Tingkatkan Apple Pay & Privasi

Tingkatkan Apple Pay membenarkan Apple untuk menyimpan butiran transaksi penyahcaman daripada Apple Pay dan kad yang anda telah sambungkan ke akaun kewangan anda untuk membantu Apple membangunkan dan meningkatkan Apple Pay dan ciri berkaitan.

Jika anda menyertai Tingkatkan Apple Pay, butiran transaksi dan akaun yang disenaraikan di bawah daripada kad yang anda telah sambungkan ke akaun kewangan anda mungkin digunakan oleh Apple untuk membantu membangunkan dan meningkatkan Apple Pay dan ciri berkaitan. Contohnya, Apple mungkin menyemak nama dan kategori pedagang untuk membantu menilai sama ada pedagang dikategorikan dengan betul dalam cara yang berguna kepada pelanggan Apple.

Butiran transaksi dan akaun dihantar terus daripada peranti anda kepada Apple. Untuk membantu melindungi privasi anda, pengecam yang mungkin mengiringi butiran transaksi atau akaun—seperti pengecam akaun, transaksi atau peranti—akan diputuskan atau dikodkan supaya ia tidak boleh dipautkan dengan mudah kepada anda atau peranti anda. Apple juga telah meletakkan penghalang tambahan untuk membantu memastikan yang butiran transaksi dan akaun tidak boleh digunakan untuk memautkan transaksi kembali kepada anda. Contohnya, Apple tidak mengekalkan masa yang tepat transaksi berlaku.

Butiran berikut akan dikongsi dengan dan disimpan oleh Apple:

  • Pengecam rawak
  • Pengecam dikodkan yang berkaitan dengan akaun atau transaksi anda
  • Jenis transaksi (contohnya, debit atau kredit, pemindahan)
  • Amaun dan mata wang transaksi
  • Tarikh transaksi
  • Perihalan transaksi
  • Status transaksi dan/atau akaun
  • Maklumat tentang pedagang (contohnya, nama, kategori)
  • Jenis dan status akaun
  • Baki akaun
  • Syarat akaun (contohnya, kadar faedah)
  • Institusi kewangan

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 5 Mac 2024