Apple ID, Perkhidmatan Media & Privasi

Apple ID anda membolehkan anda log masuk ke perkhidmatan yang tersedia. Apple merekodkan data penggunaan tertentu untuk tujuan keselamatan, sokongan dan pelaporan.
 

Apple ID direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Privacy Icon

  • Apple ID anda membolehkan anda log masuk ke perkhidmatan tertentu.
  • Peranti anda akan dikaitkan dengan Apple ID anda untuk menyediakan perkhidmatan dan sokongan yang lebih baik kepada anda.

Apple ID anda dan semua perkhidmatan Apple direka bentuk secara menyeluruh untuk melindungi privasi anda. Kami berusaha untuk mengumpulkan data yang kami perlukan sahaja untuk menambah baik pengalaman anda. Apabila kami mengumpulkan data, kami yakin bahawa anda seharusnya dimaklumkan tentang jenis data yang kami kumpulkan dan sebab kami memerlukan data tersebut agar anda boleh membuat pilihan yang termaklum.

Apple ID ialah akaun peribadi yang anda gunakan untuk mengakses perkhidmatan Apple seperti Apple Music dan app Apple TV. Apple menyimpan maklumat yang dikaitkan dengan Apple ID anda agar kami boleh menyegerakkan kandungan yang anda dengar dan tonton merentas semua peranti anda yang disokong. Jika anda memilih untuk menggunakan langganan Apple Music Family, anda juga boleh menggunakan Apple ID anda untuk mengakses iCloud dan Perkongsian Keluarga, seperti yang dibincangkan dalam www.apple.com/legal/privacy/data/ms/apple-id.

Apple mengumpulkan data yang dikaitkan dengan penggunaan anda terhadap Apple ID anda untuk keselamatan anda ketika log masuk ke perkhidmatan sedemikian.

Asas Undang-undang yang Berkenaan untuk Pemprosesan Data Peribadi

Secara umumnya, kami memproses data peribadi anda untuk Apple ID bagi pelaksanaan kontrak anda dengan Apple, sebagaimana diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan dan untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami. Apabila persetujuan merupakan asas undang-undang yang wajar, kami akan memperoleh persetujuan yang diperlukan mengikut undang-undang setempat yang berkenaan.

Apabila dibenarkan oleh undang-undang setempat yang berkenaan, kami akan memproses data peribadi sebagaimana diperlukan untuk tujuan kepentingan yang sah bagi kami atau pihak ketiga untuk mengelakkan penipuan dan aktiviti hasad lain dan untuk tujuan keselamatan.

Data ini merangkumi penggunaan anda terhadap Apple ID anda.

Maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan sentiasa diperlakukan mengikut Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 18 September 2023