Tingkatkan Fitness+ & Privasi

Tingkatkan Fitness+ direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Tingkatkan Fitness+ menghantar maklumat tambahan tentang latihan anda kepada Apple, termasuk tajuk latihan dan jurulatih, untuk membangunkan, meningkatkan dan memahami keberkesanan ciri dan latihan Apple Fitness+. Data anda tidak akan digunakan untuk sebarang tujuan lain. Butiran latihan, seperti tajuk atau jurulatih, mungkin mendedahkan maklumat sensitif tentang latihan anda, seperti sama ada ini latihan pranatal. Maklumat ini tidak termasuk data daripada sensor berkaitan kesihatan dan aktiviti (seperti kadar jantung, kalori atau kilojoule anda). Data Tingkatkan Fitness+ anda disimpan dengan data Fitness+ anda yang lain, terhadap pengecam rawak yang khusus untuk Apple Fitness+ dan tidak dikaitkan dengan Apple ID anda.

Anda boleh memilih untuk menyahdayakan Tingkatkan Fitness+ pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian, pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Analitis & Peningkatan dan ketik untuk menyahaktifkan Tingkatkan Fitness+.

Dengan mendayakan Tingkatkan Fitness+, anda bersetuju dan mengizinkan penghantaran, pengumpulan, penyenggaraan, pemprosesan, penggunaan dan pendedahan maklumat ini oleh Apple dan subsidiari serta ejennya seperti yang diterangkan di atas. Apple mungkin menyimpan maklumat ini dengan penyedia khidmat yang dipercayai.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 6 April 2023