TERMS AND CONDITIONS

Terma dan Syarat Perkongsian Keluarga Beta Untuk Pembelian dan Muat Turun

Perkongsian Keluarga membolehkan anda mengongsi produk iTunes, App Store, Mac App Store, iBooks Store dan iCloud (yang memenuhi kelayakan) dengan bilangan maksimum lima ahli keluarga (contohnya dewasa dan anak-anak) dengan membenarkan ahli keluarga untuk melihat dan memuat turun produk (yang layak) masing-masing ke Peranti Berkait mereka. Perkongsian Keluarga adalah untuk kegunaan peribadi, bukan komersial dan tidak boleh digunakan oleh institusi komersil atau pendidikan. “Pengelola" sesuatu Keluarga hendaklah merupakan seorang dewasa yang mempunyai kaedah pembayaran yang memenuhi kelayakan yang terdapat pada fail di iTunes dan hendaklah merupakan seorang ibu, bapa atau penjaga yang sah bagi mana-mana kanak-kanak yang ditambah pada Keluarga tersebut. Pengelola boleh menjemput ahli-ahli lain, dan kaedah pembayaran pengelola akan digunakan untuk membayar mana-mana pembelian yang dibuat oleh ahli Keluarga yang melebihi kredit iTunes Store di dalam akaun ahli yang memulakan proses pembelian tersebut. Setiap ahli Keluarga bertindak sebagai ejen bagi pengelola apabila kaedah pembayaran pengelola digunakan. Kandungan yang dibeli oleh ahli Keluarga akan dikaitkan dengan Apple ID ahli Keluarga yang memulakan sesuatu urus niaga. Dengan menambah ahli Keluarga pada Perkongsian Keluarga, pengelola bersetuju bahawa semua caj bagi mana-mana pembelian adalah diizinkan, dan bersetuju untuk bertanggungjawab ke atas semua caj tersebut, walaupun pengelola tidak mengetahui tentang urus niaga tersebut atau jika seseorang ahli Keluarga melebihi bidang kuasa si pengelola. Pengelola bertanggungjawab untuk mematuhi perjanjian dengan mana-mana pembekal pembayaran, dan menanggung beban kesemua risiko sekiranya akses perkongsian kepada kaedah pembayaran tersebut menghadkan apa-apa perlindungan terhadap caj tanpa izin. Pengelola boleh mengubah maklumat pembayaran yang terdapat pada fail pada bila-bila masa. Sila gunakan Laporkan Masalah pada resit anda jika anda dan ahli Keluarga tidak mengetahui tentang mana-mana caj pada resit atau penyata kaedah pembayaran. Pengelola boleh mengeluarkan mana-mana ahli Keluarga, yang akan membatalkan kebenaran ahli Keluarga tersebut untuk memulakan proses pembelian yang diizinkan menggunakan kaedah pembayaran pengelola, dan keupayaan mereka untuk melihat dan berkongsi kandungan ahli Keluarga yang lain. Pengelola boleh menggunakan fungsi Minta Kebenaran Untuk Beli bagi memastikan bahawa kanak-kanak bawah umur perlu mendapatkan keizinan daripada pengelola dan/atau orang dewasa lain yang dilantik oleh pengelola, bagi tujuan memuat turun kandungan percuma atau berbayar sebelum proses muat turun bermula. Pengelola dan/atau mana-mana orang dewasa yang dilantik hendaklah merupakan seorang ibu, bapa atau penjaga yang sah bagi kanak-kanak di bawah umur tersebut. Anda juga boleh mengaktifkan Pengehadan ke atas peranti dan komputer tertentu bagi menghalang akses kepada ciri-ciri atau kandungan tertentu. Pengelola tidak boleh menghadkan atau meluluskan urus niaga dewasa lain dalam Keluarga. Anda hanya boleh tergolong dalam satu Keluarga pada sesuatu masa, dan boleh menyertai mana-mana Keluarga tidak lebih dari dua kali setahun; anda boleh menukar akaun iTunes yang anda kaitkan dengan sesuatu Keluarga tidak lebih dari sekali setiap 90 hari. Apabila seorang ahli Keluarga meninggalkan suatu Keluarga, ahli Keluarga yang masih tinggal tidak akan dibenarkan untuk melihat atau memuat turun kandungan ahli yang meninggalkan Keluarga tersebut, termasuk pembelian yang dibuat menggunakan kaedah pembayaran pengelola semasa ahli yang meninggalkan Keluarga tersebut masih menjadi sebahagian Keluarga itu; ahli yang meninggalkan Keluarga tidak lagi akan dapat melihat atau memuat turun kandungan ahli Keluarga yang masih tinggal. Tidak semua produk, termasuk Pembelian In-App, kandungan yang tidak boleh dimuat turun semula, langganan dan sesetengah app yang telah dibeli sebelumnya, memenuhi kelayakan bagi tujuan Perkongsian Keluarga.

Penggunaan fungsi iCloud Beta adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat iCloud http://www.apple.com/legal/icloud/ww/