Julat Umur untuk App & Privasi

Peranti anda menggunakan maklumat Akaun Apple anda, termasuk tarikh lahir anda, untuk menentukan julat umur yang boleh dikongsi dengan app. Ibu bapa atau penjaga mesti mendayakan ciri ini untuk kanak-kanak dan remaja dalam kumpulan keluarga.
 

Julat Umur untuk App direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.


Privacy Icon

  • Julat Umur untuk App membolehkan anda berkongsi julat umur anda, tetapi bukan tarikh lahir sebenar anda, dengan app untuk membantunya memberikan pengalaman sesuai dengan umur.
  • Tarikh lahir dan negara atau rantau anda yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda digunakan untuk menentukan julat umur yang boleh anda pilih untuk berkongsi dengan pembangun.
  • Julat umur yang dikongsi dengan app diselaraskan merentas peranti anda menggunakan penyulitan hujung ke hujung.
  • Jika anda kanak-kanak atau remaja dalam kumpulan keluarga, ibu bapa atau penjaga anda mesti mendayakan Julat Umur untuk App bagi pihak anda dan boleh mengurus konfigurasi.
  • Jika julat umur yang anda kongsikan dengan app menunjukkan anda di bawah umur majoriti di negara atau rantau yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda, maklumat tentang sama ada kawalan ibu bapa tertentu telah didayakan mungkin juga dikongsi.

Menyediakan Julat Umur untuk App

Untuk mendayakan Julat Umur untuk App, peranti anda menggunakan maklumat Akaun Apple berikut: tarikh lahir, negara atau rantau dan keahlian serta peranan dalam kumpulan keluarga. Peranti anda juga menyemak versi sistem pengendalian peranti dan sama ada kod laluan Masa Skrin telah didayakan untuk anda atau peranti anda.

Julat Umur untuk App menyediakan tiga konfigurasi bagi berkongsi julat umur dengan app atas permintaan mereka: Tanya Dahulu, Sentiasa dan Jangan. Tanya Dahulu membenarkan anda memilih berdasarkan app demi app sama ada untuk berkongsi julat umur anda. Jika anda memilih Sentiasa, julat umur anda akan dikongsi secara automatik dengan sebarang app yang memintanya dan apabila anda memilih Jangan, julat umur anda tidak akan dikongsi dengan app. Maklumat tentang sama ada Julat Umur untuk App didayakan dan konfigurasi perkongsian (Tanya Dahulu, Sentiasa atau Jangan) dikaitkan dengan Akaun Apple anda dan diselaraskan merentas peranti yang menyokong ciri menggunakan penyulitan hujung ke hujung.

Jika anda dewasa atau remaja yang berusia 13 tahun atau lebih (atau setara di negara atau rantau anda) dan tidak dalam kumpulan keluarga menggunakan iOS atau iPadOS 26 atau lebih baharu, anda boleh mendayakan dan mengkonfigurasikan Julat Umur untuk App bagi diri anda. Tanya Dahulu dipilih secara lalai. Anda boleh mendayakan Julat Umur untuk App dan melaraskan keutamaan perkongsian anda dengan pergi ke Seting > [nama anda] > Maklumat Peribadi > Julat Umur untuk App.

Kanak-kanak dan Remaja dalam Kumpulan Keluarga dan Julat Umur untuk App

Jika anda kanak-kanak atau remaja dalam kumpulan keluarga, hanya pengelola atau ibu bapa/penjaga dalam kumpulan keluarga anda (secara kolektif, “ibu bapa/penjaga”) boleh menyediakan Julat Umur untuk App. Untuk berbuat demikian, ibu bapa/penjaga akan diminta mengesahkan umur anda, yang berdasarkan tarikh lahir yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda, kemudian memilih salah satu konfigurasi perkongsian.

Jika ibu bapa/penjaga menggunakan iOS atau iPadOS 26 atau lebih baharu, mereka boleh menyediakan Julat Umur untuk App bagi anda dari jauh pada peranti mereka dengan pergi ke Seting > Keluarga > [nama kanak-kanak atau remaja] > Maklumat Peribadi > Julat Umur untuk App. Ibu bapa/penjaga juga boleh menyediakan Julat Umur untuk App secara setempat pada peranti anda jika kod laluan Masa Skrin telah didayakan untuk anda, dengan pergi ke Seting > [nama anda] > Maklumat Peribadi > Julat Umur untuk App dan memasukkan kod laluan Masa Skrin.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Perkongsian Keluarga, termasuk peranan yang tersedia untuk kumpulan keluarga seperti pengelola, ibu bapa/penjaga, dewasa dan kanak-kanak, lawati www.apple.com/legal/privacy/data/ms/family-sharing. Untuk mendapatkan maklumat tentang penggunaan ambang umur berhubungan Perkongsian Keluarga oleh Apple, lawati support.apple.com/102617. Ambang umur khusus yang dirujuk di bawah mungkin berbeza untuk pengguna yang bergantung pada negara atau rantau yang dikaitkan dengan Akaun Apple mereka.

Berkongsi dengan App

Permintaan Julat Umur
Jika Julat Umur untuk App didayakan dan dikonfigurasikan kepada Tanya Dahulu atau Sentiasa, peranti anda akan menggunakan julat umur yang ditetapkan oleh app dalam permintaannya dan tarikh lahir yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda untuk menentukan julat umur anda. Peranti anda juga akan menyemak negara atau rantau yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda untuk menentukan had umur maksimum julat umur yang boleh dikongsi dengan pembangun, yang merupakan umur anda dianggap “dewasa” di negara atau rantau anda.

Jika anda memilih untuk berkongsi julat umur anda dengan app, peranti akan menunjukkan sama ada umur yang digunakan untuk menentukan julat umur telah disahkan oleh anda (jika anda dewasa atau remaja yang tidak berada dalam kumpulan keluarga) atau ibu bapa/penjaga anda (jika anda kanak-kanak atau remaja dalam kumpulan keluarga). Jika anda kanak-kanak atau remaja dalam kumpulan keluarga, peranti juga boleh menunjukkan sama ada sesetengah kawalan ibu bapa yang disediakan oleh Apple telah didayakan untuk anda supaya app boleh memanfaatkan alat tambahan untuk melindungi privasi dan keselamatan anda.

Jika Julat Umur untuk App belum didayakan dan dikonfigurasikan, atau anda telah menolak untuk berkongsi, peranti akan menunjukkan bahawa ciri tidak tersedia atau anda telah menolak untuk berkongsi julat umur anda.

Respons peranti kepada app tidak termasuk data peribadi; walau bagaimanapun, selepas app menerima respons, pembangun app boleh mengaitkannya dengan data peribadi yang mereka kumpul secara berasingan, termasuk penggunaan dan muat turun app mereka oleh anda. Pemprosesan respons dan maklumat lain oleh app ditadbir oleh syarat dan dasar privasi pembangun app.

Pengehadan terhadap Meminta Julat Umur
Peranti anda mengekalkan rekod respons anda kepada setiap permintaan app, termasuk nama app, sama ada julat umur telah dikongsi dan tarikh yang sepadan, serta julat umur sebenar yang dikongsi (jika anda memilih untuk berkongsi). Maklumat ini diselaraskan merentas peranti yang menyokong ciri ini dengan penyulitan hujung ke hujung supaya ia tidak boleh dibaca oleh Apple. Rekod paling terkini digunakan untuk mengenakan pengehadan apabila julat umur baharu boleh dikongsi dengan pembangun, menyediakan ciri Kongsi Julat Umur Lagi yang diterangkan di bawah dan memaklumkan anda tentang julat umur yang diminta oleh pembangun. Anda boleh melihat rekod paling terkini untuk setiap app pada peranti anda dengan pergi ke Seting > [nama anda] > Maklumat Peribadi > Julat Umur untuk App, atau Seting > [nama app] > Julat Umur untuk App, atau Seting > App > [nama app] > Julat Umur untuk App.

Kongsi Julat Umur Lagi
Kongsi Julat Umur Lagi ialah ciri Julat Umur untuk App yang membenarkan anda mereset rekod paling terkini supaya Apple membuat penentuan baharu tentang julat umur yang boleh anda kongsikan dengan pembangun semasa permintaan mereka. Untuk menggunakan Kongsi Julat Umur Lagi, pergi ke Seting > [nama anda] > Maklumat Peribadi > Julat Umur untuk App > [nama app] > Kongsi Julat Umur Lagi. Jika kod laluan Masa Skrin telah didayakan, ia mesti dimasukkan sebelum julat umur yang dikemas kini boleh dikongsi.

Permintaan Julat Umur Dikemas Kini
Jika app mengemas kini permintaannya dengan menukar penetapan julat umur, peranti akan menyemak rekod paling terkini untuk menentukan sama anda permintaan yang dikemas kini boleh menyebabkan julat umur berbeza sedang dikongsi dengan app. Jika ia boleh, peranti akan mereset rekod paling terkini dan sebagai respons kepada permintaan seterusnya daripada app, sama ada berkongsi julat umur baharu secara automatik jika Sentiasa dikonfigurasikan atau menunjukkan gesaan dikemas kini untuk julat umur baharu jika Tanya Dahulu dikonfigurasikan. Jika Sentiasa dikonfigurasikan, anda akan dimaklumkan tentang julat umur baharu jika ia lebih tepat berbanding julat umur daripada rekod paling terkini.

Mengurus Julat Umur untuk App
Anda boleh mengurus konfigurasi perkongsian bagi Julat Umur untuk App pada bila-bila masa pada peranti anda dengan pergi ke Seting > [nama anda] > Maklumat Peribadi > Julat Umur untuk App atau Seting > App > [nama app] > Julat Umur untuk App. Jika kod laluan Masa Skrin didayakan, ia mesti dimasukkan sebelum perubahan konfigurasi boleh dilakukan. Jika anda kanak-kanak atau remaja dalam kumpulan keluarga, ibu bapa/penjaga dalam kumpulan keluarga anda boleh mengurus konfigurasi daripada peranti mereka dengan pergi ke Seting > Keluarga > [nama kanak-kanak atau remaja] > Maklumat Peribadi > Julat Umur untuk App > Kongsi dengan App.

Jika konfigurasi perkongsian dikemas kini, konfigurasi perkongsian baharu akan digunakan sebagai respons kepada permintaan seterusnya daripada pembangun. Menukar konfigurasi perkongsian kepada Sentiasa akan bertindak sebagai reset untuk sebarang app yang anda tolak daripada berkongsi julat umur sebelum ini.

Jika anda perlu mengemas kini tarikh lahir yang dikaitkan dengan Akaun Apple, anda boleh melakukannya pada peranti anda dengan pergi ke Seting > [nama anda] > Maklumat Peribadi. Jika anda perlu mengemas kini tarikh lahir yang dikaitkan dengan kanak-kanak atau remaja dalam kumpulan keluarga, anda boleh melakukannya pada peranti anda dengan pergi ke Seting > Keluarga > [nama kanak-kanak atau remaja] > Maklumat Peribadi. Selepas tarikh lahir dikemas kini, ciri Julat Umur untuk App mesti didayakan semula.

Pengehadan Serantau tentang Berkongsi Julat Umur

Di sesetengah negara atau rantau, Apple diperlukan oleh undang-undang untuk berkongsi maklumat julat umur anda dengan app apabila diminta. Jika Akaun Apple anda atau Akaun Apple kanak-kanak atau remaja ditentukan sebagai berada di salah satu negara atau rantau tersebut, Julat Umur untuk App akan disetkan kepada seting perkongsian Sentiasa dan akan terdapat pengehadan tentang menukar konfigurasi ini. Peranti anda turut akan berkongsi cara umur anda disahkan dan sama ada sesetengah keperluan khusus serantau digunakan untuk anda.

Asas Undang-undang yang Berkenaan untuk Pemprosesan Data Peribadi

Kami memproses data peribadi untuk Julat Umur untuk App umumnya untuk pelaksanaan kontrak anda dengan Apple, seperti yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan dan mematuhi kewajipan undang-undang kami. Jika persetujuan ialah asas undang-undang yang bersesuaian, kami mendapatkannya berpandukan undang-undang tempatan yang berkenaan.

Jika dibenarkan undang-undang tempatan yang berkenaan, kami memproses data peribadi mengikut keperluan untuk tujuan kepentingan sah kami atau pihak ketiga untuk mendayakan persediaan dan memberikan ciri kepada anda atau kanak-kanak dalam kumpulan keluarga anda jika anda ibu bapa/penjaga.

Data yang digunakan termasuk:

  • Maklumat Akaun Apple, termasuk tarikh lahir dan negara atau rantau anda, serta keahlian dan peranan keluarga
  • Maklumat peranti, termasuk versi sistem pengendalian peranti

Pengekalan

Apple mengekalkan data peribadi hanya setakat yang perlu untuk memenuhi tujuan data tersebut dikumpulkan, termasuk seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi Apple atau dalam notis privasi khusus perkhidmatan kami, atau seperti yang diperlukan oleh undang-undang. Apabila menilai tempoh pengekalan, kami mengkaji dengan teliti terlebih dahulu sama ada perlu mengekalkan data peribadi yang dikumpulkan, jika pengekalan diperlukan, berusaha untuk mengekalkan data peribadi bagi tempoh paling singkat yang mungkin, yang dibenarkan di bawah undang-undang.

Jika anda mempunyai soalan tentang cara maklumat peribadi anda digunakan berkenaan Julat Umur untuk App atau anda mahu menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami, anda boleh menghubungi kami di www.apple.com/my/privacy/contact.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy.

2025-12-12