Tingkatkan Rekod Kesihatan & Privasi

Tingkatkan Rekod Kesihatan menghantar maklumat tertentu tentang penggunaan dan penglibatan anda dengan Rekod Kesihatan serta ciri berkaitan kepada Apple secara automatik untuk membantu Apple membangunkan, meningkatkan dan memahami Rekod Kesihatan dan ciri berkaitan. Data anda tidak akan digunakan untuk sebarang tujuan lain.

Maklumat dikumpul sebagai sebahagian daripada Tingkatkan Rekod Kesihatan termasuk maklumat tertentu dalam rekod kesihatan anda (seperti maklumat keadaan, ubat, vital, imunisasi, keputusan makmal, prosedur dan data rekod kesihatan lain yang diimport dan disimpan di bawah bahagian Rekod Kesihatan dalam app Kesihatan seperti data rekod kesihatan yang boleh disahkan), serta maklumat tentang pendayaan dan interaksi anda dengan ciri Rekod Kesihatan (seperti data analitis yang berkaitan dengan pemindahan rekod kesihatan anda, yang mungkin termasuk sumber data sedemikian). Sebelum maklumat anda dihantar kepada Apple untuk dianalisis, ia diproses untuk mengeluarkan data yang mungkin mengenal pasti anda secara peribadi, seperti nama atau nombor telefon anda. Walaupun proses bertujuan mengeluarkan semua maklumat yang mungkin mengenal pasti anda secara peribadi, terdapat kemungkinan Apple menerima data pengenalpastian peribadi. Jika sebarang data pengenalpastian peribadi ditemui, ia akan dipadamkan dengan segera.

Semua maklumat yang dihantar kepada Apple disulitkan semasa dihantar dan disimpan.

Dengan mendayakan Tingkatkan Rekod Kesihatan, anda bersetuju dan mengizinkan penghantaran, pengumpulan, penyenggaraan, pemprosesan dan penggunaan maklumat ini oleh Apple dan subsidiari serta ejennya seperti yang diterangkan di atas. Apple mungkin menyimpan maklumat ini dengan penyedia khidmat pihak ketiga yang dipercayai. Anda boleh memilih untuk berhenti berkongsi rekod kesihatan anda pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian, pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Analitis & Peningkatan dan ketik untuk menyahaktifkan Tingkatkan Rekod Kesihatan.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 18 September 2023