Tingkatkan Keselamatan Komunikasi & Privasi

Tingkatkan Keselamatan Komunikasi direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Jika anda mengikut serta untuk Meningkatkan Keselamatan Komunikasi, Apple mengumpulkan data tentang cara Keselamatan Komunikasi digunakan untuk meningkatkan dan memahami keberkesanan ciri. Maklumat ini diagregatkan dan tertakluk pada teknik pengekalan privasi seperti privasi kebezaan dan tidak dikaitkan dengan Apple ID anda atau sebarang data lain yang Apple mungkin terima daripada penggunaan perkhidmatan Apple lain oleh anda.

Contoh data diagregatkan yang akan dikumpulkan, termasuk:

  • Peratusan daripada jumlah imej atau video yang dihantar dan diterima yang telah dikenal pasti sebagai eksplisit
  • Bilangan ketikan atau klik pada “Cara mendapatkan bantuan”
  • Peratusan ketikan atau klik pada pilihan Keselamatan Komunikasi

Anda boleh menyahaktifkan Tingkatkan Keselamatan Komunikasi pada bila-bila masa pada peranti iOS atau iPadOS dengan pergi ke Seting > Masa Skrin > Keselamatan Komunikasi, atau pada Mac dengan pergi ke Seting Sistem > Masa Skrin > Keselamatan Komunikasi.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 18 September 2023