Tingkatkan Mencuci Tangan & Privasi

Tingkatkan Mencuci Tangan direka bentuk untuk melindungi privasi anda dan membolehkan anda memilih perkara yang dikongsi.

Tingkatkan Mencuci Tangan menghantar maklumat terhad yang ditangkap oleh Apple Watch anda sebagai sebahagian daripada penggunaan ciri Mencuci Tangan oleh anda. Maklumat yang dikumpulkan akan termasuk data pergerakan terhad, maklum balas yang anda berikan dan data audio diproses tertentu. Jika anda memilih untuk berkongsi maklumat ini, ia akan disemak hanya oleh pekerja Apple dan digunakan untuk membangunkan, meningkatkan dan memahami keberkesanan ciri Mencuci Tangan; Maklumat tidak akan digunakan untuk sebarang tujuan lain. Maklumat ini tidak dikaitkan dengan Apple ID anda atau sebarang data lain yang Apple mungkin terima daripada penggunaan perkhidmatan Apple lain oleh anda.

Maklumat yang dikumpulkan daripada anda sebagai sebahagian daripada Tingkatkan Mencuci Tangan akan menyertakan data pergerakan mentah tertentu (seperti data akselerometer), penglibatan anda dengan ciri (seperti respons anda terhadap pemberitahuan mencuci tangan) dan audio diproses tertentu yang ditangkap oleh Apple Watch anda hanya apabila ciri ini didayakan dan diproses pada peranti untuk mengeluarkan kebanyakan tika pertuturan yang boleh dikenali.

Fail audio yang dikumpulkan tidak melebihi 60 saat daripada masa apabila pergerakan mencuci tangan dikesan oleh Apple Watch anda. Sebarang audio yang dikenal pasti oleh Apple sebagai menyertakan pertuturan yang boleh dikenali akan dipadamkan dengan segera.

Semua maklumat yang diberikan sebagai sebahagian daripada Tingkatkan Mencuci Tangan akan disulitkan semasa dihantar dan pada peranti anda.

Dengan mendayakan Tingkatkan Mencuci Tangan, anda bersetuju dan mengizinkan penghantaran, pengumpulan, penyenggaraan, pemprosesan dan penggunaan maklumat ini oleh Apple dan subsidiari serta ejennya seperti yang diterangkan di atas. Apple mungkin menyimpan maklumat ini dengan penyedia khidmat pihak ketiga yang dipercayai. Anda boleh memilih untuk berhenti berkongsi data anda dengan Apple pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian, pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Analitis & Peningkatan dan ketik untuk menyahaktifkan Tingkatkan Mencuci Tangan.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 12 September 2022