Rekod Kesihatan & Privasi

Rekod Kesihatan direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Rekod Kesihatan membenarkan anda memuat turun rekod kesihatan secara automatik ke iPhone atau iPad anda menerusi sambungan terus dengan penyedia penjagaan kesihatan anda. Sebarang rekod kesihatan yang anda terima berhubungan dengan ciri ini disimpan dalam bentuk yang disulitkan dan dilindungi dengan kod laluan anda pada peranti anda.

Untuk membantu anda mencari penyedia penjagaan kesihatan anda yang mungkin menyokong Rekod Kesihatan, Apple boleh mencari penyedia anda mengikut nama. Dengan keizinan anda, lokasi peranti anda juga akan digunakan untuk menyediakan hasil dengan perkaitan geografi. Setelah menemui penyedia penjagaan kesihatan, anda akan diminta mengesahkan dengan maklumat log masuk pesakit anda. Rekod kesihatan akan dimuat turun secara automatik ke iPhone atau iPad anda. Peranti anda akan menggunakan token selamat yang akan digunakan untuk menerima rekod kesihatan. App Kesihatan tidak menyimpan maklumat log masuk pesakit anda.

Data app Kesihatan anda, termasuk rekod kesihatan, akan dipastikan dikemas kini merentas peranti anda secara automatik menggunakan iCloud, dengan data tersebut disulitkan semasa dihantar dan disimpan. Untuk menyahdayakan ciri ini, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud dan ketik untuk menyahaktifkan Kesihatan.

Anda boleh berhenti menerima rekod kesihatan pada bila-bila masa dengan mengeluarkan akaun anda. Untuk berbuat demikian, buka app Kesihatan, ketik tab Layari, ketik Profil anda, ketik Rekod Kesihatan dan pilih akaun yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik Keluarkan Akaun. Dengan mengeluarkan akaun anda, rekod yang dikaitkan dengan akaun tersebut akan dipadamkan daripada peranti anda.

Jika anda mengalami sebarang isu dengan maklumat log masuk pesakit anda atau dengan kandungan rekod kesihatan anda, hubungi penyedia penjagaan kesihatan anda.

Rekod kesihatan yang anda muat turun pada iPhone atau iPad anda mungkin tidak mempunyai sejarah perubatan lengkap anda dan tidak patut digunakan sebagai pengganti rekod kesihatan rasmi anda atau sebarang keputusan perubatan profesional. Anda patut berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum membuat sebarang keputusan yang berkaitan dengan kesihatan anda.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 18 September 2023