Legal

SYARAT-SYARAT

SYARAT-SYARAT

PUSAT PERMAINAN

PERJANJIAN UNDANG-UNDANG ("PERJANJIAN") SEPERTI DINYATAKAN DI BAWAH INI MENGAWAL PENGGUNAAN PERKHIDMATAN GAME CENTER. IANYA PENTING UNTUK ANDA MEMBACA DAN MEMAHAMI TERMA-TERMA BERIKUT. DENGAN PENGKLIKAN “SETUJU”, ANDA BERSETUJU BAHAWA TERMA-TERMA INI AKAN TERPAKAI JIKA ANDA MEMILIH UNTUK MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI. JIKALAU ANDA DIBAWAH UMUR DEWASA, ANDA PERLU MENYEMAK PERJANJIAN INI DENGAN IBU BAPA ATAU PENJAGA ANDA UNTUK MEMASTIKAN BAHAWA ANDA DAN IBU BAPA ATAU PENJAGA ANDA MEMAHAMINYA.

Apple. Inc. adalah pembekal perkhidmatan Game Center (“Perkhidmatan”), yang membenarkan kamu terlibat dalam aktiviti-aktiviti berkaitan permainan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penyertaan dalam “leader boards”, permainan pelbagai pemain, dan menjejaki pencapaian permainan. Perkhidmatan ini mungkin tidak terdapat di semua kawasan. Penggunaan Perkhidmatan ini memerlukan peranti-peranti yang serasi, akses internet dan perisian tertentu (bayaran mungkin dikenakan); mungkin memerlukan pengemaskinian berkala; dan boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor di atas.

Untuk menggunakan Perkhidmatan ini, anda tidak boleh menjadi seseorang yang tidak dibenarkan untuk menerima Perkhidmatan ini di bawah undang-undang Amerika Syarikat atau bidang kuasa lain yang terpakai, termasuk negara di mana anda bermastautin atau dari mana anda menggunakan Perkhidmatan ini. Dengan mempersetujui Perjanjian ini, anda menggambarkan bahawa anda memahami dan bersetuju kepada yang dinyatakan sebelum ini.

AKAUN ANDA

Sebagai pengguna berdaftar bagi Perkhidmatan ini, anda boleh memiliki sebuah akaun ("Akaun”) mengikut Peraturan Penggunaan, seperti yang digariskan di bawah. Jangan sesekali mendedahkan maklumat Akaun anda kepada orang lain. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga kerahsiaan dan keselamatan Akaun anda dan segala aktiviti yang berlaku pada atau melalui Akaun anda, dan anda bersetuju akan memberitahu Apple dengan serta-merta sekiranya berlaku sebarang kebocoran keselamatan Akaun anda. Apple tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang timbul akibat daripada penggunaan Akaun anda tanpa kebenaran.

Anda bersetuju untuk memberikan maklumat yang tepat dan lengkap apabila anda mendaftar dengan, dan ketika menggunakan, Perkhidmatan ini, dan anda bersetuju untuk mengemaskini data pendaftaran anda untuk “keep” ianya tepat dan lengkap. Anda bersetuju bahawa Apple boleh menyimpan dan menggunakan data pendaftaran anda untuk mengekalkan Akaun anda. Anda tidak boleh mewujudkan sesuatu akaun untuk seseorang selain daripada diri anda sendiri, tanpa kebenaran orang tersebut.

PERATURAN PENGGUNAAN

Anda bersetuju menggunakan Perkhidmatan ini mengikut segala peraturan penggunaan ini. Apple berhak mengubah peraturan penggunaan ini pada bila-bila masa.

Anda hanya dibenarkan menggunakan Perkhidmatan ini bagi penggunaan peribadi dan bukan komersial sahaja.

Anda bersetuju tidak akan, atau tidak akan cuba atau tidak akan membantu individu lain mencabuli, memintasi, reverse-engineer, mengasingkan, menguraikan atau dengan cara lain mengusik Perkhidmatan ini.

Anda bersetuju yang anda TIDAK akan menggunakan Perkhidmatan ini untuk:

a. memuat naik, memuat turun, menyiarkan, e-mel, menghantar, menyimpan atau dengan cara lain menyediakan sebarang kandungan yang menyalahi undang-undang, mengganggu, mengugut, menyakiti, bersifat tort, memfitnah, mengandungi libel, mencaci, ganas, lucah, kesat, mengganggu privasi orang lain, mengutuk, menyinggung mana-mana kaum atau etnik, atau dengan cara lain yang tidak disukai;

b. menghendap, mengganggu, mengugut atau menyakiti orang lain;

c. jika kamu seorang dewasa, meminta maklumat peribadi atau lain-lain maklumat daripada kanak-kanak (mana-mana individu bawah umur 18 tahun atau mana-mana umur lain yang undang-undang tempatan takrifkan sebagai kanak-kanak) yang tidak anda kenali secara peribadi, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: nama penuh atau nama keluarga, alamat rumah, poskod, nombor telefon, gambar, alamat e-mel, ataupun nama sekolah, rumah ibadat, kumpulan sukan atau rakan-rakan kanak-kanak tersebut;

d. berpura-pura menjadi individu, atau entiti lain, yang bukan diri anda yang sebenar – anda tidak boleh menyamar atau memberikan gambaran yang salah mengenai diri anda sebagai orang yang lain (termasuk selebriti), entiti, peserta Perkhidmatan ini yang lain, pekerja Apple, ataupun pemimpin kerajaan atau sivik, atau dengan cara lain memberikan gambaran yang salah mengenai hubungan anda dengan mana-mana individu atau entiti, (Apple berhak menolak atau menghalang mana-mana nama samaran yang dirasakannya adalah samaran atau memberikan gambaran yang salah tentang identiti anda, atau penyalahgunaan nama atau identiti orang lain);

e. terlibat dalam sebarang pencabulan hak cipta atau lain-lain perlanggaran harta intelek, atau mendedahkan sebarang rahsia perniagaan atau maklumat sulit yang melanggar mana-mana perjanjian kerahsiaan, pekerjaan, atau larangan pendedahan;

f. menyiarkan, menghantar, memancarkan atau dengan cara lain menyediakan mana-mana mesej e-mel, iklan, bahan promosi, e-mel sampah, spam atau surat berangkai, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pengiklanan komersial besar-besaran dan pengumuman yang tidak diminta atau dibenarkan.

g. memalsukan sebarang TCP-IP packet header atau mana-mana bahagian maklumat header dalam sebarang e-mel atau siaran kumpulan berita, atau dengan cara lain meletakkan maklumat di dalam header yang direka untuk memperdaya penerimanya tentang asal-usul sebarang kandungan yang dihantar melalui Perkhidmatan ini (“spoofing”);

h. memuat naik, menyiarkan, e-mel, menghantar, menyimpan atau dengan cara lain menyediakan sebarang kandungan yang mengandungi virus atau mana-mana kod komputer yang lain, fail, atau program yang direka untuk menyakiti, mengganggu atau mengehadkan operasi normal Perkhidmatan ini (atau mana-mana bahagian daripadanya), atau sebarang perisian atau perkakasan komputer yang lain;

i. mengganggu atau menggendalakan Perkhidmatan ini (termasuk mengakses Perkhidmatan ini melalui mana-mana cara automatik, seperti skrip atau web crawler), atau mana-mana server atau rangkaian yang dihubungkan kepada Perkhidmatan ini, atau mana-mana polisi, syarat atau peraturan rangkaian-rangkaian yang dihubungkan kepada Perkhidmatan ini(termasuk sebarang akses, penggunaan atau pengawasan data atau trafik padanya yang tidak dibenarkan);

j. merancang atau terlibat dalam sebarang aktiviti haram; dan/atau mengumpul dan menyimpan maklumat peribadi mana-mana pengguna lain Perkhidmatan ini untuk tujuan mana-mana aktiviti larangan di bawah;

k. menipu atau mengubah Perkhidmatan ini atau pengalaman permainan bagi memberikan kelebihan kepada mana-mana satu pemain ke atas pemain yang lain.

PRIVASI

Perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada Polisi Privasi Apple di https://www.apple.com/privacy. Seperti yang tertulis di dalam Polisi Privasi, apabila anda menggunakan sesetengah kemudahan Perkhidmatan ini, seperti menjemput pemain lain menyertai Perkhidmatan ini, menyertai “leader boards”, membolehkan jemputan atau kefungsian pemain berbilang, atau memaparkan mesej status, maklumat peribadi yang anda kongsi akan dapat dilihat oleh pengguna-pengguna lain dan boleh dibaca, dikumpulkan, atau digunakan oleh mereka. Anda bertanggungjawab ke atas mana-mana maklumat peribadi yang anda pilih untuk dikongsi. Apabila bermain permainan yang menyokong fungsi pemain berbilang, pengguna-pengguna lain yang mengakses Perkhidmatan tersebut dari permainan yang sama pada rangkaian Wi-Fi, rangkaian kawasan tempatan yang sama atau dalam jarak Bluetooh akan dapat melihat (melainkan anda mematikan ciri ini) nama samaran dan gambar, atau profil penuh sekiranya anda memmpunyai hunbungan rakan dengan pengguna tersebut. Jika anda memilih untuk menetapkan profil awam anda kepada “on”, pengguna-pengguna lain Perkhidmatan ini akan dapat melihat profil penuh anda, termasuk nama penuh, aktiviti (seperti permainan-permainan yang anda telah main dan bila anda telah bermainnya, markah, dan pencapaian anda, dan anda boleh diperkenalkan sebagai seorang kawan kepada pengguna-pengguna yang lain. Jika profil awam anda ditetapkan kepada “off”, hanya pengguna-pengguna yang anda telah jalinkan hubungan rakan boleh melihat profil penuh anda, dan anda tidak akan diperkenalkan kepada orang lain; hanya nama timangan dan gambar anda akan dapat dilihat oleh pengguna-pengguna lain yang bukan kawan anda. Jika anda menghantar atau menerima permintaan rakan, nama penuh yang telah dikaitkan dengan Apple ID anda akan dikongsi dengan pengguna-pengguna tersebut yang anda hantar, atau daripada yang anda terima, satu jemputan untuk menjadi rakan, dan Apple boleh mencadangkan permainan-permainan yang anda telah main kepada rakan-rakan anda.

Jika anda ingin berhenti berkongsi maklumat dengan pengguna-pengguna lain dan Perkhidmatan ini, lihat

https://www.apple.com/support/.

Sesetengah aspek Perkhidmatan ini tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak bawah 13 tahun, seperti kemudahan yang membolehkan pengguna mendedahkan maklumat peribadinya. Sila bolehkan sekatan yang sewajarnya.

PENYERAHAN KEPADA PERKHIDMATAN

Perkhidmatan ini mungkin menawarkan kemudahan-kemudahan interaktif yang membolehkan anda menyerahkan bahan (termasuk pautan kepada kandungan pihak ketiga) kepada bahagian-bahagian Perkhidmatan ini yang boleh dilihat dan diakses oleh pihak awam. Anda bersetuju bahawa sebarang penggunaan kemudahan tersebut, termasuklah mana-mana bahan yang diserahkan oleh anda, adalah tanggungjawab anda sepenuhnya, tidak melanggar atau mencabuli hak mana-mana pihak atau melanggar mana-mana undang-undang, menyumbang kepada atau menggalakkan perlanggaran atau perlakuan lain yang menyalahi undang-undang, atau dengan cara lain adalah lucah, tidak disukai atau tidak menyenangkan. Anda juga bersetuju bahawa anda telah mendapatkan sebarang hak dan lesen yang diperlukan untuk melakukan penyerahan anda. Anda bersetuju untuk memberikan maklumat yang lengkap dan tepat berkenaan penyerahan sebarang bahan kepada Perkhidmatan ini. Dengan ini anda menyerahkan lesen bersifat global, tidak eksklusif dan bebas royalti kepada Apple untuk menggunakan bahan-bahan tersebut sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan ini atau dalam mempromosikan atau memasarkan Perkhidmatan ini, tanpa sebarang pampasan atau obligasi kepada anda. Apple berhak untuk tidak memaparkan atau menerbitkan mana-mana bahan dan untuk mengeluarkan atau menyunting mana-mana bahan, pada bila-bila masa di atas budi bicaranya yang penuh tanpa sebarang notis atau liabiliti.

Apple mempunyai hak, tetapi bukan kewajipan, untuk mengawasi mana-mana bahan yang diserahkan oleh anda atau sebaliknya disediakan melalui Perkhidmatan ini, menyiasat mana-mana perlanggaran Perjanjian ini yang dilaporkan atau yang nyata, dan mengambil sebarang tindakan yang dirasakan sesuai oleh Apple di atas budi bicaranya yang penuh, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penamatan yang tersebut di bawah atau di bawah Polisi Hak Cipta kami (https://www.apple.com/legal/copyright.html).

BAHAN-BAHAN PIHAK KETIGA

Sesetengah kandungan, dan perkhidmatan yang disediakan melalui Perkhidmatan ini mungkin mengandungi bahan daripada pihak-pihak ketiga. Apple mungkin akan menyediakan pautan kepada laman-laman web pihak ketiga sebagai suatu kemudahan untuk anda. Anda bersetuju yang Apple tidak bertanggungjawab untuk memeriksa atau menilai kandungan atau ketepatannya dan Apple tidak menjamin serta tidak akan memegang sebarang liabiliti atau tanggungjawab ke atas mana-mana bahan atau laman web pihak ketiga, ataupun mana-mana bahan, produk, atau perkhidmatan yang ditawarkan pihak ketiga. Anda bersetuju yang anda tidak akan menggunakan sebarang bahan pihak ketiga dengan cara yang boleh melanggar atau mencabuli hak mana-mana pihak dan Apple tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penggunaan bahan ini oleh kamu.

BAHAN YANG TIDAK MENYENANGKAN

Anda memahami bahawa dengan menggunakan Perkhidmatan ini, anda mungkin terjumpa bahan-bahan yang anda rasakan menyinggung perasaan, lucah, atau tidak menyenangkan, yang kandungannya mungkin boleh atau tidak boleh dikenal pasti sebagai mengandungi bahan yang eksplisit. Walau bagaimanapun, anda bersetuju yang anda menggunakan Perkhidmatan ini atas risiko anda sendiri dan Apple tidak menanggung liabiliti untuk sebarang bahan yang anda mungkin rasakan menyinggung perasaan, lucah, atau tidak menyenangkan. Rating-rating dan penerangan-penerangan adalah diberikan untuk kemudahan, dan anda bersetuju bahawa Apple tidak menjamin ketepatannya.

HARTA INTELEK

Anda bersetuju yang Perkhidmatan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada grafik, antara muka, klip audio, klip video, kandungan editorial, dan skrip serta perisian yang digunakan dalam implementasi Perkhidmatan ini, mengandungi maklumat dan bahan-bahan pemilikan yang dimiliki oleh Apple dan/atau pemberi lesennya, dan dilindungi oleh undang-undang harta intelek dan lain-lain undang-undang yang terlibat, termasuklah tetapi tidak terhad kepada undang-undang hak cipta. Anda bersetuju yang anda tidak akan menggunakan maklumat dan bahan-bahan pemilikan tersebut dalam apa cara sekalipun kecuali dalam penggunaan Perkhidmatan ini serta mematuhi syarat-syarat Perjanjian ini. Tiada sebarang bahagian Perkhidmatan ini boleh dihasilkan semula dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, kecuali yang dibenarkan dengan jelas di dalam terma-terma ini. Anda bersetuju tidak akan mengubahsuai, menyewakan, meminjamkan, menjual, mengedarkan atau mencipta hasil-hasil kerja terbitan daripada Perkhidmatan ini, dalam apa cara sekalipun, dan anda tidak akan mengeksploitasi Perkhidmatan ini dalam sebarang cara yang tidak dibenarkan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mencerobohi atau membebankan kapasiti rangkaian.

Meskipun terdapat peruntukan yang lain di dalam Perjanjian ini, Apple dan pemberi lesennya berhak mengubah, menggantung, membuang, atau menghalang akses kepada mana-mana produk, kandungan atau lain-lain bahan yang menjadi sebahagian daripada Perkhidmatan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Dalam apa keadaan sekalipun Apple tidak menanggung liabiliti kerana melakukan perubahan-perubahan ini. Apple juga boleh meletakkan had kepada penggunaan atau akses mana-mana kemudahan atau bahagian di dalam Perkhidmatan ini, dalam mana-mana kes dan tanpa sebarang notis atau liabiliti.

Semua hak cipta dalam dan kepada Perkhidmatan ini (termasuk kompilasi kandungan, paparan, pautan kepada lain-lain sumber Internet, dan gambaran sumber-sumber tersebut) dan perisian yang berkaitan dimiliki oleh Apple dan/atau pemberi-pemberi lesennya, yang menyimpan segala hak mereka dari segi undang-undang dan ekuiti. PENGGUNAAN PERISIAN INI ATAU MANA-MANA BAHAGIAN PERKHIDMATAN INI, SELAIN DARIPADA PENGGUNAAN PERKHIDMATAN INI YANG DIBENARKAN DI DALAM PERJANJIAN INI, ADALAH DILARANG SAMA SEKALI DAN MELANGGAR HAK HARTA INTELEK ORANG LAIN DAN MUNGKIN MENYEBABKAN ANDA DIKENAKAN DENGAN PENALTI SIVIL DAN JENAYAH, TERMASUK KEMUNGKINAN BAYARAN GANTIRUGI KEWANGAN, BAGI PERLANGGARAN HAK CIPTA.

Apple, logo Apple, dan lain-lain cap dagang, cap perkhidmatan, grafik, dan logo yang digunakan berhubung dengan Perkhidmatan ini adalah cap dagang atau cap dagang berdaftar Apple Inc. di A.S. dan/atau lain-lain negara. Lain-lain cap dagang, cap perkhidmatan, grafik, dan logo yang digunakan berhubungan dengan Perkhidmatan ini mungkin adalah cap dagang pemilik masing-masing. Anda tidak diberi hak atau lesen ke atas mana-mana cap dagang dan penggunaan cap dagang tersebut.

PENAMATAN

Sekiranya anda gagal, atau Apple merasakan yang anda sudah gagal, untuk mematuhi mana-mana peruntukan di dalam Perjanjian ini, Apple, mengikut budi bicara penuhnya, tanpa sebarang notis kepada anda boleh: (i) menamatkan Perjanjian dan/atau Akaun anda; dan/atau (ii) menamatkan lesen kepada Perkhidmatan; dan/atau (iii) menghalang akses kepada Perkhidmatan ini (atau mana-mana bahagian daripadanya).

Apple berhak mengubah, menggantung, atau menghentikan Perkhidmatan ini (atau mana-mana bahagian atau kandungan daripadanya) pada bila-bila masa dengan atau tanpa sebarang notis kepada anda, dan Apple tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga sekiranya ia menggunakan hak tersebut.

PENAFIAN TUNTUTAN WARANTI-WARANTI; PEMBATASAN LIABILITI

APPLE TIDAK MEMBERI JAMINAN, GAMBARAN, ATAU WARANTI YANG PENGGUNAAN PERKHIDMATAN INI OLEH ANDA AKAN BERJALAN TANPA GANGGUAN ATAU KESILAPAN, DAN ANDA BERSETUJU BAHAWA DARI MASA KE MASA APPLE MUNGKIN AKAN MENGHENTIKAN PERKHIDMATAN INI BAGI TEMPOH-TEMPOH MASA YANG TIDAK TERTENTU, ATAU MEMBATALKAN PERKHIDMATAN INI PADA BILA-BILA MASA, TANPA SEBARANG NOTIS KEPADA ANDA.

ANDA BERSETUJU SEPENUHNYA BAHAWA PENGGUNAAN ATAU KETIDAKBOLEHGUNAAN PERKHIDMATAN INI ADALAH DI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. PERKHIDMATAN INI DAN KESEMUA PRODUK DAN PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN KEPADA ANDA MELALUI PERKHIDMATAN INI ADALAH (KECUALI JIKA DINYATAKAN SEBALIKNYA DI SINI OLEH APPLE) DISEDIAKAN BAGI PENGGUNAAN ANDA ATAS DASAR "SEBAGAIMANA ADANYA" DAN “SEBAGAIMANA TERDAPAT”, TANPA SEBARANG WARANTI, SAMADA YANG TERSURAT ATAU TERSIRAT, TERMASUK SEBARANG WARANTI TIDAK LANGSUNG MENGENAI KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, HAK MILIK, DAN PEMATUHAN. DISEBABKAN SESETENGAH WILAYAH TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN WARANTI-WARANTI TIDAK LANGSUNG, MAKA PENOLAKAN WARANTI-WARANTI TIDAK LANGSUNG DI ATAS MUNGKIN TIDAK TERPAKAI KEPADA ANDA.

APPLE, PARA PENGARAH, PEGAWAI-PEGAWAI, PARA PEKERJA, SYARIKAT-SYARIKAT BERKAITANNYA, PARA EJEN, PARA KONTRAKTOR, ATAU PARA PEMBERI LESENNYA DALAM SEBARANG KES SEKALIPUN TIDAK AKAN MENANGGUNG LIABILITI KEPADA SEBARANG GANTI RUGI LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, PUNITIF, KHAS, ATAU TERBITAN AKIBAT DARIPADA PENGGUNAAN ATAU KEGAGALAN UNTUK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI ATAU TUNTUTAN LAIN YANG BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN INI, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, SEBARANG KESILAPAN ATAU KETINGGALAN DALAM SEBARANG KANDUNGAN, ATAU SEBARANG JENIS KERUGIAN YANG TIMBUL AKIBAT DARIPADA PENGGUNAAN MANA-MANA KANDUNGAN (ATAU PRODUK) YANG DIPAPARKAN, DIHANTAR, ATAU DISEDIAKAN DENGAN CARA LAIN MELALUI PERKHDIMATAN INI, WALAUPUN ANDA SUDAH DINASIHATKAN YANG IA MUNGKIN BERLAKU. DISEBABKAN SESETENGAH NEGERI ATAU WILAYAH TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PEMBATASAN LIABILITI BAGI GANTI RUGI TERBITAN DAN SAMPINGAN, MAKA DI DALAM NEGERI-NEGERI ATAU WILAYAH INI, LIABILITI APPLE ADALAH TERHAD KEPADA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG.

APPLE AKAN MENGGUNAKAN USAHA MUNASABAH KE ARAH MELINDUNGI BAHAN-BAHAN ATAU MAKLUMAT YANG DISERAHKAN OLEH ANDA BERHUBUNGAN DENGAN PERKHIDMATAN INI, TETAPI ANDA BERSETUJU YANG SERAHAN MAKLUMAT ANDA ADALAH DI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI, DAN APPLE DENGAN INI MENAFIKAN SEBARANG DAN SEMUA LIABILITI KEPADA ANDA BAGI SEBARANG KERUGIAN ATAU LIABILITI YANG BERHUBUNG DENGAN MAKLUMAT INI DALAM APA CARA SEKALIPUN.

APPLE TIDAK MEMBERI GAMBARAN ATAU JAMINAN YANG PERKHIDMATAN INI AKAN BERJALAN BEBAS DARIPADA KERUGIAN, KEROSAKAN, SERANGAN, VIRUS, GANGGUAN, PENGGODAM, ATAU LAIN-LAIN GANGGUAN KESELAMATAN, DAN APPLE MENOLAK SEBARANG LIABILITI YANG BERHUBUNGAN DENGANNYA.

PENEPIAN DAN TANGGUNG RUGI

DENGAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI, ANDA BERSETUJU MENANGGUNG RUGI DAN MELINDUNGI APPLE, PARA PENGARAH, PEGAWAI-PEGAWAI, PARA PEKERJA, SYARIKAT-SYARIKAT BERKAITANNYA, PARA EJEN, PARA KONTRAKTOR, ATAU PARA PEMBERI LESENNYA DARIPADA APA-APA TUNTUTAN YANG TIMBUL DARIPADA PERLANGGARAN PERJANJIAN INI, PENGGUNAAN PERKHIDMATAN INI, ATAU MANA-MANA TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH APPLE DALAM SIASATAN MENGESYAKI PERLANGGARAN PERJANJIAN INI ATAU DISEBABKAN OLEH HASIL SIASATANNYA ATAU KEPUTUSANNYA BAHAWA TELAH BERLAKU PERLANGGARAN PERJANJIAN INI. INI BERMAKNA ANDA TIDAK BOLEH MENYAMAN DAN DENGAN INI MENGETEPIKAN SEPENUHNYA SEBARANG HAK UNTUK MENUNTUT GANTI RUGI DARIPADA APPLE, PARA PENGARAH, PEGAWAI-PEGAWAI, PARA PEKERJA, SYARIKAT-SYARIKAT BERKAITANNYA, PARA EJEN, PARA KONTRAKTOR, ATAU PARA PEMBERI LESENNYA AKIBAT DARIPADA KEPUTUSANNYA MEMBUANG ATAU MENOLAK DARIPADA MEMPROSES SEBARANG MAKLUMAT ATAU KANDUNGAN, MEMBERI AMARAN KEPADA ANDA, MENGGANTUNG ATAU MENGHENTIKAN AKSES ANDA KEPADA PERKHIDMATAN INI, ATAU MENGAMBIL SEBARANG TINDAKAN LAIN DI SEPANJANG SIASATAN PERLANGGARAN PERJANJIAN YANG DISYAKI ATAU AKIBAT DARIPADA KEPUTUSAN SIASATAN APPLE BAHAWA SUDAH BERLAKU SATU PERLANGGARAN PERJANJIAN INI. PERUNTUKAN PENEPIAN DAN TANGGUNG RUGI INI TERGUNA PAKAI KEPADA SEMUA PENCABULAN YANG DINYATAKAN DI DALAM, TIMBUL AKIBAT DARIPADA, ATAU DICADANGKAN DI DALAM PERJANJIAN INI.

PERUBAHAN

Apple berhak untuk mengubah Perjanjian ini pada bila-bila masa dan untuk memperkenalkan terma atau syarat baru kepada penggunaan Perkhidmatan ini. Pengubahan dan terma dan syarat tambahan tersebut akan berkuat kuasa serta-merta dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini. Penggunaan berterusan Perkhidmatan ini oleh anda akan dianggap sebagai penerimaan terma dan syarat tersebut.

LAIN-LAIN

Perjanjian ini merupakan perjanjian menyeluruh antara anda dengan Apple dan mengawal penggunaan Perkhidmatan ini oleh anda, menggantikan apa-apa perjanjian antara anda dan Apple sebelumnya berhubung dengan Perkhidmatan ini. Anda juga mungkin akan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat tambahan yang mungkin terguna pakai apabila anda menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan, kandungan pihak ketiga, atau perisian pihak ketiga. Sekiranya mana-mana bahagian Perjanjian ini didapati sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, bahagian tersebut akan ditafsirkan dengan cara yang dibenarkan oleh undang-undang, bagi mencerminkan, sehampir yang mungkin, kehendak asal setiap pihak, dan bahagian yang selainnya akan tetap berkuasa dan berkesan sepenuhnya. Kegagalan Apple menguatkuasakan mana-mana hak atau peruntukan di dalam Perjanjian ini tidak akan membentuk penepian peruntukan tersebut atau mana-mana peruntukan lain. Apple tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan memenuhi sebarang obligasi akibat daripada sebab-sebab yang di luar kawalannya.

Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Apple dari pejabatnya di Amerika Syarikat. Anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang, statut, ordinan dan peraturan tempatan, negeri, persekutuan dan negara, yang berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan ini oleh anda. Kesemua transaksi yang berkaitan dengan Perkhidmatan ini dikawal oleh undang-undang California, tanpa mengambil kira sebarang konflik kepada peruntukan undang-undang. Penggunaan Perkhidmatan ini oleh anda mungkin juga boleh tertakluk kepada undang-undang yang lain. Anda dengan jelasnya bersetuju yang sebarang tuntutan atau pertikaian dengan Apple dengan apa cara sekalipun berhubungan dengan penggunaan Perkhidmatan ini oleh anda adalah bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Negeri California. Risiko kerugian dan hak milik bagi semua transaksi penghantaran elektronik berpindah kepada pembeli di California sebaik-baik penghantaran elektronik itu diterima oleh penerima. Tiada pekerja atau ejen Apple yang mempunyai kuasa mengubah Perjanjian ini.

Apple mungkin akan menghantar notis kepada anda berhubung dengan Perkhidmatan ini melalui mesej e-mel kepada alamat e-mel Akaun anda atau surat melalui pos kepada alamat surat-menyurat Akaun anda, atau melalui paparan di dalam Perkhidmatan ini. Notis-notis ini akan berkuat kuasa serta-merta.

Apple berhak mengambil langkah-langkah yang difikirkannya perlu atau wajar bagi menguatkuasakan dan/atau mengesahkan pematuhan anda kepada mana-mana bahagian Perjanjian ini. Anda bersetuju yang Apple berhak, tanpa liabiliti kepada anda, mendedahkan mana-mana Data Pendaftaran dan/atau maklumat Akaun anda kepada pihak berkuasa undang-undang, pegawai kerajaan, dan/atau pihak ketiga, dimana Apple percaya mengikut budi bicara perlu atau wajar bagi menguatkuasakan dan/atau mengesahkan pematuhan anda kepada mana-mana bahagian Perjanjian ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada hak Apple untuk bekerjasama dengan sebarang proses perundangan yang berhubung dengan penggunaan Perkhidmatan ini dan/atau mana-mana produk oleh anda, dan/atau mana-mana dakwaan pihak ketiga yang penggunaan Perkhidmatan ini dan/atau produk-produknya oleh anda adalah menyalahi undang-undang dan/atau melanggar hak-hak pihak ketiga tersebut).

Kemas kini terakhir: 15 September 2013