-
Apple Games & Privasi
-
Muat turun permainan dan aktiviti permainan anda, termasuk App Store, Game Center dan Apple Arcade, digunakan untuk memperibadikan serta meningkatkan Apple Games. Nama panggilan, avatar, status langganan Apple Arcade anda dan maklumat aktiviti lain yang anda pilih untuk berkongsi kelihatan kepada semua pengguna Permainan serta Game Center.
Apple Games direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

-
- Apple menggabungkan maklumat tentang anda daripada App Store, Apple Arcade dan Game Center serta maklumat tentang peranti anda untuk menyediakan app Apple Games kepada anda.
- Kami menggunakan maklumat tentang pembelian, muat turun dan aktiviti anda yang lain dalam perkhidmatan ini untuk memperibadikan ciri dan menawarkan pengalaman yang diperibadikan, serta menghantar komunikasi kepada anda. Anda boleh menarik diri daripada penggunaan data App Store untuk pengesyoran diperibadikan, seperti yang diterangkan di bawah.
- Aktiviti anda merentas perkhidmatan ini turut digunakan untuk meningkatkan dan mengoptimumkan app Permainan serta perkhidmatan ini bagi anda dan orang lain.
- Untuk membantu mengecam dan mencegah penipuan, maklumat tentang cara anda menggunakan peranti anda, termasuk bilangan anggaran panggilan telefon atau e-mel yang anda hantar dan terima, akan digunakan untuk mengira skor kepercayaan peranti apabila anda cuba memuat turun atau membeli. Penghantaran direka bentuk supaya Apple tidak boleh mengetahui nilai sebenar pada peranti anda. Skor disimpan untuk masa yang ditetapkan pada pelayan kami.
App Apple Games membolehkan anda menemui permainan baharu dan berinteraksi dengan aktiviti permainan seperti menyertai papan juara serta permainan berbilang pemain, mencari, melihat dan mencabar rakan, serta menjejak pencapaian.
Untuk menyediakan pengalaman yang terbaik bagi anda, app Permainan menggabungkan maklumat daripada dan tentang penggunaan App Store, Apple Arcade dan Game Center anda serta maklumat daripada peranti anda tentang app berkaitan permainan yang anda lancarkan. Untuk bermula dengan app Permainan, anda perlu mendaftar masuk ke akaun Game Center anda dan bersetuju untuk membenarkan Apple menggabungkan aktiviti anda merentas perkhidmatan ini. Anda boleh menukar pilihan anda pada bila-bila masa dengan pergi ke Seting > Apple Games. Walau bagaimanapun, jika anda tidak bersetuju dengan Apple Games menggunakan maklumat daripada perkhidmatan lain ini, anda tidak akan dapat menggunakan app Permainan.
Menyediakan App Permainan
App Permainan menggunakan maklumat tentang app berkaitan permainan yang telah anda muat turun (daripada App Store, dalam app Apple Games dan pada Mac) serta Game Center dan maklumat pada peranti tentang app yang anda main atau lancarkan baru-baru ini antara app ini untuk menguasakan pengalaman seperti pada tab Utama dan Pustaka Permainan anda. Kami menggunakan maklumat ini untuk menunjukkan anda semua app permainan anda di satu tempat dan membolehkan anda bersambung dari tempat anda berhenti dengan mudah.
Apabila anda memuat turun app berkaitan permainan dari dalam app Permainan atau App Store, pengecam seperti ID perkakasan dan alamat IP peranti anda dilog oleh Apple bersama-sama Akaun Apple anda. Apple mungkin menggunakan alamat IP sambungan internet anda untuk menganggarkan lokasi anda bagi menentukan sama ada sesetengah app yang tertakluk pada pengehadan undang-undang di sesetengah rantau boleh dijadikan tersedia kepada anda.
Profil
Profil Game Center anda, termasuk nama panggilan anda, avatar, senarai rakan anda dan aktiviti permainan anda akan tersedia dalam app Permainan. Sebarang seting privasi yang telah anda aktifkan untuk profil dan aktiviti Game Center anda juga akan digunakan dalam Apple Games. Mengetik pada avatar pemain akan membawa anda ke halaman profil untuk pemain tersebut. Di halaman profil, anda boleh meminta untuk menjadi rakan, jika belum, atau hubungi pemain jika dibenarkan oleh seting anda dan mereka.Rakan
Cadangan rakan dalam app Permainan adalah berdasarkan cabaran dan permainan berbilang pemain yang dimainkan bersama serta bilangan permainan dan rakan bersama anda. Selain itu, jika nama panggilan Game Center anda dipautkan dengan kad Kenalan anda, alamat e‑mel dan nombor telefon anda yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda digunakan untuk membantu rakan mencari anda. Jika Kenalan anda telah memautkan nama panggilan Game Center mereka dengan kad Kenalan mereka, maklumat tersebut digunakan bersama-sama pemprosesan pada peranti untuk meningkatkan pengesyoran rakan bagi anda.Cabaran
Cabaran ialah ciri app Apple Games yang membolehkan anda dan rakan Game Center anda untuk bermain permainan kegemaran anda bersama-sama. Kami menggunakan maklumat tentang rakan Game Center anda untuk menunjukkan kepada anda rakan yang bermain permainan yang anda main atau berminat, untuk membantu anda mencari rakan baharu dengan cadangan rakan dan mengesyorkan cabaran untuk bermain bersama.Carta
Maklumat agregat tentang permainan didayakan Game Center yang dimainkan anda dan orang lain digunakan untuk menguasakan carta dalam app Permainan serta di App Store.Memperibadikan App Permainan
Untuk memberi anda pengalaman permainan terbaik di satu tempat, kami memperibadikan pengalaman anda dalam Permainan. Untuk melakukan ini, kami menggunakan maklumat tentang anda daripada App Store, Apple Arcade dan Game Center serta maklumat pada peranti tentang penggunaan app permainan anda.
App Store
Kami menggunakan interaksi anda dengan App Store untuk membantu anda menemui permainan yang paling berkaitan dengan anda. Contohnya, kami mengesyorkan permainan dan peristiwa dalam app yang kami berpendapat akan diminati oleh anda berdasarkan perkara yang telah anda cari, lihat, muat turun, kemas kini atau ulas sebelumnya dalam App Store dan app Permainan. Kami juga menggunakan sejarah pembelian, termasuk pembelian in‑app, langganan dan kaedah bayaran bersama dengan maklumat akaun yang diperoleh daripada Akaun Apple anda, seperti peranti yang anda gunakan dan peranti baharu yang anda aktifkan. Untuk memberikan pengesyoran yang lebih baik, kami juga menggunakan maklumat agregat tentang pelancaran, pemasangan dan pemadaman app daripada pengguna yang memilih untuk berkongsi analitis peranti dengan Apple, serta maklumat agregat tentang penilaian app. Maklumat yang Apple terima berkenaan penggunaan App Store dan Permainan oleh anda termasuk maklumat tentang kandungan diperibadikan yang anda ketik dan lihat.Anda boleh menyahaktifkan ciri pemeribadian dalam App Store dan untuk perkhidmatan lain dengan menyahaktifkan Pengesyoran Diperibadikan untuk Akaun Apple anda. Pada peranti iOS, iPadOS atau visionOS anda, pergi ke Seting > [nama anda] > Media & Pembelian > Lihat Akaun, kemudian ketik untuk menyahaktifkan Pengesyoran Diperibadikan. Apabila Pengesyoran Diperibadikan dinyahaktifkan, app Permainan tidak akan menggunakan maklumat yang diterangkan di atas daripada App Store untuk membuat pengesyoran kepada anda dalam app Permainan, tetapi kami masih akan menunjukkan kepada anda app permainan yang telah anda muat turun sebagai sebahagian daripada Pustaka app Permainan anda.
Arcade
Apabila anda melanggan Apple Arcade, app Permainan akan menyertakan permainan Arcade yang telah anda muat turun dan main serta app Apple Arcade yang tersedia kepada anda sebagai sebahagian daripada langganan anda. Kami juga menggunakan maklumat tentang aktiviti Apple Arcade anda untuk membantu memaklumkan pengesyoran bagi permainan lain yang mungkin menarik minat anda.Game Center
Aktiviti Game Center anda, termasuk permainan didayakan Game Center yang anda main dan cabaran, pencapaian serta papan juara Game Center digunakan dalam gabungan dengan aktiviti App Store anda untuk mengesyorkan permainan, cabaran, acara dalam app dan rakan kepada anda.Penggunaan App Pada Peranti
Untuk memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik, kami mengakses maklumat pada peranti anda tentang app berkaitan permainan yang telah anda lancarkan dan masa terbaru anda telah melancarkannya untuk mengisih permainan anda mengikut masa anda berinteraksi.Meningkatkan App Permainan
Untuk meningkatkan dan mengoptimumkan pengalaman dalam app Permainan serta perkhidmatan berkaitan, kami mengumpulkan maklumat tentang penggunaan app oleh anda serta App Store, Apple Arcade dan Game Center. Maklumat ini termasuk masa anda membuka dan menutup app serta perkhidmatan ini, kandungan serta permainan yang anda cari, lihat dan muat turun, interaksi anda dengan pemberitahuan serta lencana dan pembelian anda dalam app berkaitan permainan. Kami juga mengumpulkan maklumat tentang peranti anda seperti jenis peranti, versi sistem pengendalian anda dan jumlah ruang kosong pada peranti anda. Kami menggabungkan dan menggunakan maklumat ini untuk memahami cara anda serta orang lain berinteraksi dengan ciri app Permainan dan perkhidmatan berkaitan untuk meningkatkan app serta perkhidmatan ini dan membimbing pembangunan ciri serta fungsi berkaitan Permainan baharu.
Maklumat penggunaan app Permainan anda dikaitkan dengan pengecam unik rawak yang khusus kepada penggunaan Apple Games oleh anda dan tidak disimpan dengan Akaun Apple anda. Untuk mereset pengecam pada peranti iOS, iPadOS atau visionOS anda, pergi ke Seting > App > Permainan > Reset Pengecam. Pada Mac, pergi ke Permainan > Seting > Reset Pengecam.
Kanak-kanak dalam App Permainan
App Apple Games mematuhi seting kanak-kanak dan kawalan ibu-bapa. Seting privasi Game Center dan Kandungan & Privasi Masa Skrin untuk kanak-kanak akan digunakan pada aktiviti dalam app Permainan. Seting Pengesyoran Diperibadikan turut dipatuhi. Untuk mengehadkan masa yang diluangkan dalam app berkaitan permainan yang khusus dan menyekat ciri Game Center pada peranti anak anda, termasuk fungsi berbilang pemain, keupayaan untuk menambah rakan dan keupayaan untuk berhubung dengan rakan yang bermain permainan yang sama pada peranti iOS, iPadOS, visionOS atau Mac anda, pergi ke Seting > Masa Skrin > Kandungan & Privasi > App Store, Media, Web, & Permainan dan skrol ke bahagian Game Center. Pada tvOS, pergi ke Seting > Umum > Pengehadan.
Apabila berkomunikasi dengan pemain lain melalui Game Center, kanak-kanak tidak boleh menghantar atau menerima teks yang dimasukkan pengguna. Mereka dihadkan untuk menghantar dan menerima mesej praset. Perbualan suara dalam permainan turut dinyahdayakan untuk kanak-kanak dalam app didayakan Game Center. Walau bagaimanapun, untuk app permainan yang tidak didayakan Game Center atau fungsi di luar Game Center sedang digunakan, kawalan dalam app untuk app tersebut dan dasar app tersebut akan digunakan.
Berkomunikasi dengan Anda
Apple mungkin menggunakan maklumat tentang akaun anda, seperti produk Apple yang anda miliki dan langganan anda kepada perkhidmatan Apple, untuk menghantar komunikasi kepada anda tentang app Permainan dan produk, perkhidmatan, serta tawaran Apple lain yang mungkin menarik minat anda. Apple juga mungkin menggunakan maklumat tentang aktiviti anda dalam app Permainan, App Store, Apple Arcade dan Game Center untuk menghantar komunikasi kepada anda tentang ciri baharu, kandungan, peristiwa dalam app, cabaran, papan juara dan tawaran yang tersedia pada Permainan.
Pemasaran E-mel
Anda mungkin menerima komunikasi ini melalui e‑mel, jika anda bersetuju menerima pemasaran e‑mel. Anda boleh menukar keutamaan e‑mel anda dan menarik diri daripada menerima e‑mel ini dengan pergi ke account.apple.com atau pada peranti iOS, iPadOS atau visionOS anda dengan pergi ke Seting > [nama anda] > Maklumat Peribadi > Keutamaan Komunikasi.Pemberitahuan
Anda juga mungkin menerima komunikasi ini melalui pemberitahuan push, sepanduk atau lencana yang dihantar oleh Game Center. Untuk mengemas kini keutamaan pemberitahuan anda atau menarik diri daripada pemberitahuan pada peranti iOS, iPadOS atau visionOS anda, pergi ke Seting > Pemberitahuan > Game Center. Apple menggunakan maklumat tentang interaksi anda dengan komunikasi kami, termasuk pemberitahuan, untuk meningkatkan perkhidmatan kami.Asas Undang-undang yang Berkenaan untuk Pemprosesan Data Peribadi
Kami memproses data peribadi anda dalam app Apple Games, umumnya untuk pelaksanaan kontrak anda dengan Apple, seperti yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan dan mematuhi kewajipan undang-undang kami. Jika persetujuan ialah asas undang-undang yang bersesuaian, kami mendapatkannya berpandukan undang-undang tempatan yang berkenaan.
Jika dibenarkan undang-undang tempatan yang berkenaan, kami memproses data peribadi mengikut keperluan untuk tujuan kepentingan sah kami atau pihak ketiga untuk:
- Memaparkan kandungan berkaitan, menilai sama ada peranti anda mempunyai ruang mencukupi untuk memuat turun kandungan yang diminta dan memudahkan muat turun automatik kandungan yang dikemas kini
- Memperibadikan pengalaman anda dalam app Permainan
- Meningkatkan dan mengoptimumkan app Permainan dan produk serta perkhidmatan Apple lain yang berkaitan untuk anda dan orang lain
- Menghantar anda tawaran melalui e‑mel, pemberitahuan push, sepanduk dan lencana yang mungkin menarik minat anda
- Menyediakan pelaporan kepada pembangun tentang muat turun dan pembelian dalam app mereka
- Mencegah penipuan dan aktiviti berniat jahat lain
Data yang digunakan termasuk:
- Penggunaan app Permainan oleh anda, seperti muat turun dan pembelian anda, serta pemberitahuan dan mesej Game Center serta pemberitahuan dan mesej dalam app
- Butiran tentang peranti dan akaun anda
- Alamat IP anda
- Skor kepercayaan peranti
Pengekalan
Kami mengekalkan data peribadi yang dikaitkan dengan pembelian dan muat turun anda pada app Permainan dan App Store untuk tempoh yang ditentukan oleh undang-undang berkenaan yang berkaitan dengan pelaporan kewangan yang berbeza-beza mengikut rantau. Untuk kebanyakan pelanggan, ini memerlukan tempoh pengekalan sekurang-kurangnya selama 10 tahun, tetapi di rantau seperti China, tempoh tersebut boleh menjadi 30 tahun. Kami juga mengekalkan rekod pembelian dan muat turun kandungan anda selama sekurang-kurangnya tempoh masa anda mempunyai akaun dengan kami untuk membolehkan anda memuat turun kandungan tersebut, sekali lagi selaras dengan syarat kami yang berkenaan. Kami mengekalkan maklumat lain seperti aktiviti pelayaran dan carian selama tempoh masa yang lebih pendek. Tempoh yang dipilih mengambil kira keperluan undang-undang yang berkenaan untuk mengekalkan data dan kes penggunaan perniagaan tertentu. Walau bagaimanapun, sesetengah maklumat, seperti pembelian tetapi bukan butiran kad anda yang disimpan, mungkin dikekalkan sebagai rekod perniagaan walaupun selepas anda menutup akaun anda atau berhenti menggunakan app Permainan.
Apabila anda menggunakan kad bayaran, Apple mungkin mengekalkan dan mengemas kini nombor kad serta maklumat pengebilan anda secara automatik untuk pembelian masa depan, transaksi berulang atau penggunaan lain yang anda benarkan. Apple mungkin mendapatkan maklumat ini daripada institusi kewangan atau rangkaian bayaran anda dan turut menggunakannya untuk pencegahan penipuan serta pengesahan.
Mencegah Penipuan dan Aktiviti Berniat Jahat Lain
Kami mengumpulkan data peribadi untuk mencegah penipuan dan aktiviti berniat jahat lain dalam app Apple Games, App Store, Apple Arcade, Game Center serta app dan perkhidmatan Apple yang lain. Maklumat ini termasuk maklumat peranti, seperti jenis peranti dan versi perisian, maklumat lokasi (dianggarkan dengan memadankan alamat IP sambungan internet anda dengan rantau geografi, jika tersedia), sejarah muat turun dan pembelian, carian serta interaksi lain dengan perkhidmatan ini.
Apabila anda memulakan pembelian atau apabila langganan disetkan kepada perbaharui auto, Apple mungkin menggunakan maklumat tentang sejarah hubungan perniagaan anda dengan Apple untuk memproses permintaan dan menentukan sama ada untuk menyediakan produk atau perkhidmatan sebelum pengesahan oleh rakan kongsi bayaran.
Kami juga mengira skor kepercayaan peranti pada peranti anda apabila anda cuba membeli menggunakan maklumat tentang cara anda menggunakan peranti anda, termasuk anggaran bilangan panggilan telefon atau e-mel yang anda hantar dan terima. Penghantaran direka bentuk supaya Apple tidak boleh mengetahui nilai mendasar pada peranti anda. Skor disimpan untuk masa yang ditetapkan pada pelayan kami.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang app dan perkhidmatan yang menguasakan app Permainan, termasuk App Store, lawati www.apple.com/legal/privacy/data/ms/app-store. Untuk Apple Arcade, lawati www.apple.com/legal/privacy/data/ms/apple-arcade. Untuk Game Center, lawati www.apple.com/legal/privacy/data/ms/game-center.
Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy.
2025-12-12