App Penyelidikan Apple & Privasi

App Penyelidikan Apple membolehkan anda mencari, mendaftar dan menyertai kajian penyelidikan Apple menggunakan iPhone anda. Anda boleh mengurus pengumpulan dan penggunaan maklumat anda untuk setiap kajian yang anda daftar serta anda boleh menghentikan perkongsian data dengan sebarang kajian pada bila-bila masa.
 

App Penyelidikan Apple direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Privacy Icon

  • Sebarang maklumat yang dikumpulkan atau diakses oleh app Penyelidikan Apple disimpan dalam bentuk disulitkan jika anda mempunyai kod laluan pada peranti iOS anda. Data penyelidikan mungkin termasuk maklumat demografi, maklumat kesihatan, maklumat tentang penggunaan app Penyelidikan Apple oleh anda dan data sensor serta penggunaan anda daripada peranti iOS dan watchOS anda.
  • Maklumat daripada app Penyelidikan Apple akan dikongsi dengan kajian hanya selepas anda menyertai kajian tersebut dengan menandatangani keizinan untuk kajian tersebut dan membenarkan maklumat yang kajian mungkin kumpulkan atau akses dalam app Penyelidikan Apple.
  • Jika anda memilih untuk berkongsi maklumat anda dengan Apple sebagai sebahagian daripada kajian, maklumat anda akan disulitkan semasa dihantar dan disimpan pada pelayan Apple. Apple tidak akan dapat membaca sebarang maklumat yang mengenal pasti anda secara terus (seperti nama, alamat e-mel dan nombor telefon anda) yang dikumpulkan menerusi app Penyelidikan Apple.
  • Anda boleh mengurus pengumpulan dan penggunaan maklumat anda untuk setiap kajian yang anda daftar serta anda boleh berhenti berkongsi data dengan sebarang kajian pada bila-bila masa.

App Penyelidikan Apple membolehkan anda mencari, mendaftar dan menyertai kajian penyelidikan Apple menggunakan iPhone anda, termasuk membolehkan anda berkongsi maklumat tertentu yang dikumpulkan oleh peranti iOS, watchOS anda dan peranti lain. Teks ini menerangkan dan mentadbir perlindungan privasi untuk app Penyelidikan Apple.

Anda boleh mengurus pengumpulan dan penggunaan maklumat anda, termasuk data peribadi anda, untuk setiap kajian yang anda daftar. Sebarang maklumat yang dikumpulkan atau diakses oleh app Penyelidikan Apple disimpan dalam bentuk disulitkan jika anda mempunyai kod laluan pada peranti iOS anda.

Maklumat daripada app Penyelidikan Apple akan dikongsi dengan kajian hanya selepas anda menyertai kajian tersebut dengan menandatangani keizinan untuk kajian tersebut dan membenarkan maklumat yang kajian mungkin kumpulkan atau akses dalam app Penyelidikan Apple. Jika anda memilih untuk berkongsi maklumat anda dengan Apple sebagai sebahagian daripada kajian, maklumat anda akan disulitkan semasa dihantar dan disimpan pada pelayan Apple. Apple tidak akan dapat membaca sebarang maklumat yang mengenal pasti anda secara terus (seperti nama, alamat e-mel dan nombor telefon anda) yang dikumpulkan menerusi app Penyelidikan Apple.

Data penyelidikan dikumpulkan atau diakses oleh app Penyelidikan Apple mungkin termasuk:

  • Maklumat Profil Penyelidikan: Apabila mendaftar dalam kajian pertama, anda akan diminta untuk memberikan maklumat tertentu untuk mencipta profil penyelidikan dalam app Penyelidikan Apple, yang termasuk maklumat seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon dan tarikh lahir anda. Anda mesti menyediakan maklumat profil ini sebelum anda boleh menyertai sebarang kajian yang dijalankan dalam app Penyelidikan Apple. Maklumat profil anda mungkin digunakan untuk menentukan sama ada anda layak untuk kajian tertentu. Pemprosesan maklumat profil anda ini untuk tujuan kelayakan kajian akan dilakukan pada peranti. Apple tidak akan mempunyai akses ke maklumat hubungan anda atau tarikh lahir penuh anda.
  • Maklumat Demografi: Anda juga akan diminta untuk menyediakan maklumat demografi tertentu seperti jantina dan bangsa. Anda tidak perlu menyediakan sebarang maklumat demografi sebelum menyertai kajian. Maklumat demografi anda mungkin digunakan untuk menentukan sama ada anda layak untuk kajian tertentu. Pemprosesan maklumat demografi anda ini untuk tujuan kelayakan kajian akan dilakukan pada peranti.
  • Maklumat App Kesihatan: Jika anda mempunyai maklumat dalam app Kesihatan, anda boleh memilih untuk berkongsi maklumat tersebut dengan kajian tertentu. Maklumat ini mungkin termasuk rekod kesihatan, ukuran badan, tanda vital dan maklumat kesihatan reproduktif anda seperti tempoh kitaran haid dan simptom berkaitan.
  • Maklumat Penggunaan App Penyelidikan Apple: Ini ialah maklumat tentang penggunaan dan interaksi anda dengan app Penyelidikan Apple dan kajian khusus dalamnya. Contohnya, ini mungkin termasuk maklumat tentang pemberitahuan berkaitan kajian yang anda terima dan tindakan yang anda ambil sebagai respons terhadap pemberitahuan sedemikian; apabila anda mendaftar kajian tertentu; bilangan tugas berkaitan kajian yang anda telah mulakan dan selesaikan; kekerapan dan jumlah data yang dihantar daripada app Penyelidikan; cara anda melancarkan app Penyelidikan; dan maklumat tentang cara app Penyelidikan berfungsi.
  • Data Sensor & Penggunaan: Maklumat penggunaan sensor dan peranti ini tersedia hanya untuk kajian penyelidikan yang memenuhi keperluan tertentu, termasuk disemak oleh jawatankuasa etika penyelidikan. Anda boleh mengawal Data Sensor & Penggunaan yang anda kongsikan dengan setiap kajian yang anda sertai dan anda boleh menghentikan perkongsian data ini dengan sebarang kajian pada bila-bila masa. Ketahui lebih lanjut di Seting > Privasi & Keselamatan > Data Sensor & Penggunaan Penyelidikan.
  • Jenis Data Lain: Sesetengah kajian dalam app Penyelidikan Apple mungkin mengumpul atau mengakses jenis data tambahan, seperti data audio atau video atau maklumat yang dijana daripada ujian atau tinjauan yang dilakukan menerusi app Penyelidikan Apple. Keizinan setiap kajian akan menerangkan pengumpulan, penggunaan dan perkongsian data sedemikian, jika berkenaan.

Anda boleh menghentikan perkongsian sebarang data yang dikumpulkan atau diakses menerusi app Penyelidikan Apple dengan sebarang kajian dalam app Penyelidikan Apple pada bila-bila masa dengan pergi ke tab Data Anda dan mengikuti arahan atas skrin.

Anda juga boleh menghentikan penyertaan dalam sebarang kajian pada bila-bila masa. Anda boleh menarik diri daripada kajian yang dijalankan dalam app Penyelidikan Apple dengan pergi ke tab Kajian, memilih kajian yang berkaitan dan mengetik “Tarik Diri daripada kajian ini”. Harap maklum bahawa memadamkan atau mengeluarkan app Penyelidikan Apple hanya akan menjeda pengumpulan dan perkongsian data — bukan menarik diri anda daripada kajian. Dasar pengekalan khusus dan langkah yang perlu anda lakukan untuk menarik diri akan diterangkan dalam Perjanjian Persetujuan bagi setiap kajian.

Maklumat disimpan dalam app Penyelidikan Apple anda mungkin tidak mencerminkan sejarah perubatan lengkap anda dan tidak patut digunakan sebagai ganti untuk rekod kesihatan rasmi anda atau sebarang keputusan perubatan yang profesional. Anda patut merujuk penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan dengan kesihatan anda. Maklumat yang disimpan dalam app Penyelidikan Apple anda juga mungkin tidak mencerminkan rekod kajian lengkap anda. Anda patut merujuk hubungan yang disenaraikan dalam keizinan untuk setiap kajian jika anda mempunyai sebarang soalan tentang rekod kajian anda.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple berkenaan penggunaan app Penyelidikan Apple atau sebarang ciri yang didayakan menerusi app Penyelidikan Apple oleh anda, akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi App Kajian Kesihatan Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/legal/privacy/apple-health-studies/my.

Tarikh Terbitan: 12 Disember 2022