Rantai Kunci iCloud & Privasi

Rantai Kunci iCloud direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Rantai Kunci iCloud menyimpan nama pengguna tapak web, kata laluan, nombor kad kredit dan tarikh tamat tempoh yang anda disimpan dengan iCloud dan memastikannya dikemas kini merentas semua peranti iOS 7 anda atau yang lebih baharu dan Mac anda yang menjalankan OS X Mavericks (10.9) atau yang lebih baharu yang telah anda luluskan.

Apabila anda mengaktifkan Rantai Kunci iCloud, ciri Isi Auto Safari akan menggesa anda untuk menyimpan nama pengguna, kata laluan atau maklumat kad kredit anda apabila anda memasukkannya. Setelah disimpan, nama pengguna, kata laluan atau maklumat kad kredit akan diisikan secara automatik supaya anda tidak perlu memasukkannya lagi. Isi Auto Safari dan Rantai Kunci iCloud tidak akan menyimpan kod keselamatan kad kredit anda. Contohnya, apabila anda membuat pembelian dalam Safari, pilih kad kredit yang anda mahu gunakan dan Safari akan melengkapkan nombor kad kredit dan tarikh tamat tempoh secara automatik. Anda masih perlu memasukkan kod keselamatan anda untuk melengkapkan pembelian. Penjana Kata Laluan Safari juga boleh mencadangkan kata laluan unik yang sukar untuk diteka untuk akaun dalam talian anda dan menggunakan Rantai Kunci iCloud untuk menyimpan kata laluan ini. Jika anda memulihkan peranti anda daripada sandaran, Rantai Kunci iCloud boleh mendaftar masuk ke akaun disimpan anda secara automatik. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menyediakan Rantai Kunci iCloud, lawati support.apple.com/kb/HT204085.

Rantai Kunci iCloud anda disulitkan apabila dihantar ke peranti anda dan apabila disimpan dalam iCloud dan tidak boleh dibaca oleh Apple.

Tarikh Terbitan: 15 Februari 2022