Rakan Apple Music & Privasi

Maklumat profil tertentu adalah sentiasa awam, tetapi anda boleh mengawal orang yang mengikut aktiviti anda. Apple Music tidak mengetahui kenalan anda apabila mengesyorkan rakan.
 

Rakan Apple Music direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Privacy Icon

  • Apabila anda mencipta profil, maklumat tertentu adalah sentiasa awam, tetapi anda mengawal orang yang mengikut aktiviti anda.
  • Apple Music boleh mengesyorkan rakan baharu dengan menyemak kenalan pada peranti anda secara berkala. Ini dilakukan dalam cara supaya Apple Music tidak mengetahui kenalan anda.
  • Anda mengawal sama ada orang yang mempunyai maklumat hubungan Apple ID anda melihat anda sebagai rakan disyorkan.

Melindungi privasi dan keselamatan maklumat anda ialah keutamaan semua orang di Apple. Kami berusaha keras untuk hanya mengumpulkan data yang kami perlukan untuk menjadikan pengalaman anda lebih baik. Apabila kami mengumpulkan data, kami percaya penting untuk anda mengetahui perkara yang kami kumpulkan dan sebab kami memerlukannya, supaya anda boleh membuat pilihan termaklum. Apple Music, seperti setiap produk dan perkhidmatan Apple, direka bentuk berpandukan prinsip ini.

Jika anda mahu berhubung atau berkongsi dengan orang lain menggunakan Apple Music, anda boleh mencipta profil peribadi dengan memberi nama pengguna (contohnya, @johnappleseed), nama paparan dan jika diperlukan, foto profil dan maklumat lain. Apple menyimpan maklumat ini dengan akaun anda supaya anda boleh mengaksesnya daripada mana-mana peranti anda. Nama pengguna, nama paparan dan foto profil anda boleh kelihatan bersama-sama sebarang kandungan yang anda siarkan dan aktiviti yang anda kongsi pada Apple Music. Perkongsian dan siaran kandungan tidak ditujukan atau tersedia untuk Apple ID kanak-kanak pada masa ini.

Orang lain juga mungkin dapat mencari profil Apple Music anda menggunakan maklumat yang anda berikan.

Anda boleh menjadikan kandungan profil anda, seperti aktiviti pendengaran dan senarai main, tersedia hanya kepada orang yang anda pilih. Walau bagaimanapun, maklumat profil anda, seperti nama pengguna, nama paparan, foto, pengikut anda dan orang yang anda ikuti, sentiasa kelihatan kepada semua orang.

Apabila anda mencipta profil di Apple Music, kami akan mengesyorkan pelanggan Apple Music lain yang mungkin anda mahu berhubung sebagai rakan. Apple tidak mengetahui atau menyimpan maklumat daripada kenalan anda apabila menyemak rakan untuk disyorkan. Hanya cincangan yang dipendekkan dan disulitkan daripada nombor telefon dan alamat e-mel dalam kenalan anda dihantar kepada Apple dan kemudian pelanggan Apple Music sepadan yang disyorkan ditentukan pada peranti anda secara setempat. Apple Music boleh menyemak kenalan anda secara berkala untuk mengesyorkan rakan baharu pada masa hadapan; anda boleh mengawal ini dalam Seting Akaun dengan menyahdayakan Kenalan pada Apple Music. Jika anda tidak mahu ditemui oleh orang lain berdasarkan maklumat hubungan Apple ID yang mereka mungkin miliki tentang anda dalam kenalan mereka, anda boleh menukar ini dalam Seting Akaun dengan menyahdayakan Pencarian Apple ID.

Maklumat yang anda beri dalam profil anda boleh dikemas kini atau dikeluarkan oleh anda pada bila-bila masa. Pada bila-bila masa anda berkongsi dalam talian, anda patut berfikir dengan cermat tentang perkara yang anda siarkan kepada orang awam. Apabila anda berkongsi daripada Apple Music ke tapak web atau rangkaian sosial lain, sebarang perkara yang anda kongsi ditadbir oleh dasar privasi perkhidmatan tersebut.

Asas Undang-undang yang Berkenaan untuk Pemprosesan Data Peribadi

Kami memproses data peribadi anda dalam Rakan Apple Music umumnya untuk pelaksanaan kontrak anda dengan Apple, seperti yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan dan mematuhi kewajipan undang-undang kami. Jika persetujuan ialah asas undang-undang yang bersesuaian, kami mendapatkannya selaras dengan undang-undang tempatan yang berkenaan.

Jika dibenarkan undang-undang tempatan, kami memproses data peribadi mengikut keperluan untuk tujuan kepentingan sah kami, termasuk untuk menyediakan Rakan Apple Music dan mencadangkan pelanggan Apple Music lain yang anda mungkin mahu berhubung.

Data yang digunakan termasuk:

  • Maklumat profil Rakan Apple Music dan maklumat hubungan Apple ID anda
  • Kandungan yang anda siarkan dan kongsi, orang yang anda ikuti dan orang yang mengikuti anda
  • Maklumat tentang kenalan anda
  • Pelanggan Apple Music yang mungkin anda mahu berhubung

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 6 April 2023