Tingkatkan Kesihatan dan Aktiviti & Privasi

Tingkatkan Kesihatan dan Aktiviti direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Tingkatkan Kesihatan & Aktiviti menghantar maklumat berkaitan aktiviti, latihan dan kesihatan daripada iPhone, iPad dan Apple Watch anda kepada Apple untuk membangunkan, meningkatkan dan memahami keberkesanan ciri kesihatan, aktiviti dan kecergasan. Ini mungkin termasuk data mentah dan dianalisis daripada sensor berkaitan kesihatan serta aktiviti. Data anda tidak akan digunakan untuk sebarang tujuan lain dan tidak menyertakan data peribadi.

Maklumat dikumpul sebagai sebahagian daripada Tingkatkan Kesihatan & Aktiviti termasuk data yang ditunjukkan dalam app Kesihatan dan Kecergasan pada iPhone, iPad anda dan app berkaitan kesihatan dan kecergasan pada Apple Watch anda termasuk data tertentu yang telah anda masukkan (seperti umur, jantina, tinggi, berat dan keadaan mod kerusi roda); maklumat berkaitan ritma jantung, termasuk Pemberitahuan Ritma Tidak Tetap (seperti kekerapan dan jenis pemberitahuan, bilangan serta jenis ukuran ritma jantung, peratusan nilai pemfibrilan atrium tertentu, interaksi anda dengan jenis data berbeza dan faktor hayat yang berkaitan, serta bilangan dan kemungkinan sebab untuk ukuran yang tidak muktamad); maklumat daripada app ECG (seperti bilangan rakaman ECG yang diambil, keputusan dan sebarang simptom berkaitan); maklumat daripada ciri Oksigen Darah (seperti keputusan ukuran yang berjaya, bilangan khusus ukuran diambil dan kualiti ukuran tertentu); maklumat daripada ciri Kesihatan Mental (seperti interaksi anda dengan ciri, sama ada dan bila anda melengkapkan penilaian klinikal, kekerapan pengelogan Keadaan Minda, serta kekerapan dan jenis pemberitahuan yang didayakan serta interaksi anda dengan pemberitahuan); maklumat daripada ciri Perkongsian Kesihatan mendayakan perkongsian data kesihatan anda dengan keluarga dan rakan anda (seperti bilangan perkongsian perhubungan, bilangan topik kesihatan yang dikongsi, pengubahsuaian kepada topik kesihatan yang dikongsi, maklumat berkaitan aliran kesihatan yang dijanakan dan dikongsi, serta interaksi anda dengan pemberitahuan Perkongsian Kesihatan); maklumat tertentu daripada ciri Perkongsian Kesihatan mendayakan perkongsian data kesihatan anda dengan penyedia penjagaan kesihatan anda (seperti kekerapan penggunaan, bilangan topik kesihatan minimum, maksimum dan purata yang dikongsi; serta julat numerik penyedia penjagaan kesihatan yang anda kongsi data kesihatan); maklumat daripada ID Perubatan anda (seperti medan yang dilengkapkan dan interaksi anda dengan ciri tersebut); maklumat berkaitan dengan penggunaan Siri oleh anda untuk mengakses data app Kesihatan anda (seperti masa dan cara anda berinteraksi dengan Siri untuk merakamkan jenis data kesihatan ke app Kesihatan atau untuk membaca maklumat anda yang tersedia dalam app Kesihatan, jenis data app Kesihatan yang anda tanya, serta jenis permintaan yang anda lakukan, termasuk sama ada anda membuat permintaan untuk merakam maklumat atau meminta maklumat daripada app Kesihatan); dan maklumat berkaitan penggunaan ciri Ubat oleh anda (seperti sama ada anda melog ubat, kaedah yang digunakan untuk melog ubat, penciptaan jadual ubat dan tindakan yang diambil berkaitan dengan jadual tersebut, serta interaksi dan penggunaan seting dan pemberitahuan Ubat oleh anda). Data yang dihantar kepada Apple boleh juga termasuk data aktiviti dan pergerakan (seperti jam berdiri, minit senaman, tangga dinaiki, altitud dan kedalaman, peratusan pelengkapan gelang pergerakan, tahap aktiviti fizikal, data latihan (seperti jenis, mod, sumber, tempoh dan maklumat yang berkaitan dengan latihan yang anda kongsi), maklumat berkaitan data mobiliti, akselerometer, giroskop, arah umum yang anda sedang hadap dan tekanan); maklumat daripada app Sedar Minda (seperti jenis sesi sedar minda dan sama ada kadar jantung dikira); keadaan dan orientasi pergelangan tangan; dan maklumat berkaitan masa dan cara anda mengimport data rekod kesihatan boleh disahkan tertentu ke app Kesihatan, serta data berkaitan yang dipaparkan dalam app Kesihatan (seperti VO₂ maks); bilangan kali jatuh dan maklumat jatuh serta impak lain; maklumat berkaitan tidur (seperti nilai kadar respiratori tidur, jadual tidur dan cara ini berbeza daripada masa tidur yang dirakam, data pergerakan yang digunakan untuk menentukan masa tidur); maklumat, simptom dan keputusan berkaitan kepada dan diambil daripada kitaran haid, kehamilan dan faktor kitaran termasuk penggunaan kontraseptif (seperti pengesanan kitaran haid berpanjangan, kitaran haid tidak tetap atau jarang, tompokan berterusan serta anggaran ovulasi, ramalan tempoh haid dan tempoh kesuburan dan keputusan ujian ovulasi di rumah yang dilaporkan); maklumat yang berkaitan dengan dan diperoleh daripada ukuran suhu pergelangan tangan (seperti ukuran suhu diagregatkan dan maklumat berdasarkan suhu yang lain); audio fon kepala, tahap pendedahan bunyi persekitaran dan metrik pengurangan bunyi; preskripsi penglihatan dan medan berkaitan; ukuran dan visualisasi berkaitan jantung; maklumat berkaitan dengan ciri Waktu dalam Cahaya Siang (seperti anggaran masa yang anda luangkan dalam waktu siang dan statistik agregat nilai pencahayaan ambien yang wujud); dan maklumat tertentu yang berkaitan dengan penggunaan ciri serta latihan Apple Fitness+ anda. Apple juga mungkin menerima maklumat tentang cara dan sama ada app atau peranti kecergasan pihak ketiga lain dipasang, digunakan atau disambungkan, lokasi anggaran anda, interaksi anda dengan app Kesihatan, tempoh masa anda telah menggunakan Apple Watch dan pendayaan serta interaksi anda dengan app, pemberitahuan, seting dan ciri berkaitan aktiviti serta kesihatan. Semua data di atas mungkin diagregatkan atau digabungkan dalam bentuk yang tidak mengenal pasti anda secara peribadi dan dianalisis pada iPhone, iPad dan Apple Watch anda sebelum dihantar kepada Apple. Data ini juga mungkin digunakan oleh Apple untuk mengenal pasti aliran dan menganggarkan metrik untuk ciri berkaitan aktiviti dan kesihatan tertentu.

Dalam keadaan terhad, Apple mungkin berkongsi data diagregatkan yang tertentu dengan pihak berkuasa kawal selia kesihatan dan perubatan yang sesuai mengikut keperluan untuk menyokong penghantaran kawal selia. Data yang dikongsi tidak akan menyertakan sebarang data tahap individu atau data yang mungkin mengenal pasti anda.

Dengan mendayakan Tingkatkan Kesihatan & Aktiviti, anda bersetuju dan mengizinkan penghantaran, pengumpulan, penyenggaraan, pemprosesan, penggunaan dan pendedahan maklumat ini oleh Apple dan subsidiari serta ejennya seperti yang diterangkan di atas. Apple mungkin menyimpan maklumat ini dengan penyedia khidmat pihak ketiga yang dipercayai.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 18 September 2023