Analitis iCloud & Privasi

Analitis direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Bantu Apple untuk meningkatkan produk dan perkhidmatannya, termasuk Siri dan ciri pintar lain dengan membenarkan analitis penggunaan dan data daripada akaun iCloud anda. Semua analisis data daripada akaun iCloud anda termasuk cebisan teks daripada mesej e-mel atau data lain yang serupa dalam akaun anda dilakukan hanya selepas data telah melalui teknik pengekalan privasi seperti privasi kebezaan supaya ia tidak dikaitkan dengan anda atau akaun anda.

Anda boleh memilih untuk menyahdayakan Analitis iCloud pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian, pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Analitis & Peningkatan dan ketik untuk menyahaktifkan Kongsi Analitis iCloud.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 12 September 2022