Tingkatkan Penghalaan EV & Privasi

Tingkatkan Penghalaan EV direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.


Jika anda memilih untuk mendayakan Tingkatkan Penghalaan EV, Apple mungkin mengumpulkan maklumat berikut:

  • Jika perhentian mengecas bateri ditambah kepada laluan anda
  • Jika bateri anda mati semasa dalam perjalanan pada laluan anda
  • Baki peratusan bateri anda
  • Kapasiti bateri semasa dan kapasiti bateri maksimum kenderaan anda
  • Tempoh masa yang diperlukan untuk kenderaan anda mengecas di perhentian pengecasan bateri tertentu pada laluan anda
  • Baki jarak perjalanan dan jarak maksimum kenderaan anda
  • Data tentang penggunaan tenaga kenderaan anda
  • Maklumat tentang laluan anda, termasuk masa perjalanan yang dijangka ke destinasi anda

Ini membolehkan Apple untuk menilai ketepatan anggaran cas bateri kami dengan lebih baik. Apple mengekalkan data ini hanya dalam bentuk tanpa nama untuk meningkatkan Penghalaan EV dan produk serta perkhidmatan berdasarkan lokasi Apple yang lain. Anda boleh menyahaktifkan Tingkatkan Penghalaan EV pada bila-bila masa dengan pergi ke Seting > App > Peta > Tingkatkan Penghalaan EV.

Tarikh Terbitan: 20 September 2024