Face ID & Privasi

Face ID direka bentuk untuk melindungi maklumat anda.

Face ID Mengesahkan Anda Menggunakan Kamera TrueDepth

Face ID boleh digunakan untuk membuka kunci iPhone atau iPad anda. Dengan menggunakan kamera TrueDepth, Face ID menentukan sama ada orang yang sedang melihat pada iPhone atau iPad ialah pengguna berdaftar. Penggunaan lain Face ID termasuk membuat bayaran menggunakan Apple Pay, membuat pembelian dalam App Store dan mengesahkan dalam app.

Data Face ID — termasuk perwakilan matematik wajah anda — disulitkan dan dilindungi dengan kunci yang hanya tersedia kepada Secure Enclave. Data ini akan diperincikan dan dikemas kini sambil anda menggunakan Face ID untuk meningkatkan pengalaman anda, termasuk apabila pengesahan anda berjaya. Face ID juga akan mengemas kini data ini apabila ia mengesan padanan hampir namun kod laluan dimasukkan seterusnya untuk membuka kunci peranti.

Data Face ID tidak meninggalkan peranti anda dan langsung tidak disandarkan ke iCloud atau tempat lain.

Anda Mempunyai Kawalan ke Atas Face ID

Jika anda memilih untuk mendaftar dalam Face ID, anda boleh mengawal cara ia digunakan atau menyahdayakannya pada bila-bila masa. Contohnya, jika anda tidak mahu menggunakan Face ID untuk membuka kunci iPhone atau iPad anda, pergi ke Seting > Face ID & Kod Laluan, masukkan kod laluan anda, kemudian ketik untuk menyahaktifkan Buka Kunci iPhone atau Buka Kunci iPad. Untuk menyahdayakan Face ID, pergi ke Seting > Face ID & Kod Laluan, masukkan kod laluan anda, kemudian ketik Reset Face ID. Melakukan sedemikian akan memadamkan data Face ID, termasuk perwakilan matematik wajah anda, daripada peranti anda. Jika anda memilih untuk memadamkan atau mereset peranti anda menggunakan Cari atau dengan memadamkan semua kandungan dan seting, semua data Face ID akan dipadamkan.

Face ID dan App

Dalam app yang disokong, anda boleh mendayakan Face ID untuk pengesahan. App hanya dimaklumkan sama ada pengesahan berjaya. App tidak boleh mengakses data Face ID yang dikaitkan dengan wajah yang didaftarkan.

Penggunaan Lain Kamera TrueDepth

Walaupun anda tidak mendaftar dalam Face ID, kamera TrueDepth diaktifkan secara pintar untuk menyokong ciri kesedaran perhatian, seperti memalapkan paparan jika anda tidak melihat pada iPhone atau iPad anda atau menurunkan kelantangan isyarat jika anda melihat pada peranti anda. Contohnya, apabila anda menggunakan Safari, peranti anda akan memeriksa untuk menentukan sama ada anda melihat pada peranti anda dan mematikan skrin jika anda tidak melihat peranti.

Jika anda tidak mahu menggunakan ciri-ciri ini, anda boleh pergi ke Seting > Face ID & Kod Laluan, masukkan kod laluan anda, kemudian ketik untuk menyahaktifkan Ciri Kesedaran Perhatian.