Terma Penggunaan Apple Maps

TERMA PENGGUNAAN ("TERMA PENGGUNAAN") INI MEMBENTUK PERJANJIAN UNDANG-UNDANG DAN DIIKAT ANTARA APPLE INC. ("APPLE") DENGAN ORANG ATAU ENTITI YANG MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN APPLE MAPS ("ANDA"), DAN MENTADBIR AKSES ANDA KEPADA ATAU PENGGUNAANNYA TERMASUK APA-APA DATA, BAHAN, KANDUNGAN ATAU MAKLUMAT LAIN YANG DISEDIAKAN DI DALAM (SECARA KOLEKTIF, "PERKHIDMATAN").

DENGAN MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN, ANDA BERSETUJU DENGAN TERMA PENGGUNAAN INI; SEKIRANYA ANDA TIDAK BERSETUJU, JANGAN GUNAKAN PERKHIDMATAN.

Anda mengesahkan kepada Apple dan bersetuju bahawa Anda memenuhi umur dewasa sah dalam bidang kuasa di tempat Anda tinggal (sekurang-kurangnya 18 tahun di banyak negara) serta mempunyai hak dan kuasa untuk mengikat Terma Penggunaan ini bagi pihak sendiri, atau bagi pihak syarikat, organisasi atau entiti lain yang Anda mempunyai hak dan kuasa untuk mengikat secara sah kepada Terma Penggunaan ini. Anda bersetuju untuk menerima dan mematuhi Terma Penggunaan ini sebagaimana yang diberikan; perubahan, penambahan atau pemadaman tidak dipersetujui oleh Apple, dan Apple boleh menafikan akses kepada Perkhidmatan atas ketidakpatuhan mana-mana bahagian Terma Penggunaan ini atau atas apa-apa sebab lain mengikut budi bicara Apple sendiri. Apple boleh mengambil langkah yang dianggap perlu atau sesuai untuk menguatkuasakan atau mengesahkan pematuhan mana-mana bahagian Terma Penggunaan ini dan, tanpa liabiliti kepada anda, mengakses, menggunakan, memelihara atau mendedahkan Kandungan Pengguna (seperti yang ditakrifkan di bawah) atau maklumat akaun Anda kepada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang, pegawai kerajaan atau pihak ketiga, seperti yang dipercayai oleh Apple adalah perlu atau sesuai secara munasabah, jika dikehendaki dari segi undang-undang untuk berbuat demikian atau jika Apple mempunyai kepercayaan suci hati bahawa akses, penggunaan, pendedahan atau pemeliharaan sedemikian adalah wajar untuk: (i) mematuhi proses atau permintaan undang-undang; (ii) menguatkuasakan Perjanjian ini, termasuk penyiasatan apa-apa pelanggaran Perjanjian yang berpotensi; (iii) mengesan, mencegah atau sebaliknya menangani isu keselamatan, penipuan atau teknikal; atau (d) melindungi hak, harta atau keselamatan Apple, penggunanya, pihak ketiga atau orang awam mengikut keperluan atau seperti yang dibenarkan oleh undang-undang.

VERSI BAHASA INGGERIS TERMA PENGGUNAAN INI IALAH SURAT CARA TADBIR DAN KEFAHAMAN YANG ASAL BAGI PIHAK-PIHAK. JIKA TERMA PENGGUNAAN INI DISEDIAKAN OLEH APPLE DALAM MANA-MANA BAHASA SELAIN BAHASA INGGERIS, VERSI BAHASA INGGERIS AKAN MENTADBIR DAN MENGAWAL SEKIRANYA BERLAKU APA-APA PERCANGGAHAN DENGAN MANA-MANA TERJEMAHAN KE DALAM MANA-MANA BAHASA LAIN (SETAKAT HAL INI TIDAK BERCANGGAH DENGAN PERUNTUKAN WAJIB UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN).

Dengan mengambil kira perkara di atas serta perjanjian dan waad bersama yang dinyatakan di sini, Anda dan Apple (bersama-sama, "Pihak-pihak") bersetuju seperti berikut:

  1. Pemberian Lesen dan Sekatan

1.1 Pemberian Lesen kepada Anda. Tertakluk pada Terma Penggunaan ini, Apple memberi Anda hak tidak eksklusif, boleh dibatalkan, tidak boleh disublesenkan dan tidak boleh dipindah milik untuk mengakses dan menggunakan Perkhidmatan dalam mana-mana halaman web atau aplikasi (termasuk semua kod sumber dan ciri) yang dimiliki atau dikawal oleh Anda, atau yang Anda diberi kuasa untuk guna. Anda bersetuju untuk menggunakan Perkhidmatan hanya seperti yang dibenarkan oleh Terma Penggunaan ini atau terma atau garis panduan lain yang disediakan oleh Apple. Anda mengakui bahawa Perkhidmatan mengandungi kandungan, maklumat dan bahan proprietari yang dimiliki oleh Apple dan pemberi lesennya, serta dilindungi oleh undang-undang harta intelek dan lain yang berkenaan. Anda tidak boleh menggunakan kandungan, maklumat atau bahan proprietari sedemikian dalam apa jua cara sekalipun, kecuali seperti yang dipersetujui oleh Apple secara bertulis.

1.2 Pemberian Lesen kepada Apple. Anda boleh memuat naik, menyiarkan atau sebaliknya menyediakan foto, penilaian atau data atau kandungan lain melalui penggunaan atau akses Anda kepada Perkhidmatan ("Kandungan Pengguna"). Anda dengan ini memberi Apple, tanpa caj, hak tidak eksklusif, bebas royalti, boleh disublesenkan (termasuk berbilang peringkat), tidak boleh ditarik balik, kekal, seluruh dunia, berbayar penuh, hak dan lesen boleh dipindah milik untuk menggunakan, menyimpan, mengeluarkan semula, mengubah suai, menghantar, menerbitkan, memaparkan secara terbuka, mempersembahkan, mengedar, mengedar semula, menyalin, mengindeks, menterjemah, menyediakan, mencipta karya terbitan berdasarkan, dan sebaliknya mengeksploitasi apa-apa Kandungan Pengguna dalam Perkhidmatan, produk dan perkhidmatan Apple lain, pemasaran dan promosi berkaitan, dan untuk tujuan dalaman. Apple boleh menggunakan Kandungan Pengguna untuk menyediakan dan menambah baik Perkhidmatan serta produk dan perkhidmatan Apple yang lain. Sebelum Apple menggunakan mana-mana Kandungan Pengguna untuk tujuan sedemikian, Apple boleh mengalih keluar apa-apa maklumat mengenal pasti identiti secara peribadi dan menyahkait Kandungan Pengguna sedemikian daripada ID Apple Anda. Anda juga memberi Apple, tanpa caj, hak dan lesen kekal, seluruh dunia, bebas royalti, tidak eksklusif, tidak boleh ditarik balik, berbayar penuh, boleh dipindah milik, boleh disublesenkan (termasuk berbilang peringkat) untuk menggunakan dan mengeksploitasi dalam apa-apa cara semua cadangan, komen dan bentuk maklum balas lain tentang Perkhidmatan atau IP Apple, bersama-sama dengan semua hak harta intelek atau hak proprietari lain yang terkandung, yang diberikan oleh Anda kepada Apple (secara kolektif, "Maklum Balas"). Apa-apa Maklum Balas yang Anda berikan kepada Apple bukan merupakan Maklumat Sulit Anda. Apple boleh menggunakan Maklum Balas sedemikian secara bebas tanpa had. Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas apa-apa Kandungan dan Maklum Balas Pengguna, termasuk tetapi tidak terhad kepada memastikan bahawa Anda mempunyai kebenaran dan persetujuan yang diperlukan untuk menggunakan dan memberikan Kandungan dan Maklum Balas Pengguna sedemikian kepada Apple. Apple berhak pada setiap masa untuk menentukan jika Kandungan adalah wajar dan mematuhi Terma Penggunaan ini, dan mungkin menyaring, mengalihkan, menolak, mengubah suai dan/atau mengalih keluar Kandungan pada bila-bila masa, tanpa memberikan notis terlebih dahulu dan mengikut budi bicaranya sendiri, jika Kandungan didapati melanggar Perjanjian ini atau sebaliknya tidak menyenangkan. Anda faham dan bersetuju bahawa Anda menanggung risiko sepenuhnya untuk penggunaan Perkhidmatan ini dan apa-apa Kandungan Pengguna.

1.3 Sekatan. Anda tidak akan dan tidak akan membenarkan pihak ketiga untuk: (i) cuba mendapatkan akses tanpa kebenaran kepada atau mengeksploitasi mana-mana bahagian atau ciri Perkhidmatan; (ii) mengalih keluar, mengaburkan atau mengubah mana-mana notis hak cipta, tanda dagangan, atau mana-mana hak proprietari atau notis undang-undang, dokumen atau hiperpautan lain yang mungkin muncul dalam atau disediakan melalui Perkhidmatan; (iii) mencipta karya terbitan, menyalin, atau mengubah suai mana-mana bahagian Perkhidmatan, (iv) menggunakan Perkhidmatan untuk mencipta atau meningkatkan perkhidmatan atau produk pesaing, (v) mengakses atau menggunakan Perkhidmatan dengan apa-apa cara yang tidak dibenarkan; (vi) menyalin, mengekstrak, mengikis atau menggunakan semula mana-mana bahagian Perkhidmatan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, muat turun pukal kandungan atau data tanpa kebenaran, penciptaan mana-mana pangkalan data berdasarkan data atau kandungan yang disediakan melalui Perkhidmatan, atau latihan mana-mana model; (vii) menggunakan Perkhidmatan untuk menghantar apa-apa virus komputer, cecacing, kuda trojan atau perisian hasad lain, atau melalui pencerobohan, membebankan kapasiti rangkaian, memanipulasi atau memalsukan maklumat secara tidak wajar dalam Perkhidmatan, atau sebaliknya mengganggu keseronokan pengguna lain terhadap Perkhidmatan; (viii) mencipta apa-apa kod atau program yang akan melumpuhkan, menggodam atau sebaliknya mengganggu Perkhidmatan atau mana-mana pelayan atau rangkaian yang disambungkan kepada Perkhidmatan, atau sebarang mekanisme keselamatan atau pengesahan yang dilaksanakan dalam atau oleh Perkhidmatan; (ix) menggunakan Perkhidmatan dalam apa jua cara untuk mengganggu, menganiaya, menghendap, mengugut, memfitnah atau sebaliknya melanggar hak mana-mana pihak lain; (x) menjual, menjual semula, mensublesenkan, memindahkan atau mengedarkan Perkhidmatan dalam apa jua cara; (xi) menganalisis atau menggunakan Perkhidmatan dengan apa jua cara untuk cuba mendapatkan identiti mana-mana pengguna atau peranti atau sebaliknya cuba mengaitkan data yang disediakan melalui Perkhidmatan dengan mana-mana pengguna atau peranti; (xii) menggunakan atau memanipulasi mana-mana Kandungan Pengguna atau Perkhidmatan atau mana-mana data atau kandungan yang disediakan melalui Perkhidmatan yang melanggar Terma Penggunaan ini atau mana-mana undang-undang atau peraturan yang terpakai; (xiii) menyimpan dalam cache, praambil atau menyimpan mana-mana bahagian Perkhidmatan dengan apa-apa cara yang tidak dibenarkan; (xiv) menyahkompilasi, menyahsulit, melakukan kejuruteraan terbalik, cuba mendapatkan kod sumber atau merungkas Perkhidmatan atau mana-mana bahagian daripadanya (kecuali dan hanya setakat sekatan ini dilarang oleh undang-undang yang terpakai atau oleh terma pelesenan yang mentadbir penggunaan mana-mana komponen FOSS yang mungkin disertakan dengan Perkhidmatan); (xv) berkongsi, memindahkan, memuat naik, memuat turun, menyiarkan, menghantar, menyimpan atau sebaliknya menyediakan apa-apa Kandungan Pengguna yang (a) Anda tidak mempunyai kebenaran, hak atau lesen untuk guna, (b) melanggar hak mana-mana pihak ketiga; (c) mengandungi maklumat peribadi atau sulit milik orang lain; (d) mengandungi permintaan untuk maklumat peribadi daripada sesiapa sahaja; (e) menyamar atau membuat salah nyata hubungan Anda dengan orang atau entiti lain; (f) menyertakan atau menghantar spam, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pengiklanan, bahan promosi atau pengumuman maklumat yang tidak diminta; (g) terlibat dalam atau mempromosikan apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang, penipuan atau manipulatif; (h) mengandungi apa-apa kandungan fitnah, kesat, menyinggung perasaan, menghina, memudaratkan, menyalahi undang-undang, memperdaya, mengganggu, mengancam, berunsur benci, ganas, lucah atau kandungan pornografi atau kandungan yang sebaliknya mungkin tidak menyenangkan; atau (i) yang mengandungi apa-apa data, kandungan atau bahan lain yang tertakluk pada lesen yang akan mengenakan apa-apa kewajipan atau pengehadan ke atas Apple yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam Terma Penggunaan ini.

  1. Harta Intelek

2.1 Pemilikan. Melainkan dinyatakan sebaliknya di sini, antara Apple dengan Anda, Anda mengekalkan semua hak dalam mana-mana Kandungan Pengguna yang diserahkan oleh Anda, dengan syarat Kandungan Pengguna tidak menggabungkan apa-apa harta intelek Apple ("IP Apple"), atau mana-mana Maklumat Sulit Apple lain. Apple mengekalkan semua hak, hak milik dan kepentingan dalam IP Apple dan Maklumat Sulit Apple. Semua hak yang tidak diberikan secara nyata di bawah ini adalah terpelihara oleh Apple. Setakat Anda mempunyai atau memperoleh apa-apa hak, hak milik atau kepentingan dalam atau terhadap IP Apple, Anda menyerahkan semuktamadnya semua hak, hak milik dan kepentingan sedemikian kepada Apple tanpa apa-apa kewajipan untuk mengira atau membayar royalti kepada Anda atau mana-mana pihak ketiga. Perkhidmatan mungkin mengandungi maklumat dan bahan proprietari yang dimiliki oleh pemberi lesen Apple atau pihak ketiga yang lain, dan dilindungi oleh hak harta intelek dan undang-undang lain yang terpakai. Anda tidak akan menggunakan maklumat atau bahan proprietari sedemikian dengan apa-apa cara sekalipun kecuali penggunaan Perkhidmatan menurut Terma Penggunaan ini.

2.2 Hak Cipta. Semua hak cipta dalam dan kepada Perkhidmatan dimiliki oleh Apple atau pemberi lesennya.

2.3 Tanda Dagangan. Apple, logo Apple, dan tanda dagangan, tanda perkhidmatan, grafik dan logo Apple yang lain yang digunakan berkaitan dengan Perkhidmatan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Apple Inc. di A.S. atau negara lain. Anda tidak diberikan apa-apa hak atau lesen berkenaan dengan mana-mana tanda dagangan yang disebutkan di atas atau apa-apa penggunaan tanda dagangan sedemikian.

  1. Pernyataan dan Jaminan

Anda membuat pernyataan, menjamin dan bersetuju bahawa: (i) Anda mempunyai kuasa penuh untuk mengikat dan mematuhi Terma Penggunaan ini, dan atas permintaan Apple, Anda akan segera menunjukkan kuasa atau kebenaran sedemikian untuk kepuasan Apple, dan memahami dan mengakui bahawa kegagalan Anda untuk berbuat demikian akan dianggap sebagai pelanggaran nyata Terma Penggunaan ini; (ii) Akses atau penggunaan Perkhidmatan anda dan penyerahan Kandungan Pengguna Anda mematuhi dan akan kekal mematuhi sepenuhnya Terma Penggunaan ini dan semua undang-undang yang terpakai, termasuk tetapi tidak terhad kepada bidang kuasa di tempat Anda tinggal atau berada atau yang terpakai untuk Anda, dan setiap bidang kuasa di tempat Kandungan Pengguna Anda dipaparkan; (iii) Anda memegang hak, kebenaran, dan persetujuan yang diperlukan untuk menggunakan, menghantar dan menyediakan Kandungan Pengguna berhubungan dengan Perkhidmatan dan untuk digunakan oleh Apple seperti yang dibenarkan di sini; dan (iv) Anda akan mengalih keluar atau meminta pengalihan keluar oleh Apple mana-mana Kandungan Pengguna jika dan setakat Anda tidak lagi mempunyai hak, kebenaran, atau persetujuan yang diperlukan di sini; (v) Anda tidak akan melanggar atau memintas apa-apa langkah keselamatan Perkhidmatan atau mana-mana sistem yang berkaitan; (vi) Kandungan Pengguna atau penggunaannya tidak dan tidak akan: (a) melanggar hak cipta, paten, tanda dagangan, rahsia dagangan, atau mana-mana harta intelek atau hak proprietari mana-mana pihak ketiga; (b) melanggar mana-mana undang-undang, statut, ordinan atau peraturan, termasuk, tanpa had, mana-mana undang-undang atau peraturan privasi atau mana-mana undang-undang atau peraturan yang mentadbir kawalan eksport dan sekatan yang dikenakan; (c) memfitnah atau memfitnah perdagangan; (d) pornografi atau lucah; (e) mengandungi perisian hasad, perisian pengintip, virus, kuda Trojan, cecacing, bom masa, perisian tebusan, atau rutin pengaturcaraan berbahaya atau memudaratkan serupa yang lain; atau (f) mengandungi apa-apa data, kandungan atau bahan lain yang tertakluk pada lesen yang akan mengenakan apa-apa kewajipan atau had terhadap Apple yang tidak dinyatakan dengan jelas di sini.

4. Penafian Jaminan; Had Liabiliti

4.1 ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI HAK ATAU REMEDI YANG TIDAK BOLEH DIKECUALIKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG DI BIDANG KUASA ANDA. TIADA APA-APA DALAM TERMA PENGGUNAAN INI BERTUJUAN ATAU MEMPUNYAI KESAN MENGEHADKAN, MENGUBAH SUAI ATAU MENGECUALIKAN APA-APA LIABILITI YANG TIDAK BOLEH DIHADKAN, DIUBAHSUAI ATAU DIKECUALIKAN SEDEMIKIAN OLEH UNDANG-UNDANG. APA-APA DAN SEMUA PENGEHADAN ATAU PENGECUALIAN LIABILITI APPLE DALAM TERMA PENGGUNAAN INI HENDAKLAH TERPAKAI SEHINGGA TAKAT MAKSIMUM HAD SEDEMIKIAN DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG SAHAJA.

4.2 APPLE TIDAK MEMBUAT PERNYATAAN ATAU MENJAMIN BAHAWA PENGGUNAAN PERKHIDMATAN ANDA AKAN TIDAK TERGANGGU ATAU BEBAS DARIPADA RALAT, DAN ANDA BERSETUJU BAHAWA DARI SEMASA KE SEMASA APPLE MUNGKIN MENGALIH KELUAR PERKHIDMATAN (ATAU PERKHIDMATAN TERTENTU DI DALAM) SELAMA TEMPOH YANG TIDAK DITENTUKAN, ATAU UNTUK BERHENTI MENAWARKAN PERKHIDMATAN SECARA KESELURUHAN ATAU SEBAHAGIANNYA, PADA BILA-BILA MASA.

4.3 APPLE TIDAK MEMBUAT PERNYATAAN ATAU MENJAMIN BAHAWA PERKHIDMATAN TERSEDIA DI SEMUA LOKASI, DAN, SETAKAT PERKHIDMATAN TERSEDIA DI LOKASI, BAHAWA SEMUA BAHASA YANG DIGUNAKAN DI LOKASI SEDEMIKIAN AKAN TERSEDIA, DAN PERKHIDMATAN APPLE TIDAK MEMBUAT PERNYATAAN BAHAWA PERKHIDMATAN ADALAH SESUAI ATAU DIBENARKAN UNTUK KEGUNAAN ANDA DI LOKASI TERTENTU.

4.4 ANDA SECARA JELAS BERSETUJU BAHAWA PENGGUNAAN, ATAU KETIDAKBOLEHAN ANDA UNTUK MENGGUNAKAN, PERKHIDMATAN ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. PERKHIDMATAN DISEDIAKAN "SEBAGAIMANA ADANYA" DAN "SEBAGAIMANA TERSEDIA" UNTUK KEGUNAAN ANDA, TANPA APA-APA JENIS WARANTI, SAMA ADA NYATA MAHUPUN TERSIRAT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA SEMUA WARANTI TERSIRAT KEBOLEHDAGANGAN, KUALITI YANG MEMUASKAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, KETEPATAN MASA, HAK MILIK, KETEPATAN DAN KETIDAKLANGGARAN. APPLE TIDAK MEMBUAT PERNYATAAN ATAU MENJAMIN BAHAWA PERKHIDMATAN AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA ATAU BEBAS DARIPADA KEGAGALAN RANGKAIAN, KEHILANGAN, KEROSAKAN, SERANGAN, VIRUS, GANGGUAN, PENGGODAMAN ATAU PELANGGARAN KESELAMATAN LAIN DAN APPLE MENAFIKAN APA-APA LIABILITI YANG BERKAITAN. ANDA SELANJUTNYA BERSETUJU BAHAWA APPLE TIDAK MEMPUNYAI LIABILITI TERHADAP ANDA SETAKAT PERKHIDMATAN MUNGKIN MENGANDUNGI KANDUNGAN YANG DIANGGAP MENYINGGUNG PERASAAN, TIDAK SENONOH ATAU TIDAK MENYENANGKAN.

4.5 ANDA SECARA JELAS BERSETUJU BAHAWA (I) PERKHIDMATAN DISEDIAKAN UNTUK TUJUAN NAVIGASI ASAS SAHAJA DAN TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIPERCAYAI DALAM SITUASI APABILA MAKLUMAT LOKASI TEPAT DIPERLUKAN, ATAU APABILA DATA TIDAK TEPAT ATAU LEWAT BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN, KECEDERAAN PERIBADI, KEROSAKAN HARTA ATAU KEROSAKAN ALAM SEKITAR; DAN (II) APA-APA HASIL YANG ANDA TERIMA DARIPADA PERKHIDMATAN MUNGKIN BERBEZA DARIPADA JALAN RAYA, RUPA BUMI, LALUAN BASIKAL ATAU LALUAN PEJALAN KAKI SEBENAR AKIBAT FAKTOR SEPERTI CUACA, KEADAAN JALAN RAYA, KEADAAN LALU LINTAS DAN PERISTIWA GEOPOLITIK YANG BOLEH MENJEJASKAN KETEPATAN. UNTUK KESELAMATAN ANDA, GUNAKAN PERTIMBANGAN ANDA SENDIRI DAN SENTIASA BERIKAN PERHATIAN KEPADA PAPAN TANDA DAN KEADAAN LALUAN SEMASA. IKUT AMALAN SELAMAT DAN PERATURAN LALU LINTAS TEMPATAN.

4.6 SETAKAT TIDAK DILARANG OLEH UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI, APPLE, PENGARAH, PEGAWAI, PEKERJA, GABUNGAN, EJEN, KONTRAKTOR ATAU PELESENNYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS MANA-MANA KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, PUNITIF, KHAS, AKIBAT ATAU TELADAN SAMA SEKALI, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA APA-APA KEROSAKAN AKIBAT KEHILANGAN KEUNTUNGAN, NAMA BAIK, PENGGUNAAN, DATA, KOS PEROLEHAN PERKHIDMATAN PENGGANTI ATAU KERUGIAN TAK NYATA LAIN (WALAUPUN APPLE TELAH DIMAKLUMKAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN SEDEMIKIAN) YANG TIMBUL DARIPADA (I) KETIDAKUPAYAAN UNTUK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN, (II) APA-APA PERUBAHAN YANG DIBUAT PADA PERKHIDMATAN ATAU APA-APA PEMBERHENTIAN SEMENTARA ATAU TETAP PERKHIDMATAN, CIRI ATAU FUNGSI, (III) PERNYATAAN ATAU KELAKUAN MANA-MANA PIHAK KETIGA PADA PERKHIDMATAN; (IV) MANA-MANA PERKARA LAIN YANG BERKAITAN DENGAN PERKHIDMATAN. JUMLAH LIABILITI APPLE KEPADA ANDA DI BAWAH TERMA PENGGUNAAN INI UNTUK SEMUA KEROSAKAN (SELAIN YANG MUNGKIN DIWAJIBKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI DALAM KES YANG MELIBATKAN KECEDERAAN PERIBADI) TIDAK AKAN MELEBIHI JUMLAH LIMA PULUH DOLAR ($50.00) DALAM APA-APA PUN KEADAAN. HAD DI ATAS AKAN DIKENAKAN WALAUPUN REMEDI YANG DINYATAKAN DI ATAS GAGAL MEMENUHI TUJUAN UTAMANYA.

5.Indemniti

DENGAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN DAN SEHINGGA TAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, ANDA AKAN MENANGGUNG RUGI ATAS PERMINTAAN DAN MELEPASKAN APPLE, PENGARAH, PEGAWAI, PEKERJA, GABUNGAN, EJEN, KONTRAKTOR, PEMBERI LESEN, DAN SUBPEMBERI LESEN BERHUBUNGAN DENGAN APA-APA TUNTUTAN ATAU PERMINTAAN, SIASATAN, KOS, YURAN, TERMASUK YURAN PEGUAM YANG MUNASABAH, BERHUBUNG DENGAN ATAU YANG TIMBUL DARIPADA: (A) PELANGGARAN SEBENAR ATAU DAKWAAN ANDA TERHADAP TERMA PENGGUNAAN INI, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA PELANGGARAN MANA-MANA PERNYATAAN, WARANTI ATAU WAAD YANG DIBUAT OLEH ANDA DI SINI; (B) PENGGUNAAN PERKHIDMATAN OLEH ANDA; (C) MANA-MANA KANDUNGAN PENGGUNA YANG ANDA SERAH, HANTAR ATAU SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA APPLE; (D) PELANGGARAN MANA-MANA HAK ORANG LAIN OLEH ANDA. UNTUK TUJUAN KEJELASAN, ANTARA ANDA DENGAN APPLE, ANDA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA ATAS TINDAKAN ATAU PENINGGALAN ANDA DAN ATAS MANA-MANA KANDUNGAN PENGGUNA ATAU DATA ATAU KANDUNGAN LAIN YANG ANDA BERIKAN KEPADA APPLE.

6. Privasi dan Keselamatan Data Peribadi

Semua pemprosesan data oleh Apple berkaitan dengan Perkhidmatan akan dilakukan mengikut Dasar Privasi Apple yang disiarkan secara terbuka, tersedia di apple.com/my/privacy. Jika pada bila-bila masa Anda menentukan bahawa mana-mana ciri atau fungsi Perkhidmatan membenarkan Anda mengumpulkan maklumat mengenal pasti identiti secara peribadi ("Data Peribadi"), Anda akan: (i) memaklumkan Apple dengan segera secara bertulis; (ii) mengekalkan kerahsiaan dan langkah keselamatan yang ketat untuk melindungi Data Peribadi; (iii) tidak mendedahkan apa-apa Data Peribadi kepada mana-mana pihak lain; (iv) memaklumkan Apple dengan segera jika terdapat apa-apa pelanggaran berpotensi atau pelanggaran sebenar keselamatan yang melibatkan Data Peribadi; dan (v) mematuhi semua undang-undang, peraturan, dan persetujuan atau triti antarabangsa yang berkaitan dengan Data Peribadi, termasuk yang berkenaan dengan pemindahan Data Peribadi dari mana-mana bidang kuasa ke mana-mana bidang kuasa lain. Dengan menggunakan Perkhidmatan, Anda mengakui dan bersetuju bahawa Apple boleh menggunakan maklumat tentang penggunaan Perkhidmatan oleh Anda berhubungan dengan Perkhidmatan untuk tujuan menyediakan, menilai, mengubah suai atau menambah baik Perkhidmatan serta produk dan perkhidmatan berasaskan lokasi lain, dan untuk berkomunikasi dengan Anda tentang Perkhidmatan. Anda juga mengakui dan bersetuju bahawa Apple boleh mengumpulkan dan menggunakan data yang berkaitan dengan aktiviti pengguna berhubungan dengan Perkhidmatan. Data ini digunakan untuk menyediakan, menganalisis, melaporkan dan meningkatkan Perkhidmatan serta produk dan perkhidmatan berasaskan lokasi yang lain. Semua data yang dikumpulkan oleh Apple berhubungan dengan Perkhidmatan akan diproses dan digunakan mengikut Dasar Privasi Apple yang disiarkan secara terbuka, tersedia di apple.com/my/privacy.

7. Penamatan atau Penggantungan

Apple boleh menamatkan atau menggantung Perkhidmatan pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis atau sebab. Selepas apa-apa tamat tempoh atau penamatan Perkhidmatan: (i) semua hak, lesen, persetujuan dan kebenaran yang diberikan oleh mana-mana Pihak kepada pihak sebelah di bawah ini akan ditamatkan serta-merta kecuali untuk lesen yang diberikan oleh Anda kepada Apple di sini yang akan kekal berkuat kuasa selepas apa-apa tamat tempoh atau penamatan Terma Penggunaan ini; dan (ii) Anda akan menghentikan semua penggunaan Perkhidmatan. HAK DAN KEWAJIBAN YANG DITETAPKAN DALAM BAHAGIAN 1.2, 1.3, DAN 2 HINGGA 12 AKAN KEKAL BERKUAT KUASA SELEPAS TAMAT TEMPOH ATAU PENAMATAN TERMA PENGGUNAAN INI. WALAU APA PUN YANG BERTENTANGAN DALAM TERMA PENGGUNAAN INI, APPLE BOLEH, MENURUT BUDI BICARANYA, SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG, SEGERA DAN TANPA NOTIS AWAL MENGGANTUNG, MENAMATKAN ATAU SEBALIKNYA MENOLAK AKSES ANDA KEPADA ATAU PENGGUNAAN SEMUA ATAU MANA-MANA BAHAGIAN PERKHIDMATAN, DAN APPLE TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA ATAU KEPADA MANA-MANA PIHAK KETIGA APABILA MENGGUNAKAN HAK SEDEMIKIAN. Bahagian 7 ini tidak mengehadkan mana-mana hak atau remedi Apple yang lain, sama ada di sisi undang-undang, dalam ekuiti atau di bawah Terma Penggunaan ini.

8. Pengubahsuaian atau Pindaan

Apple berhak, pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya, untuk mengubah suai atau meminda Terma Penggunaan ini. Pengubahsuaian serta terma dan syarat tambahan sedemikian akan berkuat kuasa serta-merta dan digabungkan ke dalam Terma Penggunaan ini. Anda mengakui dan bersetuju bahawa tindakan sentiasa menyemak Terma Penggunaan ini ialah tanggungjawab Anda. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN MANA-MANA PENGUBAHSUAIAN TERMA PENGGUNAAN, ANDA AKAN SEGERA MENGHENTIKAN SEMUA AKSES KEPADA DAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN. PENGGUNAAN PERKHIDMATAN OLEH ANDA YANG BERTERUSAN SELEPAS APA-APA PENGUBAHSUAIAN TERMA PENGGUNAAN AKAN DIANGGAP SEBAGAI PENERIMAAN ANDA TERHADAP TERMA PENGGUNAAN YANG DIUBAH SUAI. Apple juga boleh mengubah suai Perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, mengemas kini atau menamatkan mana-mana ciri yang disediakan di dalam.

9. Undang-undang yang Mentadbir

ANDA SECARA JELAS BERSETUJU BAHAWA UNDANG-UNDANG NEGERI CALIFORNIA, TIDAK TERMASUK PERATURAN PERCANGGAHAN UNDANG-UNDANGNYA, MENTADBIR TERMA PENGGUNAAN INI DAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN OLEH ANDA, DAN BAHAWA BIDANG KUASA EKSKLUSIF BAGI MANA-MANA PROSIDING YANG BERKAITAN DENGAN APA JUA CARA DENGAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN OLEH ANDA IALAH DAERAH UTARA CALIFORNIA. ANDA DENGAN INI MENGETEPIKAN HAK UNTUK MEMBANTAH PILIHAN UNDANG-UNDANG, BIDANG KUASA PERIBADI ATAU TEMPAT YANG DISEBUT DI ATAS. ANDA SELANJUTNYA BERSETUJU UNTUK MENYERAH DIRI KEPADA BIDANG KUASA PERIBADI DAN EKSKLUSIF MAHKAMAH YANG TERLETAK DI KAUNTI SANTA CLARA, CALIFORNIA, UNTUK MENYELESAIKAN APA-APA PERTIKAIAN ATAU TUNTUTAN YANG TIMBUL DARIPADA PERJANJIAN INI. JIKA (I) ANDA BUKAN WARGANEGARA A.S.; (II) ANDA TIDAK TINGGAL DI A.S.; (III) ANDA TIDAK MENGAKSES PERKHIDMATAN DARI A.S.; DAN (IV) ANDA IALAH WARGANEGARA SALAH SEBUAH NEGARA YANG DIKENAL PASTI DI BAWAH, ANDA DENGAN INI BERSETUJU BAHAWA APA-APA PERTIKAIAN ATAU TUNTUTAN YANG TIMBUL DARIPADA PERJANJIAN INI AKAN DITADBIR OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI YANG DITETAPKAN DI BAWAH, TANPA MENGIRA APA-APA PERUNTUKAN PERCANGGAHAN UNDANG-UNDANG DAN ANDA DENGAN INI MENYERAHKAN DIRI SEMUKTAMADNYA KEPADA BIDANG KUASA TIDAK EKSKLUSIF MAHKAMAH YANG TERLETAK DI NEGERI, WILAYAH ATAU NEGARA YANG DIKENAL PASTI DI BAWAH YANG UNDANG-UNDANGNYA MENTADBIR:

JIKA ANDA IALAH WARGANEGARA MANA-MANA NEGARA KESATUAN EROPAH ATAU UNITED KINGDOM, SWITZERLAND, NORWAY ATAU ICELAND, UNDANG-UNDANG DAN FORUM YANG MENTADBIR IALAH UNDANG-UNDANG DAN MAHKAMAH TEMPAT TINGGAL BIASA ANDA.

JIKA ANDA IALAH WARGANEGARA JEPUN, UNDANG-UNDANG YANG MENTADBIR IALAH UNDANG-UNDANG JEPUN DAN FORUM IALAH TOKYO, JEPUN.

DIKECUALIKAN SECARA KHUSUS DARIPADA PENGGUNAAN PADA PERJANJIAN INI IALAH UNDANG-UNDANG YANG DIKENALI SEBAGAI KONVENSYEN BANGSA-BANGSA BERSATU BAGI PENJUALAN BARANGAN ANTARABANGSA.

10. Pematuhan

Anda bersetuju bahawa Perkhidmatan tidak boleh digunakan: (a) di mana-mana negara yang disekat oleh A.S.; atau (b) oleh sesiapa sahaja dalam senarai Warganegara Yang Ditetapkan Khas Jabatan Perbendaharaan A.S. atau Senarai Orang yang Dinafikan atau Senarai Entiti Jabatan Perdagangan A.S. atau mana-mana senarai pihak terhad yang lain. Dengan bersetuju dengan Terma Penggunaan ini, Anda menyatakan dan menjamin bahawa Anda tidak berada di mana-mana negara sedemikian atau pada mana-mana senarai sedemikian. Anda juga bersetuju bahawa Anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan bagi apa-apa tujuan yang dilarang oleh undang-undang yang terpakai di Amerika Syarikat atau wilayah lain, termasuk, tanpa batasan, pembangunan, reka bentuk, pembuatan atau pengeluaran senjata nuklear, peluru berpandu, kimia atau biologi.

11. Bahan Pihak Ketiga

Perkhidmatan mungkin memaparkan, menyertakan atau menyediakan maklumat atau perkhidmatan daripada pihak ketiga atau menyediakan pautan ke laman web pihak ketiga tertentu (secara kolektif, "Bahan Pihak Ketiga"). Apple tidak membuat pernyataan bahawa Perkhidmatan atau Bahan Pihak Ketiga adalah sesuai, tepat atau tersedia untuk kegunaan di mana-mana lokasi tertentu. Setakat anda memilih untuk menggunakan atau mengakses Bahan Pihak Ketiga, anda berbuat demikian atas inisiatif anda sendiri dan bertanggungjawab untuk mematuhi apa-apa undang-undang, peraturan, terma, atau keperluan lain yang terpakai. Apple tidak menjamin atau menyokong dan tidak menanggung dan tidak akan menanggung apa-apa liabiliti atau tanggungjawab terhadap anda atau mana-mana orang lain atas apa-apa Bahan Pihak Ketiga, atau untuk apa-apa bahan, produk atau perkhidmatan pihak ketiga yang lain. Perkhidmatan dan Bahan Pihak Ketiga mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau di semua negara atau rantau.

12. Perkara Lain

Terma Penggunaan ini membentuk keseluruhan perjanjian antara Anda dengan Apple dan mentadbir penggunaan Perkhidmatan oleh Anda. Anda tidak boleh menugaskan Terma Penggunaan ini, termasuk, tanpa had, melalui penguatkuasaan undang-undang atau penggabungan, tanpa kelulusan bertulis Apple terlebih dahulu, dan apa-apa percubaan untuk menugaskan Terma Penggunaan ini tanpa kelulusan bertulis terdahulu sedemikian adalah tidak sah. Jika mana-mana bahagian Terma Penggunaan ini didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, bahagian itu akan ditafsirkan dalam cara yang konsisten dengan undang-undang yang berkenaan untuk mencerminkan, sebaik yang mungkin, niat asal Pihak-pihak, dan bahagian yang lain akan terus berkuat kuasa sepenuhnya. Kegagalan Apple untuk menguatkuasakan mana-mana hak atau peruntukan dalam Terma Penggunaan ini tidak akan membentuk penepian peruntukan sedemikian, atau mana-mana peruntukan lain Terma Penggunaan ini. Apple tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan untuk memenuhi apa-apa kewajipan atas sebab di luar kawalan Apple. Terma Penggunaan ini bukan untuk manfaat mana-mana pihak ketiga. Kata sendi "atau" akan ditafsir dengan erti kata inklusif (dan/atau).

Kemas Kini Terakhir: 24 Julai 2024