Surat Berita Apple News & Privasi

Surat berita Apple News direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan juga memberikan anda pilihan untuk menerima surat berita yang diperibadikan.

Privacy Icon

  • Anda boleh ikut serta untuk menerima surat berita Apple News dengan cerita terbaik yang dipilih oleh editor kami dengan menyediakan alamat e-mel anda.
  • Di sesetengah negara, anda juga boleh memilih untuk menerima versi surat berita Apple News yang diperibadikan dengan cerita yang sepadan dengan minat anda.
  • Sejarah bacaan News anda untuk surat berita diperibadikan disimpan pada peranti anda. Disebabkan maklumat beragregat yang dihantar kepada Apple tidak menggambarkan cerita yang anda telah baca, Apple tidak mengetahui sejarah bacaan anda.

Surat berita Apple News tersedia di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan United Kingdom. Di sesetengah negara, surat berita diperibadikan juga tersedia.

Surat Berita Apple News

Anda boleh menyediakan Apple dengan alamat e-mel anda supaya kami boleh menghantar e-mel surat berita kepada anda dengan cerita terbaik yang dipilih oleh editor Apple News dan menghantar kemas kini penting yang lain tentang Apple News kepada anda. Anda boleh mengikut serta atau menarik diri daripada menerima e-mel Apple News dalam app News. Pada peranti iOS atau iPadOS, skrol ke bahagian bawah senarai Following anda dan di bawah Manage, pilih Notifications & Email. Pada Mac, pilih File > Manage Notifications & Email. Anda juga boleh mengikut serta atau menarik diri daripada mana-mana sahaja anda mengurus seting Apple ID anda. Anda boleh mengurus seting Apple ID anda dalam Seting pada peranti iOS atau iPadOS, dalam Keutamaan Sistem pada Mac dan di appleid.apple.com/my.

Surat Berita Diperibadikan Apple News

Di sesetengah negara, anda boleh memilih untuk menerima versi surat berita Apple News yang diperibadikan. Surat berita diperibadikan termasuk cerita terbaik yang dipilih oleh editor Apple News, serta cerita dipilih oleh editor yang sepadan dengan minat anda.

Jika anda memilih untuk menerima surat berita diperibadikan, kecerdasan buatan pada peranti akan menganalisis bacaan anda untuk menghimpunkan anda bersama beribu-ribu pengguna lain dengan minat yang serupa dan maklumat tentang minat tersebut akan dihantar kepada Apple untuk memperibadikan surat berita anda.

Sejarah bacaan Apple News anda disimpan pada peranti anda. Disebabkan maklumat beragregat yang dihantar kepada Apple tidak menggambarkan cerita yang anda telah baca, Apple tidak mengetahui sejarah bacaan anda. Jika anda melanggan Apple News+, anda juga akan menerima keluaran baharu majalah yang anda ikuti dalam surat berita e-mel anda. Senarai saluran Apple News+ yang anda ikuti akan dihantar kepada Apple dan dipautkan kepada Apple ID anda.

Jika anda tidak mahu menerima surat berita diperibadikan, anda boleh menarik diri dalam app News. Pada peranti iOS atau iPadOS, skrol ke bahagian bawah senarai Following anda dan di bawah Manage, pilih Notifications & Email. Pada Mac, pilih File > Manage Notifications & Email. Anda juga boleh menarik diri daripada mana-mana sahaja anda mengurus seting Apple ID anda. Anda boleh mengurus seting Apple ID anda dalam Seting pada peranti iOS atau iPadOS, dalam Keutamaan Sistem pada Mac dan di appleid.apple.com/my.

Jika anda mahu menerima surat berita diperibadikan di negara tempat ia tersedia, anda perlu mengikut serta daripada app News. Jika tidak, jika anda mengikut serta daripada Seting, Keutamaan Sistem atau appleid.apple.com/my, anda akan menerima surat berita yang tidak diperibadikan.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

ms_apple-news-newsletter_index[DATE]