GymKit & Privasi

GymKit direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Anda boleh menggunakan peralatan gim bersambung untuk memulakan dan menghentikan latihan Apple Watch serta bertukar-tukar data latihan, seperti jarak dan kadar jantung. Apabila latihan anda tamat, data anda disimpan pada Apple Watch anda dan perlu dikeluarkan daripada peralatan gim. Walau bagaimanapun, pengeluar mungkin mengumpulkan dan menyimpan data tentang latihan anda yang diselaraskan ke peralatan daripada Apple Watch anda jika anda telah mendaftar masuk ke peralatan gim.