Perkongsian Aktiviti & Privasi

Data aktiviti seperti jenis dan tajuk latihan, kalori atau kilojoule aktif, minit senaman, jam berdiri atau pusing, langkah dan zon waktu akan dikongsi secara selamat dengan orang yang anda pilih.
 

Aktiviti direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Privacy Icon

  • Data Latihan dan Aktiviti yang dikongsi dengan rakan mungkin termasuk: kalori atau kilojoule aktif, minit senaman, jam berdiri atau pusing, langkah, zon waktu, maklumat latihan seperti tajuk, jenis dan tempoh.
  • Alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun iCloud anda akan dapat dilihat oleh sesiapa yang anda jemput atau yang anda terima jemputan.
  • Jika anda menggunakan ciri ini, data Latihan dan Aktiviti anda akan dihantar kepada Apple supaya Apple boleh berkongsi data ini secara selamat bersama sesiapa yang anda pilih. Apple akan mengekalkan data Latihan dan Aktiviti anda untuk tempoh masa singkat dan hanya akan menggunakan data ini untuk mengaktifkan ciri perkongsian ini.

Data Latihan dan Aktiviti yang dikongsi dengan rakan mungkin termasuk: kalori atau kilojoule aktif, minit senaman, jam berdiri atau pusing, langkah, zon waktu (supaya rakan mengetahui masa anda memulakan hari anda), maklumat latihan seperti tajuk, jenis dan tempoh serta nama sebarang app pihak ketiga yang menyediakan maklumat. Butiran latihan, seperti tajuk atau jurulatih, mungkin mendedahkan maklumat sensitif tentang latihan anda, seperti sama ada ini latihan pranatal. Rakan juga mungkin menerima pemberitahuan tentang ganjaran Aktiviti dan Latihan anda. Maklumat ini akan tersedia kepada rakan untuk tempoh masa singkat. Anda boleh mengeluarkan rakan pada bila-bila masa menggunakan pilihan Keluarkan Rakan dalam Perkongsian. Anda juga boleh memilih untuk menyembunyikan Aktiviti anda daripada rakan menggunakan pilihan Sembunyikan Aktiviti saya.

E-mel yang dikaitkan dengan akaun iCloud anda akan dapat dilihat oleh sesiapa yang anda jemput atau yang anda terima jemputan.

Jika anda menggunakan ciri ini, data Latihan dan Aktiviti anda akan dihantar kepada Apple supaya Apple boleh berkongsi data ini secara selamat bersama sesiapa yang anda pilih. Apple akan mengekalkan data Latihan dan Aktiviti anda untuk tempoh masa singkat dan hanya akan menggunakan data ini untuk mengaktifkan ciri perkongsian ini. Senarai rakan perkongsian Aktiviti anda dikaitkan dengan akaun iCloud anda dan akan dipulihkan pada sebarang peranti iOS lain yang anda daftar masuk untuk menggunakan akaun iCloud ini.

Apple mengekalkan data peribadi hanya setakat yang perlu untuk memenuhi tujuan yang data tersebut dikumpulkan, termasuk seperti yang diterangkan dalam notis ini dan selaras dengan Dasar Privasi Apple atau seperti yang diperlukan oleh undang-undang. Apabila menilai tempoh pengekalan, kami mengkaji dengan teliti terlebih dahulu sama ada perlu mengekalkan data peribadi yang dikumpulkan, jika pengekalan diperlukan, berusaha untuk mengekalkan data peribadi bagi tempoh paling singkat yang dibenarkan di bawah undang-undang.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 12 Disember 2022