-
Apple Business & Privasi
-
Ciri yang tersedia dalam app Apple Business bergantung pada perkara yang telah didayakan. Jika organisasi anda mengurus peranti ini menggunakan Apple Business dari jauh, ia boleh memproses data yang dikaitkan dengan Akaun Apple Terurus anda, termasuk sebarang perkhidmatan yang anda akses menggunakan akaun ini.
Apple Business membolehkan anda memasang app yang ditetapkan oleh organisasi anda, melihat liputan dan maklumat pembaikan untuk peranti terurus, membatalkan permintaan pembaikan dan menggunakan ciri dan perkhidmatan yang didayakan oleh organisasi anda.
-
Jika organisasi anda menggunakan perkhidmatan pengurusan peranti sebagai sebahagian daripada Apple Business, app Apple Business dipasang secara automatik oleh organisasi anda. Apple Business menggunakan Akaun Apple Terurus anda, yang dicipta oleh organisasi anda, untuk memaparkan app yang ditetapkan oleh organisasi anda untuk anda muat turun dan pasang. Apple Business menggunakan pengecam peranti untuk mengesahkan anda dan untuk memaparkan maklumat yang berkaitan dengan Apple Business dan sebarang pelan yang telah ditugaskan kepada anda, seperti peranti terurus anda, sebarang perlindungan AppleCare+ untuk Business, perlindungan jaminan dan status pembaikan. Jika anda melawat app atau tapak web Sokongan Apple daripada Apple Business, maklumat peranti dan seting bahasa serta rantau anda akan digunakan oleh Sokongan Apple untuk memaparkan pilihan pembaikan yang diperibadikan. Anda juga boleh membatalkan permintaan pembaikan daripada Apple Business tanpa melawat Sokongan Apple.
Jika anda mendaftarkan peranti peribadi dalam perkhidmatan pengurusan peranti sebagai sebahagian daripada Apple Business, organisasi anda tidak akan menerima nombor siri peranti anda. Selain itu, Apple Business dan app lain yang diurus oleh organisasi anda akan diselenggarakan secara berasingan daripada app yang tidak diurus pada peranti anda. Organisasi anda hanya boleh mengakses data yang dikaitkan dengan app diurus anda, bukan app tidak diurus anda. Apabila peranti anda menyahdaftar daripada Apple Business, semua app terurus termasuk Apple Business dan data berkaitan akan dipadam daripada peranti anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara organisasi anda memproses data yang dikaitkan dengan app terurus anda, tanya pentadbir anda.
Jika organisasi anda mendayakan direktori e-mel dan pekerja di rantau yang disokong, Apple akan memaparkan maklumat yang mungkin telah dikaitkan dengan Akaun Apple Terurus anda oleh organisasi anda, seperti nama, maklumat hubungan, peranan dan foto anda, serta maklumat yang anda pilih untuk berikan, termasuk nama dan kata ganti nama pilihan anda dalam direktori pekerja.
Maklumat yang diproses oleh Apple bagi pihak organisasi anda berhubung dengan peruntukan perkhidmatannya yang memerlukan Akaun Apple Terurus di bawah Syarat Perkhidmatan Apple Business akan dikendalikan berpandukan Lampiran 2, Bahagian 4 Syarat Perkhidmatan Apple Business, yang boleh ditemui di business.apple.com.
2026-04-14