Analitis & Privasi Beats

Analitis direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Apple Inc. inginkan bantuan anda untuk meningkatkan kualiti dan prestasi produk serta perkhidmatannya. App Beats boleh mengumpul maklumat analitis secara automatik tentang produk Beats anda dan menghantar maklumat tersebut kepada Apple untuk analisis tetapi hanya dengan persetujuan anda.

Apple mengumpulkan maklumat analitis tentang app Beats dan produk Beats anda, seperti versi perisian peranti, kejadian penamaan semula peranti, dan kadar kejayaan dan kegagalan kemas kini peranti, untuk meningkatkan produk. Tiada maklumat yang dikumpul mengecam anda secara peribadi. Maklumat yang dikumpul akan digunakan oleh Apple hanya untuk meningkatkan kualiti dan prestasi app Beats serta produk Beats.

Jika anda telah bersetuju untuk memberikan Apple maklumat ini, dan anda telah memberikan Keizinan Lokasi, lokasi anggaran produk Beats anda mungkin dihantar kepada Apple. Data lokasi analitis ini mungkin termasuk maklumat seperti lokasi anggaran produk Beats anda apabila bersambung atau memutuskan sambungan daripada peranti berpasangan anda. Anda boleh memilih untuk menyahdayakan Keizinan Lokasi untuk app Beats pada bila-bila masa dengan pergi ke Seting App > Seting Android, dan mengemas kini Keizinan Lokasi anda.

Dengan mengikut serta Analitis, anda bersetuju dan memberi persetujuan atas penghantaran, pengumpulan, penyelenggaraan, pemprosesan, dan penggunaan maklumat ini oleh Apple dan sekutu, subsidiari, dan ejennya seperti yang diterangkan di atas. Anda boleh menarik balik persetujuan anda dan menyahdayakan terus Analitis pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian, pergi ke Seting App dan pilih Jangan Hantar.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpul oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy.