang dipercayai perlu atau berpatutan oleh Apple untuk menguatkuasakan dan/atau mengesahkan kepatuhan mana-mana bahagian Perjanjian ini (yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada hak Apple untuk bekerjasama dengan apa-apa proses undang-undang berkenaan dengan urusan anda dengan Perkhidmatan dan/atau dengan penggunaan produk, dan/atau tuntutan pihak ketiga bahawa anda menggunakan Perkhidmatan dan/atau produk dengan cara yang tidak sah dan/atau yang melanggar hak pihak ketiga sedemikian).

Kemas kini terakhir: 19 September 2012