SOS Kecemasan & Privasi

SOS Kecemasan akan berkongsi lokasi anda apabila peranti anda menghubungi perkhidmatan kecemasan. Kenalan kecemasan anda turut akan dimaklumkan dengan lokasi anda. Lokasi akan dikongsi walaupun anda tidak mendayakan Perkhidmatan Lokasi.
 

SOS Kecemasan direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Privacy Icon

  • Apabila menggunakan SOS Kecemasan untuk menghubungi perkhidmatan kecemasan, panggilan mungkin menyertakan lokasi anda, tidak kira sama ada anda mendayakan Perkhidmatan Lokasi, untuk membolehkan pembantu kecemasan membantu anda.
  • Apabila panggilan tamat, anda boleh memilih untuk menghantar mesej kepada kenalan kecemasan anda dengan lokasi anda dan pemberitahuan bahawa anda telah memanggil perkhidmatan kecemasan.

Dengan SOS Kecemasan, anda boleh membuat panggilan dengan cepat dan mudah untuk mendapatkan bantuan serta mengisyaratkan kenalan kecemasan anda. Apabila anda membuat panggilan dengan SOS Kecemasan, peranti anda menghubungi nombor kecemasan tempatan secara automatik. Di sesetengah negara dan rantau, anda mungkin perlu memilih perkhidmatan yang anda mahu ditetapkan sebagai perkhidmatan kecemasan anda. Untuk membolehkan pembantu kecemasan membantu anda, panggilan ini mungkin menyertakan lokasi anda, tidak kira sama ada anda mendayakan Perkhidmatan Lokasi. Setelah panggilan tamat, anda boleh memilih untuk memaklumkan kenalan kecemasan anda dengan mesej yang menyatakan bahawa anda telah memanggil perkhidmatan kecemasan. Mesej ini turut menyertakan lokasi semasa anda. Anda boleh mengurus kenalan kecemasan anda dengan mengedit ID Perubatan anda dalam app Kesihatan pada iPhone.

Untuk tempoh masa terhad, peranti anda akan menghantar kemas kini kepada kenalan kecemasan anda apabila lokasi anda berubah. Anda akan menerima pemberitahuan apabila ini berlaku. Apabila anda menggunakan SOS Kecemasan pada Apple Watch, anda boleh menghentikan kemas kini ini dengan mengetik Henti Berkongsi dalam pemberitahuan pada Apple Watch anda. Apabila anda menggunakan SOS Kecemasan pada iPhone, anda boleh menghentikan kemas kini ini dengan mengetik bar status pada iPhone anda dan memilih Henti Berkongsi Lokasi Kecemasan.

Jika Perkhidmatan Lokasi dinyahdayakan, ia akan didayakan buat sementara untuk memaklumkan kenalan kecemasan anda tentang lokasi anda. Apabila lokasi anda dikongsi, anda akan menerima peringatan untuk berhenti setiap empat jam selama 24 jam. Jika anda tidak mahu menghantar lokasi anda kepada kenalan kecemasan anda, pada iPhone anda pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi > Perkhidmatan Sistem dan ketik untuk menyahaktifkan Panggilan & SOS Kecemasan.

Tarikh Terbitan: 12 September 2022