-
Selamat datang ke iCloud
-
-
PERJANJIAN UNDANG-UNDANG ANTARA ANDA DAN APPLE INI MENGAWAL PENGGUNAAN PRODUK iCLOUD, PERISIAN, PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN, DAN LAMAN WEB-LAMAN WEB TERSEBUT (SECARA KOLEKTIF DIRUJUK SEBAGAI “PERKHIDMATAN” TERSEBUT) OLEH ANDA. IA ADALAH PENTING BAHAWA ANDA MEMBACA DAN MEMAHAMI TERMA-TERMA BERIKUT. DENGAN PEMILIHAN “SETUJU”, ANDA BERSETUJU BAHAWA TERMA-TERMA INI AKAN TERPAKAI JIKA ANDA MEMILIH UNTUK MENGAKSES ATAU MENGGUNA PERKHIDMATAN TERSEBUT.
Apple adalah pembekal Perkhidmatan tersebut, yang membenarkan anda mengguna perkhidmatan-perkhidmatan Internet tertentu, termasuk penyimpanan kandungan peribadi anda (seperti kenalan-kenalan, kalendar-kalendar, gambar-gambar, nota-nota, peringatan-peringatan, dokumen-dokumen, data aplikasi, dan e-mel iCloud) dan membolehkan kandungan peribadi tersebut diakses pada peranti-peranti dan komputer-komputer anda yang serasi, serta perkhidmatan-perkhidmatan berdasarkan lokasi tertentu, hanya di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam Perjanjian ini. iCloud dibolehkan secara automatik apabila anda menjalankan iOS 9 atau versi terkemudian pada peranti-peranti dan log masuk dengan Apple ID anda semasa persediaan peranti, melainkan jika anda sedang menatarkan peranti tersebut dan sebelum ini telah memilih untuk tidak membolehkan iCloud. Anda boleh melumpuhkan iCloud dalam Tetapan. Apabila iCloud dibolehkan, kandungan anda akan dihantar secara automatik kepada dan disimpan oleh Apple, supaya anda boleh kemudiannya mengakses kandungan tersebut atau menyalurkan kandungan secara wayarles kepada peranti-peranti atau komputer-komputer lain anda yang telah membolehkan iCloud.
I. SYARAT-SYARAT UNTUK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN TERSEBUT
A. Umur. Perkhidmatan tersebut hanya disediakan untuk individu-individu berumur 13 tahun ke atas (atau umur minimum setaraf dalam bidang kuasa yang berkaitan), melainkan anda berumur bawah 13 tahun dan Apple ID anda telah diberikan kepada anda atas suatu permintaan oleh institusi pendidikan yang diluluskan atau diwujudkan sebagai sebahagian daripada ciri Family Sharing oleh ibu bapa atau penjaga anda. Kami tidak secara sengaja mengumpulkan, menggunakan, atau mendedahkan maklumat peribadi kanak-kanak yang berumur bawah 13 tahun, atau umur minimum setaraf dalam bidang kuasa yang berkaitan, tanpa persetujuan ibu bapa yang boleh ditentusahkan. Ibu bapa dan penjaga-penjaga juga harus mengingatkan mana-mana individu bawah umur bahawa perbualan dengan orang yang tidak dikenali di Internet mungkin membahayakan dan harus mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya untuk melindungi kanak-kanak, termasuk memantau penggunaan Perkhidmatan tersebut oleh mereka.
Untuk menggunakan Perkhidmatan tersebut, anda seharusnya bukan seseorang yang terhalang daripada menerima Perkhidmatan tersebut di bawah undang-undang Amerika Syarikat atau bidang kuasa-bidang kuasa lain yang terpakai, termasuk negara di mana anda menetap atau negara di mana anda menggunakan Perkhidmatan tersebut. Dengan menerima Perjanjian ini, anda mewakili bahawa anda memahami dan bersetuju dengan perkara-perkara yang tersebut di atas.
B. Peranti-peranti dan Akaun-akaun. Penggunaan Perkhidmatan tersebut mungkin memerlukan peranti-peranti yang serasi, akses Internet, dan perisian tertentu (yuran-yuran mungkin dikenakan); mungkin memerlukan pengemaskinian berkala; dan mungkin terjejas oleh prestasi faktor-faktor ini. Apple menyimpan hak untuk mengehadkan bilangan Akaun yang boleh diwujudkan dari satu peranti dan bilangan peranti yang boleh dihubungkan dengan sesebuah Akaun. Versi terbaru perisian terperlu mungkin diperlukan untuk transaksi-transaksi atau ciri-ciri tertentu. Anda bersetuju bahawa ia adalah tanggungjawab anda untuk memenuhi keperluan-keperluan ini.
C. Pembatasan-pembatasan Penggunaan. Anda bersetuju untuk mengguna Perkhidmatan tersebut hanya untuk tujuan-tujuan yang dibenarkan oleh Perjanjian ini, dan hanya setakat mana yang dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, atau amalan yang terpakai secara umumnya dalam bidang kuasa yang berkenaan. Akaun anda diperuntukkan muatan storan sebanyak 5GB seperti yang dinyatakan di halaman rencana iCloud. Storan tambahan adalah tersedia untuk pembelian, seperti yang dinyatakan di bawah. Kelampauan sebarang had lebar jalur yang terpakai atau yang munasabah, atau muatan storan (contohnya, sandaran atau ruang akaun e-mel) adalah dilarang dan mungkin menghalang anda daripada membuat sandaran kepada iCloud, menambah dokumen-dokumen, atau menerima e-mel baru yang dihantar ke alamat e-mel iCloud anda. Sekiranya penggunaan Perkhidmatan tersebut oleh anda atau sebarang kelakuan anda, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, mengancam keupayaan Apple untuk menyediakan Perkhidmatan tersebut atau sistem-sistem lain, Apple berhak untuk mengambil segala langkah yang munasabah untuk melindungi Perkhidmatan tersebut dan sistem-sistem Apple, yang mungkin termasuk penggantungan akses anda kepada Perkhidmatan tersebut. Pelanggaran berulang kali pembatasan-pembatasan tersebut boleh mengakibatkan penamatan Akaun anda.
Sekiranya anda merupakan sebuah entiti terlindung (covered entity), rakan perniagaan atau wakil sebuah entiti terlindung atau rakan perniagaan (sepertimana terma-terma tersebut didefinisikan dalam 45 §160.103), Anda setuju bahawa anda tidak akan mengguna sebarang komponen, fungsi atau kemudahan iCloud lain untuk mencipta, menerima, mengekalkan atau menyampaikan sebarang “maklumat kesihatan terlindung” (sepertimana terma sedemikian didefinisikan dalam 45 §160.103) atau menggunakan iCloud dalam sebarang cara yang akan mengakibatkan Apple (atau sebarang Anak Syarikat Apple) menjadi rakan perniagaan Anda atau rakan perniagaan sebarang pihak ketiga.
D. Ketersediaan Perkhidmatan Tersebut. Perkhidmatan tersebut, atau sebarang ciri atau sebahagian daripadanya, mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau semua negara dan Apple tidak membuat sebarang representasi bahawa Perkhidmatan tersebut, atau sebarang ciri atau sebahagian daripadanya, adalah sesuai atau tersedia untuk digunakan di mana-mana lokasi tertentu. Setakat mana anda memilih untuk mengakses dan mengguna Perkhidmatan tersebut, anda berbuat demikian atas inisiatif anda sendiri dan anda bertanggungjawab untuk mematuhi mana-mana undang-undang terpakai.
E. Penukaran Perkhidmatan Tersebut. Apple menyimpan hak untuk pada bila-bila masa mengubahsuai Perjanjian ini dan mengenakan terma-terma atau syarat-syarat baru atau tambahan mengenai penggunaan Perkhidmatan tersebut oleh anda, dengan syarat Apple akan memberi anda notis 30 hari terlebih dahulu mengenai sebarang perubahan buruk yang material kepada Perkhidmatan tersebut atau sebarang terma perkhidmatan yang terpakai, melainkan ia tidak munasabah untuk berbuat demikian atas sebab keadaan-keadaan yang timbul daripada tindakan guaman, kawal selia, atau kerajaan; untuk menangani kepentingan-kepentingan keselamatan pengguna, privasi pengguna, atau keutuhan teknikal; untuk mengelak gangguan-gangguan perkhidmatan kepada pengguna-pengguna lain; atau oleh sebab suatu bencana alam, peristiwa malapetaka, peperangan, atau kejadian serupa lain di luar kawalan munasabah Apple. Berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan storan awan yang berbayaran, Apple tidak akan membuat sebarang perubahan buruk yang material kepada Perkhidmatan tersebut sebelum tempoh semasa yang telah dibayar anda tamat, melainkan sekiranya suatu perubahan adalah semunasabahnya perlu untuk menangani tindakan guaman, kawal selia, atau kerajaan; untuk menangani kepentingan-kepentingan keselamatan pengguna, privasi pengguna, atau keutuhan teknikal; untuk mengelak gangguan-gangguan perkhidmatan kepada pengguna-pengguna lain; atau oleh sebab suatu bencana alam, suatu peristiwa malapetaka, peperangan, atau kejadian serupa lain di luar kawalan munasabah Apple. Dalam keadaan Apple membuat perubahan buruk yang material kepada Perkhidmatan tersebut atau terma-terma penggunaan, anda berhak untuk menamatkan Perjanjian ini dan akaun anda, dan dalam kes sebegitu Apple akan membayar balik sebarang pra-pembayaran secara pro rata untuk tempoh semasa yang telah dibayar pada masa itu oleh anda. Apple tidak akan bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang pengubahsuaian kepada Perkhidmatan tersebut atau terma-terma perkhidmatan yang telah dibuat menurut Seksyen IE ini.
II. CIRI-CIRI DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN
A. Penggunaan Perkhidmatan-perkhidmatan Berdasarkan Lokasi
Apple dan rakan-rakan kongsinya dan pemberi-pemberi lesennya mungkin membekalkan ciri-ciri atau perkhidmatan-perkhidmatan tertentu yang bergantung kepada maklumat lokasi berdasarkan peranti yang menggunakan GPS (atau teknologi yang serupa, jika ada), dan titik capaian Wi-Fi (Wi-Fi hotspot) yang disumbangkan khalayak (crowd-sourced) dan lokasi-lokasi menara sel. Untuk menyediakan ciri-ciri atau perkhidmatan-perkhidmatan sedemikian, jika ada, Apple dan rakan-rakan kongsinya dan pemberi-pemberi lesennya perlu mengumpul, mengguna, menyampai, memproses dan mengekal data lokasi anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada lokasi geografi peranti anda dan maklumat berkenaan dengan akaun iCloud anda (“Akaun”) dan mana-mana peranti terdaftar di bawahnya, termasuk tetapi tidak terhad kepada Apple ID anda, ID dan nama peranti anda, dan jenis peranti anda.
Anda boleh menarik balik kebenaran kepada pengumpulan, penggunaan, penyampaian, pemprosesan, dan pengekalan data lokasi dan Akaun oleh Apple dan rakan-rakan kongsinya dan pemberi-pemberi lesennya pada bila-bila masa dengan menghentikan penggunaan ciri-ciri berdasarkan lokasi tersebut dan mematikan Find My (termasuk aplikasi pendahulu Find My iPhone dan Find My Friends, secara kolektif dirujuk sebagai “Find My”), atau Perkhidmatan Lokasi dalam Tetapan (jika terpakai) pada peranti anda. Apabila menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan pihak ketiga yang menggunakan atau menyediakan data lokasi sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan tersebut, anda tertakluk kepada dan seharusnya merujuk semula terma-terma dan dasar privasi pihak ketiga tersebut berkenaan dengan penggunaan data lokasi oleh perkhidmatan-perkhidmatan pihak ketiga sedemikian. Sebarang data lokasi yang disediakan oleh Perkhidmatan tersebut tidak bertujuan untuk digunapakai dalam situasi-situasi di mana maklumat lokasi tepat adalah diperlukan atau apabila data lokasi yang salah, tidak tepat, kelewatan masa atau tidak lengkap mungkin menyebabkan maut, kecederaan diri, kerosakan harta atau alam sekitar. Apple akan menggunakan kemahiran munasabah dan memberikan kecermatan wajar semasa menyediakan Perkhidmatan tersebut, tetapi Apple atau mana-mana pembekal perkhidmatannya dan/atau pembekal kandungannya tidak menjamin ketersediaan, ketepatan, kelengkapan, kebolehpercayaan, atau kekinian data lokasi atau sebarang data lain yang dipaparkan oleh Perkhidmatan tersebut. PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN BERDASARKAN LOKASI TIDAK BERTUJUAN ATAU BERSESUAIAN UNTUK DIGUNAKAN SEBAGAI SISTEM PELOKASI KECEMASAN.
B. Find My
Apabila anda membolehkan Perkhidmatan iCloud dan Lokasi pada peranti yang menjalankan iOS 13, iPad OS atau macOS Catalina atau versi terkemudian, Find My (Find My iPhone untuk peranti yang menjalankan iOS 8 hingga iOS 12) akan dibolehkan secara automatik pada peranti itu dan sebarang alat tambahan Apple yang telah disambungkan kepada ia. Sebaik dibolehkan, peranti anda akan berpaut secara automatik kepada Apple ID anda dan kata laluan Apple ID anda akan diperlukan sebelum sesiapa (termasuk anda) boleh mematikan Find My, mendaftar keluar daripada iCloud, memadamkan atau mengaktifkan peranti tersebut. Apple dan ejen-ejen berkuasanya mungkin tidak melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan sokongan perkakasan atau perisian, termasuk perkhidmatan-perkhidmatan di bawah waranti terhad Apple, melainkan anda melumpuhkan Find My sebelum perkhidmatan. Apple tidak bertanggungjawab untuk kegagalan anda untuk melindungi peranti iOS anda dengan suatu kod laluan, membolehkan Mod Hilang (Lost Mode), dan/atau menerima atau membalas notis-notis dan komunikasi-komunikasi. Apple juga tidak bertanggungjawab untuk memulangkan peranti iOS anda kepada anda atau untuk sebarang kehilangan data pada peranti iOS anda.
Pencarian Luar Talian (Offline Finding) adalah ciri disumbangkan khalayak yang boleh membantu anda dan orang lain mencari peranti yang hilang apabila peranti tersebut tidak disambungkan ke internet. Jika Pencarian Luar Talian dibolehkan pada peranti, ia dapat mengesan kehadiran peranti luar talian yang berhampiran melalui Bluetooth (atau teknologi yang serupa). Jika peranti mengesan peranti luar talian yang hilang, ia akan menggunakan sambungan Wi-Fi atau selular untuk melaporkan lokasi anggaran peranti tersebut secara selamat kembali ke Apple ID yang dikaitkan dengan peranti supaya pemilik dapat melihat lokasinya dalam aplikasi Find My. Pelaporan lokasi adalah disulitkan dari hujung ke hujung, dan Apple tidak dapat melihat lokasi peranti pelapor atau mana-mana peranti luar talian. Anda boleh melumpuhkan Pencarian Luar Talian dalam Tetapan.
C. Sandaran
iCloud Backup secara berkala mewujudkan sandaran-sandaran automatik untuk peranti-peranti iOS, apabila peranti tersebut dikunci skrinnya, disambung kepada suatu punca kuasa, dan disambung ke Internet melalui suatu rangkaian Wi-Fi. Sekiranya mana-mana peranti tidak disandarkan ke iCloud untuk suatu tempoh seratus lapan puluh (180) hari, Apple menyimpan hak untuk memadamkan mana-mana sandaran yang berkaitan dengan peranti tersebut. Sandaran mungkin termasuk tetapan peranti, ciri-ciri peranti, gambar-gambar dan video-video, dokumen-dokumen, mesej-mesej anda, nada dering-nada dering, data aplikasi Kesihatan dan data aplikasi lain. Untuk maklumat lanjut, sila menuju ke https://support.apple.com/en-my/HT207428. Kandungan berikut tidak termasuk dalam sandaran iCloud anda: kandungan yang dibeli daripada iTunes Store, App Store, atau Apple Books, media yang disegerakkan dari komputer anda, dan perpustakaan gambar anda sekiranya anda membolehkan iCloud Photos, Apple akan menggunakan kemahiran munasabah dan memberikan kecermatan wajar semasa menyediakan Perkhidmatan tersebut, tetapi, SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI, APPLE TIDAK MEMBERI JAMINAN ATAU WARANTI BAHAWA SEBARANG KANDUNGAN YANG ANDA MUNGKIN SIMPAN ATAU AKSES MELALUI PERKHIDMATAN TERSEBUT TIDAK AKAN MENGALAMI KERUGIAN, KEROSAKAN, KEHILANGAN ATAU PENYINGKIRAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN MENURUT TERMA-TERMA PERJANJIAN INI, DAN APPLE TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA BERLAKU KERUGIAN, KEROSAKAN KEHILANGAN, ATAU PENYINGKIRAN SEDEMIKIAN. Ia adalah tanggungjawab anda untuk mengekalkan sandaran alternatif sewajarnya untuk maklumat dan data anda.
D. Gambar-gambar
1. iCloud Photos. Apabila anda membolehkan iCloud Photos, gambar-gambar, video-video, metadata dan sebarang penyuntingan yang dibuat oleh anda dalam Aplikasi Photos pada peranti iOS, komputer macOS, atau Windows PC anda akan secara automatik, dimuat naik dan disimpan dalam iCloud, dan kemudian ditolak (pushed) kepada peranti-peranti dan komputer-komputer lain anda yang membolehkan iCloud Photos. Resolusi gambar dan video mungkin berbeza bergantung kepada tetapan peranti anda dan ruang storan yang tersedia ada. Anda boleh memuat turun gambar-gambar dan video-video resolusi penuh pada bila-bila masa.
2. Shared Albums. Apabila anda menggunakan Shared Albums, Apple menyimpan sebarang gambar dan video yang anda mengongsi sehingga anda memadamkannya. Anda boleh mengakses gambar-gambar dan video-video yang anda telah kongsi daripada mana-mana peranti Apple anda yang telah membolehkan Shared Albums. Sesiapa yang anda menjemput untuk mengongsi album-album boleh melihat, menyimpan, menyalin, dan mengongsi gambar-gambar dan video-video tersebut, serta menyumbangkan gambar-gambar dan video-video, dan komen-komen. Sekiranya anda memilih untuk mengguna Shared Albums untuk mengongsi gambar-gambar melalui suatu pautan web, gambar-gambar ini akan tersedia ada secara awam kepada sesiapa yang telah diberi atau mempunyai akses kepada pautan web tersebut. Sekiranya anda ingin menghentikan perkongsian mana-mana gambar, video, atau komen tersendiri, atau keseluruhan Shared Albums, anda boleh memadamkannya pada bila-bila masa. Namun demikian, sebarang kandungan yang telah disalin daripada suatu Shared Albums kepada peranti atau komputer lain tidak akan dipadamkan.
3. My Photo Stream. Apabila anda menggunakan My Photo Stream, Apple menyimpan gambar-gambar yang diambil pada peranti iOS anda atau yang dimuat naik daripada komputer anda untuk suatu tempoh masa yang terhad dan secara automatik menolak (push) gambar-gambar tersebut kepada peranti-peranti Apple anda lain yang membolehkan My Photo Stream. Suatu bilangan gambar terhad boleh disimpan dalam iCloud atau pada peranti-peranti anda pada bila-bila satu masa dan gambar-gambar yang lebih lama akan dihapuskan secara automatik daripada My Photo Stream dari semasa ke semasa. Untuk menyimpan gambar-gambar ini secara kekal, anda mesti menyimpan mereka dalam gulung kamera (camera roll) pada peranti iOS anda atau dalam perpustakaan gambar pada komputer anda.
E. Family Sharing. Dengan Family Sharing, anda boleh mengongsi kandungan yang telah dibeli tertentu seperti pembelian-pembelian Store dan langganan-langganan Apple dengan ahli-ahli keluarga anda. Anda juga boleh mengongsi kandungan tertentu seperti gambar-gambar, kalendar-kalendar, lokasi dan maklumat masa skrin bergantung kepada apa yang ahli keluarga anda memilih untuk berkongsi. Untuk maklumat lanjut mengenai perkongsian pembelian-pembelian kandungan anda, sila lihat Terma-terma dan Syarat-syarat Apple Media Service di https://www.apple.com/legal/internet-services/itunes/ww/. Untuk maklumat lanjut mengenai perkongsian kandungan, penggunaan peranti dan maklumat lokasi dengan ahli-ahli keluarga, sila rujuk https://www.apple.com/my/family-sharing/
F. File Sharing. Apabila anda menggunakan iCloud File Sharing, Apple menyimpan sebarang fail yang anda mengongsi sehingga anda memadamkannya. Anda boleh mengakses fail-fail yang telah dikongsi oleh anda dari mana-mana peranti Apple anda yang telah membolehkan iCloud Drive. Anda boleh memberi akses kepada orang-orang untuk melihat, menyimpan, menyalin, atau menyunting fail-fail ini. Anda mempunyai pilihan untuk memberi orang hak untuk menyunting fail-fail tersebut atau hanya untuk melihat sahaja. Sekiranya anda menggunakan iCloud File Sharing untuk mengongsi fail-fail melalui suatu pautan web, fail-fail ini akan tersedia ada secara awam kepada sesiapa yang telah diberi atau mempunyai akses kepada pautan web tersebut. Anda boleh menghentikan perkongsian fail-fail pada bila-bila masa. Sekiranya anda menghentikan perkongsian, fail-fail akan dipadamkan daripada iCloud Drive pada peranti-peranti semua orang. Namun demikian, sebarang fail yang telah disalin kepada peranti atau komputer lain tidak akan dipadamkan.
G. Mail Drop. Sekiranya anda telah log masuk ke iCloud dan anda menggunakan aplikasi macOS Mail atau iCloud Mail pada laman web untuk menghantar e-mel-e-mel yang mempunyai lampiran-lampiran bersaiz besar, anda akan mempunyai pilihan untuk menggunakan Mail Drop. Dengan Mail Drop, lampiran-lampiran bersaiz besar anda akan disimpan secara sementara dalam pelayan-pelayan iCloud untuk memudahkan penghantaran mereka. Apple akan menghantar sama ada suatu pautan atau suatu pra-tonton lampiran tersebut kepada penerima-penerima, bergantung kepada aplikasi pelanggan e-mel penerima-penerima anda. Simpanan sementara lampiran-lampiran e-mel bersaiz besar tidak akan dikira dalam kuota storan iCloud anda. Untuk maklumat lanjut mengenai Mail Drop, sila menuju ke https://support.apple.com/en-my/HT203093.
H. Aplikasi Pihak Ketiga. Sekiranya anda log masuk ke Aplikasi pihak ketiga tertentu dengan menggunakan butiran kelayakan iCloud anda, anda bersetuju untuk membenarkan Aplikasi tersebut menyimpan data dalam akaun iCloud peribadi anda dan untuk Apple mengumpul, menyimpan dan memproses data sedemikian bagi Pembangun Aplikasi pihak ketiga yang berkaitan berhubungan dengan penggunaan Perkhidmatan dan Aplikasi sedemikian oleh anda. Data yang disimpan oleh Aplikasi dalam akaun iCloud peribadi anda akan dikira terhadap had penyimpanan anda. Data sedemikian mungkin dikongsi dengan Aplikasi lain yang anda memuat turun daripada Pembangun Aplikasi yang sama.
I. Akaun web-sahaja iCloud. Sekiranya anda telah mendaftar untuk Perkhidmatan tersebut dengan suatu akaun web-sahaja pada sebuah peranti atau komputer yang bukan berjenama Apple, anda hanya akan mempunyai akses kepada suatu set kefungsian Perkhidmatan yang terhad. Anda akan menerima 1GB storan percuma dan anda tidak boleh meningkatkan amaun ini dengan suatu akaun web-sahaja. Sebagai syarat untuk mengakses Perkhidmatan tersebut dengan akaun web-sahaja, anda bersetuju kepada semua terma dan syarat yang berkaitan yang terkandung dalam Perjanjian ini, termasuk, tanpa had, semua keperluan untuk penggunaan Perkhidmatan tersebut, pembatasan penggunaan, ketersediaan, beta umum, penolakan tuntutan waranti, peraturan berkenaan kandungan dan kelakuan anda, dan penamatan. Terma-terma yang terkandung dalam Perjanjian ini yang berkenaan dengan ciri-ciri yang tidak tersedia ada untuk pengguna-pengguna web-sahaja tidak akan terpakai kepada anda. Ini termasuk, sebagai contoh, penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan berdasarkan lokasi dan pembayaran yuran untuk peningkatan storan iCloud. Anda bersetuju selanjutnya bahawa sekiranya anda mengakses akaun web-sahaja anda kemudiannya daripada suatu peranti atau komputer berjenama Apple, sama ada anda memiliki peranti atau komputer sedemikian, Apple mungkin meningkatkan akaun web-sahaja anda secara automatik kepada akaun iCloud sepenuhnya dan menyediakan semua kefungsian Perkhidmatan yang tersedia ada kepada anda, termasuk muatan storan tambahan percuma. Sekiranya anda memilih untuk mengakses akaun web-sahaja anda daripada suatu peranti atau komputer berjenama Apple dan anda kemudiannya ditingkatkan dengan kefungsian penuh Perkhidmatan tersebut, anda bersetuju bahawa semua terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini akan terpakai kepada penggunaan Perkhidmatan tersebut oleh anda. Sekiranya anda tidak ingin memiliki akaun iCloud yang penuh, jangan log masuk kepada akaun web-sahaja anda daripada suatu peranti atau komputer berjenama Apple.
J. Pengesahan Dua Faktor (Two-Factor Authentication) dan Panggilan / Teks Autodail. Sekiranya anda memilih untuk membolehkan pengesahan dua faktor untuk Apple ID anda, anda bersetuju untuk (a) menyediakan Apple dengan sekurang-kurangnya satu nombor telefon; dan (b) menerima panggilan auto-dail atau panggilan pra-rakam dan mesej-mesej teks daripada Apple pada mana-mana nombor telefon yang diberikan. Kami mungkin membuat panggilan-panggilan atau menghantar teks-teks sedemikian untuk (i) membantu memastikan Akaun anda selamat apabila mendaftar masuk; (ii) membantu anda mengakses Akaun anda apabila anda terlupa kata laluan anda; atau (iii) selainnya seperti yang diperlukan bagi menawarkan perkhidmatan kepada Akaun anda atau menguatkuasakan Perjanjian ini, dasar-dasar kami, undang-undang terpakai, atau sebarang perjanjian lain yang kami mungkin mempunyai dengan anda.
III. LANGGANAN PENINGKATAN STORAN
Storan tambahan adalah tersedia untuk pembelian atas dasar langganan.
A. Bayaran
Dengan meningkatkan ruang storan pada peranti atau komputer anda, Apple akan secara automatik mengenakan caj atas dasar berulang yuran ruang storan tersebut untuk pelan storan yang anda memilih, termasuk sebarang cukai yang berkenaan, ke atas kaedah pembayaran yang telah dikaitkan dengan Apple ID anda (contohnya, kaedah pembayaran yang anda gunakan untuk membuat pembelian di iTunes Store, App Store, atau Apple Books, jika ada) atau kaedah pembayaran yang dikaitkan dengan akaun Keluarga anda. Untuk maklumat mengenai pelan-pelan storan dan harga, sila layari https://support.apple.com/en-my/HT201238. Sekiranya anda adalah seorang pengelola Keluarga, anda bersetuju untuk Apple mengenakan caj ke atas kaedah pembayaran anda atas dasar berulang untuk ahli Keluarga anda yang meningkatkan ruang storan mereka. Apple juga mungkin mendapatkan kelulusan awal untuk satu jumlah yang tidak melebihi jumlah urus niaga tersebut dan menghubungi anda secara berkala melalui e-mel kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan Apple ID anda untuk peringatan-peringatan bil dan komunikasi-komunikasi yang berkaitan dengan ruang storan akaun lain.
Anda boleh mengubahkan langganan anda dengan meningkatkan atau menurunkan ruang storan anda di bawah bahagian iCloud dalam Tetapan pada peranti anda, atau di bawah anak tetingkap iCloud di Pilihan Sistem pada Mac anda atau iCloud untuk Windows pada PC anda.
Yuran ruang storan yang berkenaan untuk suatu pelan storan yang ditingkatkan akan berkuatkuasa dengan serta-merta; penurunan terhadap pelan ruang storan anda akan berkuatkuasa pada tarikh bil tahunan atau bulanan berikutnya. ANDA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBUAT BAYARAN TEPAT PADA MASANYA UNTUK SEMUA YURAN DAN UNTUK MENYEDIAKAN APPLE DENGAN KAD KREDIT ATAU BUTIRAN AKAUN PEMBAYARAN YANG SAH UNTUK PEMBAYARAN SEMUA YURAN. Sekiranya Apple tidak berjaya mengenakan caj ke atas kad kredit atau akaun pembayaran anda untuk yuran yang perlu dibayar, Apple menyimpan hak untuk membatalkan atau menyekat akses kepada Kandungan yang disimpan oleh anda, memadamkan Kandungan yang disimpan oleh anda, atau menamatkan Akaun anda. Sekiranya anda ingin menetapkan suatu kad kredit atau akaun pembayaran yang berbeza atau jika terdapat sebarang perubahan berkenaan dengan kad kredit atau status akaun bayaran anda, anda mesti mengubah maklumat anda dalam talian di bahagian Maklumat Akaun dalam iCloud; ini mungkin mengganggu akses anda kepada Perkhidmatan tersebut buat sementara waktu sementara Apple mengesahkan maklumat pembayaran baru anda. Kami mungkin menghubungi anda melalui e-mel berkenaan dengan akaun anda, untuk sebab-sebab termasuk, tanpa had, pencapaian atau pelampauan had ruang storan anda.
Sekiranya anda berada di Brazil, walaupun apa-apa yang terkandung di sini menyatakan selainnya:
Untuk sebarang caj yang dibuat oleh Apple kepada anda, Apple boleh menggunakan sebuah syarikat gabungan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pengumpulan dan pengiriman wang untuk mengenakan apa-apa jumlah yang terhutang oleh anda berkaitan dengan akaun iCloud anda. Selanjutnya, jumlah harga yang perlu dibayar oleh anda akan termasuk harga peningkatan tersebut serta sebarang yuran kad kredit yang terpakai. Anda bertanggungjawab untuk sebarang cukai yang terpakai kepada anda kecuali untuk sebarang cukai penangguhan (withholding tax) yang terpakai yang akan dikumpulkan oleh syarikat gabungan Apple. Anda mesti memberi semua maklumat akaun yang diperlukan oleh Apple untuk membolehkan transaksi-transaksi sedemikian. Anda mengaku dan bersetuju bahawa sekiranya anda tidak memberi semua maklumat akaun yang diperlukan, Apple mempunyai hak untuk menamatkan akaun anda.
B. Hak untuk Menarik Balik Kebenaran
Sekiranya anda memilih untuk membatalkan langganan anda berikutan pembelian awalnya atau, sekiranya anda di bawah suatu pelan bayaran tahunan, berikutan permulaan mana-mana tempoh pembaharuan, anda boleh berbuat demikian dengan memaklumkan Apple dengan pernyataan yang jelas (lihat butiran-butiran alamat berkenaan di bahagian “Umum” di bawah) dalam tempoh 14 hari dari tarikh anda menerima pengesahan e-mel anda dengan menghubungi Sokongan Pelanggan. Anda tidak perlu memberikan sebab bagi pembatalan.
Untuk memenuhi tarikh akhir pembatalan, anda mesti menghantar komunikasi pembatalan anda sebelum tamat tempoh 14 hari tersebut.
Pelanggan-pelanggan di Kesatuan Eropah dan Norway juga mempunyai hak untuk memaklumkan kami dengan menggunakan model borang pembatalan di bawah:
Kepada: Apple Distribution International Ltd., Hollyhill Industrial Estate, Hollyhill, Cork, Republic of Ireland:
Dengan ini saya memberi notis bahawa saya menarik balik kontrak saya untuk yang berikut:
[AMAUN DAN TEMPOH LANGGANAN, contohnya, PENATARAN LANGGANAN STORAN BULANAN iCLOUD 200 GB]
Dipesan pada [MASUKKAN TARIKH]
Nama pengguna
Alamat pengguna
Tarikh
Akibat-akibat pembatalan
Kami akan mengurangkan storan anda kembali ke 5GB dan membayar balik kepada anda tidak lewat daripada 14 hari dari hari yang kami menerima notis pembatalan anda. Sekiranya anda telah mengguna lebih daripada 5GB storan dalam tempoh ini, anda mungkin tidak dapat membuat apa-apa lagi sandaran iCloud atau menggunakan ciri-ciri tertentu sehingga anda mengurangkan storan anda. Kami akan menggunakan cara bayaran yang sama yang anda telah gunakan untuk transaksi tersebut, dan anda tidak akan menanggung sebarang bayaran untuk pembayaran balik sedemikian.
IV. Penggunaan Perkhidmatan oleh Anda
A. Akaun Anda
Sebagai seorang pengguna berdaftar Perkhidmatan tersebut, anda mesti menubuhkan sebuah Akaun. Jangan dedahkan maklumat Akaun anda kepada orang lain. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga kerahsiaan dan keselamatan akaun anda dan untuk semua aktiviti yang berlaku dalam atau melalui Akaun anda, dan anda bersetuju untuk memaklumkan Apple dengan serta-merta sekiranya berlaku sebarang pelanggaran keselamatan kepada Akaun anda. Anda seterusnya mengaku dan bersetuju bahawa Perkhidmatan tersebut direka dan bertujuan untuk penggunaan peribadi secara individu dan anda tidak harus mengongsi Akaun anda dan/atau butiran-butiran kata laluan anda dengan individu lain. Dengan syarat kami telah menggunakan kemahiran munasabah dan memberikan kecermatan wajar, Apple tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan tanpa izin Akaun anda sebagai akibat ketidakpatuhan anda dengan peraturan-peraturan ini.
Untuk menggunakan Perkhidmatan tersebut, anda mesti memasukkan Apple ID dan kata laluan anda untuk mengesahkan Akaun anda. Anda bersetuju untuk memberikan maklumat yang tepat dan lengkap apabila anda mendaftar untuk, dan apabila anda menggunakan, Perkhidmatan tersebut (“Data Pendaftaran Perkhidmatan”), dan anda bersetuju untuk mengemaskinikan Data Pendaftaran Perkhidmatan anda untuk memastikan data tersebut tepat dan lengkap. Kegagalan untuk menyediakan Data Pendaftaran Perkhidmatan yang tepat, terkini dan lengkap boleh menyebabkan penggantungan dan/atau penamatan Akaun anda. Anda bersetuju bahawa Apple boleh menyimpan dan menggunakan Data Pendaftaran Perkhidmatan yang anda berikan untuk digunakan dalam penyelenggaraan dan urusan bil-bil yuran ke Akaun anda.
B. Penggunaan Produk dan Perkhidmatan Apple Lain
Komponen-komponen atau ciri-ciri tertentu Perkhidmatan tersebut yang disediakan oleh Apple dan/atau pemberi-pemberi lesennya, termasuk tetapi tidak terhad kepada keupayaan untuk memuat turun pembelian-pembelian terdahulu dan iTunes Match dan/atau iCloud Music Library (yuran tambahan akan dikenakan), memerlukan perisian atau perjanjian-perjanjian lesen atau terma-terma penggunaan lain yang berasingan. Anda mesti membaca, menerima, dan bersetuju untuk terikat oleh sebarang perjanjian berasingan sedemikian sebagai suatu syarat untuk menggunakan komponen-komponen atau ciri-ciri tertentu Perkhidmatan tersebut.
C. Tiada Pemberian
Tidak ada apa-apa dalam Perjanjian ini yang boleh ditafsirkan sebagai suatu pemberian sebarang kepentingan, hak milik, atau lesen kepada anda mengenai mana-mana Apple ID, alamat e-mel, nama domain, iChat ID, atau mana-mana sumber serupa yang digunakan oleh anda sehubungan dengan Perkhidmatan tersebut.
D. Tiada Hak Keberterusan
Melainkan jika dikehendaki oleh undang-undang, Anda bersetuju bahawa Akaun anda tidak boleh dipindah milik dan bahawa sebarang hak ke atas Apple ID anda atau Kandungan dalam Akaun anda akan tamat sebaik sahaja anda meninggal dunia. Sebaik sahaja sesalinan sijil kematian diterima, Akaun anda boleh ditamatkan dan semua Kandungan dalam Akaun anda akan dipadamkan. Sila hubungi Sokongan iCloud di https://support.apple.com/icloud untuk bantuan lanjutan.
E. Tiada Jualan Semula Perkhidmatan
Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menghasilkan semula, menyalin, membuat salinan, menjual, menjual semula, menyewa atau memperdagangkan Perkhidmatan tersebut (atau mana-mana bahagian daripadanya) untuk sebarang tujuan.
V. Kandungan dan Kelakuan Anda
A. Kandungan
“Kandungan” bererti sebarang maklumat yang mungkin dijanakan atau ditemui melalui penggunaan Perkhidmatan tersebut, seperti fail-fail data, ciri-ciri peranti, teks bertulis, perisian, muzik, grafik-grafik, gambar-gambar, imej-imej, bunyi-bunyian, video-video, mesej-mesej dan sebarang bahan lain yang serupa. Anda memahami bahawa semua Kandungan, sama ada disiarkan secara awam atau disampaikan secara peribadi dengan Perkhidmatan tersebut adalah tanggungjawab sepenuhnya orang yang mewujudkan Kandungan sedemikian. Ini bermakna bahawa anda, dan bukan Apple, bertanggungjawab sepenuhnya untuk sebarang Kandungan yang anda memuat naik, memuat turun, mengepos, mengirim e-mel, menyampai, menyimpan atau selainnya menyediakan melalui penggunaan Perkhidmatan tersebut oleh anda. Anda memahami bahawa dengan menggunakan Perkhidmatan tersebut, anda mungkin berhadapan dengan Kandungan yang anda mungkin dianggap menjelikkan, tidak senonoh atau tidak menyenangkan, dan bahawa anda mungkin mendedahkan orang lain kepada Kandungan yang mereka mungkin dianggap tidak menyenangkan. Apple tidak mengawal Kandungan yang disiarkan melalui Perkhidmatan tersebut, dan juga tidak menjamin ketepatan, keutuhan atau kualiti Kandungan sedemikian. Anda memahami dan bersetuju bahawa penggunaan Perkhidmatan tersebut dan sebarang Kandungan oleh anda adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
B. Kelakuan Anda
Anda bersetuju bahawa anda TIDAK akan menggunakan Perkhidmatan tersebut untuk:
a. memuat naik, memuat turun, mengeposkan, mengirim e-mel, menyampai, menyimpan atau selainnya menyediakan sebarang Kandungan yang menyalahi undang-undang, mengganggu, mengugut, memudaratkan, bersifat tort, memfitnah, mengandungi libel, mencaci, ganas, lucah, kesat, mengganggu privasi orang lain, mengutuk, menyinggung mana-mana kaum atau etnik, atau selainnya tidak menyenangkan;
b. menghendap, mengganggu, mengugut atau memudaratkan orang lain;
c. sekiranya anda adalah seorang dewasa, meminta maklumat peribadi atau maklumat lain daripada seseorang individu bawah umur (mana-mana individu bawah umur 18 tahun atau umur lain sedemikian yang undang-undang tempatan takrifkan sebagai individu bawah umur) yang anda tidak kenali secara peribadi, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: nama penuh atau nama keluarga, alamat rumah, kod zip / poskod, nombor telefon, gambar, atau nama-nama sekolah, rumah ibadat, kumpulan sukan atau rakan-rakan individu bawah umur tersebut;
d. menyamar sebagai individu, atau sebarang entiti lain, yang bukan diri anda yang sebenar — anda tidak dibenarkan untuk menyamar atau memberikan representasi yang salah mengenai diri anda sebagai orang lain (termasuk orang yang terkenal), entiti, pengguna iCloud lain, pekerja Apple, ataupun pemimpin kerajaan atau sivik, atau selainnya memberikan representasi yang salah mengenai hubungan anda dengan mana-mana individu atau entiti (Apple menyimpan hak untuk menolak atau menghalang sebarang Apple ID atau alamat e-mel yang boleh dianggap sebagai samaran atau memberikan representasi yang salah tentang identiti anda, atau penyalahgunaan nama atau identiti orang lain);
e. terlibat dalam sebarang pelanggaran hak cipta atau lain-lain pelanggaran harta intelek (termasuk memuat naik mana-mana kandungan yang anda tidak mempunyai hak untuk memuat naikkan), atau mendedahkan sebarang rahsia perniagaan atau maklumat sulit yang melanggar mana-mana perjanjian kerahsiaan, pekerjaan, atau ketakdedahan;
f. mengepos, menghantar, menyampai atau selainnya menyediakan sebarang mesej e-mel, iklan, bahan promosi, e-mel remeh, spam atau surat berangkai, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pengiklanan komersial pukal dan pengumuman bermaklumat;
g. memalsukan sebarang pengepala bingkisan (packet header) TCP-IP atau mana-mana bahagian maklumat pengepala tersebut dalam sebarang e-mel atau penyiaran kumpulan berita, atau selainnya meletakkan maklumat dalam suatu pengepala yang direka untuk memperdaya penerima-penerimanya tentang asal sebarang kandungan yang disampai melalui Perkhidmatan tersebut (“perdayaan” (spoofing));
h. memuat naik, mengepos, mengirim e-mel, menyampai, menyimpan atau selainnya menyediakan sebarang bahan yang mengandungi virus-virus atau sebarang kod komputer, fail, atau program lain yang direka untuk merosakkan, mengganggu atau mengehadkan operasi biasa Perkhidmatan tersebut (atau mana-mana bahagian daripadanya), atau sebarang perisian atau perkakasan komputer lain;
i. mengganggu atau menggendalakan Perkhidmatan tersebut (termasuk mengakses Perkhidmatan tersebut melalui mana-mana cara automatik, seperti skrip atau perangkak-perangkak web), atau mana-mana pelayan atau rangkaian yang dihubungkan kepada Perkhidmatan tersebut, atau sebarang dasar, keperluan atau peraturan rangkaian-rangkaian yang dihubungkan kepada Perkhidmatan tersebut (termasuk sebarang akses kepada, penggunaan atau pengawasan data atau trafik padanya yang tidak dibenarkan);
j. merancang atau terlibat dalam sebarang aktiviti haram; dan/atau
k. mengumpul dan menyimpan maklumat peribadi mana-mana pengguna Perkhidmatan tersebut lain untuk tujuan sebarang aktiviti yang dilarangkan di atas.
C. Penyingkiran Kandungan
Anda mengaku bahawa Apple tidak bertanggungjawab dalam sebarang cara untuk sebarang Kandungan yang disediakan oleh orang lain dan tidak mempunyai sebarang kewajipan atau tanggungjawab untuk melakukan saringan Kandungan sedemikian. Namun begitu, Apple menyimpan hak pada setiap masa untuk menentukan sama ada Kandungan adalah bersesuaian dan mematuhi Perjanjian ini, dan boleh melakukan saringan, mengalih, menolak, mengubah dan/atau menyingkirkan Kandungan pada bila-bila masa, tanpa sebarang notis terdahulu dan dalam budi bicara tunggalnya, jika Kandungan sedemikian didapati melanggar Perjanjian ini atau adalah selainnya tidak menyenangkan.
D. Sandarkan Kandungan Anda
Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk membuat salinan sandaran, pada komputer atau peranti lain anda sendiri, sebarang dokumen penting, imej atau Kandungan lain yang anda simpan atau akses melalui Perkhidmatan tersebut. Apple akan mengguna kemahiran yang munasabah dan memberikan kecermatan dengan wajar semasa menyediakan Perkhidmatan tersebut, tetapi Apple tidak menjamin atau memberi waranti bahawa sebarang Kandungan yang boleh disimpan atau diakses oleh anda melalui Perkhidmatan tersebut tidak akan mengalami kegagalan, kerosakan atau kehilangan yang tidak sengaja.
E. Akses kepada Akaun Anda dan Kandungan
Apple menyimpan hak untuk mengambil langkah-langkah yang Apple percaya adalah semunasabahnya perlu atau wajar untuk menguatkuasakan dan/atau mengesahkan pematuhan dengan mana-mana bahagian Perjanjian ini. Anda mengaku dan bersetuju bahawa Apple berhak, tanpa liabiliti kepada anda, untuk mengakses, mengguna, memelihara dan/atau mendedah maklumat Akaun dan Kandungan anda kepada pihak-pihak penguatkuasa undang-undang, pegawai-pegawai kerajaan, dan/atau seseorang pihak ketiga, yang Apple percaya adalah semunasabahnya perlu atau wajar, jika diperlukan di bawah undang-undang untuk berbuat demikian atau jika Apple percaya secara suci hati (good faith) bahawa akses, penggunaan, pendedahan atau pemeliharaan sedemikian adalah semunasabahnya perlu untuk: (a) mematuhi proses undang-undang atau permintaan; (b) menguatkuasakan Perjanjian ini, termasuk penyiasatan sebarang kemungkinan pelanggarannya; (c) mengesan, menghalang atau selainnya menangani isu-isu keselamatan, penipuan, atau teknikal; atau (d) melindungi hak-hak, harta atau keselamatan Apple, pengguna-penggunanya, pihak ketiga, atau orang awam seperti yang diperlukan atau dibenarkan di bawah undang-undang.
F. Notis Hak Cipta – DMCA
Sekiranya anda percaya bahawa sebarang Kandungan yang anda menuntut hak ciptanya telah dilanggar oleh sesiapa yang menggunakan Perkhidmatan tersebut, sila hubungi Ejen Hak Cipta Apple seperti yang dinyatakan dalam Dasar Hak Cipta kami di https://www.apple.com/legal/trademark/claimsofcopyright.html. Apple mungkin, dalam budi bicara tunggalnya, menggantung dan/atau menamatkan Akaun-Akaun pengguna-pengguna yang didapati adalah pelanggar-pelanggar berulang.
G. Pelanggaran Perjanjian ini
Sekiranya semasa anda menggunakan Perkhidmatan tersebut, anda menemui Kandungan yang anda dapati tidak bersesuaian, atau selainnya anda percaya Kandungan tersebut melanggar Perjanjian ini, anda boleh melaporkannya dengan menghantar satu e-mel kepada abuse@iCloud.com.
H. Kandungan yang Diserahkan atau Disediakan oleh Anda dengan Menggunakan Perkhidmatan Tersebut
1. Lesen daripada Anda. Melainkan daripada bahan yang kami mungkin memberikan lesennya kepada anda, Apple tidak menuntut hak milik dalam bahan-bahan dan/atau Kandungan yang anda menyerahkan atau menyediakan dengan Perkhidmatan tersebut. Namun begitu, dengan menyerahkan atau menyiarkan Kandungan sedemikian di kawasan-kawasan Perkhidmatan yang boleh diakses oleh orang awam atau pengguna-pengguna lain yang anda telah memberikan kebenaran untuk mengongsi Kandungan sedemikian, anda memberi Apple suatu lesen sedunia, tanpa pembayaran royalti (royalty-free) dan tidak eksklusif untuk mengguna, mengedar, mengeluarkan semula, mengubahsuai, menyesuaikan, menerbit, menterjemah, mempersembahkan secara awam dan mempamerkan secara awam Kandungan sedemikian pada Perkhidmatan tersebut hanya untuk tujuan penyerahan atau penyediaan Kandungan sedemikian, tanpa sebarang pampasan kepada atau kewajipan terhadap anda. Anda bersetuju bahawa sebarang Kandungan yang telah diserah atau disiarkan oleh anda adalah tanggungjawab anda sepenuhnya, tidak akan melanggar atau mencabuli hak-hak sebarang pihak lain atau melanggar sebarang undang-undang, menyumbang kepada atau menggalakkan pelanggaran atau selainnya adalah perbuatan yang melanggar undang-undang, atau selainnya adalah menjelikkan, tidak menyenangkan atau yang menyinggung perasaan. Dengan menyerahkan atau menyiarkan Kandungan sedemikian di kawasan-kawasan Perkhidmatan tersebut yang boleh diakses oleh orang awam atau pengguna-pengguna lain, anda memberi representasi bahawa anda adalah pemilik bahan sedemikian dan/atau mempunyai kesemua hak, lesen, dan kebenaran yang diperlukan untuk mengedarkannya.
2. Perubahan kepada Kandungan. Anda memahami bahawa untuk menyediakan Perkhidmatan tersebut dan membuat Kandungan anda tersedia ada padanya, Apple mungkin menyampai Kandungan anda merentasi pelbagai rangkaian awam, dalam pelbagai media, dan mengubahsuai atau menukar Kandungan anda untuk mematuhi keperluan-keperluan teknikal rangkaian-rangkaian atau peranti-peranti atau komputer-komputer yang disambungkan. Anda bersetuju bahawa lesen dalam ini membenarkan Apple untuk melakukan tindakan-tindakan sedemikian.
3. Maklumat Cap Dagang. Apple, logo Apple, iCloud, logo iCloud dan cap dagang-cap dagang, cap perkhidmatan-cap perkhidmatan, grafik-grafik, dan logo-logo Apple lain yang digunakan berhubungan dengan Perkhidmatan tersebut adalah cap dagang-cap dagang atau cap dagang-cap dagang berdaftar Apple Inc. di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain. Satu senarai cap dagang-cap dagang kepunyaan Apple boleh dirujuk di sini - https://www.apple.com/legal/trademark/appletmlist.html. Cap dagang-cap dagang, cap perkhidmatan-cap perkhidmatan, grafik-grafik, dan logo-logo lain yang digunakan berhubungan dengan Perkhidmatan tersebut mungkin dimiliki oleh cap dagang pemilik masing-masing. Anda tidak diberikan sebarang hak atau lesen kepada mana-mana cap dagang yang disebutkan sebelum ini, dan bersetuju selanjutnya bahawa anda tidak akan menyingkirkan, mengaburkan, atau mengubahsuaikan sebarang notis proprietari (termasuk notis-notis cap dagang dan hak cipta) yang mungkin terdapat pada atau terkandung dalam Perkhidmatan tersebut.
VI. Perisian
A. Hak-Hak Proprietari Apple. Anda mengaku dan bersetuju bahawa Apple dan/atau pemberi-pemberi lesennya memiliki kesemua hak undang-undang, hak milik dan kepentingan dalam dan kepada Perkhidmatan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada grafik-grafik, antara muka pengguna, skrip-skrip serta perisian yang digunakan untuk melaksanakan Perkhidmatan tersebut, dan sebarang perisian yang disediakan untuk anda sebagai sebahagian daripada dan/atau berhubungan dengan Perkhidmatan tersebut (“Perisian” tersebut), termasuk sebarang dan kesemua hak harta intelek yang wujud dalamnya, sama ada didaftar atau tidak, dan di mana-mana sahaja di dunia ini ianya mungkin wujud. Anda bersetuju selanjutnya bahawa Perkhidmatan tersebut (termasuk Perisian tersebut, atau mana-mana bahagian daripadanya) mengandungi maklumat proprietari dan rahsia yang dilindungi oleh undang-undang harta intelek yang terpakai dan undang-undang lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan maklumat atau bahan-bahan proprietari sedemikian dalam sebarang cara melainkan untuk penggunaan Perkhidmatan tersebut yang mematuhi Perjanjian ini. Tidak ada mana-mana bahagian daripada Perkhidmatan tersebut yang boleh dikeluarkan semula dalam sebarang bentuk atau dengan menggunakan sebarang cara, melainkan seperti yang dibenarkan secara nyata dalam terma-terma ini.
B. Lesen daripada Apple. PENGGUNAAN PERISIAN TERSEBUT ATAU MANA-MANA BAHAGIAN PERKHIDMATAN TERSEBUT, SELAIN DARIPADA PENGGUNAAN PERKHIDMATAN TERSEBUT SEBAGAIMANA YANG DIBENARKAN DALAM PERJANJIAN INI, ADALAH DILARANG SAMA SEKALI DAN MELANGGAR HAK-HAK HARTA INTELEK PIHAK LAIN DAN MUNGKIN MENYEBABKAN ANDA DIKENAKAN DENGAN PENALTI-PENALTI SIVIL DAN JENAYAH, TERMASUK KEMUNGKINAN BAYARAN GANTI RUGI KEWANGAN, BAGI PELANGGARAN HAK CIPTA.
C. Beta Awam. Dari semasa ke semasa, Apple mungkin memilih untuk menawarkan ciri-ciri Perkhidmatan tersebut yang baru dan/atau yang dikemaskinikan (“Ciri Beta” tersebut) sebagai sebahagian daripada Program Beta Awam (“Program” tersebut) untuk tujuan menyediakan Apple dengan maklum balas mengenai kualiti dan kebolehgunaan Ciri Beta tersebut. Anda memahami dan bersetuju bahawa penyertaan anda dalam Program tersebut adalah secara sukarela dan tidak mewujudkan suatu perkongsian di sisi undang-undang, agensi, atau hubungan pekerjaan di antara anda dan Apple, dan bahawa Apple tidak diwajibkan untuk menyediakan untuk anda sebarang Ciri Beta tersebut. Apple mungkin menyediakan Ciri Beta sedemikian kepada peserta-peserta Program melalui pendaftaran dalam talian atau pendaftaran melalui Perkhidmatan tersebut. Anda memahami dan bersetuju bahawa Apple boleh mengumpul dan menggunakan maklumat daripada Akaun, peranti-peranti dan peralatan-peralatan persisian anda untuk mendaftarkan anda dalam suatu Program dan/atau menentukan kelayakan anda untuk menyertainya. Anda memahami bahawa sebaik sahaja anda mendaftar dalam mana-mana Program anda mungkin tidak dapat kembali kepada versi bukan-beta terdahulu untuk mana-mana suatu Ciri Beta yang ditentukan. Sekiranya pengembalian sedemikian adalah berkemungkinan, anda mungkin tidak dapat memindahkan data yang diwujudkan dalam Ciri Beta kepada versi bukan-beta terdahulu. Penggunaan Ciri Beta tersebut oleh anda dan penyertaan anda dalam Program tersebut adalah dikawal oleh Perjanjian ini dan sebarang terma lesen tambahan yang mungkin mengiringi Ciri Beta tersebut secara berasingan. Ciri Beta tersebut adalah disediakan atas dasar “SEPERTI DIDAPATI” dan “SEPERTI TERSEDIA” dan mungkin mengandungi kesilapan dan ketidaktepatan yang boleh menyebabkan kegagalan, kerosakan atau kehilangan data dan/atau maklumat daripada peranti dan daripada peralatan-peralatan persisian anda (termasuk, tanpa had, pelayan-pelayan dan komputer-komputer) yang tersambung kepadanya. Apple sesungguhnya menggalakkan anda untuk membuat salinan sandaran untuk kesemua data dan maklumat dalam peranti dan sebarang peralatan persisian anda sebelum menyertai sebarang Program. Anda mengaku dan bersetuju secara nyata bahawa semua penggunaan Ciri Beta tersebut adalah atas risiko anda sendiri. ANDA MENANGGUNG SEMUA RISIKO DAN SEMUA KOS BERKAITAN DENGAN PENYERTAAN ANDA DALAM SEBARANG PROGRAM, TERMASUK, TANPA HAD, SEBARANG BAYARAN YURAN UNTUK AKSES INTERNET, PERBELANJAAN UNTUK PEMBUATAN SALINAN SANDARAN, KOS YANG DITANGGUNG UNTUK PENGGUNAAN PERANTI DAN PERALATAN-PERALATAN PERSISIAN ANDA, DAN SEBARANG KEROSAKAN KEPADA SEBARANG PERALATAN, PERISIAN, MAKLUMAT ATAU DATA. Apple mungkin atau mungkin tidak menyediakan untuk anda sokongan teknikal dan/atau sokongan lain untuk Ciri Beta tersebut. Sekiranya sokongan adalah disediakan, sokongan tersebut adalah sebagai tambahan kepada liputan sokongan biasa anda untuk Perkhidmatan tersebut dan hanya boleh didapati melalui Program tersebut. Anda bersetuju untuk mematuhi mana-mana peraturan sokongan atau dasar-dasar yang Apple menyediakan kepada anda untuk menerima sokongan sedemikian. Apple menyimpan hak untuk mengubahsuai terma-terma, syarat-syarat atau dasar-dasar Program tersebut (termasuk pemberhentian Program tersebut) pada bila-bila masa sama ada dengan notis atau tanpa notis, dan boleh membatalkan penyertaan anda dalam Program tersebut pada bila-bila masa. Anda mengaku bahawa Apple tidak mempunyai kewajipan untuk menyediakan suatu versi komersial Ciri Beta tersebut, dan bahawa sekiranya versi komersial sedemikian adalah disediakan, versi komersial tersebut mungkin mempunyai ciri-ciri atau kefungsian yang berbeza daripada yang terkandung dalam Ciri Beta tersebut. Sebagai sebahagian daripada Program tersebut, Apple akan memberikan anda peluang untuk menyerahkan komen-komen, cadangan-cadangan, atau maklum balas lain yang berkaitan dengan penggunaan Ciri Beta oleh anda. Anda bersetuju bahawa sekiranya tidak terdapat sebarang perjanjian bertulis berasingan yang mengatakan sebaliknya, Apple adalah bebas untuk menggunakan sebarang maklum balas yang diberikan oleh anda untuk sebarang tujuan.
D. Kawalan Eksport. Penggunaan Perkhidmatan dan Perisian tersebut, termasuk pemindahan, penyiaran, atau pemuatan naik data, perisian atau Kandungan lain melalui Perkhidmatan tersebut, mungkin tertakluk kepada undang-undang eksport dan import Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Anda bersetuju untuk mematuhi kesemua undang-undang dan peraturan-peraturan eksport dan import yang terpakai. Khususnya, tetapi tanpa had, Perisian tersebut tidak boleh dieksport atau dieksport semula (a) kepada mana-mana negara yang dilarang untuk berdagang dengan Amerika Syarikat atau (b) kepada sesiapa yang tersenarai dalam Senarai Warganegara Ditentukan Khas (Specially Designated Nationals) Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat atau Senarai Orang Terhalang atau Entiti Terlarang (Denied Person’s List or Entity List) Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat. Dengan menggunakan Perisian atau Perkhidmatan tersebut, anda mewakili dan menjamin bahawa anda tidak berada di dalam mana-mana negara sedemikian atau dalam mana-mana senarai sebegitu. Anda juga bersetuju bahawa anda tidak akan mengguna Perisian atau Perkhidmatan tersebut untuk sebarang tujuan yang dilarang oleh undang-undang Amerika Syarikat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pembangunan, perekaan, penghasilan atau pengeluaran senjata-senjata peluru berpandu, nuklear, kimia, atau biologi. Anda bersetuju selanjutnya untuk tidak memuat naik ke Akaun anda sebarang data atau perisian yang (a) tertakluk kepada Peraturan Pengedaran Senjata Antarabangsa (International Traffic in Arms Regulations); atau (b) tidak boleh dieksport tanpa kebenaran bertulis kerajaan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perisian penyulitan dan kod sumber tertentu, tanpa mendapatkan kebenaran sebegitu terlebih dahulu. Jaminan dan komitmen ini akan berterus selepas penamatan Perjanjian ini.
E. Kemas Kini. Dari semasa ke semasa, Apple mungkin akan mengemaskinikan Perisian yang digunakan oleh Perkhidmatan tersebut. Supaya anda boleh meneruskan penggunaan Perkhidmatan tersebut, pengemaskinian sedemikian mungkin akan dimuat turunkan dan dipasangkan secara automatik pada peranti atau komputer anda. Pengemaskinian sedemikian mungkin termasuk pembetulan pepijat (bug fixes), penambahan atau perbaikan ciri, atau versi-versi Perisian tersebut yang sepenuhnya baru.
VII. Penamatan
A. Penamatan Sukarela oleh Anda
Anda boleh memadamkan Apple ID anda dan/atau berhenti mengguna Perkhidmatan tersebut pada bila-bila masa. Sekiranya anda ingin berhenti menggunakan iCloud pada peranti anda, anda boleh melumpuhkan iCloud pada mana-mana peranti dengan membuka Tetapan pada peranti anda, memilih iCloud, dan memilih “Log Keluar”. Untuk menamatkan Akaun anda dan memadamkan Apple ID anda, sila hubungi Sokongan Apple di https://support.apple.com/contact. Sekiranya anda menamatkan Akaun anda dan memadamkan Apple ID anda, anda tidak akan mempunyai akses kepada produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Apple atau pihak ketiga lain yang anda sediakan dengan menggunakan Apple ID tersebut. Tindakan ini mungkin tidak boleh diterbalikkan. Sebarang yuran yang telah dibayar oleh anda sebelum penamatan anda tidak akan dibayar balik (melainkan seperti yang telah dibenarkan selainnya secara nyata oleh Perjanjian ini), termasuk sebarang yuran yang telah dibayar terdahulu untuk tahun pengebilan semasa anda tamatkannya. Penamatan Akaun anda tidak akan melepaskan anda daripada tanggungjawab untuk membayar sebarang yuran atau caj terakru.
B. Penamatan oleh Apple
Apple boleh pada bila-bila masa, dalam keadaan tertentu dan tanpa sebarang notis terlebih dahulu, dengan serta-merta menamatkan atau menggantungkan kesemua atau sebahagian Akaun anda dan/atau akses anda kepada Perkhidmatan tersebut. Sebab untuk penamatan sedemikian akan termasuk: (a) pelanggaran-pelanggaran Perjanjian ini atau sebarang dasar atau garis panduan lain yang dirujuk di sini dan/atau disiarkan dalam Perkhidmatan tersebut; (b) suatu permohonan daripada anda untuk membatalkan atau menamatkan Akaun anda; (c) suatu permohonan dan/atau perintah daripada penguatkuasa undang-undang, badan kehakiman, atau agensi kerajaan lain; (d) sekiranya peruntukan Perkhidmatan tersebut kepada anda adalah, atau akan, menyalahi undang-undang; (e) isu-isu atau masalah-masalah teknikal atau keselamatan yang tidak dijangka; (f) penglibatan anda dalam aktiviti-aktiviti yang bersifat penipuan atau menyalahi undang-undang; atau (g) kegagalan untuk membayar sebarang yuran yang dihutang oleh anda berhubungan dengan Perkhidmatan tersebut, dengan syarat bahawa dalam kes di mana terdapat pelanggaran tidak material, Apple dibenarkan untuk menamatkan Perkhidmatan hanya selepas memberi notis 30 hari kepada anda dan hanya sekiranya anda tidak membetulkan pelanggaran tersebut dalam tempoh 30 hari tersebut. Sebarang penamatan atau penggantungan sedemikian akan dibuat oleh Apple dalam budi bicara tunggalnya dan Apple tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga untuk sebarang kerugian yang mungkin diakibatkan atau timbul daripada penamatan atau penggantungan sedemikian Akaun anda dan/atau akses anda kepada Perkhidmatan tersebut. Selanjutnya, Apple boleh menamatkan Akaun anda sebaik sahaja notis 30 hari terlebih dahulu diberikan melalui e-mel kepada alamat yang dikaitkan dengan Akaun anda jika (a) Akaun anda tidak aktif untuk satu (1) tahun; atau (b) terdapat pemberhentian umum Perkhidmatan tersebut atau mana-mana bahagian daripadanya. Notis mengenai pemberhentian perkhidmatan secara umumnya akan diberikan seperti yang dinyatakan di sini, melainkan ianya tidak munasabah untuk berbuat demikian oleh sebab keadaan yang timbul daripada tindakan guaman, kawal selia, atau kerajaan; untuk menangani kepentingan-kepentingan keselamatan pengguna, privasi pengguna, atau keutuhan teknikal; untuk mengelak gangguan-gangguan perkhidmatan kepada pengguna-pengguna lain; atau oleh sebab suatu bencana alam, suatu peristiwa malapetaka, peperangan, atau kejadian serupa lain di luar kawalan munasabah Apple. Sekiranya berlaku penamatan sedemikian, Apple akan membayar balik sebarang pra-pembayaran secara pro rata untuk tempoh semasa anda yang telah dibayar pada masa itu. Apple tidak akan bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang pengubahsuaian kepada Perkhidmatan tersebut atau terma-terma perkhidmatan yang telah dibuat menurut Seksyen VIIB ini.
C. Akibat-Akibat Penamatan
Sebaik sahaja Akaun anda ditamatkan, anda mungkin akan hilang semua akses kepada Perkhidmatan tersebut dan mana-mana bahagian daripadanya, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Akaun, Apple ID, akaun e-mel, dan Kandungan anda. Selanjutnya, selepas suatu tempoh masa, Apple akan memadamkan maklumat dan data yang disimpan dalam atau sebagai sebahagian daripada akaun(-akaun) anda. Sebarang komponen kendiri Perkhidmatan tersebut yang mungkin pernah digunakan oleh anda yang tertakluk kepada perjanjian-perjanjian lesen perisian yang berasingan juga akan ditamatkan mengikut perjanjian-perjanjian lesen tersebut.
VIII. Pautan-Pautan dan Bahan-Bahan Pihak Ketiga yang Lain
Sesetengah Kandungan, komponen atau ciri Perkhidmatan tersebut mungkin termasuk bahan-bahan daripada pihak-pihak ketiga dan/atau hiperpautan-hiperpautan ke laman web-laman web, sumber-sumber atau Kandungan lain. Oleh sebab Apple mungkin tidak ada kawalan ke atas laman web-laman web pihak ketiga dan/atau bahan-bahan sedemikian, anda mengaku dan bersetuju bahawa Apple tidak bertanggungjawab untuk ketersediaan laman-laman atau sumber-sumber sedemikian, dan tidak menyokong atau menjamin ketepatan laman-laman atau sumber-sumber sedemikian, dan tidak akan dalam sebarang cara bertanggungjawab untuk sebarang Kandungan, pengiklanan, produk atau bahan dalam atau yang tersedia di laman-laman atau sumber-sumber sedemikian. Anda mengaku selanjutnya dan bersetuju bahawa Apple tidak akan bertanggungjawab dalam sebarang cara untuk sebarang kerugian yang anda menanggung atau mengatakan telah ditanggung, sama ada secara langsung atau tidak langsung, sebagai akibat penggunaan anda dan/atau pergantungan anda terhadap sebarang Kandungan, pengiklanan, produk atau bahan dalam atau yang tersedia di laman-laman atau sumber-sumber sedemikian.
IX. PENOLAKAN TUNTUTAN WARANTI-WARANTI; PEMBATASAN LIABILITI
SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN SESETENGAH WARANTI, OLEH ITU, SETAKAT PENGECUALIAN-PENGECUALIAN SEDEMIKIAN ADALAH DILARANG SECARA NYATA OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI, SESETENGAH PENGECUALIAN YANG DINYATAKAN DI BAWAH MUNGKIN TIDAK TERPAKAI KEPADA ANDA.
APPLE AKAN MENGGUNA KEMAHIRAN MUNASABAH DAN MEMBERIKAN KECERMATAN WAJAR SEMASA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN TERSEBUT. PENOLAKAN-PENOLAKAN YANG BERIKUT ADALAH TERTAKLUK KEPADA WARANTI NYATA INI.
APPLE TIDAK MEMBERI JAMINAN, REPRESENTASI, ATAU WARANTI BAHAWA PENGGUNAAN PERKHIDMATAN TERSEBUT OLEH ANDA TIDAK AKAN DIGANGGU ATAU BEBAS DARIPADA RALAT, DAN ANDA BERSETUJU BAHAWA DARI SEMASA KE SEMASA APPLE MUNGKIN AKAN MENGHENTIKAN PERKHIDMATAN TERSEBUT UNTUK TEMPOH-TEMPOH MASA YANG TIDAK DITENTUKAN, ATAU MEMBATALKAN PERKHIDMATAN TERSEBUT SELARAS DENGAN TERMA-TERMA PERJANJIAN INI.
ANDA MEMAHAMI DAN BERSETUJU SECARA NYATA BAHAWA PERKHIDMATAN TERSEBUT ADALAH DISEDIAKAN ATAS DASAR “SEPERTI DIDAPATI” DAN “SEPERTI TERSEDIA”. APPLE DAN ANGGOTA-ANGGOTA GABUNGAN, ANAK SYARIKAT-ANAK SYARIKAT, PEGAWAI-PEGAWAI, PENGARAH-PENGARAH, PEKERJA-PEKERJA, EJEN-EJEN, PEKONGSI-PEKONGSI DAN PEMBERI-PEMBERI LESENNYA SECARA NYATA MENOLAK DAN MENAFIKAN SEMUA WARANTI DALAM APA JUA BENTUK, SAMA ADA SECARA NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA WARANTI-WARANTI TERSIRAT BERKENAAN KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK SEBARANG TUJUAN TERTENTU, DAN KETIDAKPELANGGARAN. TERUTAMANYA, APPLE DAN ANGGOTA-ANGGOTA GABUNGAN, ANAK SYARIKAT-ANAK SYARIKAT, PEGAWAI-PEGAWAI, PENGARAH-PENGARAH, PEKERJA-PEKERJA, EJEN-EJEN, PEKONGSI-PEKONGSI DAN PEMBERI-PEMBERI LESENNYA TIDAK MEMBERI SEBARANG WARANTI BAHAWA (I) PERKHIDMATAN TERSEBUT AKAN MEMENUHI KEPERLUAN-KEPERLUAN ANDA; (II) PENGGUNAAN PERKHIDMATAN TERSEBUT OLEH ANDA AKAN TEPAT PADA MASANYA, TANPA GANGGUAN, SELAMAT ATAU BEBAS DARIPADA RALAT; (III) SEBARANG MAKLUMAT YANG DIPEROLEH OLEH ANDA SEBAGAI AKIBAT PERKHIDMATAN TERSEBUT ADALAH TEPAT ATAU BOLEH DIGANTUNG KEPADA; DAN (IV) SEBARANG KEROSAKAN ATAU RALAT DALAM PERISIAN YANG DISEDIAKAN UNTUK ANDA SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PERKHIDMATAN TERSEBUT AKAN DIPERBETULKAN.
APPLE TIDAK MEWAKILI ATAU MENJAMIN BAHAWA PERKHIDMATAN TERSEBUT AKAN BEBAS DARIPADA KERUGIAN, KEROSAKAN, SERANGAN, VIRUS-VIRUS, GANGGUAN, PENGGODAMAN, ATAU PENCEROBOHAN KESELAMATAN LAIN, DAN APPLE MENOLAK DAN MENAFIKAN SEBARANG LIABILITI YANG BERKAITAN DENGANNYA.
SEBARANG BAHAN YANG DIMUAT TURUN ATAU SELAINNYA DIPEROLEH MELALUI PENGGUNAAN PERKHIDMATAN TERSEBUT ADALAH DIAKSES MENURUT BUDI BICARA DAN RISIKO ANDA SENDIRI, DAN ANDA AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA UNTUK SEBARANG KEROSAKAN KEPADA PERANTI ANDA, KEROSAKAN KEPADA KOMPUTER ANDA, ATAU KEHILANGAN DATA ANDA YANG DIAKIBATKAN OLEH PEMUATAN TURUN SEBARANG BAHAN SEDEMIKIAN. ANDA MENGAKU SELANJUTNYA BAHAWA PERKHIDMATAN TERSEBUT TIDAK DINIATKAN ATAU BERSESUAIAN UNTUK DIGUNAKAN DALAM SITUASI-SITUASI ATAU PERSEKITARAN-PERSEKITARAN DI MANA KEGAGALAN ATAU KELEWATAN MASA, ATAU KESILAPAN ATAU KETIDAKTEPATAN DALAM, KANDUNGAN, DATA ATAU MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN OLEH PERKHIDMATAN TERSEBUT BOLEH MENYEBABKAN MAUT, KECEDERAAN DIRI, ATAU KEROSAKAN FIZIKAL ATAU ALAM SEKITAR YANG TERUK.
PEMBATASAN LIABILITI
SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PEMBATASAN LIABILITI OLEH PEMBEKAL-PEMBEKAL PERKHIDMATAN. SETAKAT MANA PENGECUALIAN-PENGECUALIAN ATAU PEMBATASAN-PEMBATASAN SEDEMIKIAN ADALAH DILARANG SECARA KHUSUSNYA DI BAWAH UNDANG-UNDANG TERPAKAI, SESETENGAH PENGECUALIAN DAN PEMBATASAN YANG DINYATAKAN DI BAWAH MUNGKIN TIDAK TERPAKAI KEPADA ANDA.
APPLE AKAN MENGGUNA KEMAHIRAN MUNASABAH DAN MEMBERIKAN KECERMATAN WAJAR SEMASA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN TERSEBUT. PEMBATASAN-PEMBATASAN BERIKUT TIDAK TERPAKAI BERKENAAN DENGAN KERUGIAN YANG DISEBABKAN OLEH (A) KEGAGALAN APPLE UNTUK MENGGUNA KEMAHIRAN MUNASABAH DAN MEMBERI KECERMATAN WAJAR; (B) KECUAIAN YANG MELAMPAU, SALAH LAKU SENGAJA ATAU PENIPUAN OLEH APPLE; ATAU (C) MAUT ATAU KECEDERAAN DIRI.
ANDA MEMAHAMI DAN BERSETUJU SECARA NYATA BAHAWA APPLE DAN ANGGOTA-ANGGOTA GABUNGAN, ANAK SYARIKAT-ANAK SYARIKAT, PEGAWAI-PEGAWAI, PENGARAH-PENGARAH, PEKERJA-PEKERJA, EJEN-EJEN, PEKONGSI-PEKONGSI DAN PEMBERI-PEMBERI LESEN APPLE TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA UNTUK SEBARANG GANTI RUGI LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, KHAS, BERBANGKIT ATAU TELADAN, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, GANTI RUGI UNTUK KEHILANGAN KEUNTUNGAN, NAMA BAIK (GOODWILL), PENGGUNAAN, DATA, KOS MEMPEROLEH BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN GANTIAN, ATAU KERUGIAN LAIN YANG TIDAK KETARA (WALAUPUN JIKA APPLE TELAH DINASIHATKAN AKAN KEMUNGKINAN KERUGIAN TERSEBUT), YANG DIAKIBATKAN OLEH: (I) PENGGUNAAN ATAU KETIDAKBOLEHGUNAAN PERKHIDMATAN TERSEBUT (II) SEBARANG PERUBAHAN YANG DIBUAT KEPADA PERKHIDMATAN TERSEBUT ATAU SEBARANG PEMBERHENTIAN PERKHIDMATAN TERSEBUT ATAU SEBAHAGIAN DARIPADANYA SAMA ADA SECARA SEMENTARA ATAU KEKAL; (III) AKSES TANPA KEBENARAN ATAU PERUBAHAN KEPADA PENGHANTARAN-PENGHANTARAN ATAU DATA ANDA; (IV) PENGHAPUSAN, KEROSAKAN ATAU KEGAGALAN UNTUK MENYIMPAN DAN/ATAU MENGHANTAR ATAU MENERIMA PENYAMPAIAN-PENYAMPAIAN ATAU DATA ANDA DALAM ATAU MELALUI PERKHIDMATAN TERSEBUT; (V) PERNYATAAN-PERNYATAAN ATAU KELAKUAN MANA-MANA PIHAK KETIGA DALAM PERKHIDMATAN TERSEBUT; DAN (IV) APA-APA PERKARA LAIN BERKENAAN DENGAN PERKHIDMATAN TERSEBUT.
PENANGGUNGAN GANTI RUGI
Anda bersetuju untuk membela, menanggung kerugian dan memegang lepas (hold harmless) Apple, serta anggota-anggota gabungan, anak syarikat-anak syarikat, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja, ejen-ejen, pekongsi-pekongsi, kontraktor-kontraktor, dan pemberi-pemberi lesen Apple daripada sebarang tuntutan atau dakwaan, termasuk bayaran guaman yang munasabah, yang dibuat oleh pihak ketiga, yang berkaitan dengan atau timbul daripada: (a) sebarang Kandungan yang anda menyerahkan, menyiarkan, menghantarkan, atau selainnya menyediakan melalui Perkhidmatan tersebut; (b) penggunaan Perkhidmatan tersebut oleh anda; (c) sebarang pelanggaran Perjanjian ini oleh anda; (d) sebarang tindakan yang diambil oleh Apple sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap pelanggaran Perjanjian ini yang disyaki atau sebagai akibat dapatannya atau keputusannya bahawa telah berlakunya suatu pelanggaran Perjanjian ini; atau (e) pelanggaran sebarang hak orang lain oleh anda. Ini bermaksud bahawa anda tidak boleh mendakwa Apple, serta anggota-anggota gabungan, anak syarikat-anak syarikat, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja, ejen-ejen, pekongsi-pekongsi, kontraktor-kontraktor, dan pemberi-pemberi lesen Apple akibat keputusannya untuk menyingkirkan atau keengganannya untuk memproses sebarang maklumat atau Kandungan, untuk memberi anda amaran, untuk menggantungkan atau menamatkan akses anda kepada Perkhidmatan tersebut, atau untuk mengambil sebarang tindakan lain semasa siasatan pelanggaran yang disyaki atau sebagai akibat kesimpulan Apple bahawa telah berlakunya suatu pelanggaran Perjanjian ini. Peruntukan penepian dan tanggung rugi ini terpakai kepada semua pelanggaran yang diterangkan dalam atau dipertimbangkan oleh Perjanjian ini. Kewajipan ini akan berterusan selepas penamatan atau tamat tempoh Perjanjian ini dan/atau penggunaan Perkhidmatan tersebut oleh anda. Anda mengaku bahawa anda bertanggungjawab untuk segala penggunaan Perkhidmatan tersebut dengan menggunakan Akaun anda, dan bahawa Perjanjian ini terpakai terhadap sebarang dan semua penggunaan Akaun anda. Anda bersetuju untuk mematuhi Perjanjian ini dan untuk membela, menanggung kerugian dan memegang lepas Apple daripada dan terhadap sebarang dan semua tuntutan dan dakwaan yang timbul daripada penggunaan Akaun anda, sama ada penggunaan tersebut dibenarkan secara nyata oleh anda atau tidak.
X. AM
A. Notis-Notis
Apple mungkin akan memberi notis-notis kepada anda berkenaan dengan Perkhidmatan tersebut, termasuk perubahan-perubahan kepada Perjanjian ini, melalui e-mel kepada alamat e-mel iCloud anda (dan/atau alamat e-mel alternatif yang telah dikaitkan dengan Akaun anda, jika diberikan), iMessage atau SMS, melalui surat biasa, atau melalui siaran-siaran pada laman web kami dan/atau Perkhidmatan tersebut.
Jika anda bertempat di India, menurut “Peraturan (Garis Panduan untuk Pengantara) Teknologi Maklumat, 2021”, sila rujuk rungutan/aduan anda kepada pegawai aduan yang berikut:
Untuk hal-hal yang berkaitan di bawah "Garis Panduan Pengantara”
Priyesh Poovanna
Grievanceofficer_in_icloud@apple.com
Nota Penting:
Harap maklum bahawa hanya rungutan yang berkaitan dengan Peraturan (Garis Panduan Pengantara) Teknologi Maklumat, 2021, berkaitan iCloud akan dihantar melalui alamat e-mel di atas.
B. Undang-Undang yang Mengawal
Melainkan setakat mana yang diperuntukkan dalam perenggan berikut, Perjanjian ini dan hubungan antara anda dan Apple akan dikawal oleh undang-undang Negeri California, tidak termasuk peruntukan-peruntukan konflik undang-undangnya. Anda dan Apple bersetuju untuk menyerah kepada bidang kuasa peribadi dan eksklusif mahkamah-mahkamah yang terletak di dalam wilayah Santa Clara, California, untuk menyelesaikan sebarang pertikaian atau tuntutan yang timbul daripada Perjanjian ini. Sekiranya (a) anda bukan seorang warganegara Amerika Syarikat; (b) anda tidak menetap di Amerika Syarikat; (c) anda tidak mengakses Perkhidmatan tersebut dari Amerika Syarikat; dan (d) anda adalah warganegara salah sebuah negara yang dikenal pasti di bawah, anda dengan ini bersetuju bahawa sebarang pertikaian atau tuntutan yang timbul daripada Perjanjian ini akan dikawal oleh undang-undang terpakai yang dinyatakan di bawah, tanpa mengambil kira sebarang peruntukan konflik undang-undang, dan anda dengan ini menyerah dengan semuktamadnya, iaitu penyerahan tersebut tidak boleh dibatalkan, kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah-mahkamah di negeri, daerah atau negara yang telah dikenal pasti di bawah di mana undang-undangnya mengawal:
Sekiranya anda adalah seorang warganegara mana-mana negara Kesatuan Eropah atau Switzerland, Norway atau Iceland, undang-undang dan forum yang mengawal adalah undang-undang dan mahkamah-mahkamah di tempat menetap biasa anda.
Jika anda seorang warganegara Jepun, undang-undang adalah undang-undang Jepun dan forum adalah Tokyo, Jepun.
Secara khususnya pemakaian undang-undang yang dikenali sebagai Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkenaan Jualan Barangan Antarabangsa (United Nations Convention on the International Sale of Goods) adalah dikecualikan daripada Perjanjian ini.
C. Keseluruhan Perjanjian
Perjanjian ini merupakan keseluruhan perjanjian antara anda dengan Apple, mengawal penggunaan Perkhidmatan tersebut oleh anda, dan sepenuhnya menggantikan sebarang perjanjian sebelum ini antara anda dan Apple berhubungan dengan Perkhidmatan tersebut. Anda juga mungkin akan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat tambahan yang mungkin terpakai apabila anda menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan gabungan, kandungan pihak ketiga, atau perisian pihak ketiga. Sekiranya mana-mana bahagian Perjanjian ini didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, bahagian tersebut akan ditafsirkan dengan cara yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai bagi menjelaskan, sehampir yang mungkin, niat-niat asal setiap pihak, dan bahagian-bahagian yang selainnya akan tetap berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya. Kegagalan Apple untuk mengguna atau menguatkuasa mana-mana hak atau peruntukan dalam Perjanjian ini tidak akan mewujudkan apa-apa penepian hak atau peruntukan sedemikian. Anda bersetuju bahawa, melainkan sepertimana yang telah diperuntukkan secara nyata dalam Perjanjian ini, tidak akan wujud benefisiari-benefisiari pihak ketiga kepada perjanjian ini.
D. “Apple” seperti yang digunakan di dalam ini merujuk kepada:
• Apple Inc., yang terletak di One Apple Park Way, Cupertino, California, untuk pengguna di Amerika Syarikat, termasuk Puerto Rico;
• Apple Canada Inc., terletak di 120 Bremner Blvd., Suite 1600, Toronto ON M5J 0A8, Canada, untuk pengguna di Kanada;
• Apple Services LATAM LLC, terletak di 1 Alhambra Plaza, Ste 700 Coral Gables, Florida, untuk pengguna di Mexico, Amerika Tengah atau Utara, atau mana-mana jajahan atau negara Caribbean (tidak termasuk Puerto Rico);
• iTunes K.K., terletak di Roppongi Hills, 6-10-1 Roppongi, Minato-ku, Tokyo 106-6140, Tokyo, untuk pengguna di Jepun yang berkenaan dengan Seksyen III, IX dan X Perjanjian ini. Berhubung dengan semua syarat-syarat lain dalam Perjanjian ini, termasuk Bahagian IX dan X, untuk pengguna di Jepun, "Apple" seperti yang digunakan di dalam ini merujuk kepada Apple Inc., terletak di 1 Infinite Loop, Cupertino, California.
• Apple Pty Limited, terletak di Level 3, 20 Martin Place, Sydney NSW 2000, Australia, untuk pengguna di Australia atau New Zealand, termasuk mana-mana wilayah dan bidang kuasa gabungan; dan
• Apple Distribution International Ltd., terletak di Hollyhill Industrial Estate, Hollyhill, Cork, Republic of Ireland, untuk pengguna yang lain.
KONTRAK ELEKTRONIK
Penggunaan Perkhidmatan tersebut oleh anda termasuk kebolehan anda untuk memasuki perjanjian-perjanjian dan/atau membuat transaksi-transaksi secara elektronik. ANDA MENGAKU BAHAWA PENYERAHAN-PENYERAHAN ELEKTRONIK ANDA MERUPAKAN PERSETUJUAN DAN NIAT ANDA UNTUK DIIKAT OLEH DAN UNTUK MEMBAYAR UNTUK PERSETUJUAN-PERSETUJUAN DAN TRANSAKSI-TRANSAKSI SEDEMIKIAN. PERSETUJUAN DAN NIAT ANDA UNTUK DIIKAT OLEH PENYERAHAN-PENYERAHAN ELEKTRONIK TERPAKAI KEPADA SEMUA REKOD BERKENAAN DENGAN SEMUA TRANSAKSI YANG ANDA MASUKI DENGAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI, TERMASUK NOTIS-NOTIS PEMBATALAN, DASAR-DASAR, KONTRAK-KONTRAK, DAN APLIKASI-APLIKASI. Untuk mengakses dan menyimpan rekod-rekod elektronik anda, anda mungkin memerlukan perkakasan dan perisian tertentu, yang merupakan tanggungjawab anda sepenuhnya.
Kali terakhir disemak: 19 September 2019