Persediaan Keluarga & Privasi

Persediaan Keluarga membolehkan anda memasangkan Apple Watch ahli keluarga dengan iPhone anda. Untuk ciri tertentu, anda akan mempunyai keupayaan meminta dan menerima data tertentu daripada Apple Watch ahli keluarga anda.
 

Persediaan Keluarga direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Privacy Icon

  • Persediaan Keluarga membolehkan anda memasangkan Apple Watch ahli keluarga dengan iPhone anda.
  • Sesetengah ciri watchOS yang tersedia dengan Persediaan Keluarga mungkin memerlukan penggunaan data peribadi.
  • Untuk ciri tertentu, anda akan mempunyai keupayaan meminta dan menerima data tertentu daripada Apple Watch ahli keluarga anda atau keupayaan untuk melihat log aktiviti yang berkaitan. Ini termasuk perkara seperti data kesihatan ahli keluarga anda, buka kunci Waktu Sekolah, lokasi dan data kenalan. Untuk data kesihatan dan buka kunci Waktu Sekolah, maklumat akan dihantar kepada Apple secara penyulitan hujung ke hujung sepenuhnya untuk membenarkan perkongsian maklumat dan log yang berkaitan.

Persediaan Keluarga membolehkan anda memasangkan Apple Watch ahli keluarga dengan iPhone anda. Persediaan Keluarga memerlukan anda dan ahli keluarga anda merupakan sebahagian daripada Perkongsian Keluarga yang sama, serta anda ialah pengelola keluarga atau ibu bapa/penjaga dalam kumpulan keluarga anda. Jika anda tidak mempunyai Perkongsian Keluarga, anda perlu menyediakannya, atau jika ahli keluarga anda tidak mempunyai Apple ID, anda perlu mencipta satu.

Dengan Persediaan Keluarga, sesetengah ciri watchOS akan tersedia untuk digunakan walaupun Apple Watch ahli keluarga tidak berada berdekatan dengan iPhone anda. Tidak semua ciri watchOS tersedia dengan Persediaan Keluarga. Mungkin terdapat ciri watchOS tambahan yang tidak tersedia jika Apple Watch tidak mempunyai pelan selular atau bergantung kepada umur ahli keluarga, seperti keupayaan untuk membuat panggilan. Apabila anda menambah Apple Watch ke Persediaan Keluarga dengan keupayaan selular, nombor siri dan pengecam perkakasan selular Apple Watch akan dihantar kepada Apple supaya pelan selular boleh dikonfigurasi.

Untuk ciri tertentu, anda akan mempunyai keupayaan meminta dan menerima data tertentu daripada Apple Watch ahli keluarga anda. Ini termasuk maklumat seperti data kesihatan, lokasi dan kenalan ahli keluarga anda. Ahli keluarga anda mungkin mempunyai keupayaan untuk berkongsi atau berhenti berkongsi data ini dengan anda. Jika anda meminta keupayaan untuk mengakses data kesihatan ahli keluarga anda, ahli keluarga akan digesa pada jam mereka. Jika ahli keluarga anda memilih untuk berkongsi data kesihatan mereka dengan anda, maklumat ini akan dihantar kepada Apple secara penyulitan hujung ke hujung. Data ini akan dikaitkan dengan Apple ID anda sepenuhnya untuk membenarkan Apple mendayakan perkongsian maklumat ini.

Dengan Waktu Sekolah, anda mempunyai keupayaan untuk menentukan tempoh waktu apabila penggunaan sesetengah ciri Apple Watch akan dihadkan. Jika ahli keluarga anda membuka kunci jam mereka semasa Waktu Sekolah, anda boleh melihat buka kunci dalam app Apple Watch pada iPhone anda. Maklumat ini dihantar kepada Apple secara penyulitan hujung ke hujung, tetapi terikat kepada Apple ID anda sepenuhnya untuk membenarkan Apple menyediakan maklumat tentang buka kunci.

Dengan Persediaan Keluarga, anda juga boleh melihat log dan gambar skrin daripada Apple Watch ahli keluarga anda pada iPhone anda.

Anda boleh menyahdayakan Persediaan Keluarga pada bila-bila masa menerusi app Watch pada iPhone anda dan ahli keluarga anda boleh menyahdayakan Persediaan Keluarga menerusi Seting pada Apple Watch. Ahli keluarga anda juga boleh menukar keutamaan mereka, termasuk perkongsian data dengan anda, pada bila-bila masa dalam Seting pada Apple Watch.

Apple mengekalkan data peribadi hanya setakat yang perlu untuk memenuhi tujuan yang data tersebut dikumpulkan, termasuk seperti yang diterangkan dalam notis ini dan selaras dengan Dasar Privasi Apple atau seperti yang diperlukan oleh undang-undang. Apabila menilai tempoh pengekalan, kami mengkaji dengan teliti terlebih dahulu sama ada perlu mengekalkan data peribadi yang dikumpulkan, jika pengekalan diperlukan, berusaha untuk mengekalkan data peribadi bagi tempoh paling singkat yang dibenarkan di bawah undang-undang.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple daripada penggunaan Persediaan Keluarga oleh anda atau sebarang ciri yang didayakan menerusi Persediaan Keluarga akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 12 Disember 2022