Analitis Peranti & Privasi

Analitis direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Analitis Peranti iOS

Analitis iPhone mungkin termasuk butiran tentang spesifikasi perkakasan dan sistem pengendalian, statistik prestasi dan data tentang cara anda menggunakan peranti serta aplikasi anda. Maklumat ini digunakan untuk membantu Apple meningkatkan dan membangunkan produk serta perkhidmatannya. Maklumat yang dikumpulkan tidak mengenal pasti anda secara peribadi. Data peribadi tidak dilog langsung, tertakluk pada teknik pengekalan privasi seperti privasi kebezaan atau dikeluarkan daripada sebarang laporan sebelum ia dihantar kepada Apple. Anda boleh menyemak maklumat ini pada peranti iOS anda dengan pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Analitis & Peningkatan dan mengetik Data Analitis.

Jika anda telah bersetuju untuk memberikan Apple maklumat ini dan anda telah mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi, lokasi peranti anda juga mungkin dihantar untuk membantu Apple menganalisis isu prestasi (contohnya, kekuatan atau kelemahan isyarat mudah alih atau Wi-Fi di lokasi tertentu). Data lokasi analitis ini mungkin termasuk lokasi seperti lokasi di mana panggilan tamat atau lokasi transaksi dalam kedai yang gagal. Anda boleh memilih untuk menyahdayakan Perkhidmatan Lokasi untuk Analitis pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian, pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi > Perkhidmatan Sistem dan ketik untuk menyahaktifkan Analitis iPhone.

Jika anda bersetuju untuk menghantar maklumat Analitis kepada Apple daripada berbilang peranti yang menggunakan akaun iCloud sama, kami mungkin mengaitkan sesetengah data penggunaan tentang app Apple merentas peranti tersebut dengan penyelarasan menggunakan penyulitan hujung ke hujung. Kami melakukan penyulitan ini dengan cara yang tidak mendedahkan anda kepada Apple.

Anda juga boleh memilih untuk menyahdayakan terus perkongsian Analitis Peranti. Untuk berbuat demikian, pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Analitis & Peningkatan dan nyahaktifkan Kongsi Analitis iPhone. Jika anda telah memasangkan Apple Watch dengan iPhone anda, maka ketik untuk menyahaktifkan Kongsi Analitis iPhone & Jam.

Dengan menggunakan ciri ini, anda bersetuju dan mengizinkan penghantaran, pengumpulan, penyenggaraan, pemprosesan dan penggunaan maklumat ini oleh Apple dan subsidiari serta ejennya seperti yang diterangkan di atas.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 12 Disember 2022