Tingkatkan Penghalaan EV & Privasi

Tingkatkan Penghalaan EV direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Jika anda memilih untuk mendayakan Tingkatkan Penghalaan EV, Apple mungkin mengumpulkan maklumat berikut:

• Jika perhentian mengecas bateri ditambah kepada laluan anda

• Jika bateri anda mati semasa dalam perjalanan pada laluan anda

• Baki peratusan bateri anda

• Tempoh masa yang kenderaan anda ambil untuk mengecas di perhentian mengecas bateri tertentu pada laluan anda

• Baki jarak perjalanan kenderaan anda

• Data tentang penggunaan tenaga kenderaan anda

Ini mendayakan Apple untuk menilaikan ketepatan anggaran cas bateri kami dengan lebih baik. Apple mengekalkan data ini hanya dalam bentuk tanpa nama untuk meningkatkan Penghalaan EV dan produk serta perkhidmatan berdasarkan lokasi Apple yang lain. Anda boleh menyahaktifkan Tingkatkan Penghalaan EV pada bila-bila masa dengan pergi ke Seting > Peta > Tingkatkan Penghalaan EV.